MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

MARI SAMA SAMA KITA MEDOAKAN YANG TERBAIK

Wednesday, April 3, 2013

Sewaktu Hari Pengiraan Undi PRU Nanti Penyokong Pembangkang Sudah Ada Rancangan Jahat....

Adalah satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia mendengar dan membaca pelbagai kenyataan negatif oleh pemimpin PR yang sering mempersendakan dan menyalahkan SPR kononnya tidak telus serta sering dituduh gagal mengendalikan proses pilihan raya dengan adil.

Bermacam perkara dijadikan pertikaian oleh PR dari hal undi pos, daftar pemilih, proses pengundian, pengiraan undi serta pelbagai lagi isu ditimbulkan, motifnya satu untuk memberi tahu umum bahawa SPR tidak adil, tidak telus dan berat sebelah.

Pendek kata bagi pembangkang, SPR hanyalah kuda tunggangan BN dan apa sahaja penambahbaikan yang dilakukannya dianggap mempunyai maksud tersirat untuk kepentingan BN.

Itu realiti pandangan yang sudah berakar umbi dalam fikiran pemimpin dan penyokong PR.

Peliknya di sebalik segala tohmahan itu, dalam masa yang sama boleh pula pemimpin PR mengwar-warkan kepada umum bahawa PRU 13 akan dimenangi oleh PR malah dengan yakin menyatakan 125 kerusi Parlimen dan 7 buah negeri bakal dikuasai mereka.

Orang yang waras akalnya tentu terdetik untuk bertanya, jika SPR adalah kuda tunggangan BN, tidak telus, tidak adil dan tidak bebas, kenapa pula pemimpin PR sibuk mahu bercakap mengenai kemenangan dan tawan negeri itu dan ini?

Yang akan mengendalikan PRU 13 tetap juga SPR, jadi ikut logik akal jika begitu buruk dan teruk kaedah pilihan raya yang dikendalikan SPR, apa gunanya lagi untuk PR berangan untuk menggapai kejayaan, bukan begitu?

Hakikatnya PR sudah lama menerima hakikat bahawa SPR sememangnya telus, adil dan saksama sedari dulu lagi. Jika SPR benar-benar pincang, tiada seorang pun pemimpin PR yang akan bertanding dalam PRU 13 dan sebelumnya.
Tentu ada agendanya maka sebab itu SPR sering dijadikan punching beg dan dijadikan sebagai kambing hitam oleh pemimpin pembangkang.

Tak mustahil agenda PR dalam isu mempersoalkan kredibiliti SPR lebih kepada untuk menutup kelemahan sendiri kerana gagal menawan hati majoriti pengundi. Itu faktor utama yang tidak boleh disangkal sama sekali.

Kemungkinan lain, ada kebarangkalian ianya untuk melindungi penipuan yang ingin dilakukan oleh PR misalnya melalui manipulasi dakwat kekal dengan mencalit dakwat itu kepada pengundi berusia konon untuk tujuan demonstrasi.

Perkara sebegini boleh berlaku bila dilihat pada modus operandi penyokong pembangkang selama ini yang pernah mengutip kad pengenalan golongan tua bagi menghalang pengundi keluar menunaikan tanggungjawab ketika hari pengundian.

Atau kemungkinan juga untuk mengelakkan tumpuan umum kepada gerakan jentera PR yang sebelum ini giat memindahkan pengundi mereka ke kawasan yang diyakini boleh dikuasai melalui kaedah tersebut seperti mana pernah dilaksanakan oleh PAS Kedah dan PAS Kelantan.

Malah semenjak SPR memperkenalkan pendaftaran pengundi yang dikenali sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) terdiri dari agen parti-parti politik, uniknya semenjak itu berlumba-lumba PR mendedahkan 'kepincangan' daftar pemilih mempertikaikan orang itu tak layak mengundi dan orang ini datanya diragui.

SPR pernah mengumumkan seramai 332 orang penolong pendaftar pemilih ditamatkan perkhidmatan kerana cuai atau sengaja mendaftarkan pengundi dengan maklumat yang meragukan.

Sebelumnya SPR pernah menolak permohonan seramai 71,184 pengundi yang didaftarkan oleh PPP kerana pelbagai kesalahan antaranya mendaftarkan pengundi yang telah berdaftar, warganegara yang belum layak mengundi, bukan warganegara dan pelbagai lagi kecuaian.

Menariknya kebanyakan kesilapan daftar pengundi baru yang ditolak oleh SPR ini didaftarkan oleh wakil-wakil PR dan tak mustahil ada antara puluhan ribu permohonan pengundi baru yang didaftarkan oleh PR ini yang terlepas pandang oleh sistem semakan dan digunakan pula untuk memburukkan imej SPR.

Di lihat pada sejarah PR, beberapa perkara yang didedahkan di atas tak mustahil berlaku dan tidak salah untuk kita membuat spekulasi kemungkinan PR sedang merancang untuk menipu dalam pilihan raya.

Tindakan mereka mengkambing hitamkan SPR sebelum ini hanyalah strategi serampang dua mata, pertama untuk membunuh imej dan kredibiliti SPR di mata umum dan kedua untuk melindungi penipuan yang sedang PR laksanakan.

Sedangkan dalam pemilihan CEC DAP dan pengundian dalaman PKR sendiri wujud penyelewengan, dan PAS pula penah aktif memindah pengundi ke sana ke mari, jadi apa sangatlah untuk mereka merancang penipuan dalam PRU.

Apa pun jika segala kemungkinan di atas tidak menepati senario sebenar, seeloknya PR hentikan sahaja propagandanya yang memperlekeh atau mempertikaikan kesungguhan SPR dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan PRU 13 kelak berjalan lancar.

Kiranya PR masih sibuk mempertikaikan SPR, itu salah ini tak betul, lebih baik pemimpin PR cermin diri sendiri untuk melihat betapa besarnya hipokrasi dalam diri masing-masing.

Atau jika pemimpin PR masih ada harga diri, kenapa tidak untuk julung kalinya, sebagai tanda protes dan ketidakyakinan dengan SPR, maka jangan sesekali walau seorang pun pemimpin PR bertanding dalam PRU 13 ini? Ada berani?

4 comments:

Anonymous said...

Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

Anonymous said...

Dia orang yang buat muslihat dengan menipu pendaftaran pengundi, alih2 bila mereka kalah, mereka akan bongkarkan lah ape kesilapan pendaftaran pengundi tu. Sebab tu awal-awal lagi mereka menyalahkan SPR.

Ahmad Albab said...

Kenapa perlunya korbankan keamanan yang kita kecapi selama ni? Semua ini tak perlu disokong.. Rakyat Malaysia sebenarnya bebas membuat pilihan.. Jika tidak sukakan negara ini, anda bebas memilih untuk memohon kerakyatan negara lain yang anda rasakan dapat mengikut kehendak anda.. Anwar juga bebas untuk melakukan apa sahaja.. Dan Anwar, kemenangan di pihak PR jika anda cuma lafazkan DEMI ALLAH AKU TIDAK PERNAH MELIWAT.. Jika tidak sememangnya engkaulah peliwat tua atau engkaulah manusia paling pengecut.. Tak perlulah melakukan kacau bilau semata-mata nafsumu untuk menjadi Pemimpin.. Rakyat Malaysia tidak memerlukam pemimpin dayus yang tidak mampu melafazkan perkataan yang maha mudah.. Dan Hishamuddin, jika berlakunya rusuhan atau kejadian lain yang mencacatkan keamanan Malaysia, sesungguhnya engkaulah manusia paling tidak berguna di Malaysia.. Engkau akan dipersalahkan sehingga akhir zaman.. Engkau akan mati dalam seksaan kubur kerana gagal menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin yang sepatutnya menjaga keamanan negara..

Dan Nik Aziz, engkaulah manusia durjana yang memilih untuk berkerjasama dengan syaitan. Rasulullah sendiri tidak mengaku umat terhadap umatnya yang songsang, engkau pula boleh bersahabat dengan orang seperti ini.. Adakah rakyat Malaysia sanggup menerima azab Allah kerana memilih manusia songsang? Rasulullah SAW berpesan bahawa umat Islam itu bersaudara tidak kira apa bangsanya tetapi engkau pula berpesan PAS itu agama.. Sehinggakan bukan penyokong PAS dianggap kafir.. Inikah golongan-golongan manusia yang patut dijadikan pemimpin?

Lim Guan Eng adalah manusia paling bodoh dan sesiapa yang menyokong perkongsian kalimah Allah sesungguhnya manusia paling bodoh yang pernah Allah ciptakan.. Adakah anda sanggup berkongsi isteri anda dengan Mat Sabu? Jika anda sanggup baguslah.. Anda pun sama bodoh.. Kepada bangsa-bangsa cina di Malaysia? Sanggupkah kamu semua menukar nama kamu kepada nama Melayu sebagai contoh Lim Guan Eng kepada Mat Sabu? Di Malaysia berapa ramai orang cina yang membaca Akhbar Melayu? 10 orang? 100 orang? 1000 orang? Kenapa perlu tukar nama tuhan Lim Guan Eng kepada nama Melayu sedangkan kamu semua sendiri tidak sanggup berkongsi isteri atau suami, tidak sanggup menukar nama kamu sendiri ke nama Melayu dan tidak sanggup untuk membaca akhbar Melayu?

Tak perlulah kita korbankan masa depan anak cucu kita kerana nafsu seorang syaitan kerana Allah menjanjikan kelaknatan kepada manusia songsang apatah lagi jika kita memilih syaitan ini sebagai pemimpin.. Bukti kelaknatan telah terserlah namun kenapa perlu diragui sedangkan syaitan ini hanya bermain kata-kata tanpa bukti masih ada yang percaya.. Mana cincin Rosmah? Mana jam Anwar? Gambar cincin pun tak ada tetapi video jam telah ada namun jam pula yang tiada..

ABCD said...

kalau kalimah Allah boleh dijual, apa sangat lah setakat nak cetuskan huru-hara... setau aku b.n nak pernah mengganas dijalanan tapi penyokong P.R dah berpengalaman, jadi tak mustahil lah PRU nanti mereka akan praktik kan pengalanman mereka tu