Monday, April 15, 2013

PRU 13 - Siapa Sebenarnya Yang Lebih Membawa Harapan Rakyat...?

Jika hendak dibandingkan antara kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan juga rekod prestasi pentadbiran kedua-dua parti politik berkenaan, jelaslah BN lebih mampu menawan kebolehpercayaan rakyat.

Hal ini berikutan kerana setiap janji ditepati dan setiap janji-janji baru akan lebih banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat jelata dari setiap lapisan masyarakat.

BN bawa harapan untuk semua rakyat Malaysia. Pakatan hanya bawa harapan untuk Anwar Ibrahim.

Pengarah kanan ISIS Malaysia Steven Wong setuju dengan praktikaliti Manifesto Akujanjai BN, yang mana menurutnya manifesto BN mempunyai kelebihan.

Dalam kesemua 17 bidang yang diliputinya, terdapat penjelasan secara khusus tentang perkara yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurutnya, perancangan BN itu juga lebih menyeluruh berbanding PR yang tidak menyatakan secara tepat apa dan bakal yang mereka akan laksanakan serta tempoh masa mereka melaksanakan janji manifesto itu.

Beliau turut membangkitkan soal pemberian wang secara tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya baik dan munasabah.

"Walaupun pelbagai pihak heboh memperkatakan tentang pemberian wang oleh kerajaan, namun jumlah bantuan kewangan yang ditawarkan itu agak munasabah.

"Bagi 40 peratus isi rumah bawahan, jumlah yang mereka terima hanya lebih kurang bersamaan dengan pendapatan tambahan untuk satu bulan bagi mereka," katanya.

Jelasnya lagi, melalui pemberian berkenaan, ia mensasarkan kepada kumpulan tertentu dengan tepat.

Katanya, ia tidak sama dengan pemberian bukan berbentuk wang seperti subsidi tenaga dan makanan, yang boleh membawa kepada berlakunya penyelewengan dan pembaziran dalam skala besar.

Perlu juga disebut bahawa insentif lain yang ditawarkan oleh manifesto itu menunjukkan sesetengah rakyat negara ini akan mendapat pelbagai bentuk bantuan.

"Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa dari segi pemberian geran wang, manifesto BN tidaklah bersifat keterlaluan dan layak diberi markah yang baik."

Intipati manifesto BN itu juga adalah kunci untuk memenuhi semua aspeknya ialah pembinaan sebuah ekonomi yang berdaya tahan, dinamik serta inovatif, kerana tanpa asas ekonomi yang kukuh, semua sasaran lain hanya merupakan impian semata-mata.

Sekiranya terdapat perbezaan ketara antara manifesto BN dan manifesto PR, ia adalah berkaitan aspek pro pertumbuhan dan pro perniagaan.

Kita sudah tahu tentang pro dan kontra Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi kita tidak pasti tentang strategi pertumbuhan PR.

Manifesto BN secara jelas menyebut bahawa ia menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi Asean serta usaha meningkatkan kepentingan ekonomi dan kepentingan dua hala.

Manifesto PR sebaliknya hanya fokus kepada pemansuhan pelbagai perkara dan "percuma" semua benda tanpa menilai keseluruhan secara pendekatan ekonomi yang bakal memberikan kesan terhadap kedudukan kewangan negara.

Dalam hal ini, manifesto BN layak diberi markah tinggi. Namun demikian, perlu juga ditegaskan bahawa banyak negara turut meliberalkan ekonomi masing-masing untuk memiliki daya saing, dan perkara ini perlu diambil kira.

6 comments:

Anonymous said...

Makin meracau-racau Pork Jibbon ni sekarang.. Keh keh keh..

Tengok beribu-ribu orang datang ceramah PR kot.. Yang kat rumah tambah lagi, ramai berkobar-kobar nak turunkan kerajaan korup dan karipap pembalun tax payer money..

Rakyat sekarang bukan bodoh lagi macam tahun 50-an..

Ini kalilah, Tukar dan turunkan Babi Negara (B>>N)

Anonymous said...

Memang benar rakyat sekarang bukan bodoh macm tahun 50an. Sebab itu rakyat tahu membezakan antara kaca dan permata. Mereka juga tahu siapa pemimpin yang boleh dipercayai dan yang bernar-benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Rakyat juga tahu bahawa DS Najib adalah yang memahami hasrat dan aspirasi rakyat. Rakyat juga tahu bahawa perjuangan DSAI dan pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang lain telah memecahbelahkan perpaduan orang melayu, menggadaikan maruah islam. Lantaran kerana tahun dan tidak bodoh itulah rakyat akan mengundi BN dlm PRU13 nanti. Insya Allah.

Anonymous said...

Memang benar rakyat sekarang bukan bodoh macam tahun50an. Sebab itu rakyat tahu membezakan antara kaca dan permata. Mereka juga tahu sipa pemimpin yang boleh dipercayai dan yang benar-benar berjuang untuk agama, baangsa dan negara. Rakyat juga tahau bahawa DS Najib adalah seorang pemimpin yang memahami hasrat dan aspirasi rakyat. Rakyat juga tahu bahawa perjuangan DSAI dan pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang lain telah memecahbelahkan perpaduan orang melayu, menggadaikan maruah islam. Lantaran kerana tahu dan tidak bodoh itulah rakyat akan mengunbdi BN dlm PRU13 nanti. Insya Allah.

Anonymous said...

Memang benar rakyat Malaysia tidak bodoh...sebab itu majoriti rakyat menyokong BN sejak merdeka 57 hinggalah ke abad 21...ketika zaman kealpaan BN pun rakyat hanya mengurangkan majoriti bukan memberi kemenangan mutlak kepada pembangkang pada 2008...sekarang keyakinan rakyat kepada BN sdh pulih...seteruk2 BN pun tidaklah seteruk pembangkang yg membuat begitu byk kerosakan hanya dlm tempoh 5 tahun!! Rakyat akan bertindak bijak sekali lagi dlm PRU 13.... Dan aku dgn bangga mengumumkan akan mengundi BN kali ini...

micel said...

satu undi sudah sure utk azmin ali parlimen gombak, kali ni la yea !

Anonymous said...

Orang kuat seks memang tak mual tengok video lucah macam ni, sebab bapak mak dia pun pelakon porno masa memuda dulu..

Demi satu undi, sanggup jadi balaci porno dari pengeluar video porno terHalal di dunia, Barisan Neraka (B>>N)!