Tuesday, April 9, 2013

PRU 13 - Terbaeeklah Najib...!

Pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) “Menepati Janji, Membawa Harapan” pada Sabtu lalu, mendapat reaksi yang positif dari majoriti rakyat Malaysia. Ini kerana manifesto tersebut dilihat lebih konkrit dan menggambarkan kesungguhan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertingkat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Malah rakyat juga dilihat semakin yakin dengan kemampuan  dan kebolehan BN untuk menunaikan semua ‘akujanji’ yang dibentangkan sekiranya diberikan mandat mentadbir negara untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.

Menurut Perdana Menteri, menerusi blog 1Malaysia mengatakan mandat yang diberikan rakyat anda adalah merupakan sebuah janji yang membawa harapan, mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan.

“Masa depan negara ini berada di tapak tangan anda. Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul” katanya.

Tambah menarik perhatian, manifesto yang mengandungi 17 perkara utama itu  merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat serta turut memberikan perincian terhadap apa yang akan dilakukan.

Malah manifesto tersebut yang dizahirkan dalam bentuk dokumen 'aku janji' itu merupakan satru aspirasi khusus untuk golongan muda bersama-sama menjayakan usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020. Ia bukan sahaja menjadi pendorong kepada golongan muda khususnya belia tetapi turut menyediakan nilai tambah kepada mereka yang berminat menceburkan diri dalam bidang usaha niaga komersil.

Namun, ternyata ia bukanlah merupakan satu berita yang mengembirakan pakatan pembangkang, yang melihat ‘akujanji’ tersebut sebagai satu lagi halangan baru yang akan menyukarkan lagi gerakan untuk merampas Putrajaya. Ini kerana ketika mereka mengunapakai pendekatan ‘Manifesto Bukan Janji’, BN dilihat bertindak bijak dengan memberikan kesungguhan untuk melaksanakan semua perkara yang dibentangkan itu.

Selain itu Datuk Seri Najib turut menegaskan manifesto tersebut telah dirangka dengan penuh teliti melalui hasil tinjauan mesra serta pelbagai usaha yang dilakukan bagi mendapatkan maklum balas daripada segenap lapisan rakyat di negara ini.

Menerusi laman blognya, beliau berkata ia bukanlah satu manifesto yang direka dalam masa sehari hanya untuk memenangi hati pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

"Malah saya sendiri telah mengamalkan aktiviti turun padang untuk lebih memahami segala isu dan keutamaan rakyat daripada semua peringkat umur, pendapatan, tempat tinggal, bangsa dan agama.

"Kerana itulah manifesto ini realistik dan komprehensif bagi memenuhi keadaan sebenar rakyat di masa kini," katanya.

Ia berbeza dengan pakatan pembangkang, pimpinan Anwar Ibrahim yang dilihat tergesa-gesa ketika membentangkan manifesto mereka tidak lama dahulu.

Ia ekoran kegagalan mereka memasukkan beberapa perkara yang sebelum ini menjadi agenda perjuangan mereka seperti isu royalti minyak, tuntutan Hindraf dan sebagainya.

Sehingga menyebabkan beberapa pimpinan NGO tersebut melahirkan rasa kesal dan marah atas sikap sambil lewa yang ditunjukkan.

Ketidakpekaan mereka meneliti satu butir perancangan juga dilihat sebagai satu kelemahan pembangkang yang hanya ingin mengemis simpati rakyat agar memilih mereka dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Kesimpulan, kegusaran pimpinan pakatan pembangkang dengan menyerang manifesto BN adalah merupakan satu bukti jelas bahawa majoriti rakyat menyambut baik semua perkara yang dibentangkan.

Ditambah dengan rekod buruk mereka sebelum ini yang gagal melaksanakan semua perkara yang dijanjikan di dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ kecemerlangan Datuk Seri Najib ini dilihat bakal menjadi mala-petaka buat pakatan pembangkang.

Rakyat Didahulukan- Menepati Janji, Membawa Harapan

BN Pilihan Rakyat 1Malaysia

15 comments:

nik said...

kesian, manifesto Bn terpaksa copy PR punya, sungguh memalukan..hidup PR !

Anonymous said...

Kesian PR terhengih-hegih ngaku semua depa yang punya...kasi jilat DAP lebih ckit bro.

Anonymous said...

Takkan nak buat kerja2 plagiat,,,yg biasa buat kerja2 nih bebudak sekolah..tp BN sudah mengkaji sedalam dalamnya sebelum diwarwarkan dlm manifesto.Ini amat mudah dikatakan tiru meniru..lainlah kalau PR nih innovator boleh buat manifesto spt IOS@Blackberry yg sememangnya tak boleh ditiru oleh sesiapa..

Zulmg said...

Salam, aku nak beritahu Papagomo sebenarnya. Aku rasa Papagomo telah termasuk perangkap DSAI apabila mengumumkan akan bertanding melawan DSAI di Permatang Pauh. DSAI telah berjaya memecahkan undi yang tidak akan menyebelahinya kepada sekurang-kurangnya kepada 2 bahagian iaitu BN dan Papagomo. Manakala DSAI akan memperolehi undi solit dari penyokong totoknya di Permatang Pauh. Strategi pecahkan undi ini akan berjaya menjadikan DSAI sebagai pemenang di Permatang Pauh. Papagomo..usaha anda melawan DSAI sememangnya ditunggu oleh DSAI bukan kerana DSAI nak lawan anda tapi peluang untuk memecahkan undi penyokong yang dah tak minat dengan dia...maka pikir-pikirkan lah.

Anonymous said...

kesian, manifesto PR bukan janji, sungguh memalukan...BN punya baru real akujanji...hidup BN!

Anonymous said...

MANIFESTO BN AKU JANJI....MANIFESTO PR=MANI FESTA...PESTA MANI...AKA LANCAP ..LIWAT...KULUM..KAKKAHKAHKAH...

Anonymous said...

zulmg, tak faham lagi ker strategi papagomo tu.
papagomo akan sedarkan pgundi prmtng pauh supaya tinggalkan anuwar. lepastu galakkan mereka undi BN. Memang papagomo akan kalah tapi ada banyak ruang utk jelakan pgundi Anwar. Hidup Gomo.

Anonymous said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

nik said...

pilih la anwar ibrahim, itu harapan rakyat ! BN dah jadi kudis buta ,makin diubat makin parah !!

Anonymous said...

kudis buta ke atau AIDS.. layan jantan betina yg haram2 belaka tu..

Ahli Pakatan Rosak

Anonymous said...

Berita lepas PRU 13 ....petang 5/5/2013 Kutty lari ke Kerala India dengan jet peribadi...Lembujat pula koma setelah keputusan PRU 13 diumumkan...6/5/2013 ramai pemimpin BN ditahan di aiport di seluruh negara....kah...kah...kah...kah...

bro yul said...
This comment has been removed by the author.
bro yul said...

Berita lepas PRU 13 ....petang 5/5/2013 anwar Kutty lari ke turki dengan jet peribadi...Lembu rafizi pula koma setelah keputusan PRU 13 diumumkan...6/5/2013 ramai pemimpin2 pakatan harami di tahan di aiport di seluruh negara....kah...kah...kah...kah...

Anonymous said...

tgk la akai pencacai najis umngok, tau nak copy paste je ...wakakaka

Anonymous said...

Uishhh.. Orang Amnonok Kapiq Harbi semuanya betul la!!! Tak ada sorang pun yang salah la! Semuanya maksum la!!

Boleh belah! Tolak hudud, hina Nabi, setuju pulak dengan Soil Leg pasal penolakan hudud, lagi mau ngaku yang terbaik, tak ada dosa, semuanya betul? Farkkk you Amnonok parti tua tak relevan!

Masuk Amnonok nak perjuangkan Melayu? Hidup Melayu? Pirahhh! Saham bumiputra pegi mana? Tanah rezab Melayu pegi mana? Anak melayu jadi Mat Remput dan Bosia ko pegi mana? Anak Menteri sendiri pun minum arak, tak adanya yang yang berkopiah belajar agama tinggi2 dan mengajar.. Semuanya spoil brat!

Tu hidup Melayu? Melayu jadi jahanam takpe, asal perut diisi.. Main juta-juta aje. Tak ada nya menteri Amnonok yang tawadhu' duduk rumah papan atau berjalan malam-malam macam Khalifah Umar untuk mengetahui masalah rakyat..

Farkkkk you Amnonok.. Bye bye parti tua tak relevan! Runtuh kamu dalam PRU 13 ini..