Thursday, April 11, 2013

PRU 13 - Saya Akan Dedahkan Semua Aktiviti Anwar Di Luar Negara....!

SPR telah pun menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon, manakala 5 Mei 2013 ditetapkan sebagai hari pengundian.

Tarikh 30 April 2013 untuk proses pengundian awal (pengundi pos) yang terdiri daripada anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan pengundi luar negara.

Dengan penetapan tarikh ini bermakna ia akan menyemarakkan lagi bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan kempen perang bendera akan memasuki fasa yang lebih meriah sementara menantikan hari penamaan calon dan pengundian.

Namun demikian belum pun tiba tarikh-tarikh itu, suasana politik semasa sudah agak hangat apabila sana sini ramai pemimpin politik khususnya dari Pembangkang sibuk bercakaran sesama sendiri kerana merebutkan kawasan yang ingin ditandingi.

DAP yang merupakan abang besar dalam Pembangkang semakin berani menerjah kawasan yang sepatutnya ditandingi oleh PKR, PAS yang terasa dipijak-pijak selama ini mula menonjolkan belangnya menuntut diri dihormati. PKR yang terasa besar dari yang lain makin terasa cabaran rakan-rakan sepakatan.

Kebanyakan kawasan yang direbut dianggap selamat dan bakal membawa pemimpin Pembangkang menuju puncak, tapi hakikat kawasan yang sama boleh berubah menjadi kubur besar untuk mereka tak pula terdetik di hati sesiapa.

Tak berapa lama dulu, Anwar Ibrahim pernah mengisytiharkan lebih 90% nama-nama calon Pembangkang sudah selesai. Tapi hakikat yang berlaku gayanya seperti 10% sahaja yang benar-benar sudah muktamad dan baki 90% lagi masih berkecamuk berebut sesama sendiri.....

Seandainya benar sudah wujud persetujuan yang kononnya sudah dicapai dan dimuktamadkan, maknanya kini ia sengaja dilanggar gara-gara kehendak nafsu masing-masing yang semakin menggila.

Macam ini punya gaya jangan diharap Pembangkang mampu mentadbir negara dengan sebaiknya.....!

Dari utara sampai ke selatan, dari timur ke barat, masing-masing parti dalam Pembangkang sibuk bertelagah sesama sendiri, kerana apa....? Tak lain tak bukan kerana setiap parti dalam Pembangkang merasakan inilah masanya untuk menuju puncak dengan menaruh harapan bahang tsunami PRU 12 2008 dulu akan berterusan.

Para penyokong yang dulunya mengharap pada Pembangkang kini tambah meluat melihat keangkuhan dan sikap tamak yang menguasai pimpinannya. Baru diuji sedikit kuasa sudah pandai lupa diri.

DAP, PKR dan PAS sudah lupa hakikat letak duduknya mereka saat ini bukannya atas kekuatan sendiri. Mereka lupa setiap yang naik mendadak jatuhnya akan merudum cepat menyembah bumi.

Jika diamati corak dan trendnya, PRU13 bukan lagi satu gelanggang yang menjanjikan keuntungan untuk Pembangkang. Ia jauh berbeza dengan suasana PRU 12 yang lalu. Kecenderungan pengundi Melayu Islam dan India kini ternyata lebih solid bersama BN.

Pengundi Cina yang dianggap deposit Pembangkang kini sedang dalam persimpangan dilema, tanpa sokongan majoriti Melayu Islam dan India kepada Pembangkang ia ibarat pertaruhan yang berisiko tinggi, untung sabut timbul, untung batu tenggelam....

Justeru itu tak mustahil, PRU13 akan menyaksikan ramai pemimpin Pembangkang yang mendadak naik dulu bakal jatuh terhumban. Sekiranya ini menjadi realiti, maka PRU13 bakal mencatat rekod sebagai kubur besar untuk pimpinan Pembangkang.....!

16 comments:

cahaya pelangi said...

bior lah pemimpin pembangkang terutama yang dah tuo2 kutuk mampos... aman dunia.

Anonymous said...

Biarlah BANG NON terjun ke tasik putrajaya dengan SABUnya.....apapun, saya sebagai bekas anak didik ABIM ketika mana era pro-Anwar dulu semakin meluat dengan manusia itu. Moga Tuhan merahmati sekelian Alam....amin...

Anonymous said...

Marilah kita semua kutuk sekeras-kerasnya artikel yang menghina Prof Dr Sidek Baba di dalam Blog MiloSuam (sumber risikan rapat dengan saudara Yusof). Si blogger MiloSuam ini rupanya dah ketandusan fitnah untuk dicanang....siapa beliau untuk mempersoalkan kredibiliti Prof Sidek Baba? Jumpa pun tak pernah.....inilah contoh bekas pelajar UiTM penderhaka yang jijik pemikiran dek sogokan pakatan haram....maka tk hairanlah menyusul budak-budak hingusan nak berpolitik seperti si KITOL raja Bershit yang nama dia pun aku malas nak sebut...belajar undang-undang tak pas tapi ada hati nak menjadi jaguh hak asasi...Malu sungguh!
-Peguam Muda / Graduan UIA 2004-

Anonymous said...

Beriya-iya betul depa ni ya.. Huhu..

Anonymous said...

U bising merapu
I terkam U

TENGKU said...

Blog ni betul2 xde input...meroyan x sudah2

Anonymous said...

macam2 cerita...sebenarnya PR dah ready for election ...BN saja masih belum ready

Anonymous said...

PR ready for election? HAHAAHAAAHAA!..

Percayenyaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Anonymous said...

Ready kunun..

Bendera pas pun dah kaler hitam tanda protes agihan kerusi...

Pakatan ready laa sangattt..

Anonymous said...

kemunafikan manusia itulah hasil dari kegagalan memahami Islam yang sebenarnya ..janganlah kerana melayu ingat dah betul islamnya...cina itu pun tak mahu dilahirkan cina tapi itu pilihan Allah...

Anonymous said...

Saya perhatikan kebanyakan blog PRO BN bnyak membuat fitnah, sedangkan blog PRO PR..berkata melalui fakta dan kajian, saya tidak menyokong mana-mana. Semoga kita terhindar daripada sifat munafik...Aminyarabbalalamin..from:NBD

Anonymous said...

Amnonok + Porno tidak dapat dipisahkan..

Lepas ni video siapa pulak?

Haramjadah punya Barisan Neraka (B>>N)!!! Kalau tak berporno selama sejam tak boleh ke?

Ada cara lain tak? Ni cara terdesak ni.. Kepala bapak lu ajar.. Meroyan takut kalah..

Anonymous said...

hahahaa.. betui sesgt. tu...

Anonymous said...

Ready ape? Ready nk btelagah sesame sndri berebut kerusi? Kah kah kah

Anonymous said...

JANGAN BARU TERANTUK BARU TERGADAH...BILA DAH TERANG BENDERANG MASIH CAKAP SAMAR2 LAGI SAHIHI BUTA HATI CACAT JIWA TERENCAT AKAL....

Anonymous said...

DAP, PAS dan PKR bukan saja berhadapan dengan BN tetapi bersaing sesama mereka dulu sebelum ke medan pertempuran (hari mengundi).

Kalau tak percaya, tunggu dan lihatlah semasa tempoh berkempen nanti. Gerenti ada cah keting.