Monday, May 13, 2013

Azalina Othman Tersenarai Dalam Kabinet Najib....?

Dah bocor.....!

Benarkah bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Sri Azalina Othman Said akan buat come back menyertai kabinet Datuk Sri Najib...?

Beliau pernah menjadi Ketua Puteri UMNO yang pertama dilantik mulai 1 November 2002 hungga tahun 2004. Pada 1 November 2002, sebagai Ketua Puteri UMNO, Azalina secara automatik dilantik sebagai salah seorang dari 6 orang Naib Presiden UMNO.

Pada Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008, beliau telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang. Beliau diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Belia dan Sukan (31 Mac 2004-7 Mac 2008). Kemudian dilantik sebagai Menteri Pelancongan (18 Mac 2008 - 9 April 2009).

Pada PRU 13 Azalina berjaya tewaskan artis yang dah pudar Dayangku Intan di kerusi Parlimen Pangerang.

Sama samalah kita tungguuuu senarai kabinet Najib……

21 comments:

Anonymous said...

Sokong !!ingin melihat perdebatan yg sihat di parliman selepas ini.

Anonymous said...

Khairy dan Azalina... dua tokoh muda untuk digilap bakat.

Cuma dia orang jangan terlebih sudu.. Suatu masa dulu Khairy terlebih seronok. Harap jangan lagik!!!

Anonymous said...

KAWE SOKONG,MOK CIK NI BEKENG JUGAK.SESUAI GANTI TEMPAT KAK IJAT.

Anonymous said...

dia ni ada sejarah x berapa cun dkt kementerian pelancongan dulu kan? dari segi agresif memang la, tp tang desas-desus x bpa 'bersih' tu yang x bpa sedap didengar. tp betul ke tidak x tau la, yg pasti dah ada persepsi negatif psl dia.

Anonymous said...

Awak lupa ka Tingkap 4

amnitpg said...

Tahniah , boleh kita gelarkan dia 'singa betina selatan' menggantikan Allahyarham Jabar Albar yang senitasa lantang bersuara mempertahankan hak melayu

Anonymous said...

Kalau nak ikutkan persepsi,nuar lagi hebat,siap dgn bukti luar dan dalam,boleh pulak selamba masuk parliman.

Anonymous said...

Apa payah sgt, mintak buat sumpah ikrar laknat sblm jd menteri... kalau cilok juga, jdlah PI Bala...

Anonymous said...

Kalau ikut cerita Pembangkang tak ada muka dalam Umno yg bersih,tapi kalau tang mereka keluar video tunggang terbalik atas katil dgn pelacur pun masih putih bersih.Sebenarnya KJ dan Azlina ni berbakat,mereka boleh lawan Pakatan stail cowboy one by one,bukan macam pemimpin Umno lain terketar-ketar bila segarh dek pembangkang,semuanya nak menyorok bawah ketiak PM Najib.Berilah peluang kedua pd mereka ni.

Anonymous said...

Jika perlu buat pilihan....aku lebih rela Azalina jdi Menteri Dlm Negeri jika nak dibanding dgn 'Kak Hisham'yg bagi amaran sampai kiamat....

Anonymous said...

Pada saya kalau dua orang tokoh muda yang berpotensi ni memang setuju 100% utk duduk dalam Kabinet Baru 2013 Najib.Saya dah ikuti perdebatan kedua2nya dalam dan luar Parlimen dan mereka sememangnya hebat ,intelligent dan smart.Walaun bagaimana pun jangan kita lupa kehebatan seorang lagi tokoh wanita Tenggara yang bukan sahaja mempunyai wajah cantik dan menawan tapi tidak kurang hebatnya berpolitik serta kuat bekerja yang bukan mudah diperkotak katikkan oleh Pembangkang dalam apa jua isu terutama yang menyentuh potfolionya .Beliau juga harus berada dalam senarai Kabinet Najib mengambilkita juga prestasi Johor dalam PRU13 baru2 ini.Smoga DS Najib diberikan segala kemudahan dan ketenangan dalam membuat pemilihan Kabinet Baru 2013 beliau yang juga dapat diterima oleh semua pihak.

Anonymous said...

Bekas Ketua Puteri yg sangat popular. Rajin bekerja. Sangat lantang di Parlimen. Berjaya tarik sokongan remaja sertai Puteri. YES TO AZALINA NO TO KJ..

Anonymous said...

Ada isu LBGT jugak kan dia ni...dah kawin ka belum? isu tu kena selesai dulu sebelum jd Menteri...DSN jgn buat silap...

Anonymous said...

KJ...jadi menteri? No no no dey PM you must be kidding...u want to be out from your office?

Anonymous said...

Apa beza kabinet Najib dengan Pak Lah jika inilah menteri kabinet beliau? Bosan dengan benda yang anggapanku benar belaka ni. Bosan. Bosan . Bosan. Prove me wronglah yg Najib ni ada pendirian dan dengar suara akar umbi UMNO

Anonymous said...

ana sudah bilang jangan ada recycle minister, najib kena lebih cerdik and wiser....

Anonymous said...

Tak mau menteri recycle

Anonymous said...

recycle kalau pandai buat kerja dan berani memang diperlukan dalam kabinet baru...NO TO LEMBIK LEMBIK OKAY!!!!!!!

Anonymous said...

Kita pecaya pd kredibiliti DSN. Beliau lebih faham. Byk info tentang si polan si polan dalam poketnya. Cuma harapan rakyat, jgn buat eksperimen tentang lantikan kabinet. Kabinet DSN akan mencerminkan kekuatan @ kelemahan DSN sendiri. Jgn lantik si polan si polan yg pernah terpalit dgn kontroversi. Jgn Jgn.Jgn. rakyat akan hilang kepercayaan pd BN.

Anonymous said...

Sokong Azalina dilantik semula ke kabinet. Jika dilantik pesanan saya Azalina buat yang terbaik dan jaga diri baik-baik.Manusia mana yang sempurna???
PR pun ramai penyangak dan hantu setan tapi rakyat suka kan? Barisan silap skit kena jer padahal jasa bakti banyak dah dicurahkan.PR tak nampak pun apa mereka buat tapi rakyat suka dan tak kisah hahaha....Orang Malaysia semenjak dah pandai guna internet memang begitu celaru dan haru-biru. Teknologi disalah guna memakan dan memusnah diri.Pelik tapi benar!Fikir-fikirkan lah......

Anonymous said...

Azalina dan Halimah Sadique kalau digandingkn dalam wanita akan bergegar dewan dgn kepetahan beliau berpidato berbanding kamilia ibrahim yg macam tikus mondok tu....KJ no doubt excellent cuma jgn perasan nk jadi artis pulak....jika ketiga2 orang ni bole maintain tingkahlaku kreadibiliti dan karisma mereka aku rasa musuh pn takut