Wednesday, May 29, 2013

Babi Tetap Babi Tak Boleh Bertukar Jadi Kambing... Benarkah Ng Yen Yen All Out Mahu Jawatan Pengerusi Tourism Malaysia...?

Please Najib....

Tolonglah YAB Datuk Sri Perdana Menteri, janganlah guna recycled item. Cukup cukup sudah..., cukup sampai disini saja....

Al-Kisah, diberitakan Naib Presiden MCA yang tersingkir dan tidak terpilih bertanding pada PRU 13, Dato' Sri Dr Ng Yen Yen menunjukkan sifat tamak haloba beliau. Masih belum puas puas lagi untuk mengisi kantong peribadinya...!

Ada sumber sumber yang menyatakan Yen Yen sedang berusaha untuk merebut jawatan Pengerusi Tourism Malaysia (Chairman, Tourism Malaysia)

Ini akan dilakukan dengan mendapatkan restu dari PM Najib untuk melantik beliau sebagai Pengerusi memandangkan beliau tidak bertanding di Raub sebagai MP.

Beliau sedang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kelulusan perlantikan ini sebelum tarikh pilihanraya memandangkan tempoh kuat kuasa jawatan Pengerusi Tourism Malaysia akan tamat pada bulan Mei/Jun 2013.

Saya rasa beliau akan menggunakan keadaan kepincangan pilihanraya semasa untuk memberi tekanan kepada PM, mungkin dengan memohon simpati kerana beliau tidak jadi MP, sekurang-kurang nya berilah dia jawatan lain.

Mungkin PM akan merestuinya kerana takut beliau dari "MERAJUK" dan terus keluar MCA dengan alasan tidak lagi yakin dengan parti...

Untuk makluman, jawatan Pengerusi Tourism Malaysia kini sedang disandang oleh mantan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan iaitu Yang Berbahagia Datuk Dr Victor Wee (http://corporate.tourism.gov.my/aboutus.asp?page=ourorganisation&subpage=bod ).

Selalunya jawatan Pengerusi di lantik oleh Menteri dan Y.Bhg Datuk Dr Victor Wee telah dilantik oleh Ng Yen Yen.

Imbas kembali, semasa era Azalina, Tengku Adnan dan Kadir Sheikh Fadzir, ketiga tiga mantan Menteri Pelancongan tersebut telah mendapat restu dari PM untuk memegang jawatan Pengerusi Tourism Malaysia semasa mereka masih berjawatan Menteri Pelancongan.

Walaubagaimanapun ketiga-tiga mantan menteri tersebut telah melepaskan jawatan Pengerusi apabila tidak lagi dilantik sebagai Menteri Pelancongan.

Berlainan dengan Yen Yen yang tidak dsenaraikan oleh MCA dalam PRU13 dan tidak diterima oleh pengundi Raub umumnya dan secara amnya tidak lagi kekal sebagai Menteri Pelancongan.

Sungguh memeranjatkan, sebagai mantan Menteri Pelancongan beliau sanggup 'downgrade' untuk merebut jawatan Pengerusi Tourism Malaysia demi untuk terus berkuasa dan bermaharajarela di Tourism Malaysia kelak....!


Kakitangan Tourism Malaysia rasa amat kecewa dengan perkembangan terbaru ini.

Pada asalnya apabila nama beliau digugurkan dari PRU13, berita tersebut disambut dengan penuh kegembiraan dan keyakinan warga Tourism turut meningkat, tetapi malangnya apabila terdengar desas desus Ng Yen Yen inginkan jawatan Pengerusi tersebut, jelas terbayang kekecewaan.

Tourism Malaysia tidak mahu lagi dibelanggu oleh bayangan Yen Yen....!

Wanita dari MCA ini perlu menerima hakikat bahawa beliau tidak diperlukan oleh Parti dan Masyarakat Raub.

Sekiranya dia tidak diperlukan, kenapa Tourism Malaysia perlu menerima beliau yang terkenal dengan sikap pembaziran disebabkan oleh beliau yang gilakan glamor dan suka melancong....?

Nama Tourism Malaysia telah dirosakkan oleh Ng yen Yen sebagai contoh dalam isu projek Facebook Cuti-Cuti 1Malaysia berharga RM1.8 juta dan China World Expo yang banyak mendapat liputan negatif dari media di dalam dan luar negara.

Sekiranya Yen Yen dilantik, beliau akan menggunakan kuasa sebagai Pengerusi untuk terus merancakkan lagi pelan pelan beliau untuk glamor dan membazirkan duit rakyat...!

YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib, tolonglah..., janganlah tersilap membuat keputusan. Adalah lebih elok untuk mengecewakan seorang individu daripada mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati daripada beribu-ribu atau pun berpuluh puluh ribu individu.

16 comments:

Anonymous said...

lagi satu, yen yen suka campur tangan soal urusan dalaman tourism malaysia. bagi prjek kat kroni pastu kroni yg dapat projek tu sokong DAP. poraaahhh yen yen. dah tue tu dok rumah jelah jaga cucu.

sesejuk mata memandang said...

Rasa nya tempat yang bakal dikosongkan diberikan pula kepada Dato Tan Lian Hoe dari Parti Gerakan

Anonymous said...

Just thinking, kita rakyat biasa yg xde kenal sesiapa/politicians nih macam mana nak suarakan direct pada DS Najib tentang sesuatu isu tuh, adakah dia membaca apa yg disuarakan dlm blog2 macamnih?

Tlg ye DS Najib, satu undi pada UMNO/BN tuh datang dari saya dan 19 lagi dari semua ahli keluarga saya....( immediate fmly, ingat satu undi bole memenangkan atau kalah, imagine 20 votes!!

Anonymous said...

Kita tunggu dan tengok jer lah. Masa nak kan undi Najib merayu2 dan menyembah2 kaum cina dan india supaya sokong BN. Last2 kena tipu hidup2 dengan puak cina dan india. Nasib baik orang melayu tampil menjadi penyelamat kepada hayat Umno.

Kalau Najib masih juga nak layan permintaan Ng Yen Yen, tak jadi masalah kepada kita untuk swing 100% kepada Pas dengan syarat Pas tinggalkan DAP.

Pas boleh mengatasi Umno. Hanya satu saja syaratnya, " Pas wajib bercerai talak 3 dengan DAP ". Perikahan Pas dengan DAP ternyata menguntungkan DAP, bukti dan ada depan mata, Pas dapat 21 dan DAP dapat 38.

Hj Ariffin

Anonymous said...

orang gila saje undi PAS . full stop.

Anonymous said...

Kalau menguntungkan BN ambil tak salah, Tapi kalau belot dan berpura-pura dan tikam dari belakang tak payah.

Anonymous said...

Malangnya, pemimpin-pemimpin UMNO asyik mengalah nak jadikan BN parti tunggal, (yang sanagt diperjuangkan oleh si Star) nak mengampu orang Cina tak habis-habis, walaupun majoriti terbukti sekarang, tak lansung kenang budi dan bongkak! Nampaknya Perkasalah saja buat orang Melayu/Islam masih boleh bergantung! Maka, syukur Alhamdulillah, Perkasa yang sentiasa berani dan tangkas seperti pahlawan Melayu berzaman sejati, buka pejabat di P. Pinang seperti di:
http://www.nst.com.my/streets/northern/perkasa-to-open-centre-in-penang-1.288481.

Tapi perlu juga dengan segera Perkasa buka pejabat di Johor; lihatlah di http://www.starproperty.my/index.php/property-news/malaysians-and-foreigners-can-still-find-good-bargains-for-properties-in-johor/? . Lepas itu Perkasa juga perlu buka di Ipoh, Taiping, Lumut, Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Kucing, Miri dan Selangor saya syaki akan menjadi tumpuan paling agresif DAP dan sekutu penjajah Barat-Zionisnya serta yang pro-Barat-Zionis seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun. Kerana bangsa Melayu/Islam dan Bumiputera lain terutamanya yang miskin, makin TERHALAU dari tanah dan negeri-negeri pusaka berzaman nenek moyang, dari sebelum dijajah British lagi.

MAKCIK Tempurung.

(PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung" untuk mengelirukan pembaca).

Anonymous said...

Saya dan keluarga akan undi Pas jika Najib masih melayan kerenah cina dan india kapir FULL STOP

Anonymous said...

PERTAMANYA KITA KENA MELIHAT SESUATU ISU ITU SEBAGAI RASIONAL ATAU ADIL ATAU PUN TIDAK. PERTAMANYA BEKAS MENTERI PELANCUNGAN DR. NG, SEBELUM KITA MEMBUAT SEBARANG KOMEN MENOLAK ATAU MENERIMA BELIAU, KITA KENA MENGKAJI TERLEBIH DAHULU SUMBANGAN, PRESTASI YANG DISUMBANGKAN OLEH DR. NG SEMASA MENJADI MENTERI PELANCUNGAN. SEKIRANYA PRESTASINYA BAIK, BANYAK SUMBANGAN YANG MEMBERANGSANGKAN SERTA FUNGSINYA AMAT BAIK, TIDAK SALAH KALAU PM BERSETUJU UNTUK MELANTIK BELIAU SEBAGAI PENGERUSI PELANCUNGAN MALAYSIA, KERANA INI AKAN MENGUNTUNGKAN NEGARA, DAN POTENSI INDUSTRI PELANCUNGAN PERLU DIGILAP DAN DIMAJUKAN SEHINGGA KE TAHAP MAKSIMUM. KITA JANGAN BEREMOSI SEKIRANYA IANYA MENDATANGKAN KEUNTUNGAN KEPADA NEGARA. LAINLAH KALAU PRESTASINYA DAN TIDAK ADA SUMBANGAN YANG POSITIF DIMAINKAN OLEH BELIAU SEMASA MENJADI MENTERI PELANCUNGAN??? PERKARA INI ADALAH TERAMAT PENTING UNTUK BERTINDAK ADIL, BUKAN SAHAJA KEPADA DR. NG, TETAPI KEPENTINGAN NEGARA DAN INDUSTRI PELANCUNGAN PERLU DIBERI KEUTAMAAN, JANGAN IKUTKAN PERASAAN, IANYA TIDAK AKAN KEMANA. BE PROFESSIONAL

Anonymous said...

bukan senang najib nak buat keputusan. ditelan mati mak diluah mati bapak. harap najib bijak menilai.

Anonymous said...

Lantik Sahaja ALI RUSTAM sebagai Pengerusi Tourism..sure ramai pelancong datang ke Malaysia..tq

Anonymous said...

Yezzza..sokong anon di atas..Letak Ali Rustam...tgk mcmana dia build up sektor pelancong. Sure meletop! Langkawi perlukan orang mcm AR utk lebih berjaya sbg destinasi pelancongan bebas cukai.

Anonymous said...

MCA, jika dah tolak semua jawatan dalam Kerajaan BN, jawatan Pengerusi Turisme Malaysia pun jang di bagiiii...

Buat kerja di Raub sebagai Ahli Parlimen, sabuah kampong orang Asli dalam kawasannya tidak pernah dijengah.

Pegang jawatan Penerusi Tusisme Malaysia, buat kaya lah dia. Biar dia balik ka Raub buka klinik lagi bagus lah.

Anonymous said...

SBB TU DIA BERIYE2 NK..SBB TOURISM MASYUKKKKKKK!

Anonymous said...

Begitu lah mulianya hati pemimpin Umno. Parti cina dalam BN kalah habis, tapi pemimpin Umno masih hemoi pujuk mereka, " marilah bersama dengan kami dalam kabinet, sudi lah terima jawatan dalam kabinet ".

Begitu lah juga mulianya prinsip perjuangan yang dipegang oleh para pemimpin parti cina dalam BN, " sorry kami dah berjanji kepada diri kami dan penyokong kami, kami tidak akan terima jawatan kabinet jika kami kalah ".

Ada persoalan yang ingin saya lontarkan untuk difikirkan oleh pembaca,

1. DIANTARA PEMIMPIN UMNO DENGAN PEMIMPIN PARTI CINA DALAM BN, SIAPA YANG DI LIHAT LEBIH BERMARUAH TINGGI ?

2. AGAK-AGAK ANDA, JIKA UMNO KALAH HABIS SEDANGKAN PARTI-PARTI CINA DALAM BN MENANG SEMACAM MANA YANG UMNO MENANG PADA PRU13, ADAKAH PARTI-PARTI CINA DALAM BN ITU AKAN MEMUJUK UMNO MENYERTAI KABINET SEBAGAI MANA UMNO MEMUJUK MEREKA UNTUK MENYERTAI KABINET UMNO ?

Baik Umno mahu pun Pas, kedua2 parti melayu ini sebenarnya diragui MARUAHNYA. Parti Anwar Ibrahim tak usah cakap lah, tak tersenarai sebagai parti melayu.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Najib takde cina yg undi hang....hanya Melayu UMNO BN yg undi hang.menang jadi pm..jgn jadi kelihatan bodoh didepan pengundi Melayu.

Suruh org bawah ubah total. Anda juga harus ubah total dgr org bawah. Cukup ke cina. Org Melayu dah muok. Beri dana majukan kawasan Melayu..stop tempat pembangkang. Ya hanya boleh wujud dgn ketua Melayu pro Melayu.

Ramai ahli Melayu UMNO pro Melayu. Pemimpin mca sendiri telah membuat keputusan. Ikut aje. Ingat undi MELAYU BUMIPUTERA YG MEMENANGKAN ANDA