Thursday, May 30, 2013

Anwar Pernah "Offer" Pada Najib, Tak Akan Buat Demonstrasi Bantah PRU 13 Kalau Dia Dilepaskan Dari Tuduhan Insiden Lahad Datu.

Pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai satu  usaha mengadakan perjanjian yang melibatkan Dato’ Seri Najib dengan Anwar Ibrahim benar-benar membuat Anwar gubra.....

Dalam ‘kegubraan’ itu, Anwar mengakui bahawa beliau ada menawarkan satu perjanjian dengan Dato’ Seri Najib melalui Jusuf Kalla tetapi telah tidak dipersetujui oleh YAB Dato’ Seri PM kita itu. 

Setelah tersedar bahawa kenyataannya adalah ‘politically-incorrect’, maka Anwar cuba menjelaskan bahawa penawarannya kepada Najib adalah agar BN menerima kekalahan dengan baik dalam PRU-13 dan tidak membuat demonstrasi.

Kononnya, beliau sudah tahu yang PR akan menang..... 

Mana-mana rakyat Malaysia juga tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk mengesan pembohongan Anwar dalam kenyataan tersebut.

Kita cukup maklum bahawa BN bukanlah parti yang terkenal dengan demonstrasi dan BN tidak pernah mempersoalkan kekalahannya di beberapa negeri.

Dato’ Seri Najib juga telah terlebih dahulu dikhabarkan oleh berbagai pihak bahawa BN berpotensi untuk menang besar.   Namun, biarpun kemenangan BN dalam PRU-13 langsung tidak memuaskan hati, BN tidak pula membantahnya....

Malah, BN mengambil sikap menyalahkan diri sendiri dan antara sesama komponen tanpa menuding jari ke serata arah. 

Justeru, memanglah masuk akal bila Dato’ Seri Najib enggan berbuat apa-apa perjanjian dengan Anwar.   Jelaslah juga bahawa Anwarlah yang tersorong-sorong pipi mengajak kepada satu bentuk ‘tawar-menawar’. 

Persoalan kini menjurus kepada ‘apa sebenarnya yang Anwar minta dari Najib tetapi telah ditolak mentah-mentah itu..?’  Tentu sekali bukan agar BN tidak membantah keputusan PRU kerana YAB PM kita yakin bahawa BN akan menang besar. 

Sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar menawarkan janji yang beliau tidak akan berdemonstrasi membantah keputusan PRU-13 jika kerajaan memberi jaminan yang beliau akan dilepaskan dari sebarang tuduhan dalam insiden Lahad Datu.

Jika ini benar, maka tidak hairanlah Dato’ Sri Najib mengabaikan sahaja permintaan Anwar.

Inilah yang membuatkan Anwar semakin hari semakin gubra sehingga tidak sempat menapis kenyataan sendiri, manakala Najib pula tenang sahaja.  Sudah menjadi kelaziman, orang yang bersalah tidak mungkin akan tenteram kecuali beliau seorang yang kurang waras.

Hari ini, Anwar telah ‘membalas dendam’ dengan meneruskan demonstrasi dan himpunan haram untuk membantah keputusan PRU-13 dan menggulingkan kerajaan pimpinan Najib.  Semuanya kerana YAB PM kita ini langsungtelah tidak mengendahkan tawarannya. 

Sangkanya, ‘biar padan muka BN’ kerana terpaksa melayan karenahnya setiap minggu.

Tetapi apa yang dapat dilihat ialah, yang padan muka adalah dirinya sendiri yang kini ditolak oleh rakyat dan terpaksa pula berhadapan dengan kebenaran dalam isu Lahad Datu.

Anwar juga tahu bahawa lambat laun, rakyat akan letih berhimpun ke sana ke mari saban minggu. 

Pada waktu itu, jangankan padan muka Anwar, tetapi di mana Anwar nak letak muka...?

16 comments:

Anonymous said...

malaysia lebih aman tanpa anwar. pembangkang pasti boleh manang dlm keadaan aman tanpa huru hara ala anwar.

Anonymous said...

Nuar kunyit bole letak mukanya di tali gantung tak lama lagi.

sesejuk mata memandang said...

Sebaiknay Pak Najib membuat tawaran kepada Anuar agar berundur dari poltik , bersara dan tinggalkan Malaysia

Anonymous said...

bermacam-macam tohmahan telah di lempar kan pada anuar, tetapi anuar hadapi dengan tenang malah di beri semangat oleh rakyat jelata yg berbilang bangsa dan agama. kalau betol2 lah anuar punca segala melapetaka yg menimpa bumi bertuah nie. dah lama anuar terima azab nya.. tetapi kenapa kerajaan di bawah pemerintahan najib yg menerima nasib yg malang..?

Anonymous said...

Apa yang Malangnya BN masih menjadi kerajaan yang sah.....so yang malang adalah PR dan anwar

Anonymous said...

Ha.... Ha.... Mcm kes runding di rumah jln duta tempoh hari juga ketika bawa si nurul bersama! Bebaskan aku drpd kes saiful....aku bersara politik! Tup.... Tup.... Terbebas sebab2 masalah teknikal....tak bersara juga. Dasar putar alam!

Anonymous said...


Anonymous Anonymous said...

bermacam-macam tohmahan telah di lempar kan pada anuar, tetapi anuar hadapi dengan tenang malah di beri semangat oleh rakyat jelata yg berbilang bangsa dan agama. kalau betol2 lah anuar punca segala melapetaka yg menimpa bumi bertuah nie. dah lama anuar terima azab nya.. tetapi kenapa kerajaan di bawah pemerintahan najib yg menerima nasib yg malang..?

-----------------------------------
kesiannnn aku tengok ko ni.....apa gelaran yg paling sesuai utk ko ni ya....????

Thursday, 30 May, 2013

Anonymous said...

Menipu dan mereka fakta palsu adalah sarapan pagi Anuwar, Memfitnah adalah makan tengahari Anuwar dan menghasut adalah makan malam Anuwar. Amirul Mukminin PR.

Anonymous said...

Bukan tohmahan yang dilemparkan pada Anwar selama ini tetapi peringatan2 taubat dan Anwar tak sedar2 dan salah satu kekejian dia yang berlarutan hingga kini ialah mengikatkan tali halimunan di tenguk2 pengikut2nya yang diperbodohkan secara halus dengan kata2 yang membuai penuh dengan bunga2an tetapi satu isipun takde, macam anon seorang kat atas.
Wahai anon bebaskanlah! bebaskanlah! pemikiran kamu dari belenggu dakyah halus akhir zaman Anwar bin Ibrahim kerana sesungguhnya sebagaimana selama ini Anwar akan tersungkur kerana tidak ada satupun usahanya yang berhasil lantaran kelaknatan yang disandangnya kesana kemari sehingga ke hari ni selagi mana dia tidak bertaubat.

Anonymous said...

siapa dia anon yang kesiankan kat anunyewar tu?? pelik sungguh aku melihat mereka mereka yang masih menyokong petualang yang nak hancurkan masa depan cucu cicit keturunan Melayu ku ini. ingatglah saudaraku!! kesenangan kalian hari ini adalah hasil pengorbanan tok nek moyang kita dulu..Tak taula plak kalau nek moyang hang cuma dok numpang je selama ini,..
Jangan bikin panas ok!!

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

bermacam-macam tohmahan telah di lempar kan pada anuar, tetapi anuar hadapi dengan tenang malah di beri semangat oleh rakyat jelata yg berbilang bangsa dan agama. kalau betol2 lah anuar punca segala melapetaka yg menimpa bumi bertuah nie. dah lama anuar terima azab nya.. tetapi kenapa kerajaan di bawah pemerintahan najib yg menerima nasib yg malang..?

-----------------------------------
kesiannnn aku tengok ko ni.....apa gelaran yg paling sesuai utk ko ni ya....????

Thursday, 30 May, 2013

Gelaran yang paling cocok ialah: MANUSIA DICUCUK LOBANG HIDUNG OLEH ANWAR!

Ini bukan sarkis nak buat ramai, ini NEGARA yang perlu ditadbir secara BERSAMA bukan untuk sama-sama merosakkannya. Saya pun dah letihla tindak tanduk Anwar ni, macam budak hyper aktif. Tak boleh ke walau seharipun duduk diam-diam kat Masjid berzikir bertasbih bertadarrus tanpa perlu mengutuk, membidas dan mencerca apa yang pihak kerajaan pilihan buat? Memang dasar ISRAEL-YAHUDI betul lah..semua tahu puak YAHUDI ZIONIS inilah yang berperangai macam kera kena belacan bab politik dan kuasa mutlak ni...FIKIR-FIKIRKANLAH KOME OOOOOIIII

Anonymous said...

Bro anon yang kata Anwar tenang hadapi tohmahan tu....nak tanya sikit..hang ni setiausaha sulit Anwar kah? sahabat baik sepermainan tenis Anwar kah? budak bancuh kopi Anwarkah? bini Anwar kah? Cakap mulut senang la adik aku pon boleh kata Anwar tu warak la tenang la bagai...hati manusia siapa yang tahu? TUHAN jer yang tahu bro! Kalau tak takder la kes macam RAJA SPENDER!

Anonymous said...

apa semua orang yang buat salah allah bayar cash ke??habis tu orang yang ditimpa malapetaka tu semuanya ada buat salah ke??jangan suka-suka aje jatuh hukum..allah aje yang maha mengetahui....

Anonymous said...

Kau ni buta perut atau rba yg di upah

Anonymous said...

ANWAR NI NAK KAN PUBLISITI.APA KATA SEMUA MEDIA ARUS PERDANA DAN BLOG2 PRO KERAJAAN JANGAN KELUARKAN BERITA PASAL ANWAR DAN DEMO HITAM DIA TU...PASTI DIA TAK TENTU ARAH NANTI.

Anonymous said...

ANWAR NI NAK KAN PUBLISITI.APA KATA SEMUA MEDIA ARUS PERDANA DAN BLOG2 PRO KERAJAAN JANGAN KELUARKAN BERITA PASAL ANWAR DAN DEMO HITAM DIA TU...PASTI DIA TAK TENTU ARAH NANTI.