Tuesday, April 9, 2013

PRU 13 - Kalau Anda Sokong Najib, Anda Sokong Calon BN...!

Di saat-saat akhir pilihanraya, pembangkang terus cuba memomokkan rakyat bahawa menukar kerajaan bukanlah sesuatu yang harus dikhuatiri kerana mana-mana parti pun pasti akan cuba berbuat yang terbaik untuk rakyat.

Dalam pada itu, pembangkang terus menonjolkan Barisan Nasional sebagai bukan sebuah parti yang baik, manakala parti mereka adalah yang terbaik. 

Hakikatnya, menukar kerajaan bukanlah perkara kecil dan boleh dicuba-cuba dan diperbetulkan kembali dengan mudah.  Sekali kita menukar kerajaan, beberapa polisi akan turut berubah sama yang mana tidak semudah itu untuk diubah pula jika tidak berpuas hati.....

Apatah lagi jika kerajaan baru itu mengambil langkah awal menghapuskan atau menukar semua platform bagi menyukarkan polisi tersebut diubah kembali ke asalnya. 

Lihat saja bagaimana Presiden Morsi di Mesir yang mendapat kuasa melalui pemberontakan kini menyusun prosedur dan undang-undang baru bagi menghapuskan apa jua peluang bagi orang lain menjatuhkannya melalui cara yang sama, termasuk menangkap mereka yang mengkritiknya. 

Apa yang berlaku kepada rakyat Mesir tidak mustahil berlaku di Malaysia, iaitu terpedaya dengan pihak yang ingin merampas kuasa kerajaan yang ada tetapi berakhir dengan mendapat kerajaan yang jauh lebih kejam.   Bak kata pepatah, sia-sia saja rakyat Mesir lari dari mulut harimau tetapi akhirnya masuk ke mulut buaya. 

Malaysia adalah negara yang jauh lebih ‘rapuh’ dari Mesir dan juga jauh lebih ‘muda’.  Oleh itu tindakan menukar kerajaan tentulah jauh lebih berisiko lagi. 

Ini kerana kita bukan sahaja berhadapan dengan risiko ketidakstabilan kerana diperintah oleh tiga orang pemimpin kuku besi dari tiga parti yang sering bertentangan prinsip, tetapi juga berhadapan dengan kemungkinan terhapusnya keseluruhan sistem dan budaya bangsa asal negara ini dengan terbuangnya Raja-raja Melayu yang merupakan cita-cita azali Parti DAP.   

Kita juga mungkin berhadapan dengan risiko kehilangan kedaulatan jika dilihat dari bantuan-bantuan asing yang dipohon dan diberikan oleh rangkaian zionis kepada Parti PKR. 

Malah, kita juga mungkin berhadapan dengan pemerintahan ala Taliban, mundur, chauvinis, kejam, tidak adil dan terkebelakang bagaikan zaman jahiliah jika dilihat dari mentaliti PAS yang mengambil sikap tidak apa jika puak mereka terlibat dalam skandal melibatkan wanita tetapi di masa yang sama mengambil sikap tertutup terhadap hak-hak wanita. 

Dengan semua kemungkinan ini bercampur-baur, adalah mustahil bagi kita untuk menggambarkan satu pemerintahan yang stabil di bawah kerajaan PR.    Apatah lagi apabila PR telah terbukti gagal menjadi kerajaan yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka. 

Mengambil kira semua risiko ini, terbukti rakyat tidak mampu membuat pilihan yang salah dalam pilihanraya.  

Rakyat wajib memahami bahawa pilihanraya ini bukan lagi berkisar tentang hal setempat, atau diri sendiri atau calon.   Pilihanraya kali ini perlu dilihat dari gambaran yang lebih luas iaitu soal masa depan negara, dari segi kedudukan agama Islam, bangsa dan kedaulatan, sekali gus diri sendiri, keluarga dan generasi masa depan.   

Oleh itu, jika kita yakin dengan kepimpinan Dato’ Seri Najib, maka kita wajib yakin dengan calon pilihannya. 

Bagaimanapun, kita percaya yang rakyat Malaysia kini sudah jauh lebih matang dan terbuka untuk menilai keadaan.  Rakyat juga sudah cukup lali dengan masalah cantas-mencantas dan sabotaj-mengsabotaj siapa saja yang terpilih nanti

Justeru, usah terpedaya dengan pihak-pihak yang berpolitiking keterlaluan itu, kerana kuasa memilih ada di tangan rakyat, bukan Ketua Bahagian atau Cawangan atau Ahli-ahli Jawatankuasa parti.

Biarkan golongan yang masih tidak sedar itu berpolitik sesama sendiri, tetapi rakyat wajib menetapkan pendirian untuk memilih berdasarkan Parti - bukan calon.  

Pendek kata, jika anda memilih BN, maka anda wajib memangkah BN walau siapa pun calonnya.   Ingatlah bahawa undi anda akan menentukan kerajaan, bukan hanya wakil rakyat di kawasan anda.  

Menilai dan memilih calon terbaik bukanlah mudah. Tetapi, menilai dan memilih sebuah parti politik itu adalah tidak sukar kerana kita hanya perlu melihat kepada diri kita dan sekeliling kita.

Sekiranya, kita berada di dalam suasana aman dan selesa, negara pula tidak bergolak, suara dan ketidakpuasan hati kita diberi perhatian, peluang untuk berjaya ada di mana-mana, maka itu menunjukkan bahawa parti politik yang memerintah adalah cukup baik.  

Maka, jelaslah bahawa Malaysia bukan berada di mulut harimau pun, jadi kenapa kita perlu lari ke mulut buaya...?

15 comments:

Anonymous said...

Terasa memalukan kalau undi Be End.. Sebab semua pemimpin Be End muka tak malu.. Rasa takde class lah kalau nak sokong Be End.. Be End parti peniru dan penciplak.. Rasa malu lah nak sokong parti haprak Barisan Neraka (Be ENd) tu..

Kita sokong pembaharuan.. Indonesia yang sudah reformasi pada tahun 1998 sudah lebih maju ekonominya daripada Mesia.. Begitu juga dengan Singapore.. Ekonomi Mesia diacu oleh si bodoh yang tidak tahu menguruskan ekonomi dalam Babun Negara.. Eloklah diadakan reformasi supaya dapat menyelamatkan Mesia ni daripada dibankrapkan oleh Be End..

Sedar-sedarlah sikit.. Jangan sokong membabi buta walaupun dah nampak pemimpin utama Babun Negara (Be End) macam CLOWN saja duduk atas tu.. Kasi turun lah.. Tak ada class lah kami nak sokong parti Babun Negara (Be End).. Mana classs..

Anonymous said...

akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.
akujanji BN = aku copy PR.

BNbest said...

Meroyannye sekor berok PR ni..
Belum apa2 lagi sudah meroyan..
Rakyat bangkit tolak JANJI DICAPATI..

VOTE 4 BN!

nik said...

sapa copy aku punya akujanji?wakakaka

MIRA EDORA said...

AKU SOKONG NAJIB SEBAB DIA MMG YG TERBAIK DAN BERJIWA RAKYAT DAN TIADA SIAPA DAPAT MENJADI SEBAIK DIA. ANWAR TU PENTING DIRI PUNYA ORG MANA DIA PRIHATAIN TERHADAP RAKYATNYA TU, YG ANWAR TAHU HANYA KEPENTINGAN DIA SAJA. DLM PENTADBIRAN BN AKU RASA KITA HIDUP HARMONI DAN AMAN SANGAT TAKDE KECOH ATAU PENCEROBOH YG MEMBAHAYKAN KITA SEMUA. EKONOMI NEGARA PUN SEDANG PESAT MENUJU PUNCAK DAN BANYAK KEMUDAHAN2 DISEDIAKAN UTK KITA RAKYAT DGN PERCUMA.

kelly eng said...

Najib mmg terbaik, susah nak dapat pengganti mcm dia. ingat org lain blh ke berjiwa rakyat mcm dia.

adik 80 said...

secara amnya kita dah dapat lihat hasilnya selama 4 tahun najib memerintah, mmg rakyat didahulukan dan segala janji ditepati. najib mmg layak utk menang sekali lagi.

dolmat.. said...

terbukti sudah najib buat yg terbaik utk rakyat dgn mengotakan janji rakyat dan selami masalah rakyat dgn sebaik mungkin selama 4 tahun diamentadbir negara. jadi mmg sahlah BN yg lebih bijak mengatur pentadbiran negara.

kak bedah said...

aq mmg respectlah dgn najib ni kerana dia dah buktikan kredebiliti dia sebagai seorang pemimpin yg bertanggungjawab dan berjaya menjaga keamanan negara selama dia memerintah.

kuku hitam said...

Salaam Bro... Mohon linkkan blog http://pendekarawang1.blogspot.com/ Selaat berjuang...

micel said...

semua rakyat tahu, klu PR menang nnt, kekecohan akan dilakukan oleh puak yg kalah..haha
setakat ni Pembangkang kalah tak pernah nak kecoh-2 pun..haha
harap pencacai umngok terima keputusan dgn rela hati..jgn jadi pondan ..aauuww..auuww..

Anonymous said...

Uishhh.. Orang Amnonok Kapiq Harbi semuanya betul la!!! Tak ada sorang pun yang salah la! Semuanya maksum la!!

Boleh belah! Tolak hudud, hina Nabi, setuju pulak dengan Soil Leg pasal penolakan hudud, lagi mau ngaku yang terbaik, tak ada dosa, semuanya betul? Farkkk you Amnonok parti tua tak relevan!

Masuk Amnonok nak perjuangkan Melayu? Hidup Melayu? Pirahhh! Saham bumiputra pegi mana? Tanah rezab Melayu pegi mana? Anak melayu jadi Mat Remput dan Bosia ko pegi mana? Anak Menteri sendiri pun minum arak, tak adanya yang yang berkopiah belajar agama tinggi2 dan mengajar.. Semuanya spoil brat!

Tu hidup Melayu? Melayu jadi jahanam takpe, asal perut diisi.. Main juta-juta aje. Tak ada nya menteri Amnonok yang tawadhu' duduk rumah papan atau berjalan malam-malam macam Khalifah Umar untuk mengetahui masalah rakyat..

Farkkkk you Amnonok.. Bye bye parti tua tak relevan! Runtuh kamu dalam PRU 13 ini..

Anonymous said...

Kesian badut-badut Amporno atas pentas yang pakai baju biru tu.. Kesian sebab dah nak sampai ke akhir waktu mereka sebagai pembalun duit tax payer..

Ya Allah, ku mohon kau hancurkanlah Barisan >>>> Nasional dalam PRU 13 ini atas kerosakan dan kesombongan mereka selama ini.. Amin.. Ya Rabbil Alamin..

Anonymous said...

Amin...amin...Ya Robbul Alamin

Anonymous said...

kalau pembangkang pegang Malaysia,kita akan terdedah keapda peperangan dan serangan luar..akan hilanglah semua yang kita ada hari ini..apa tidaknya pemimpin pembangkang jenis sekutu tanpa mutu. diorang ni akan mudah terima tawaran orang luar untuk bantu kukuhkan kuasa diorang..lepas tue, Kita akan dijajah semula secara perlahan atau mgkin juga secara drastik..fikir2kanlah...negara2 luar yang dulu aman jadi huru-hara sebb rakyat tak bersyukurlah..undilah BN ! selamatkan diri anda dan keluarga anda. Hidup BN.