Tuesday, April 9, 2013

PRU 13 – Semoga Najib TAK Ulangi Kesilapan Pak Lah….


Persoalan yang pertama sudah terjawab…. Riuh rendah seantero Malaya sibuk meramalkan tarikh pembubaran Parlimen, malah soksek dan topik ini berkompang sejak awal tahun lalu. Akhirnya terjawap sudah.

Persoalan yang kedua, bilakah tarikh PRU ke 13…? Esok insya allah seluruh dunia akan tahu jawapannya…..

Persoalan ketiga, nama nama calon yang bertanding… Nah..! Satu satunya persoalan yang mengheret mata dan tumpuan kepada YAB Datuk Sri Najib Tun Razak. Siapakah taruhan Najib..?

Kita semua tidak menafikan bahawa salah satu factor kekalahan dimana tersungkurnya ramai calon calon BN pada tahun 2008 kerana protes jentera parti BN terhadap calon calon yang tidak boleh mereka terima…

Sepanjang tempoh kepimpinan Najib, ditafsirkan pada beberapa Pilihanraya kecil [PRK] yang menghasilkan kemenangan sebagai contoh di Parlimen Hulu Selangor, DUN Bagan Pinang, DUN Tenang, DUN Kerdau dan DUN Merlimau formula Najib meletakkan “Winnable Candidate” sudah berhasil.

Oleh itu, ramai jentera pekerja parti BN bersama pimpinan BN mengharapkan Najib akan teliti dan memperhalusi calon calon untuk PRU 13 agar factor “Winnable Candidate” terus digunapakai demi menjamin kemenangan BN.

Sedang kita menghampiri saat dan ketikanya untuk Najib umumkan calon calon yang akan mewakili panji panji lambang keramat BN, masih lagi ada bunyi bunyi sumbang gerombolan yang masuk “mengadap” YAB PM untuk kerja lobby pada saat saat akhir… Istilah nakalnya “ nak potong tang konar la beb…”

Pak Lah sudah melakukan kesilapan ini, natijahnya tertonggeng ramai pimpinan BN, majority calon BN yang menang susut…, secara keseluruhannya berlakulah Tsunami Politik 2008.

Kalau dilukis atas kertas, boleh digambarkan larian Najib sudah OK, maksudnya kelihatan baik dan menjanjikan kemenangan. TETAPI kita tidak mahu YAB PM melakukan kesilapan pada saat saat akhir ini.

Perlukah Najib tunduk pada desakan dan gangguan beberapa Wanna Be Candidate yang mahu menjadi ‘tangan ghaib’ dalam menentukan siapa calon yang layak…?

Kupasannya…., jom baca di SINI

15 comments:

suaralensa said...

insyallah, Najib lebih peka kepada keadaan sekeliling... pasukan Najib sudah pasti pasukan mantap!!!

Anonymous said...

Rakyat menunggu samada PM sanggup kick-out menteri-menteri yg dah expired - more than half-past-six.

Kita tengok keberanian PM atau TPM lebih berani.

xXx said...

Jangan risau, Najib tak akan buat perkara bodoh seperti yang dibuat Paklah. Transformasi Najib jauh lebih baik dari yang dibuat Paklah. Apa sangat Paklah buat nak dibandingkan dengan Najib? Rakyat tahu siapa yang baik dan siapa yang tidak.

kluangman said...

Setuju, segala dan semua perancangan yang baik akhirnya kecundang ketika membuat keputusan terakhir - ini bukan mustahil.

Untuk kata sifar, tak ada langsung akan berlaku kepada Najib adalah mustahil.

Anonymous said...

Najib sibuk dgn hantu Altantuya.

Anonymous said...

xoxo said...

Semoga Parlimen Temerloh tak mencalonkan mana2 pemimpin yang hanya pandai berdebat kononnya, tapi buat kerja memang hampeh! Semua janji dicapati....

Anonymous said...

suara akar umbi paling penting dan wajib d dengar oleh dato'sri najib.,USTAZ FADZIL HANAFI ADALAH WINABLE CANIDATE UTK UMNO DUN ALOR MENGKUDU di parlimen alor star...please najib dengar suara akar umbi ini.

Zara Morgana said...

najib telah banyak membuat perubahan dalam kepimpinan terbaru...kebijaksana najib lebih terserlah yang lebih menutamakan kemajuan negar dan kebajikkan rakyatnya

JIWA UMNO said...

JIKA BERLAKU LG TSUNAMI POLITIK..ADAKAH NAJIB SEDIA BERUNDUR?SEBAGAIMANA BELIAU MENGAMBIL ALIH PUCUK KEPIMPINAN DARI PAKLAH..

Anonymous said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

Anonymous said...

Yang membuat kerosakan bukanlah Park Lagh, tapi si Kutty.. Park Lah dan Jibbon yang menanggungnya..

Benarlah kata orang, kalau anda dibuang kerja, anda akan mendapat kerja yang lebih baik..

Pengundi Johor said...

Masih dlm ingatan; tsunami 2004, banjir besar 2006/7, isu catuan diesel, bekalan gula dan minyak masak, kenaikan mendadak harga petrol. Rakyat rasa tertekan.

Pemilihan calun pula, di DUN dan Parlimen saya, calun popular setempat dipinggirkan dan diletakkan calun luar kawasan.

Bg saya, tiada yg kebetulan tp adalah takdir yg ada hikmah dan pengajarannya.

Anonymous said...

anuar sibuk dengan hantu jubo.

Anonymous said...

Uishhh.. Orang Amnonok Kapiq Harbi semuanya betul la!!! Tak ada sorang pun yang salah la! Semuanya maksum la!!

Boleh belah! Tolak hudud, hina Nabi, setuju pulak dengan Soil Leg pasal penolakan hudud, lagi mau ngaku yang terbaik, tak ada dosa, semuanya betul? Farkkk you Amnonok parti tua tak relevan!

Masuk Amnonok nak perjuangkan Melayu? Hidup Melayu? Pirahhh! Saham bumiputra pegi mana? Tanah rezab Melayu pegi mana? Anak melayu jadi Mat Remput dan Bosia ko pegi mana? Anak Menteri sendiri pun minum arak, tak adanya yang yang berkopiah belajar agama tinggi2 dan mengajar.. Semuanya spoil brat!

Tu hidup Melayu? Melayu jadi jahanam takpe, asal perut diisi.. Main juta-juta aje. Tak ada nya menteri Amnonok yang tawadhu' duduk rumah papan atau berjalan malam-malam macam Khalifah Umar untuk mengetahui masalah rakyat..

Farkkkk you Amnonok.. Bye bye parti tua tak relevan! Runtuh kamu dalam PRU 13 ini..

Anonymous said...

Apa yg kau meraban ni sewel?.kau ingat parti PR ni baik sangat ke? Peminpin baik PKR dan PAS semua bernafsu songsang, ini ke yg akan jadi peminpin terpilih..fikir2kanlah
Tengok dengan mata hati.