Wednesday, April 17, 2013

Wanita Dalam Video Seks Stopa Ali Akan Bertanding Parlimen Ampang Lawan Dr Rozaidah....! Stopa Ali Lawan Dr Rahman Parlimen Gombak


Jika pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di seluruh negara semalam mahu ditonjolkan sebagai satu pasukan tranformasi yang cukup luar biasa, saya fikir saya harus berbeza pendapat dengan Pengerusi BN, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Calon yang ditonjolkan tidak sehebat dan semegah yang cuba digambarkan.

Kita harus memasarkan realiti kerana hakikatnya di beberapa negeri terutamanya Selangor, terdapat calon-calon yang dipilih secara tidak berhati-hati dan tampak tidak melalui proses pemilihan yang serius.

Jika tidak pastinya suara-suara tidak berpuas hati dan komentar sinis tidak bercambah di kalangan ahli dan penyokong BN sendiri.

Hari ini saya pasti Mohd Najib telah pun sedar siapa yang bertanggungjawab mewujudkan keadaan seperti ini dan mengenali yang mana intan dan yang mana kaca.

Oleh kerana pasukan Najib memilih untuk membombastik atau membesar-besarkan senarai calon BN kali ini, maka sedikit cacat cela pun akan diperhati da dibesarkan oleh rakyat. Inilah hakikat apabila kita melancarkan propaganda melampau hingga meloyakan.

Hakikatnya, jika barisan calon BN ini dilihat dan dianalisis atas neraca yang berpaksi realiti, ia merupakan satu barisan calon yang cukup baik untuk lima tahun akan datang.

Setelah lima tahun bergelut dengan tuduhan, fitnah, serangan peribadi, barisan calon yang menggabungkan tenaga muda dan senior, calon muka baru dan lama, serta comeback yang dibuat oleh beberapa calon ,telah memberikan satu nafas segar kepada politik BN.

Memang ada calon BN yang dikemukakan mempunyai imej tercemar dan ada cacat-cela. Ini bukan luar biasa kerana manusia politik biar apa pun agama anutan, ideologi politik atau wacana poilitik yang beliau sertai tidak mungkin sempurna sifatnya.

Namun di sebalik cacat cela yang ada, calon-calon yang dikemukakan ini jauh lebih baik daripada calon-calon Pakatan yang telah diumumkan mahu pun bakal bertanding.

Apabila diumumkan calon BN hari ini, antara terawal yang diserang ialah calon BN bagi kawasan Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Taib dan calon BN bagi kawasan Gombak, Dr Rahman.

Kedua-dua mereka merupakan ahli Parlimen bagi kawasan yang sama dalam pilihan raya umum 2004.

Kedua-dua nama ketika itu bersama Dr. Amran Kasimin (Dun Bangi) dibawa oleh bekas Menteri Besar Dr. Mohamad Khir Toyo sebagai tokoh-tokoh profesional muda Melayu bagi memberi kesegaran kepada UMNO dan BN Selangor. Mereka ini menang dengan baik di kawasan masing-masing.

Namun bagi Rozaidah dan Rahman, kerjaya politik mereka yang bermula dengan pantas turut berakhir dengan pantas. Mungkin kerana usia yang agak muda bagi wakil rakyat, Rozaidah dan Rahman berhadapan beberapa isu dan tuduhan membabitkan hubungan terlarang dan konflik keluarga. Bumi mana tidak ditimpa hujan, demikianlah nasib kedua-dua ahli politik muda ini.

Dalam politik Malaysia, konflik keluarga, isu peribadi dan moral yang kontroversi lebih diberi perhatian berbanding rekod perkhidmatan mereka yang cemerlang. Tidak penting sama ada tuduhan dan dakwaan ini benar atau direka-reka dalam konflik rumah tangga masing-masing.....

Berhadapan dengan dilema ini, BN mengugurkan mereka dalam pilihan raya 2008. Kedua-dua mereka berhadapan fasa pemulihan dan pembekuan dalam politik.

Kali ini mereka dicalonkan semula kerana BN merasakan kedua-dua ini wajar diberi peluang kedua. Mereka telah menjalani hukuman politik dan masyarakat dan kini mereka diberi semula peluang ini.

Jika Pakatan mahu memburuk dan menghina kedua-dua calon BN ini, mereka perlu mencerminkan muka sendiri. Apakah kedua-dua calon BN ini lebih buruk daripada Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali?

Anwar Ibrahim berhadapan dengan pelbagai tuduhan skandal seks yang sehingga kini beliau gagal memberi jawapan yang tuntas. Anwar bukan sahaja dituduh secara rambang oleh orang yang bermusuh dengannya seperti mana berlaku kepada Rahman dan Rozaidah.

Sebaliknya, Anwar berhadapan dengan tuduhan melanggan pelacur Cina (China Doll). Tuduhan ini bukan dibuat oleh UMNO atau BN tetapi oleh rakan baik beliau sendiri suatu ketika dahulu, Datuk Eskay Shazryl Abdullah. Datuk Eskay mengakui lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim.

 Bacalah pendedahan Papagomo dan bandingkan dengan isu Rozaidah yang kononnya ditangkap khalwat.

Saya katakan “kononnya” ditangkap khalwat kerana tangkapan yang dimaksudkan bukanlah tangkapan oleh majlis agama Islam seperti yang difahami. Sebaliknya, ia adalah hasil laporan polis oleh suaminya yang mendakwa beliau berada dalam sebuah bilik hotel bersama seorang lelaki.

Baca laporan polis dibawah kita akan dapati apa yang didakwa sebagai tangkapan khalwat hanyalah syak wasangka suaminya yang sememangnya sudah mempunyai konflik antara mereka.

Dalam laporan polis tersebut jelas suaminya hanya membut laporan “kemungkinan” ada lelaki lain berdasarkan andaian tiada anaknya yang menyahut semasa beliau memanggil nama anak tersebut.

Kesimpulan gila apakah membolehkan kita mengatakan Rozaidah berkhalwat sedangkan tiada langsung tanda-tanda terdapat orang lain dalam bilik tersebut.

Adalah hak Rozaidah untuk tidak membenarkan suaminya yang bersikap konfrontasi dengannya untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Apa yang terjadi dengan Rozaidah hanyalah andaian dan kemungkinan yang dibuat oleh suaminya dalam laporan Polis. Bacalah laporan Polis di atas. Apakah niat laporan tersebut?

Ia hanya bertujuan untuk memburukkan Dr. Rozaidah yang ketika itu Ahli Parlimen Ampang. Apa perlunya dicerita soal seksual dalam bilik suami isteri dalam satu laporan Polis mengenai kemungkinan isterinya berkhawat...?

Saya melihat ini hanyalah bertujuan membina kes yang kukuh untuk menentang isterinya dalam perbicaraan cerai nanti.

Jika benar beliau percaya isterinya berkhalwat sudah tentulah beliau akan menghubungi Jabatan Agama Islam dan pasukan pencegah maksiat. Sebaliknya beliau hanya membawa anggota Polis dan pengurus hotel yang tidak mempunyai kuasa tangkapan khalwat. Mengapa....? Kerana tujuannya hanyalah untuk membuat laporan Polis memburukkan isterinya.

Sekarang semua itu adalah sejarah apabila beliau dan suaminya telah bercerai. Apakah kita hendak percaya satu laporan polis yang dibuat oleh seorang suami yang sedang membina kes untuk bercerai. 

Katakanlah tuduhan ini benar, yang saya ragui ia benar. Apakah kesalahan ini sama dengan kesalahan Anwar yang bukan sahaja dituduh mempunyai hubungan seksual dengan China Doll, malah mempunyai citarasa seks songsang.

Anwar sungguhpun dibebaskan atas sebab teknikal atas tuduhan meliwat Azizan dan kemudiannya Saiful Bukhari, sehingga hari ini masih belum bersumpah sebagai orang Islam menafikan tuduhan-tuduhan yang serius dan berat ini.

Dalam kes hubungan seks dengan gadis China, Datuk Eskay bukan sahaja mengemukakan video sebagai bukti nafsu serakah Anwar, malah turut bersumpah laknat bahawa Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam vide0 tersebut. 

Mangsa yang mendakwa dirinya diliwat Anwar, Mohd Saiful Bukhari, telah mengadakan sumpah laknat mengakui beliau telah diliwat oleh Anwar.

Anwar sebagai seorang pemimpin Islam, pernah menjadi imam dan khatib jumaat tidak sekalipun pernah bersumpah menafikan semua tuduhan tersebut dalam bentuk dan konteks yang dikehendaki oleh syariat Islam. Mengapa sebagai pemimpin Islam tidak berani bersumpah...? Adakah kerana semua tuduhan itu benar....?

 Rahman

Tidak kurang kontroversi ialah calon BN Parlimen Gombak, Dr Rahma Ismail dituduh mempunyai hubungan sulit dengan Senator Yati Tan Sri Onn. Tuduhan ini dibuat oleh suami Yati, Mohd Suffian Abdul Aziz, yang ketika itu mempunyai konflik rumah tangga.

Sekali lagi tuduhan dan dakwaan ini dibuat oleh seorang suami yang berhadapan dengan tuntutan fasakh. Suaminya sebagai tindakan balas mengemukakan permohonan cerai nusyuz.

Maka pelbagai dakwaan dibuat oleh kedua-dua pihak. Namun hanya ada satu gambar yang mungkin membenarkan dakwaan tersebut.

Gambar ini mungkin agak keterlaluan bagi dalam pandangan sisi Islam dan jug budaya ketimuran.

Namun ia sekali lagi tidak membuktikan apa-apa yang setaraf dengan perbuatan tidak bermoral, huduh dan loqlaq pemimpin numero uno Pakatan – Anwar bin Ibrahim.

Malahan tuduhan-tuduhan dan dakwaan yang dibuat ke atas Rahman tidak langsung dibuktikan seperti mana munculnya video seks yang mengandungi wajah seorang lelaki menyerupai Mustafa Ali.

Saya tidak berniat meletakkan gambar dan video yang meloyakan itu dalam artikel ini. Sesiapa yang mahu bukti bolehlah melawati video tersebut di sini.


Sehingga hari ini Mustafa Ali langsung tidak bersumpah menafikan bahawa bukan lelaki dalam video seks tersebut bukan beliau.

Jika hanya satu laporan polis yang mengesyaki perbuatan khalwat dan satu gambar yang langsung tidak lucah, penyokong Pakatan telah mencemuh dan menghina calon BN, apakah yang mereka telah buat kepada pemimpin-pemimpin utama mereka ini...?

Kedua-dua calon ini tidak menjadi pemimpin utama negara. Mereka telah “dihukum” selama sepenggal biarpun tiada bukti atas tuduhan-tuduhan tersebut.

Malahan kesalahan mereka ini jika benar langsung tidak setaraf dengan gambar-gambar yang membabitkan seorang individu menyerupai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengadakan oral seks.

Azmin sehingga kini tidak tampil bersumpah cara Islam membersihkan dirinya, mahupun membuat laporan Polis.


Sehingga hari ini, penyokong Pas masih melantik Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia. Manusia yang ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Kelantan bersama isteri orang.

Mohamad Sabu ditangkap khalwat bersama isteri orang oleh pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan. Ini soal serius dan nyata, bukannya sekadar tuduhan dalam satu laporan polis tanpa bukti, saksi dan penguatkuasa. Mohamad Sabu hanya terlepas kerana pendakwa tersalah tulis nombor bilik.

Kesemua mereka ini memegang jawatan yang tinggi dan bakal menjadi pemimpin utama negara jika mereka menang....

Bukti yang ada ke atas mereka juga sangat kukuh dan konkrit. Namun mereka masih diberi kepercayaan penyokong pakatan untuk memimpin.

Jadi kita tertanya-tanya apakah tidak malu penyokong dan bloggers pakatan mempersoalkan moral kedua-dua calon BN sedangkan pemimpin-pemimpin utama mereka terpalit dengan skandal seks dan moral yang jauh lebih teruk dan meloyakan...?

Justeru adakah para penyokong Pas, PKR dan DAP mempunyai sebarang kredebiliti dan asas moral untuk mempersoalkan moral calon BN...?

Sekurang-kurangnya kedua-dua pemimpin ini bersedia berundur dan menyelesaikan masalah peribadi mereka terlebih dahulu.

Malangnya di dalam Pas, PKR dan DAP mereka tidak mempunyai sebarang rasa malu lagi. Inikah parti yang kita akan beri kepercayaan...?

29 comments:

Anonymous said...

kami lebih tau kenapa Dr Rozaidah Talib digugurkan dari bertanding pada tahun 2008...

pengundi parlimen ampang...

Anonymous said...

ce cite

Anonymous said...

buat sumpah laknat la kalau berani, anwar takut sumpah laknat pasal dia memang meliwat, dr rozaidah kalau betul tak kena tangkap basah buat la sumpah laknat.

Anonymous said...

Tangkap basah ada peringkat ooi! Kena tangkap sedang sepasang complete berpaian dan sepasang complete bertuala tu sama ker????

Anonymous said...

Pakatan Rakyat tidak ada kredibiliti...

Anonymous said...

xpayah nak spinla.mana ada orang percaya ngan crita lu orang.bagila peluang rakyat tentukan keputusannya. mana ada salah kalau duduk dalam umno/bn.eric chia rembat duit rakyat bayar.tajudin ramli rembat duit rakyat juga yg bayar.kena tangkap kat pd pun xde kes.apa lagi dgn undang2 negara.cuma ada satu jalan ja,join umno/bn anda selamat.

Anonymous said...

silap tu. sapa yang menentang anwar akan difitnah dan diugut

Anonymous said...

Lain kali jgn rakam. Susah org nak percaya. TANGKAP. REPORT POLIS. Than kami percaya.

Anonymous said...

Mat sabu kena tangkap dlm bilik hotel berdua dgn isteri orang pun nko tak caya juga. Bdrulamin kena tangkap dgn bini org pun nko tak caya lg. Nak suruh tangkap mende lagi? Pegi la lu. Lebih punya cerita.

Anonymous said...

rakyat telah buat keputusan. mereka tidak mahu lagi kerajaan yg rakus dan korup. merembat dana dan harta rakyat. keputusan muktamad. umno/bn wajib ditolak dan diganti dgn kerajaan yg telus dan berintegriti. nak harap pada transformasi najib pun tak boleh pakai. salah guna kuasa terus juga berlaku. pesalah rasuah terus lepas bebas. institusi yg sepatutnya bebas, dikongkong. yg berpengaruh politik bebas daripada tuduhan. malaysia akan hancur kalau dibiarkan bn terus memerintah.

Anonymous said...

rakyat telah menolak pas pkr dap. ini kerana 4 tahun memerintah negeri, manifesto mereka ialah sapu habis. janji kepada rakyat tidak di tunaikan. ekonomi lingkup penuh penipuan.
kalau 4 tahun dah bangkrap kedah ngan selangor. 40 tahun mahu rakyat jadi pelarian ke indon pulak.
ini kali la jgn undi pkr pas dap.
rakyat suara keramat. rakyat tolak pas dap pkr.

Anonymous said...

Ada mangkuk sorang tu tulis, bila BN memerintah, negara akan hancur sebab rasuah, rembat duit rakyat dan macam lagi...

Hoi mangkuk, yg aku lihat negara sekarang ni semakin maju, ekonomi bertambah bagus, rakyat mendapat perhatian...byak lagi!!!

Hoi mangkuk, lu tak tahu ke siapa bapak rasuah di malysia?? siapa yg perkenal rasuah politik wang?? siapa yg songlap duit dan bawak keluar negara berbilion ringgit dlm bentuk cash RM 1,000? (sebab tu Tun Mahathir, batalkan note RM 1000),.... Inilah dia ANWAR..

Kau bagi dia kuasa, Malaysia akan hancur...yg ini memang betul!!
Ada faham ka mangkuk!!!!

art said...

Ya, memang kita akan buat keputusan.

Memang kita tidak mahu kerajaan yang rakus dan korup.

Kita wajib menolak Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Nak tgk apa jadi klu geng2 mangkuk blog master ni tersungkur pru13 ni, mesti x abis2 ratib anuar nnt.. Lol.

Anonymous said...

Bijan ada tulur tak nk debat ngn dsai psl akujanji masing2?

Anonymous said...

memang tak heran pun.. puak2 pr lagi mantop siap ada gambar/video lagi sedang beraksi porno..
BN ko ada ke..??

kononnya BN perintah rakyat hidup susah dan negara akan bangkrap..?? dah puluhan tahun BN perintah yg aku nampak rakyat semakin senang/selesa dgn pemerintahan BN, negara semakin maju.. satu dunia pun kenal.. rakyat susah tang mana, negara nak bangkrap macam mana..?? cuba cite skit..

yg nampak bila pr perintah semakin hancor adalah lah... terang2 kata manifesto bukan janji.. 4 tahun perintah.. apa rakyat selangor dapat.. kedah mcm mana, p.pinag hancos.. kelantan jgn cakap dari dulu hingga sekarang tak berubah..

pru akan datang sama2 kita tolak pas/pkr/dap....

Anonymous said...

macam setan umgok!!!

Ida al Shara said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

nak tangkap dan repot polis amenda nya kalau yang dalam bilik tu dua-dua orang lelaki. Ambik video la lg bagus tak la boleh spin macam mat sabu tu.. Ahli politik ni kena ajar macam tu ja, baik dalam kerajaan atau pembakang. Kalau dok buat repot polis ni buat penat je. Dia orang banyak duit dan ada kuasa. Last senyap macam tu je.. ambik video puas hati, semua orang boleh jadi hakim. Itu pun masih ada yang koner baring, bayangkan kalau tak ada video dah tentu lah lagi senang dia orang nak koner. Silap hari bulan pegawai penguatkuasa tu pun kena penampar dan ditamatkan perkhidmatan..

Anonymous said...

Syak khalwat tapi report polis? Ini siapa ajar ni? Adoiyai. Mungkin kalau report JAIS jika dlm pemeriksaan xda bukti khalwat, x sabit kes kan?... Tapi kalau report polis kalau xda kes khalwat pon, masih ada black white kan? .......

Pencalonan di Selangor no komen. Selalu ada problem sama spt Kelantan. Bnyk unsur sabotaj parti. Susah nak cari strong leader. Selain Noh Omar mmg xde org lain yg layak.

Micel said...

Tu dia,bn dalaman sedang bergolak, moga2 kemenangan pada anwar, putrajaya here we come, hidup PM baru - DSAI.!!!!

Anonymous said...

Teman gelakkan aje la konflik dalaman BN semenjak dua menjak ni...pada teman, budaya "cah keting" ni berlaku di mana sahaja tak kira warna kulit, bendera dan sebagainya, selagi mana atas faktor jawatan, kuasa dan pengaruh, budaya ini sememangnya dilihat makin membusuk dan berulat di kalangan pemimpin & pengikut akar umbi..apapun, siapapun, dan bagaimanapun yang berlaku selepas ini, selagi namanya berpolitik ala-barat, selagi itulah kita ini di ambang gawat dan kehancuran...saya menyeru semua ahli politik, kena kerja dengan IKHLAS...IKHLAS...IKHLAS....tanya hati, tanya nafsu, kuatkan iman.
-Anak Perak-

Anonymous said...

Kami pengundi dan rakyat AMpang kenap sapa calon ni. Isu calon ni buatkan pengundi atas pagar akan terus ke PKR.


*Pengundi Ampang dan Lembah Jaya*

Anonymous said...

dengar cerita rozidah dah bersumpah dia x penah kena tangkap khalwat...pakatan baru perintah 4 negeri selama sepengal dah macam2 kes berlaku,kisah kuin di kedah,negeri yang kena saman terbanyak di selangor,isu penjualan aset di selangor,pembalakan haram di kedah,penyerahan tanah di kelantan,pecah tanah dan peletakan batu asas terbanyak di kelantan(projek x buat pun)....prestasi yang amat buruk...

Anonymous said...

Aku rasa korang ni memang dah tak boleh dibetulkan lagi dah.. Hati dah gelap habis dah dek dosa-dosa korang..

Aku ucapkan selamat berjaya lah pada korang yang memfitnah, menghina, mengaibkan orang untuk menjawab soalan-soalan kubur dan berdepan dengan Rabbul Jalil di padang Mahsyar nanti.. Good luck lah ye..

Di dunia ni memang lah korang boleh buat cerita macam-macam, di padang Mahsyar nanti dipertontonkan semuanya gelagat korang.. Masa tu korang menjawablah ya..

Memang seronok menggelakkan orang lain, menghina orang lain, spender la, boroi lah, macam-macam lah.. Di sana nanti, bukan mulut korang yang menjawab, tapi anggota-anggota badan korang yang jawab.. Masa tu korang pandai-pandailah bawa diri ya..

Tapi jangan nyusahkan orang sudah lah ya.. Jangan Allah turunkan bala sebab fitnah-fitnah korang, orang-orang yang baik pun kena sekali.. Tu nyusahkan orang lain namanya.. Jangan jadi mangkok hayoon ya macam Amporno..

Anyway, good luck lah ye menjawab soalan Munkar Nangkir nanti ya.. Kot-kot badan korang dipalu sampai terbenam 70 hasta ke dalam bumi, itu korang punya pasal lah ye..

Anonymous said...

Kubur masing2 ko jgn nk sibuk hal org dgn perangai kau yg mcm ni maki hamun org kau ingat kau ni baik sgt silap kau yg trbenam lebih 70 hasta ke dlm bumi itu kau punya pasal pandai pandai lh kau nk jwb

Anonymous said...

Fark you Barisan Neraka (B>>N)

Anonymous said...

nak tau saper anwar, search 'i files anwar ibrahim'...ini hasil siasatan pihak USA...ok gud luck

Free Kedah said...

sama2 geng depa tutoh takpa. Tapi mai geng lain tak buleh tutoh pulak.