Tuesday, May 14, 2013

Apabila Raja TEMBERANG Cuba Tuduh Orang Lain Berbohong.....

Rakyat berpeluang melihat telatah dan gelagat Anwar Ibrahim di perhimpunan lebih kurang 40,000 penyokong-penyokong Pembangkang di Stadium Kelana Jaya beberapa hari lalu yang diadakan kerana membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 yang memihak kepada Barisan Nasional.

Anwar nampaknya tidak berkesudahan meroyan sejak hari Ahad lalu, 5 Mei, kerana kempunan tidak berjaya merealisasikan impiannya untuk menawan Putrajaya dan seterusnya menduduki kerusi empuk sebagai Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.

Begitu terdesak beliau mahukan jawatan itu sehingga kini satu jenaka yang berlegar di laman-laman sesawang sosial seperti Facebook bahawa Anwar telah berjaya dilantik akhirnya sebagai 'Perdana Menteri' Kelana Jaya oleh 40,000 penyokong ang kebanyakannya berbangsa Cina.

Anwar mendakwa Pakatan Pembangkang telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sehingga kemenangan yang sepatutnya dirangkul oleh mereka kononnya telah dirampas secara penipuan oleh BN.

Pemimpin-pemimpin Pembangkang yang lain juga turut menggila seperti Anwar juga sehingga dilihat sudah hilang pedoman dan pemikiran rasional melempar bermacam-macam fitnah terhadap BN dan SPR.

Bagaimanapun penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media selepas perjumpaan dengan semua ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Selasa lalu berjaya merungkai secara jelas kedudukan sebenar isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang berhubung proses pilihan raya yang baru selesai.

Jelas Datuk Seri Najib, pengundi Cina khususnya telah berjaya ditipu oleh parti rasis, cauvinis Dap sehingga termakan propaganda pembangkang bahawa kerajaan BN akan tumbang pada PRU13.

Disebabkan pengundi Cina sudah terpedaya dengan pelbagai tipu muslihat Dap dengan bermacam slogan yang merangsangkan perasaan seperti 'Ubah', 'Tukar', 'Ini Kalilah' serta ABU mereka berduyun-duyun keluar mengundi pada 5 Mei lalu dengan penuh harapan kerajaan baru yang akan dibentuk oleh pembangkang akan berjaya didirikan pada keesokan harinya.

Malang seribu malang bagi Anwar dan kuncu-kuncu pembangkangnya, majoriti rakyat lebih bijak daripada pengundi Cina lalu terus memberi mandat dan kepercayaan kepada BN untuk menerajui kerajaan.

Inilah sebenarnya yang berlalu sehingga peratusan yang keluar mengundi mencatat 80 peratus, tertinggi dalam sejarah PRU di negara ini sejak merdeka.

Perdana Menteri menjelaskan tidak mungkin kerajaan BN dapat ditumbangkan tanpa sokongan kaum Melayu, India serta Bumiputera Sabah dan Sarawak walaupun jika semua pengundi Cina menyokong pembangkang.

Inilah pembohongan besar yang dilakukan oleh Anwar, DAP, PKR dan PAS sehingga pengundi Cina tersilap perhitungan politik pada kali ini dengan menolak majoriti calon-calon daripada MCA yang mewakili suara moderat masyarakat Cina di negara ini.

Pada pandangan orang Melayu kini, pengundi Cina telah mengkhianati semangat setiakawan yang terjalin sejak merdeka dengan ikatan kerjasama politik terawal antara UMNO, MCA dan MIC.

Disebabkan pengundi menjadikan emosi sebagai asas keputusan mereka mengundi Pembangkang, mereka telah membuat silap besar dalam pertimbangan politik pada kali ini walaupun sebelum ini mereka dianggap sebagai satu bangsa yang pragmatik dan praktikal.

Yang mengaut keuntungan paling besar hasil pembohongan pembangkang ialah DAP yang berjaya menambah jumlah kerusi parlimen kepada 38 berbanding 28 pada PRU 2008 sementara kerusi Dewan Undangan Negeri meningkat mendadak kepada 95 daripada 63 kerusi sebelumnya.

Poin kedua yng ditekan oleh Perdana Menteri ialah berhubung dakwaan undi popular yang dicanang oleh pihak Pembangkang untuk menuntut kemenangan bagi mereka.

Atas dasar jumlah undi popular yang diperolehi oleh Pembangkang sebanyak 5,623,984 atau 50.87 peratus daripada keseluruhan undi berbanding 5,237,699 atau 47.38 peratus yang dimenangi oleh BN, maka Anwar mendakwa Pembangkang telah dinafikan kemenangan oleh SPR.

Hakikatnya jelas Datuk Seri Najib, undi popular adalah sistem pengundian yang diamalkan oleh negara seperti Amerika Syarikat yang mempunyai sistem Presiden.

Sistem pengundian bagi memilih Presiden dijalankan mengikut amalan 'electoral college' dan bukannya undian terus oleh rakyat.

Sebaliknya sistem undi popular tiudak terpakai di Malaysia kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan sistem pengundian adalah berdasarkan kepada kawasan parlimen dengan kaedah 'first-past-the-post' bagi menentukan pemenang bagi mana-mana kawasan yang ditandingi.

Ini bermakna mana-mana calon yang mendahului pencabarnya walaupun mendapat kelebihan satu undi sekalipun akan dikira sebagai pemenang.

Anwar sengaja menimbulkan isu undi popular bagi mengeksploitasi emosi penyokong pembangkang yang kecewa kerana impian mereka ke Putrajaya hancur.

Mereka perlu ingat taktik Anwar menggunakan helah undi popular adalah bagi mengalih pandangan penyokong-penyokong pembangkang daripada mempersoal serta meletakkan kegagalan ke Putrajaya ke atas bahu Anwar.

Seperti juga pembohongan 16 September 2008 di mana Anwar berjanji akan menumbangkan kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui jalan belakang, kali ini bekas Ketua Pembangkang itu mengulangi pembohongannya.

Perdana Menteri menyanggah hujah Anwar dengan berkata mengapa pembangkang mengiktirafkan keputusan PRU13 pada peringkat negeri tetapi menolaknya pula di peringkat Parlimen...?

Ini adalah sikap hipokrit Anwar yang sengaja mahu mencetuskan demonstrasi jalanan bagi mewujudkan keadaan ketidakstabilan politik.

Hakikatnya rakyat memilih BN dan bukannya Pakatan Rakyat, mahukan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan bukannya Anwar....

26 comments:

Anonymous said...

Tanya sama pokok ape sebab goyang,
Nanti jawap Nuar, PR dah tumbang.

Anonymous said...

Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan malaysiakini

Freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

elok lantik dia jd Perdana Menteri Wilayah Pakatan (Selangor & PPinang)...aku mintak jasa baik guan eng & khalid gagap wujudkan jawatan tu sebelum dia mati

Ahmad said...

Walaupun mengambilkira undi popular, Anawr tetap tidak boleh menjadi PM. Ini kerana partinya iaitu PKR berada ditempat ketiga selaps BN dan DAP

Anonymous said...

bagi kat dia jawatan PM (Peliwat Mahasiswa)

Anonymous said...

hahaha....lain macam gambar anwar....banyak sangat temberang dan menipu tu pasal muka jadi macam tu...

Anonymous said...

kepada selangor,penang dan kelantan lantik lah Anuar sebagai pm anda kami tidak terima Anuar sebagai pm kami najib ada lah PM kami sampai bila bila hidup najib.

Anonymous said...

pembohongan anwar tiada kesudahan. apa jenis manusia lah anwar ni. anwar sampah buangan umno.

Anonymous said...

Jom undi pecat Anwar Ibrahim kat http://www.theedgemalaysia.com/

Anonymous said...

padan muka hg anUwar...terima la hakikat yahudi mcm kau ALLAH x kan makbulkan keinginan hg..

Anonymous said...

padan muka hg anUwar...terima la hakikat yahudi mcm kau ALLAH x kan makbulkan keinginan hg..

Anonymous said...

anwar ada jangka hayat hidup sbg kaki temberang dlm sejarah cuma 5 tahun je.....mungkin pru14 x sempat tulang dah reput.

Anonymous said...

binatang NUAR ni layak kena tembak jerrr baru dia leh diam kot......orang yg memang dah TERBUKTI bersalah tetapi tetap x puja2 oleh rakyat yg mudah tertipu olehnya...

Anonymous said...

cikadak cikadak, macam mana nuar mati?.....oooooooooooooooooo...macam tu............kesian dia...

Anonymous said...

Kaki tipu yang takde kehormatan diri ni memang tak layak jadi Perdana Menteri. Woi! berambus la ko dari Malaysia wei!

Anonymous said...

Nak duduk kerusi empuk sebagai perdana menteri Malaysia yang ketujuh konon! meh sini muka kau tu aku hempuk sekali!

Ayah Man said...

Hari kian berlalu. 13 May hari yg dinantikan Malaysia Spring pasti berlaku dgn tercetusnya huru hara terbesar disebabkan tak puas hati dgn keputusan PRU 13 di Malaysia nampaknya meleset dan lansung tidak berlaku. Segala perancangan dan manupulasi yg diusahakan tidak disambut olih para penyokong yg tidak memahami muslihat dan stretegi yg dirancang secara tak lansung. Tapi protes akan diteruskan. Walaubagaimanapun di Malaysia, semangat berperotes cepat menjadi sejuk. Rata2 ia memberi mudarat segera kpd pemerotes. Mereka cepat bosan,penat apabila tidak dpt melihat kesan usaha mereka. Yg sanggup berperotes sepanjang waktu itu pula mengamalnya sebagai kerjaya. Dapat imbuhan sikit dan janji manis. PDRM tidak berhajat atau begitu cenderong utk menguatkuasakan undang2 dgn tegas...sebab protes2 kecik itu dianggap tidak berbisa.

Anonymous said...

Anuwar,Kitsiang,Iguaneng,Kapalsink wajib hukum tembak!!!!Hampeh masyarakat!!!!

Anonymous said...

..yg pasti aljuburi akan terus berjuboq dan terus berjuboq.. hehe.. sampai la aljuburi mampos..

Anonymous said...

Saksikan bagaimana peristiwa 'BlackOut' dirancang, video ini dirakam oleh.....

>>>>>>> MediaRakyat.com <<<<<<<

Anonymous said...

Parti Bermata Satu inilah yang telah memecah belah sesama kita....HARAMJADAH PKR! YA ALLAH ENGKAU JAHANAMKANLAH PARTI YANG MEMBAWA KEPADA PERPECAHAN UMAT ISLAM INI. AMIN...AMIN YA RABB!
-anak perak-

Ajika said...

Susah susah , buat macam i ilah, suroh anwar dan ds najib one to jus 3x. Sapa menang di jadi pm. Habis cerita. Ok

Anonymous said...

Idea bodoh nih... Cuba fikir yg lagi bernas dari budak tadika ya

Anonymous said...

Tak mampu berkata kata.....melihat wajaahhhh dgn MATA TERBELALAK BUNTANG......MULUT MELOPONG......

TAKUT.....MASYAALLAH..

Bayangkan kalau mati dlm keadaan begitu

Anonymous said...

Pr sibuk nak wat pendidikan free...elok dimulakan dgn unisel...amacam...pr selangor...free education di unisel!

Anonymous said...

Ya setuju Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan mulakan lah free apa yang dah dah di manifesto iaitu turunkan harga minyak diperingkat negeri, pendidikan semua dibiayai kerajaan negeri, tol free kita simpan semua resit claim balik alamak bestnya....betoi ker pandai janji jer...Haaa sapa rajin berdemo tu pergi la berdemo claim balik seperti yang dijanjikan!