Saturday, April 13, 2013

PRU13 – Perang Maya: Barisan Nasional Jauh Lebih Bersedia

Berbanding PRU12, BN lebih bersedia menghadapi “perang siber” PRU13 dengan penyokong-penyokong muda BN dan netizens bersama-sama bergerak menghadapi serangan Pembangkang.


Beza ketara antara hebahan internet BN berbanding dengan Pakatan Pembangkang, terbukti bahawa BN lebih banyak menyebarkan fakta, bukan fitnah....

Cybertroopers Pakatan lebih gemar guna bahasa kesat dan berdebat ikut emosi. Begitulah juga dengan sikap para pemimpin Pakatan Pembangkang, mereka hanya tahu buat fitnah, naik pentas ceramah kerja mereka siang malam menanamkan kebencian rakyat kepada pemimpin negara...!

Banyak isu isu serta pembongkaran dibawa oleh bloggers pro BN sudah bikin pimpinan Pembangkang pening lalat. Mereka sudah nampak bibit bibit kekalahan pada PRU 13 ini, malah dengan pelbagai masalah moral pimpinan Pembangkang, tidak mustahil Anwar akan gigit jari meyaksikan kemenangan besar YAB Datuk Sri Najib. Insya allah....

Teruskan perjuangan ini para sahabat sahabat Bloggers semua, We Are On The Right Track bro....

Kemenangan perang cyber ini sudah kita buktikan pada PRK Galas, Hulu Selangor, Tenang, Kerdau, Merlimau dan Pilihanraya Negeri Sarawak.

Sudah pasti sebaik sahaja bermulanya semboyan kempen PRU 13 setelah berlangsungnya Hari Penamaan Calon, juak juak murahan Pakatan Pembangkang akan sesak nafas menangkis keberkesanan pemberitaan oleh pejuang pejuang cyber pro-BN.

9 comments:

Anonymous said...

Teruskan perjuangan saudara2 semua.Berbanding 2008 kita telah jauh terkedepan dalam menghadapi cabaran 2013. Syabas.Insyallah kemenangan berpihak kepada orang yang benar.

Anonymous said...

Bro, segera wujudkan sebuah Blog yang link semua blog pro kerajaan untuk memudahkan rakyat membuat pautan kpd semua maklumat pro kerajaan, dan hebahkan segera pautannya.

**Dr Khaiyum

Malaysian Cybertrooper said...

Betul kata-kata bro tu tapi jangan lupa pulak dengan taktik-taktik kotor mereka menyerang server-server yang mengendalikan blog-blog ini semua dengan DDOS. Saya pun terkena jugak tempoh hari.

http://mycybertrooper.us.ms/

Anonymous said...

Semalam hari Jumaat- penghulu segala hari.

Antara sunnah Rasulullah pada hari Jumaat ialah membaca Surah Al-Kahfi dan antara pengajaran dalam surah tersebut ialah:

Bila berjanji...susulilah janji-janji itu dengan ungkapan...Insyaallah...

kerana sesungguhnya Tiada sesuatu pun yg boleh berlaku tanpa izin Allah.

berpesan-pesanlah kepada para pemimpin kita dalam keghairahan mereka berjanji...

Anonymous said...

Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan

Freemalaysiakini2.com

micel said...

pilih la harapan rakyat !

Anonymous said...

Walaupun BN menang dalam PRU13 nanti. Cyber troopers pro BN jangan terlalu cepat sangat meraikan kegembiraan kerana sudah ada desas desus "rusuhan ala arab spring" akan berlaku. Rusuhan tersebut dijangkakan akan berlaku sebaik sahaja BN diisytiharkan menang besar 2/3 dalam PRU13. Persiapkan segala kamera ke arah penyokong pembangkang yang dijangka akan melakukan provokasi yang boleh mengancam keselamatan negara.

Anonymous said...

SUDAH TIBA MASANYA KITA SERANG BLOG2 PAKATAN DENGAN BERHUJAH DENGAN MEREKA WALAUPUN KEBANYAKAN MEREKA MENAPIS KOMEN TERLEBIH DAHULU...JELAS KAEDAH TERSEBUT MENUNJUKAN MEREKA TAKUT KEPADA KEBENARAN...SERING KALI KOMEN SAYA TIDAK DINYATAKAN..KINI MEREKA MULA MENYERANG KERAJAAN MELALUI PORTAL2 HIBURAN SEPERTI BEAUTIFULNARA DENGAN MEMBERI KAN KOMEN2 MENGENTAM KERAJAAN

Anonymous said...

Dekpa nih...bila kena telanjang...mulalah keluar fatwa itu ini...

bila berceramah atas mimbar masjid fitnah sana sini...tak pulak sedar diri tersasar jauh dari akidah islam.

Hukum Karma beb...malah ALLAH juga murka andai kita kerap membuka Aib orang...lambat laun aib kita akan didedahkan jua.

ALLAH Maha ADIL...