Monday, April 8, 2013

PRU 13 - Tony Pua DAP Akui Manifesto Najib Terbaeekk

Tak ramai yang terlibat dengan usaha meracik manifesto BN seperti yang dilakukan semalam. Sebab tak ramai, kebanyakan YB sudah kembali ke kawasan masing-masing untuk melihat isu tempatan.

Tinggallah beberapa kerat yang sudi berkumpulan di PKR HQ. Rafizi. Tony Pua. Dr Dzulkefly (itupun sudah lewat).

Perbincangan semalam terbahagi kepada beberapa topik yang sudah diberikan awal. Tony Pua dan team DAP diminta untuk mengkaji tawaran yang bersifat ekonomi dan infrastruktur.
Rafizi fokus kepada isu harga kereta dan pendidikan. Sementara Dr Dzul diarah melihat topik Islam dan Rasuah.

Setelah beberapa jam, antara perkara yang dibawa ke meja perbincangan Jawatankuasa Utama:-

1. Beberapa tawaran BN
– khususnya dalam topik kesihatan, infrastruktur dan pendidikan mempunyai asas yang baik. Masih boleh dikritik, namun ianya perlu dilakukan dengan hati-hati supaya tidak backfire.
- tawaran mewujudkan hospital khas mengikut zon adalah antara yang paling menarik. Tony Pua mengakui, bahawa di dalam manifesto PR, isu ini sudah diberikan pertimbangan yang terlalu sedikit.
- Tony mencadangkan agar beberapa siri ‘tawaran balas’ dibuat oleh PR dalam masa yang terdekat ini.
- Antara yang dicadangkan adalah mewujudkan hospital khas kanser dan sakit jantung di Kuching bagi memastikan sasaran DAP untuk menang beberapa kerusi Parlimen dapat direalisasikan.
- Tony akan hanya menggunakan kelemahan projek Kementerian Kesihatan sebagai alasan mengatakan projek berkenaan tidak akan dapat dimajukan oleh BN.

2. Hubungan Antarabangsa
- turut tidak diulas dalam Manifesto PR
- perlu juga tawaran balas.

3. Infrastruktur
- Tawaran Pan Borneo Highway perlu dikaji
- Serangan yang boleh dilakukan (projek kroni – untuk anak Taib Mahmud)

4. Harga Kereta
- BN mempunyai alasan kukuh untuk menjanjikan kadar penurunan gradual.
- mengakui bahawa manifesto PR tidak melihat kepada isu industri kereta terpakai, insuran dan lain-lain.

5. Tol
- Rafizi akan buktikan bahawa konsesi sudah membuat keuntungan yang berlipat kali ganda.
- Jika BN buat keputusan untuk mansuh tol jalan pinggir bandar – PR akan berhadapan dengan masalah besar.

6. Pendidikan Percuma
- Ini Rafizi akan gasak habis-habisan. Tony tidak akan masuk campur.

7. BR1M
- rasuah politik.

8. Perumahan
- Tony mengakui bahawa tawaran BN luar biasa.

6 comments:

Anonymous said...

KEBOLEHPERCAYAAN... Seandainya Pakatan Pembangkang... Menang Dengan MAJORITI TIPIS... 112...!!! Daripada 222 KERUSI PARLIMEN...!!!
ADAKAH... Pakatan Pembangkang... AKAN PATRIOTIK DAN MEMERINTAH DENGAN MAJORITI TIPIS TERSEBUT...???
ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH DIPERCAYAI... TIDAK AKAN MEMBENTANG KARPET MERAH MENGALU ALUKAN KEMASUKKAN SEMULA JIRAN DISEBERANG TAMBAK YANG MENGUASAI 81 DRPD 87 KERUSI...!!!
JIKA DICAMPUR... KERUSI PARLIMEN MALAYSIA 222 + SEBERANG TAMBAK 87 = 309 KERUSI KESELURUHAN...
JIKA PAKATAN PEMBANGKANG DGN 112 + 81 = 193 / 309...!!!
DAN ITU ADALAH MAJORITI YANG KUAT DAN GAGAH... UTK MENEBUK NEBUK MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA...???!!! BOLEHKAH DIBERIKAN KEBOLEHPERCAYAAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG MEMEGANG STRUKTUR SISTEM KENEGARAAN INI...!!!
DEMOKRASI ADALAH PERTANDINGAN KEPADA ANGKA...!!! SIAPA BANYAK... DIALAH YG MENANG...!!! TIADA ISTILAH NAIB JUARA...!!!

Elya insyirah said...

Salam perjuangan..Mohon tuan pautkan blog saya dihttp://metromalaya.blogspot.com/Blog tuan telah saya pautkan,t.kasih..

minachi said...

"Revise National Automotive Policy and gradually reduce car prices by 20-30 percent to improve competitiveness of local cars" - BN tiru PR..wakakakka

dulu ckp harga kete turun kalu, negara bole bengkrap,deeeyyy machaa..nalapund#k

razali adnan said...

la ni semua sahabat2 terdahulu anwar keluar dan memburuk-burukkan beliau, yg satu ketika dulu kawan seperjuangan..it is a good lesson in life whereby the one who will stay with u is only your family, manusia ni akan lari dari anda apabila anda dlm kesusahan, tetapi mcm anjing jinak apabila anda mempunyai wang dan harta, itulah liku2 kehidupan...

razali adnan
kedah

Anonymous said...

Main petik je nama orang, sebab dia tau diri dia sudah tidak laku.. Kesian blogger ni..

nik said...

blogger ini sedang menghadapi kehancuran karier sbg blogger..wakaka