Sunday, April 7, 2013

PRU 13 - Sabotaj Calon PKR... Seorang AMK PKR Sudah Kantoi Bila Diantara Mereka Bongkar Skandal Masing Masing

Pergolakan pakatan pembangkang dalam menentukan pembahagian kerusi untuk ditandingi dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) memang sudah dijangkakan kerana mereka tidak pernah bersatu.

Seorang demi seorang memberikan kenyataan yang bercanggah dan mempunyai agenda yang tersendiri.
Dua tiga hari ini, yang rancak dibicarakan adalah perihal sama ada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang masih samar-samar namanya diletakkan sebagai calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Betapa sukarnya untuk menjadi diri seperti Kak Wan yang mempunyai jawatan paling besar dalam PKR, dan menjadi isteri kepada lelaki bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun Kak Wan mempunyai jawatan Presiden, hakikatnya beliau hanyalah boneka sahaja dalam parti.
Dirinya terlalu mudah untuk dibolak-balikkan oleh orang bawahannya apatah lagi suaminya sendiri.

Semua orang tahu, Kak Wan mempunyai keinginan yang tinggi untuk bertanding tetapi, terpaksa dipendamkan hanya kerana ingin taat kepada suami yang rakus kepada kuasa.

Semakin lebur harapannya apabila Anwar dalam wawancara dengan stesen televisyen satelit Al Jazeera menegaskan bahawa Kak Wan tidak akan bertanding dalam PRU kali ini.

Sebelum ini, Kak Wan mengumumkan pada media bahawa beliau mungkin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sahaja. Tetapi, tidak dapat berbuat demikian selepas Anwar mengatakan tidak untuk keinginannya itu.

Lebih menyukarkan apabila Pengarah Pilihanraya PKR, Azmin Ali yang juga Timbalannya dalam parti mengeluarkan kenyataan seolah-olah lebih berkuasa dari Kak Wan.

Kata Azmin, PKR lebih memerlukan khidmat Kak Wan terutama dalam menyertai kempen di seluruh negara bagi mencapai matlamat lebih besar iaitu menuju Putrajaya.

“Presiden mempunyai pengaruh yang kuat terutama di kalangan wanita. Parti secara keseluruhannya memerlukan beliau dalam konteks yang lebih besar.

“Jadi mengapa kita perlu sekat Presiden hanya di satu kerusi DUN sahaja sedangkan semua pihak di seluruh negara perlukannya,” kata Azmin.

Nampak jelas, itulah permainan Azmin sendiri. Tidak mahu Wan Azizah bertanding supaya mudah untuk merebut kuasa dari tampuk pemerintahan Kak Wan.

Memang benarlah kata-kata ahli PKR sendiri, bahawa Kak Wan tidak berusaha memelihara maruah parti kerana tidak bertanding dalam PRU adalah benar.

Apakan daya, syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami. Nak tak nak, terpaksalah Kak Wan taat dan mendengar cakap sahaja Anwar.

Nasib baiklah anak perempuannya, Nurul Izzah bangkit membuka mulut memberika sekata dua bingkas menolak kenyataan bapanya dan alasan Azmin yang meremehkan sumbangan Kak Wan. Nasib juga Nurul Izzah memahami perasaan Kak Wan yang sering diperlekehkan sedemikian rupa hingga dikatakan tidak layak disenaraikan sebagai calon kerusi dewan undangan negeri dalam PRU kali ini.

7 comments:

Anonymous said...

..parlimen dah bubar.. deman pru13 pun dah bermula pls la buang pic peguam nyah si kamal tu.. meluat & dah basi la..

Anonymous said...

Kesimpulannya presiden & ketua umum , berperang besar kat rumah.

PKR Melaka said...

Berita GEMPAR!!!!!!!!

BERSIH 4.0 akan diadakan pada hujung minggu ini .........

Aturcara program adalah seperti berikut:

1. Berkumpul di Stadium Merdeka

2. Upacara membersih dan menyamak Anwar serta segala sekutu DAP

3. Upacara membersih dan menjilat bulu oleh Mat Sabu

4. Program mandi burung pukul 3 pagi dikendalikan oleh Badrulamin

Harap maklum

Anonymous said...

Ko ni MIK dan Amnonok, takkan la semuanya PR tu buruk? Bodoh piang ke apa? Dan takkanlah Amnonok 200% maksum kot..

Hampeh ada la aku tengok.. Moneypistol pun dok ciplak PR punya manifesto, apa cer?

Moneypistol pulak boleh gunakan media perdana untuk lancarkan sampai 180 minit secara langsung..

PR Menteri Amah nak bagi 10 minit siap dengan rakaman dan edit (tak live) lak tu.. Sekarang kerajaan sementara, mana boleh sewenang-wenangnya guna harta milik kerajaan.. Hamlau punya Barisan Neraka atau Babi Negara.. Bodoh nak mapoohh!

Anonymous said...

Pakatan Rakyat goyah dah pun....kalau yang pihak sebelah sini buat semuanya tak betul, diorg je yang betul..abes, kalau PR jadi kerajaan yang memerintah pun, macam itu jugak dibuatnye....kita ni bukannye malaikat & para nabi bang non ooooi........Paku dulang paku serpih....sendiri fikirlah ok.

Jijan Mali.... said...

Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

Anonymous said...

Tambahan Bro:-

5. Majlis penyerahan Cenderamata SPENDER STOPA kepada setiap peserta Bersih 4.0 untuk kenang kenangan.