Wednesday, April 24, 2013

Tidak Mustahil BN Berjaya Menang Di Kelantan

Semua maklum semenjak 5 tahun lalu, BN Kelantan telah menetapkan sasaran utamanya untuk mencapai kemenangan di sekurang-kurangnya 23 DUN dan 8 Parlimen di Kelantan bagi merealisasikan hasrat memerintah kembali negeri ini.

Lima tahun sudah berlalu, sasaran yang sama masih dipegang erat oleh BN Kelantan meskipun sepanjang tempoh itu sehingga kini PAS sering mempersendakan dan menganggapnya sebagai sesuatu yang sukar dicapai.

Malah di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli UMNO sendiri masih ada yang was-was dan masih tertanya-tanya mampukah BN menawan jumlah kerusi yang disasarkan itu meski pun masing-masing menyedari wujud perubahan ketara dalam tempoh 5 tahun itu.

Namun bagi pemerhati politik sasaran tersebut realistik kerana ianya pernah hampir menjadi realiti pada PRU 11 tahun 2004 dulu, di mana UMNO selaku komponen utama BN telah berjaya beroleh kemenangan di 21 dari 45 DUN.

Ia tak mustahil bakal menjadi kenyataan dalam PRU-13 yang akan  berlangsung 5 Mei 2013 nanti memandangkan trend akhir-akhir ini juga saling tak ubah seperti mood tahun 2004 yang memperlihatkan sokongan rakyat kepada BN.

Hakikat itu tidak disedari PAS sehinggalah mereka terpana kelu melihat sendiri perubahan mood rakyat yang mana ketara bezanya apabila PAS hanya berupaya menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti tipis 65 undi ketika PRK Manek Urai tahun 2009.

Selepas itu, asakan Gelombang Merah mengakibatkan PAS lemas dibadai kebangkitan rakyat pada PRK Galas tahun 2010 sekali gus mengundang igauan mimpi ngeri di kalangan pemimpin PAS Kelantan.

Mereka sedar UMNO sedang mara untuk merealisasikan kemenangan yang sudah lama BN idamkan.

Hari ini kedudukan PAS di Kelantan sudah tidak sekuat dulu apatah lagi dengan pelbagai isu seperti kesucian kalimah Allah S.W.T yang cuba dinodai oleh DAP serta kegagalan PAS mengatasi percaturan politik PKR dan DAP dalam PR, menyebabkan ramai penyokong hardcore PAS berjauh hati.

Itu belum lagi dikira impak buruk berikutan penolakan terhadap PAS oleh golongan ulama dari kalangan tok guru pondok dan cendekiawan Islam, sedangkan dulu golongan inilah yang menguatkan tulang belakang PAS semenjak 62 tahun lalu.

Di lihat pada senario ini, jelas sekali BN berpeluang mencapai sasaran tersebut apatah lagi berdasarkan trend sokongan umum kini menunjukkan 25 kerusi DUN dan 9 parlimen di Kelantan adalah putih dan condong kepada BN.

Jika trend itu berkekalan, bermakna ia sudah melebihi sasaran yang diletakkan 5 tahun lalu, seandainya ia direalisasikan dalam bentuk undi sokongan  kepada BN maka itulah takdir buruk yang paling sukar untuk PAS akui dan akan dikenang sampai ke dalam liang lahad.

16 comments:

Anonymous said...

semoga Allah S.W.T memberkati perjuangan kerajaan UMNO/BN dan mempermudahkan laluan untuk merampas kelantan. semoga dibukakan hati rakyat kelantan agar dapat menerima kebenaran dan kembali mnyokong UMNO/BN serta merialisasikannya nanti di kertas undi. Teruskan usaha dan berdoalah, mohon la kepada-Nya. hanya Allah tempat meminta pertolongan demi agama suci islam, bangsa melayu dan bumi bertuah Malaysia, insyaAllah.

Anonymous said...

amin.........................

Anonymous said...

Insyaallah.tp jgn lupo perantau luar kltn yg boleh bt klntn dok bwh pas.

xomega said...

Amin juga

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita terkini DAN PERCUMA

www.freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

Insyallah, 5 mei nanti BN akan perintah Kelantan dan semua negeri .

Anonymous said...


mengapa melayu UMNO terlalu ghairah nak perintah Kelantan atau seluruh negeri2?

TAMAK kah UMNO?

Berilah 4 negeri pada Melayu/Muslim PAS:
Kelantan,
Kedah,
Terengganu,
Perlis,

UMNO pegang la

Johor
Melaka

Manakala PKR

Selangor
N/Sembilan

dan, yang samar2

Pahang
Perak

yang sah DAP jaga,

Pulau Pinang

Setelah 55 UBN pegang, KERAJAAN PUSAT KITA CUBA PR PULAK!

amacam? adil

Anonymous said...

Sabah dan Sarawak bagi kat sapa?

Otak geliga said...

sabah n sarawak bg pd kiram la jawapnya kalau PR memerintah.....jd Negara TIRAM le

Badrul Nizam said...

Dulupun PAS nyaris2 kalah..lbh 1 kerusi je tp alhamdulillah bantuan allah yg bathil ttp xmenang..BN Confirm menang dgn cara tipu2an..tgna bg zakat pd mualaf org asal demo kt bg rasuah..! Udah le tu mimpi le kamu siang2 ari!

Anonymous said...

aku yakin dan percaya selagi tuan guru ada jgn harapla umno nak perintah kelantan....

Anonymous said...

Memang hampir mustahil kerana orang Kelantan dari negeri lain akan berbondong bondong balik dan terus mengundi parti PAS sampai bila bila setiap PRU.

Anonymous said...

BN tak payah kacau Kelantan biarkan rakyat mereka dgn cara dan pendirian sendiri,tutup semua pejabat gerakan BN di Kelantan.

Anonymous said...

PAS takyah kacau negeri lain.. jaga la kelantan sampai bila2.. ni bising nak negeri orang lain.. haktuiiih

Anonymous said...

cara bodoh dan kuno.

Anonymous said...

Insyallah, PRU13 BN menang di Kelantan, nangislah org Pas kali ni...