Thursday, April 18, 2013

PRU 13 - Wan Azizah Akan Segera Berjumpa Kamilia Ibrahim Yang Kecewa Tak Dicalonkan....

Tindakan Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan pemimpin tertinggi Wanita Umno dan BN sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mengecewakan dan dianggap penghinaan kepada wanita, kata Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim.

Menurutnya, ia menunjukkan BN tidak beri pengiktirafan sewajarnya kepada pemimpin wanita yang berada dalam hierarki tertinggi organisasi wanita untuk bersama-sama saf kepimpinan parti bertanding pada PRU13.

Beliau, yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Kangsar berkata, beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Tindakan kepimpinan BN memeranjatkan saya dan wanita lain. Saya kecewa kerana tidak ada pengiktirafan sewajarnya diberi kepada pemimpin Wanita Umno dan BN yang mewakili seluruh wanita Umno dan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamilia berkata, beberapa ketua Wanita Umno negeri tidak diberikan tempat dalam PRU13, antaranya di Kedah, Johor dan Terengganu, termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

“Kami banyak berjasa, tetapi tidak diberikan tempat. Adakah kepimpinan tertinggi tidak mengiktiraf kelayakan yang kami ada. Kebanyakan kami golongan profesional,” katanya.

“Pucuk pimpinan parti jangan menganggap wanita tidak kisah dengan pencalonan yang diumumkan baru-baru ini. Jangan ingat wanita tidak ada perasaan,” katanya.

Kamilia, seorang peguam, berkata, hakikatnya, wanita membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membantu parti sejak tiga tahun lalu.

Beliau, bagaimanapun berkata akan 'berjuang habis-habisan' walaupun tidak terpilih di saat akhir.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan, rata-rata wanita di seluruh negara mempersoalkan calon-calon yang ditampilkan.

“Saya akan mencabar sehingga ke akhir untuk membantah kerana saya merasakan ini tidak adil. Selama ini saya bersabar, saya berjuang bersama-sama selama enam penggal dan melalui enam kali pilihan raya.

“Tunggu dan lihat, Saya tidak mengugut, tetapi saya menunggu keputusan parti.

“Saya ada perjuangan dan tidak akan berputus asa. Dunia ini luas, mesti teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara. Terpulang apa yang akan ditafsirkan,” katanya ketika ditanya adakah beliau akan menjadi calon Bebas sekiranya tidak
dicalonkan oleh BN dalam PRU13.

Kamilia disebut-sebut untuk bertanding di Parlimen Kuala Kangsar, tetapi pada Selasa lepas, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Adun Bukit Chandan, Datuk Wan Mohamad Khairil Anuar Wan Ahmad bertanding untuk Parlimen tersebut.

- Sinar Harian Online

73 comments:

Anonymous said...

..brader kasi buang gambar hadi boroi yg menyokong penzina stopa ali dan mat sabu peminum air puan normah dari front page blog ini.. pls focus on pru13.. thanks..

Anonymous said...

tak de pun akar umbi nak bantah. sapa pun calon ok je asalkan khidmat bagus. yg tak tercalon anggap je la rezeki tak da. pelik la orang2 besar ni. tak percaya ke kpd rezeki allah.

Anonymous said...

Ada logic keluhan Kamilia Ibrahim. Mengapa anggota tertinggi Wanita UMNO tidak dicalonkan sebagai calon PRU. Kes Sharizat Abdul Jalil, boleh juga difahami.
Saya juga pelik kenapa Azlina Othman Said dan Noraini terpilih. Hebat sangat ke mereka? Mereka juga tidak ada jawatan dalam UMNO. Sekiranya ahli UMNO yang tidak memilih mereka, adakah pengundi kawasan akan berbuat demikian?

Anonymous said...

asal berjuang mesti mengharap sesuatu...x cukup lg apa yg dah dpt skrg?

Anonymous said...

tak der rezeki..sabor jer la yong..takdir tuhan yong..bagilah pade org yang lebih berkelayakan daripada yong..dato najib tahu bebenor ape yang dia buat...usah nak nak sabotaj parti pulak ye yong,...banyak2 beristigfar yong..sebab teman penah jumpe mike..teman tahu mike macam mane..kuale..bukan besor mane...

Anonymous said...

berjuang dah lama..tahniah.
Tp klu rasa calon x blh menang buat apa d calonkan...

Anonymous said...

Ni la jenis pemimpin yg "bersumpah taat setia jika hanya dapat jadi calon"..kalau tak dapat jadi calon.. tendang pintu tendang kerusi meja.. kihikihi ..mcm la tak ada orang langsung yang lebih bagus dari dia...

skodeng said...

ni lah namanyer kerja tak ikhlas. harapkan ganjaran..

Anonymous said...

ghasa diri hebat..jenis syok sendiri....

ASHAMSURI said...

dia ni bukan calon popular..maybe dia popular di kalangan wanita UMNO, namun PRU adalah landskap yang berbeza. dia kena muhasabah diri. turun kawasan pun tidak, macam mana rakyat nak kenal. sendiri ingat ma..

mat sabung ayam said...

azalina bo;eh buat kerja dan tegas.jgn main2

Inai Merah said...

Banyak lagi pejuang-pejuang wanita yang hebat-hebat. Mereka ini berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu. Sanggup mengadai nyawa dan harta demi kelansungan hidup orang-orang seperti Kamilia.

Berapa ramai kah di antara mereka yang jadi Menteri waima Wakil Rakyat.

Mereka tidak meminta-minta jauh sekali niat untuk membalas DENDAM maupun MENGUGUT.

Seorang wanita yang berjiwa besar tetap akan disanjung walaupun dia hanya menghayun buaian.

Insaflah Puan Kamilia. Berbaik sangka dan bersyukurlah kepada Allah swt yang telah mengurniakan rahmat kepada kamu sehingga kini.

Janganlah kufur atas nikmat Allah swt kerana setitik embun membasahi bibir di padang pasir dapat menyabung hayat untuk berjuang.

Iklas dari rakan seperjuangan.

Anonymous said...

kalau kita berniaga,kita mesti jual barangan yang orang suka.barulah bolih laku.orang akan beli.tapi kalau kita jual barangan yang orang tidak suka sudah tentulah barangan itu tidak akan laku sebab orang2 tidak mahu beli.akhirnya barang2 tu kita kenalah makan/pakai sendiri.bagitu juga soal politik.kita kena letak orang yang penduduk dikawasan itu suka.jadi kepada mereka2 yang tidak dicalonkan jangalah berkecil hati[berfikirlah secara rasional].DEMI KEMENANGAN BN AKURLAH dengan keputusan PUCUK PIMPINAN kerana mereka[pucuk pimpinan]telah mengambil kira dariSEMUA SEGI.jadi mereka2 yang tidak dicalonkan sebenarnya ada tugas2 lain yang mesti dilaksanakan.

Anonymous said...

Dia sendiri mengaku dah 6 penggal berjuang.Kalau gitu sekarang serahkan lah pada org lain pulak,tengok perbedaannya nanti kalau ada entah makin bagus ,kalau makin teruk tukar pulak nanti,tukar dalaman senang,yg susah kalau nak tukar kerajaan.
Cukuplah,malu lah sikit meminta-minata ni,kalau tak pernah merasa lainlah ceritanya.

Anonymous said...

Insafla makcik..bkn makcik sorg yg xtrpilih, ramai lagi..yg penting keikhlasan dlm perjuangan...xtrpilih mnjadi calon bkn brmakna perjuangan makcik dah tamat ..tapi kalo makcik memilih utk menentang bermakna perjuangan makcik selama ini hny utk PEROT shj bkn krn agama, bangsa dan negara...

Anonymous said...

Konon kita ber-akujanji akan setia kepada parti. Dihadapan PM dan MB kita akui akan terima siapa saja yang dicalonkan konon kerana sayangkan parti lebih kita utamakan. Tetapi dalam hati terselit cita-cita dan harapan biarlah calon yang dipilih oleh MB dan PM itu adalah diri sendiri.tenangkan diri auntie..dengar lagu KAMELIA>kump Sweet Charity.cuba dengar baris akhir..Kamelia telah tida(ulang3x)...hahahahaha

Anonymous said...

pengakuan memalukan diri sendiri..berjuang selama 6 penggal..1.GILA KUASA..2.ADA HAJAT BUSAR EH..dah dah lah auntie..buat2 berehat lah..layan KAMELIA lagu SWEET CHARITY..pas tu mai secawe air ketum...wakakakakaka

Anonymous said...

jangan terlalu kecewa,dan jangan belot percaturan politik masa kini memukgkinkan segalanya.siapa tau telah tercatat namanya antara yg akan menangotai kabinet jika BN menang.

Anonymous said...

Cikgu:"S".

Udah2 le tu makcik.Makcik rasa makcik banyak berjuang,tapi sebenarnye makcik berjuang untuk kepentingan diri makcik aje.Buktinye makcik tak puas hati dengan kedudukan makcik yang ade sekarang.Ape makcik berangan nak jadi Perdana Menteri ke pulak?
Perjuangan makcik itu amat tehad.Orang kampung pun tak semua tahu.Makcik tak kemana-mana.Setahu saya suatu ketika dulu makcik nak lawan tauke ade lah.
Udahlah tu,dah tua pun...


Anonymous said...

makcik2 cukukp2 sudah sampai disini saja kalau perjuangan tak ikhlas cuma nak mengharapkan jawatan baik pergi berambus kuasa rakyat lagi dato najib utamakan bukan sura makcik sorang ngn segelintir penyokong

Aza Aziz said...

Orang perempuan ni fitrahnya duduk di rumah, layan makan-minum suami dan anak-anak. Tak payah lah ambil kerja orang lelaki. Tahulah mereka nak menguruskan kita orang perempuan ini. Lagi pun malu, bila kita bercakap-cakap apa yang kita dah buat.

Anonymous said...

Jika ditanya dato Kamilia bukan lah boleh dijadikan contoh pemimpin yang hebat:

Sedar kah beliau ketika itu cara dan bagaimana dai naik takhta menjadi no 2 dalam wanita umno ? sedar kah perkiraan nya yang salah dan silap hinggakan sampai kini kita dapat melihat bayangan umphhh dari diri beliau sebagai pemimpin.

Mungkin dia hebat sebagai wanita di kuala kangsara tetapi masih tempat dibayangi oleh bekas Dato Paduka Rafidah yang dirasakan lebih hebat dari beliau

Jadi jangan perasan bahawa bila tidak terpilih maka itu merupakan satu kesilapan yang dibuat oleh parti. Betu kita akui Dato Najib seharusnya memberikan tempat dan wajar atas kapasiti beliau dia merupakan orang nombor dua wanita .. tapi jangan mengugut parti , dari pandangan ikhlas kami temapt dato kamilia adalah sebagai seorang senator keran itu temapt selayak nya dan akan diangkat selepas bn menang dalam pilihan raya. Jika sebaliknya dato Kamilia memilih untuk berperang dan bersekongkol atau bertanding bebas maka lebur lah impian nya untuk menajdi pemimpin yang dikagumi dan mendapat penghormatan.

Tepuk dada tanya selera , adakah dengan memperuntukkan kerusi calaun beliau pasti menang jika bertanding di kuala kangsar menetang calun pas yang seimbang kebolehan nya dengan dato wan khairil. jika dto kata ya sila kan berentap sebagai wakil bebas.

Anonymous said...

Bagus lah jugak keputusan sebegini, sekurang nya kita tahu dah musuh dalam selimut. Jikalau nak tests market jugak, silakan lah. Masuk lah bertanding sebagai independent kah, sebagai calon pembangkang kah, sila kan. Di persilakan, yang nyata selepas kenyataan beliau seperti ini, she can say goodbye to the jawatan(s) in wanita UMNO.Tu lah pepatah Melayu ada kata, dah cakap tak bolih cakap balik wa cakap lu.! Selama lama nya lu akan jadi parasite di dalam UMNO dik kerana kesombongan diri sendiri. Your true colors is showing lah lawyer buruk.!Berkerja untuk parti kerana jawatan kah atau untuk bangsa, negara, dan agama, i add a little more, untuk kepentingan diri kah yong.?

Anonymous said...

BN bukan tak hargai jasa Wanita UMNO, cuma BN taknak calon yang dah menopous..nanti emo lain macam. cuma aku setuju gak kenapa azalina terpilih lagi..macma takde orang lain. bukan saja azalina..patutnya saifudin temerloh, JJ di rompin, nazri aziz, hisamuddin menteri amaran..ini semua menyemakkan kepala ja...tak payah pilih dah

Anonymous said...

Boleh jalanlah kak yong, kalau perasan diri tu rasa hebat. Buat apa dipilih sebagai calun kalau dah akan menjadi santapan penbangkang aje. Muhasabah diri dulu la kak yong oooooooiiii. PM tau sapa calun yang boleh menang.

Anonymous said...

Perjuangan yang terlalu mengharapkan balasan bukanlah perjuangan yg ikhlas. Kalau dia buat sabotaj nanti maknanya memang patut dia tak dipilih.

Anonymous said...

Jangan perasan barang sendiri lebih bagus daripada barang orang lain dah la.!!!

Anonymous said...

Dia kata tak mengugut, tapi kata-kata yg dikeluarkan jelas berbau ugutan. Kalu dia sabotaj parti maknanya dia pengkhianat. Lebih baik katahuan awal org jenis macam ni, adalah lebih baik disingkirkan awal-awal sahaja drpd parti sebelum terlambat.

Anonymous said...

Dia tu nak tuntut persamaan hak wanita dgn lelaki la konon tetapi tak kena pada tempat dan masanya. Ini lah contoh pemikiran yg terpengaruh dgn propaganda yahudi...kata diri lawyer tapi tak guna kalau bodoh cam ni.

Anonymous said...

Hati kena bersih. Dulu main belakang nak tikam syarizat. Tapi takut takut. Dah nampak perangai. Sebab tu tak dipilih. Tak ada kesetiaan dan bercita besar untuk kepentingan diri. Walau no 2 tak ada rezeki tuhan nak beri redho je. Tuhan lebih tahu yg sesuai untuk diri kita. sabar lah dan nilai diri di tikar sembahyang.

orang kuala said...

Menjadi wakil rakyat x menjanjikan jawatan dlm kerajaan....puan kamilia fahami rezeki...mungkin puan akan dipertimbangkan kejawatan kabinet bertaraf senator....???...
Bukankah itu berjuang juga....jgnlah sampai kelambu dibakar kerana x terpilih sebagai wakil rakyat...byk cara org menghargai jawatan dan gerakkerja puan itu....kadangkala menjadi pengerusi sykt GLC...RISDA...MARA...FELCRA...DLL...
BERSABARLAH ...DUGAAN ITU ADA HIKMAHNYA....

Anonymous said...

Salam Bro,aku rasa ada benarnya juga keluhan tu.Kalau Ketua Pemuda,Naib KP boleh dipilh,kenapa naib ketua wanita tidak dipilih ? Sementelahan lagi,ketua wanita tak bertanding.Berilah peluang kepada naibnya pula.

Anonymous said...

SAYA NAK SURUH KAMILIA NI TENGOK DULU BEBERAPA PERANGAI HODOHNYA SEMASA SHARIZAT KENA DALAM KES NFC DULU. KALAU SAYA JADI PM PUN SAYA TAK AKAN CALONKAN MANUSIA MACAM NI YANG SANGGUP KHIANAT RAKAN SENDIRI DEMI KEPENTINGAN SENDIRI. SATU DUNIA TAHU APA DIA BUAT. SEKARANG NAK TUNJUK BAIK. SORRYLAH. KALAU DIA JADI CALON KAT KAWASAN SAYA SENDIRI SAYA PUN TAK AKAN PANGKAH DIA. LEBIH BAIK TAK PI MENGUNDI DARI PANGKAH DIA. NAK UNDI PAS SORRYLA.

Nor Rimah said...

Kecewa dgn kenyataan wanita diatas, clean & clear dia nak pgg jawatan smp. .. Dunia ni bukan kita punya, smp masa kena lpas kat org lain pula utk tanggung keje yg penah kita lakukan.

Anonymous said...

Gila kuasa..gila Nama..Semua gilaaaaaaa......hahaha

Anonymous said...

BN adalah Parti yang dah sesak padat lalulintas peluang dlm segala keuntungan mengalami kesesakan giliran yang teruk jgn buang masa dan keringat dgn keterukan perkhidmatan Amno BN.Sertai Pakatan Rakyat peluang yang lebih adil menanti anda.Undilah PR.

Anonymous said...

Undi PR? Biar mati tak makan tak kan ku undi Parti Racist, LGBT, Pluralisma dan macam2 skandal lagi.

Anonymous said...

Astaghfirullah... Ada juga yang menggelar dirinya pemimpin tidak akur dengan kepimpinan. Nak jawatan tapi tak ikhlas, sudah tentu Allah tidak makbulkan. Lebih baiklah muhasabah diri agar lebih rasional. Nak banding dengan pemimpin lain, tak lekat air kaki yong ooi... Maaflah, saya memang tak akan hormat kepada orang seperti ini.

Anonymous said...

Tendang peti undi pun ada....
Semua berebut2 nak jadj calon...berebut2 nak berkhidmat pada rakyat....
Sungguh kagum dengan semangat juang mereka semua...
Bila tak tercalon pun semangat nak tendang sana sini....

Anonymous said...

Semakin banyak koleksi kenderaan mewah akan di kumpul nanti...hasil usaha membantu rakyat..

Anonymous said...

Menjadi wakil rakyat adalah punca sumber rezeki yang melimpah ruah dengan kekayaan berkekalan hingga ke anak cucu..kerana itu lah manusia berebut2 untuk menjadi wakil rakyat..lubuk kemewahan..jika tak terpilih maka akan memberontaklah mereka..tendang peti undi sana sini...keji fitnah..tetak bunuh...itu lah spesis manusia yg tiada keimanan... wlupun sudah monopos kering kontang tapi masih tamak haloba...masih tak cukup2 lagj dengan apa yang ada..
Cukup2lah...gunakanlah simpanan kekayaan yg tak terhabis 7 keturunan untuk memajukan agama pula..pastikan sisa2 kehidupan yang masih ada ini untuk saham di akhirat..
Bagi lah chance pada orang muda pula...mereka juga ingin mewah macam anda juga..

Anak Lenggong said...

Penjelasan daripada Dato Najib, Dato Kamalia bukan diketepikan tetapi telah ditawarkan untuk bertanding dikawasan ADUN disebabkan pada penilaian Dato Najib dia lebih sesuai berkhidmat di sebagai Adun didalam negeri sekiranya menang didalam pilihnraya tetapi..makcik sorang ni menolak kerana nak bertanding dikawasan Parlimen juga..

Makcik ooii..cuba pusing balik kebelakang, ko masuk UMNO ni untuk berkhidmat kepada masyarakat ataupun diri sendiri..sekiranya tujuan sebenar nak berkhidmat kepada masyarakat..pangkat dan jawatan tak perlu..kita kena ikhlas berjuang demi bangsa agama dan negara..sekarang ni bukan musim yang berhormat tetapi yang berkhidmat..so..fikir2lah..

Anonymous said...

Dia ni takder kesetiaan...patutnya dia sama2 memberi sokongan kepada ketua wanita masa kes nfc tu dulu ... ni dia yg melolong lebih2 suruh letak jawatan sedangkan mahkamah lum buat keputusan pun masa tu...dalam apa keadaan sekalipun kesetiaan penting makcik..ko dh tunjukkan diri ko yang sebenarnya sekarang ni...bukan lupakan terus pun..diberi juga jadi calun dun tu...taknak gak...ke nak jadi PM jugak macam anwar? PKR mmglah tempat org kecewa membawa diri...macam hospital gila jugaklah PKR ni..asal kecewa jer ke PKR..PKR kutip...kalau makcik ni terima tawaran najib aritu...aku hormat lagi lah kat dia...sebab kerja untuk parti...ahli biasa pun dah kira bagus dah..ni nk duk kat atas sampai mampus...payahlah...masih ada lagi org lain yang boleh bekerja better than u...jgn angkat diri sendiri tu hebat sangat...kita tak boleh menilai diri kita...diri kita org lain yang perhatikan yang nilai...capish?

Anonymous said...

apa yang datuk kamilia suarakan mmg kena dgn jawatan yg dipegang sekarang. setakat bagi dun, yb hamidah yang bukan dlm top position wanita umno pusat pun boleh dapat. ni la masanya perkenalkan lebih byk wanita umno yang lain. kamilia ni ade ijazah perundangan n syariah so bole la utilise. ni tidak... aritu dilantiknya wanita berbackground usahawan... mmg lagi la terpalit skandal. ni la politik umno... cuba la bg ruang dan peluang kepada golongan cerdik pandai. xde la ketandusan personality. ni ntah pape amik calon yg berijazah palsu, yg dah pernah kantoi rasuah, yg bekas menteri tak kredibel. mcm dah tak ada muka laen. semua muka baru pun dekat kerusi yg belum confirm menang. lepas tu dok canang byk muka baru. setakat muka baru bertanding tp kalau kabinet nanti muka lama, sama je la caranya. jgn ingat rakyat tak boleh jangka. apapun since ni strategi haji najib, kita tgk hasilnya tapi sila la step down kalau tak dpt 2/3 majoriti.
-bukan ahli umno or pr or macai tp sedih tgk politik umno...

Anonymous said...

Perjuangan atas kepentingan diri vs perjuangan atas kepentingan ummah.

Saya memilih calun yang berjuang untuk kepentingan ummah.

Saya bukan umno tapi saya sokong bn Buang ajelah calun calun yang, lagi lagi mendahulukan kepentingan diri. Tak sedar lagi ke... sesetengah 'pemimpin'(?) yang sebegini..
Ganggu aspirasi dan iltizam bn kearah transformasi negara. Lagi lagi dengar cerita pasal perut sendiri.
Perjuangan individu yang tidak mengambil kira level perjuangan organisasi. Please be more matured..
Is it really you cannot teach an old dog a new trick, umno?
Now is not about umno but about bn. Yet still fighting on personal issues. Justifying on personal issues that he/she is bla bla bla. Wait when you really lost all! If that what you are really yearn of....

ieda said...

Kenapa Allah tutup laluan untuk kita?...muhasabah diri sendiri.apakah yg kita lakukan selama ini ikhlas untuk rakyat atau ada cebisan untuk kepentingan diri sendiri.Allah bagi peluang...lihat & ambil peluang yang ada.tidak perlu marahkan orang lain.untuk berbakti kepada masyarakat tidak perlu ada jawatan asalkan ikhlas.yang penting pahala dari Allah bukan imbuhan dari manusia...bersihkan jiwa...bersama membina masyarakat yang cemerlang & negara yang dihormati.moga bila di SANA nanti kehidupan tidak terbeban.

Anonymous said...

Aku rasa korang ni memang dah tak boleh dibetulkan lagi dah.. Hati dah gelap habis dah dek dosa-dosa korang..

Aku ucapkan selamat berjaya lah pada korang yang memfitnah, menghina, mengaibkan orang untuk menjawab soalan-soalan kubur dan berdepan dengan Rabbul Jalil di padang Mahsyar nanti.. Good luck lah ye..

Di dunia ni memang lah korang boleh buat cerita macam-macam, di padang Mahsyar nanti dipertontonkan semuanya gelagat korang.. Masa tu korang menjawablah ya..

Memang seronok menggelakkan orang lain, menghina orang lain, spender la, boroi lah, macam-macam lah.. Di sana nanti, bukan mulut korang yang menjawab, tapi anggota-anggota badan korang yang jawab.. Masa tu korang pandai-pandailah bawa diri ya..

Tapi jangan nyusahkan orang sudah lah ya.. Jangan Allah turunkan bala sebab fitnah-fitnah korang, orang-orang yang baik pun kena sekali.. Tu nyusahkan orang lain namanya.. Jangan jadi mangkok hayoon ya macam Amporno..

Anyway, good luck lah ye menjawab soalan Munkar Nangkir nanti ya.. Kot-kot badan korang dipalu sampai terbenam 70 hasta ke dalam bumi, itu korang punya pasal lah ye..

Anonymous said...

Berjuang untuk pari,bangsa,agama dan negara

Anonymous said...

DATUK KAMILIA NI KUAT MEMBERONTAK DAH RASANYA X SESUAI DI LANTIK SEBAGAI CALON PARLIMEN..SEKURANG KURANGNYA BN TELAH CALON KAN DIA UNTUK KERUSI DUN DAN JAWATAN EXCO..KENAPA X NAK TERIMA?DIA NAK KERUSI PARLIMEN UNTUK DAPATKAN JAWATAN DALAM KABINET LEPAS TU BARU LAH BOLEH LAWAN SHARIZAT UNTUK JAWATAN KETUA WANITA TU...BETUL X DATUK KAMILIA

Anonymous said...

Elok lah berundur,kalau dah tak serasi dengan pucuk pimpinan

Anonymous said...

BENAR. Di akhirat nanti akan DIPERTONTONKAN gelagat korang.
Masa tu jawablah yea, tu bukti bukti besi aje di hadapanNya...
Good luck.

Anonymous said...

Di akhirat nanti, apabila Allah MEMPERTONTONKAN salahlaku kita semasa di dunia,
Beranikah kita jawab,
itu sesungguhnya video besi sahaja yang Engkau PERTONTONKAN pada daku....

Anonymous said...

Ada beratus ratus wanita yang layak jadi calon Wakil Rakyat mahupun Ketua Wanita dalam Parti.Anda tak dipilih…bersyukur ajerlah.Siapakah kamu yang tahu hal hal dimasa hadapan ? Allah saja yang mengetahui…maka redhalah dengan perancangan Allah.
Ketahuilah, sesungguhnya manusia yang serugi ruginya bukanlah yang sakit,miskin,hodoh,merempat atau sihat ,kaya,cantik dan ternama…akan tetapi adalah manusia yang tidak tahu malah berat untuk menyebut ‘ALHAMDULLILAH’ setiap masa.

Anonymous said...

orang yg kecewa kalau tak dicalonkan bukan seorang pemimpin. berapa ramai orang perangai macam ni dalam dunia ni yg hanya membawa kesusuhan kepada orang lain.

Anonymous said...

Yang galak suka sangat menonton video lucah Thailand berwajah pemimpin Pakatan Rakyat pun menjawablah ye di depan Allah nanti..

Aku ingat masa dulu je ada CD blue ni yang jual2 kat Petaling Street, sekarang ni orang tengok online je.. Tapi ada jugak tu puak-puak Khinzir ni yang main CD lagi..

Bertaubatlah.. Orang lain dah lama bertaubat.. Ni sibuk dengan CD Blue demi satu undi.. Fark Ya!

Anonymous said...

Bertaubatlah. BENAR sekali anjuran tersebut. Orang lain dah lama taubat. Tahu pula orang lain sudah lama bertaubat. Diri sendiri, belum pasti dah bertaubat menegakkan benang yang basah....
Perkataan itu cermin hati. Halus budaya kita, manis bahasa kita.
Menulis pasal agama. Menasihat.

Orang sibuk pasal cd blue, diri sendiri pun sibuk sama komen sana sini.
Tak tahu kah surah yunus ayat 18. Janganlah cuba bagi tahu Allah apa yang Allah tidak tahu.

Kalau lah Allah sudah takdirkan dibukakan aib cara nyata, siapakah tuan untuk menyalahkan manusia sebagai asbab terbukanya segala rahsia?... apakah kita lebih bijak dari tuhan dalam segala ketentuannya.?

gen5 said...

Awatlah kamu ni kamalia? Tak dapat apa yang di mintak - berontak. Macam budak kecik. CAkap dah buat aku janji pelbagai kat kepimpinan parti. Kalau macam ni punya perangai, akau sangup tak pi mengundi kalau ko jadi calun kat tempat aku. Nak pangkah juak-juak PR tu - eeeeee, tak payah lah.

Anonymous said...

http://khazanahnasional.wordpress.com/2013/04/19/strategis-licik-pas-bolos-masuk-sebagai-calon-bn-di-dun-manjoi/

Anonymous said...

KADANGKALA KALAU KITA SAHAJA YANG MENILAI DIRI KITA, KITA AKAN MERASAKAN BAHWA AKU ADALAH LAYAK DAN SEPATUTNYA DIPILIH DAN TIDAK SEPATUTNYA AKU TIDAK DICALONKAN. TETAPI KITA LUPA BAHAWA ADAKAH MATALAMAT PERJUANGAN HANYALAH MENJADI CALON? DARI PEJUANG-PEJUANG PARTI TIDAK SAMPAI 5% MEREKA YANG AKAN DIPILIH UNTUK DICALONKAN. SEDANGKAN KAMILIA YANG MENJADI TIMBALAN WANITA UMNO PUN BUKANNYA MENANG KERANA BERTANDING, TETAPI DIA MENANG DARI SEGI TEKNIKAL SAHAJA. JADI CERMIN-CERMINLAH DIRI ANDA. KEPIMPINAN UNMNO TIDAK MEMILIH ANDA MESTI ADA FAKTOR-FAKTOR YANG TIDAK MELAYAKKAN ANDA SEBAGAI CALON KALI INI. MAY BE NEXT ELECTION KALAU ADA REZEKI ANDA. OLEH ITU BERSYUKURLAH ANDA DILANTIK MENJADI TIMBALAN KETUA WANITA UMNO SECARA KEBETULAN SAHAJA, ITU JUGA ALLAH MEMBERIKANNYA UNTUK MENGUJI ANDA, OLEH ITU MUHASABAH DIRILAH. ANWAR IBRAHIM CUKUP MENYUKAI ORANG SEPERTI ANDA SEKIRANYA ANDA TERMAKAN PUJUKAN MEREKA. PELUANG INI MENERIMA PUJUKAN ALJUBORI HANYA SEKALI, TETAPI ANDA KENA MENGAMBIL RISIKO YANG BESAR BERBANDING SEKIRANYA ANDA BERSABAR.

Anonymous said...

Umno 2 dh btul, cme dgn adanya org2 gle kuasa ni, rosak perjuangan parti 2.. Peluang perlu diberi jika tidak mana nk tahu apa boleh dibuat seseorg itu.. Pemikiran kita 2, x ckup matang ke apa, x habis2 nk memalukan org lain.. Fitnah sana sini belum kira lagi..adoi

Anonymous said...

umno patut dihapuskan dari muka bumi ini..belasah harta negara saja..sokong dapat habuan,kaya 3 generasi dah..sy nak tengok kaum kerabat umno ni merempat pulak selepas ni...bekas puteri umno

prof azali said...

perjuangan umno sudah tidak layak diberi penghormatan..sokong kerana hendak habuan di dunia...hiburan sana sini..rasuah di sana sini..arak di sana sini..pelacuran di sana sini..sy menyesal sokong umno..kali ni maaf lah...

Anonymous said...

kata enam penggal dah berkhidmat???
selama mana pun rafidah aziz xpernah buat ape perbezaan di parlimen kuala kangsar????what did she did at kk??nothing else so far!!berapa lama rafizah holding this seat?give to new face!!youth!!thanks a lot Rafidah and kamilia pls go back to ur seat at home!

Anonymous said...

Aku sokong nor rimah kerana gambar kau cantik.

Anonymous said...

Khakk.....pthuiiii.!! jika hanya ada parti PgayR dan parti Cap Ayam, lebih baik undi parti cap ayam.

Anonymous said...

Gila kuasa... jgn biarkan malaysia jd negara tua.. kepimpinan muda harus ditengahkan.kalo x sampi bila nak dok bwh kate org tua..generasi tua pengantinya generasi muda yg lebih agresif . Generasi tua harus bg laluan pada kepimpinan muda.. sory to say. Sy xdpt bygkan lagi 10 taon akan dtng negara masih ditadbir golongan ini..yg tua dihormati,sila bg tunjuk ajar pada kami.pada pengkhiant spt ini,maaf ckp anda berjuang hnya untuk poket waris anda shj bukan untuk rakyat .

Anonymous said...

Kata2 Kamilia tu betul. Memang satu penghinaan kpd kaum Wanita kerana tiada tempat dalam UMNO. Dah bertahun 2 dipergunakan oleh UMNO. Bodoh sangat kah kaum wanita kita ni sampai tak dapat di calonkan ?Yang pasti wanita telah banyak berkorban untuk UMNO, post menteri Wanita pun PM nak pegang. Itulah tamaknya Pucok pimpinan. Tahniah Datuk atas keberanian dalam pendirian tak macam pak turut yg dah kenyang sampai termuntah2

Anonymous said...

Klau kita tk terpilih mksudnya kita diminta rehat. Dia ni pun tikam blkg org jg sblm ni. Tp klau gila kuasa dan pangkat,ini lah jadinya. Malu la pd org muda. Perangai mcm bdk2

Anonymous said...

Sekuranag-kurangnya dia xjdi pak turut. Betul ckp dia. Kita kalau bekerja, mngikut hukum Maslow, mcm mana pun mesti nak dihargai kan? begitulah juga Dato' Kamilia..mslhnya skang dia xpndg duit atau parti, dia melihat pd perjuangan.. sbb tu kebanyakan yang melobi guna duit ja yg dpt tercalon. tak gitu... huhuhu.

Anonymous said...

Kamalia di harapkan jgn menglah, tegakkan keadilan. Hendak berjuang membela ugama bangsa dan negara bukan melalui saluran umno sahaja.. Banyak pintu lain yg sentiasa terbuka untuk menerima datuk menyambung perjuangan datuk, tingalkan lah umno yg hampir karam itu. Datuk lama dlm umno tentu nya mendapat akses banyak maklumat perihal pemimpin umno, gunakanlah segala itu untuk memperbaiki umno dari luar

Anonymous said...

Apa kehebatan Azalina masih dipilih untuk Pru 13 nie.....Antie Kamalia patot dipilih di Perak.

HUSNA ABD WAHAB said...

Kamilia ni bukan org Najib,najib pun bongok,kementerian wanita pun dia masih nak pegang sampai bubar parlimen.apa la najib pondan ni.. Aku kadang2 salute respect kat pss sbb klu pimpinan pas dan putuskan sensrai calon yg bertanding semua ahli pas akur dan redha terims dan sama2 bantu menangkn calon.tiada iri hati atau cah keting atau jd calon bebas. takbir!

Anonymous said...

Slm,maaf ya,sedikit komen dari saya utk Datuk Kamilia.Datuk seharusnya mengambil contoh seperti KJ.walaupun menjadi ketua pemuda ...apa post yg dia dpt...malah pangkat datuk pun tiada...berkat kesabaran dan demi parti ,beliau tetap menjalankan tugas walaupun beliau ada ura2 tak nak bertanding tetapi YAB Dato Seri Najib tetap memberi kepercayaan kepada beliau,,syabas KJ...inilah sikap yg harus ada pada Datuk Kamilia...sabar dan pentingkan parti dari segala2nya..dari saya bekas perajurit...slm