Monday, May 13, 2013

Benarkah Pak Lah ALL OUT Mahu Najib Lantik Khairy Dan Reezal Marican Sebagai MENTERI Dalam Kabinet….? Najib Jangan Nak Cari Masalah….


Nampaknya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Perdana Menteri bukanlah mudah…!

Benarlah pepatah inggeris menyebut “we cannot pleased everyone…”, iya memang sukar untuk menjaga hati semua pihak. Itu sudah menjadi lumrah kehidupan kita baik sesiapa sahaja pun…

Setelah YAB Datuk Sri Najib tertipu atau dalam bahasa yang lebih sopan, “sudah kena kencing”, khususnya dalam kisah PRU 13 yang baru selesai. Najib kena kencing dengan pengundi cina, YAB PM juga kena kencing dengan anggota majlis ahli ahli War Room Pejabat PM yang menjanjikan kemenangan BN dapat 2/3 majoriti, malah sehingga jam 6 petang tanggal 5 Mei 2013 beberapa ahli ahli Punaisihat Najib dari War Room masih berdegil menyatakan BN menang 2/3 kerusi Parlimen….

Natijahnya BN masih belum berjaya mencapai kemenangan 2/3, tak berjaya rampas Selangor. BN Cuma berjaya rampas Kedah, pertahankan Perak. Kejayaan Najib adalah menyaksikan kemenangan lebih ramai calon calon UMNO pada PRU ke 13 ini…

Sekarang ini tumpuan seluruh rakyat Malaysia, khususnya ahli ahli UMNO-BN adalah menantikan siapakah barisan Kabinet Najib yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

Ramai yang menantikan dengan penuh tumpuan. Kepada mana mana penyandang jawatan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri mereka sudah pasti berdebar kerana sekiranya tidak terpilih maka mereka akan diberikan istilah “GUGUR”.

Sudah pasti sekarang ini Najib menerima pelbagai tekanan…! Samada kita mahu katakan ianya suatu tekanan atau desakan ataupun pujukan, kesemuanya tetap sama, menyumbang kepada “bebanan” buat seorang Perdana Menteri.

YAB Datuk Sri Najib harus benar benar bijak, ibarat menarik rambut dari dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung pula tidak boleh berselerak…!



Tersebar pula sok-sek sok-sek menceritakan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi juga dah masuk jarum……

Pak Lah mahukan menantu kesayangannya Khairy Jamaluddin dilantik jawatan Menteri penuh! Tambah garam lagi…, Pak Lah juga mahukan Reezal Marican yang menang Parlimen Kepala Batas turut sama berada dalam kabinet Najib, atas sebab “menggantikan kuota” Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Kita masih ingat lagi sejarah Tsunami 2008…? Kenapa rakyat menolak kerajaan BN pimpinan Pak Lah…? Malah jentera jentera UMNO-BN turut sama boikot PRU 12 ketika itu kerana menyampah dengan gelagat Budak Budak Tingkat 4 yang menguasai Pak Lah….

Kini setelah UMNO berjaya mendapat lebih banyak kerusi Parlimen, menang bergaya di Kedah negeri yang majoriti pengundi melayu, apakah kita mahu ulangi perangai lama dan mengundang kebencian akar umbi UMNO…?
Pak Lah jangan terus menerus tidur..., mahu membandingkan keputusan kerusi Parlimen 2008. Tidak adil menghukum YAB Datuk Sri Najib hanya kerana bilangan kerusi Parlimen tidak melebihi angka tahun 2008…. Pengkhianatan pengundi pengundi kaum cina yang tersangat melampau tiada siapa yang menduga!

PRU ke 13 dibawah kepimpinan Najib, BN tidak hilang kuasa dimana mana negeri. Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan sememangnya milik Pembangkang. BN berjaya rampas Kedah dan mempertahankan Perak. Jangan lupa, dibawah kepimpinan Pak Lah yang tidur, kita hilang Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang….

Malah dibawah kepimpinan Najib, UMNO berjaya menambahkan kerusi ahli ahli Parlimen dan membuktikan kekuatan kuasa melayu di tanahair kita….

Semoga Najib tidak tunduk dengan “permintaan mengarut” dari Pak Lah sekiranya berita ini benar… Janganlah nanti akar umbi UMNO akan lahir rasa menyampah terhadap Najib menjelang Pemilihan Agung UMNO 2013 yang akan diadakan tak lama lagi.

47 comments:

Anonymous said...

KJ paling layak untuk menjadi menteri belia & sukan, memang tak dinafikan lagi yang beliau memiliki ciri2 pemimpin yang cergas & cerdas..

Anonymous said...

Pada hemat saya KJ perlu diberi peluang.

Anonymous said...

KJ tak payah la jadi menteri. Kalau lantik jugak dia jadi menteri, ini menunjukkan UMNO dah terdesak takde calon lain yang lebih berwibawa.

Anonymous said...

peluang apa? peluang nak rembat lagi/Udah2 le krooni dia dlm pemuda umno dah kenyang la.ganti pemuda yg baru/tolak habis gang pemuda KJ lama ni/Memang nak kalah lebih teruk la UMNO 2014.

Anonymous said...

JANGAN CEPAT SANGAT..

DIA MASIH GAGAL MENDAPATKAN SOKONGAN BELIA PADA PEMUDA UMNO.

ORANG MUDA MASIH MENOLAK UMNO..

KALAU NAK BAGI PUN BAGILA DIA TIMBALAN MENTERI DULU. JANGAN GELOJOH.. NANTI TERCEKIK.. BUAT JASA DULU BARU TUNJUK KUASA..

JANGAN LAJU SANGAT NANTI "PREMATURE" ORANG TAK SUKA..

SABAR YER.. MENTERI TU CUMA JAWATAN,KUASA DAN DUIT SAHAJA TAPI APA YANG LEBIH PENTING IALAH AMANAH.

Anonymous said...

kemenangngan besar KJ menunjukkan dia ada penyokong, Dia capable. kalau tak pilih dia dalam kabinet, tentu nya pengundi KJ akan kecewa.

Eisya said...

jujur aku ckp... wlaupun sebelum ni aku benci gila2 dgn si KJ ni.. tapi aku terpaksa akur bahawa beliau merupakan calon terbaik untuk mnjadi Menteri Belia dan Sukan...

Beliau ada kredibiliti seorang pemimpin! Beliau popular dikalangan anak2 muda! Beliau sihat dari segi fizikal, body fit! Beliau ada ilmu! Beliau pandai dan tahu mendekati setiap peringkat rakyat dari pelbagai latar belakang!

KJ merupakan aset bagi UMNO untuk memulihkan semula kepercayaan org2 muda pada Barisan Nasional...

Anonymous said...

KJ and the gangs yang menyebabkan orang Melayu meluat dengan UMNO pada 2008. Lepas tu Dato' Najib amanahkan KJ untuk tarik undi anak2 muda..tapi pilihanraya 2013 ramai anak2 muda tidak menyokong UMNO. Bukti KJ telah gagal...mau bagi jawatan pada yg gagal lagi ke? Mau kasi telangkup UMNO? huh!

Anonymous said...

KJ sebagai Menteri?

DSN hilang akal agaknya? KJ adalah penyambung warisan ANUwar Ibrahim la...takkan DSN bodo teruk sgt nak lantik KJ sebagai Menteri, Timbalan Menteri pun tak layak la...org benci UMNO bermula dari FIL KJ sampai sekarang...berapa kaya KJ ni, isu pembebasan ANUwar, isu Pulau Batu Putih, Isu Jambatan Bengkok, Isu koridor2...atau memang DSN berhajat supaya PR pula mentadbir Malaysia selepas PRU14 kot...

Anonymous said...

Aku n my my wife pernah terserempak dgn kj waktu kat Alamanda tahun 2011. tak sombong, dan dia yang hulurkan tgn dulu bersalam dgn aku, dan sempat sapa aku tanya keje kat mana.. pada hemat aku seorang pemimpin tak boleh sombong dan berasakan diri mereka dah terlalu tinggi bila memegang jawatan menteri.

Mcm menteri2 lain, kalau masuk dlm acara2 tak rasmi mesti berkerumun kuncu2 mereka di kiri dan kanan sehingga mengnepikan hak rakyat utk mendekati pemimpin..

Anonymous said...

Secara politiknya, Saudara Khairy Jamaluddin sememangnya layak untuk memimpin di peringkat Kabinet, namun setuju dengan pendapat yang menyatakan jawatan timbalan menteri lebih sesuai, untuk membiasakan diri dengan kementerian yang diterajui kelak. Contoh pun dah ada, dah terbukti Datuk Mukhriz yang merangkak terlebih dahulu di peringkat kementerian dengan jawatan timbalan menteri, seterusnya bertatih di peringkat pusat dan kini telahpun matang berlari menerajui sebuah Negeri..alhamdulillah.

Anonymous said...

Saya cadang P Kamalanathan..timb menteri belia dan sukan. Timbalan ketua Pemuda boleh pikul juga jawatan tersebut.

Noh Omar boleh pikul Menteri KDN, ISA Samad - Pertanian
Perumahan - Ahmad Mazlan & MIC
Luar negara - Anifah aman boleh maintain.

Anonymous said...

Dan jangan lupa penglibatan Khairi dalam politik wang @ rasuah dalam pemilihan UMNO...cuma di berikan amaran kerana menghormati Pak Lah ketika itu menjadi Presiden UMNO. Yang paling teruk beliaulah yang memberikan Anwar pasport selepas dibebaskan oleh Pak Lah..dan yg terbaru ini beliau menghentam & menyalahkan Dato' Najib sebagai punca kegagalan BN utk dapat 2/3. Kata Khairi Dato' Najib gagal dalam perancangan strategik kerana meletakkan calon2 pro-ras dalam PRU 13...maksudnya, ni semua salah keputusan Najib sebab Najib yg putuskan calon yg akan bertanding...so Dato' Najib mau angkat si Kitol ni ke? pikir masaka2 le ye..

Anonymous said...

Timbalan menteri pertanian dah la. Apa apa bole rujuk kat pak mentua. Pak mentua kan suka hal hal bertani ni.

Anonymous said...

KJ harus diberi peluang,tapi bukan jawatan menteri penuh spt timbalan menteri belia&sukan.

Anonymous said...

Aku nampak KJ masa perhimpunan agung umno tak ingat tahun apa. Tapi masa pak lah masih pm. Adoiii muka tak bole blah. Sombong nak mampos!

Anonymous said...

ai? ramai cybertroopers KJ kat sini ker?

takperlu utk KJ dpt menteri penuh...

2018 adalah masa yang genting, sekiranya KJ naik menteri, kompom UMNO kecundang..

mk said...

Kalau Najib masukan KJ sama seperti Tun Mahathir masuk kan Anwar - kesudahan nya akan makan diri sendiri - KJ = King Cobra

Nasir Rizah said...

Hendak mana
Pengundi rembau kecewa
Atau
Pengundi 1 negara kecewa

Anonymous said...

KJ and the gang naik, anda hilang undi saya pd PRU14 wahai PM.

Nasir Rizah said...

Kemenangan besar kj di rembau bukan sebab beliau kuat tapi kesan kepimpinan DSN yang berjaya meyatukan suara umno membuat pengundi nampak dan setuju untuk bersama kepimpinannya.
Pangkqh x pada BN adalah x untuk DSN bukan x untuk KJ

Nasir Rizah said...

Inilah masa yang paling sesuai untuk mengeluarkan kitol dalam umno.
Kalau dia jadi menteri pasti dia akan bertanding lagi dalam PAU dan akan berlaku lagi politik $$$ yang menyebabkan masyarakat luar memandang serong pada nilai dwn jatidiri UMNO.

Harimau Kumbang said...

Sudah sudah lah lingkupkan negara kami ini.Saya rakyat biasa...tak mampu nak holiday luar negara pun apa tah lagi nak miliki hartanah nun di luar sana..Kalau apa2 terjadi kami lah batang pisang negara...Para hartawan dah tentu terbang melarikan diri..mcm abang besar nye lari ke kedutaan Turki..
Demi negara dan rakyat... mohon jasa baik Tok Jib JANGAN lantik pengkhianat ini...Ini semua sebab Pemilihan UMNO dah hampir...senang nak berkempen dan senang nak mencantas...Dengan ada nye jawatan mudah lah urusan.

Anonymous said...

KJ ke....takyah la...biar dia jadi Ketua Pemuda jerk... Igt lagi ke pemilihan Pemuda dulu..masa dia lawan Mukriz....kan nyata dia didapati bersalah...tapi takde tindakan....nak ke owang mcm ni jadi pemimpin...hancuss.... kalau lantik gak...nanti pru 14...ramai undi pembangkang semula...

rakab said...

Susah Najib nak ketepikan KJ selamanya...sebab KJ seorang yang berbakat besar dalam politik.
Lebih lagi dia seorang ketua pemuda Umno dan BN yang sudah tentunya mewakili golongan muda.

Tapi kalau KJ masuk kabinet, aku percaya gelora politik dalam Umno akan membadai semula sebab KJ ramai musuh ekoran kegelojohannya ketika era PakLah.

Adalah lebih baik jika KJ menumpukan peranannya menyekat pengaruh PR diparlimen.

Anonymous said...

Aku lihat hantu raya2 Mahathir brkeliaran bsersungguh2 mahu matikan karektor Khairy.. aku cukup2 xphm.. UMNO ni parti koboi ke parti sundal ke parti bermaruah? Jika bermaruah maka ada sistem dan undang2.
Jika ada undang2.. maka hukumlah khairy secara rasmi jika beliau didapati bersalah tatatertib.

Yg malangnya dlm keadaan DAP laknatullah dan ANwar lahanat sedang menggila.. pentaksub2 Mahathir sibuk nk pukul khairy cukup2?

kenapa tk cantas Mukriz? apa hebat Mukhriz di Kedah? cuba tnya org Kedah.. Mukhriz ni naik sbb apa?

UMNO rosak krn legasi lama masih mencengkam.. KJ ada bakat berilah peluang. Jika dia ada bertindak xbetull hukumlah dia..

ini main pukul belakang.. jahat juga perangai2 org2 UMNO..

padnlah Allah tk berkati.. menang pun kacau bilau.. dgn Cina bkn main jilat.. sesama Melayu gaduh cantas mencantas..

BOSAANNNNN!!

Anonymous said...

PRU14, BN perlu tumpukan dan bagi perhatian khas kepada golongan pengundi-pengundi baru, setiap remaja yang bakal mengundi buat pertama kali pada PRU14 perlu di 'tawan' supaya menjadi penyokong BN. Generasi muda ini mempunyai pandangan lain mengenai politik, mereka ingin lari dari krangka pemikiran generasi lama, pemikiran mereka, adalah pemikiran baru yang ingin bebas daripada kangkangan pemikiran lama!!! Cuba lihat pemuda-pemuda baru yang menyokong PR sebagai bandingan, mereka menentang kerajaan BN yang masih lagi dalam pemikiran di takuk lama. mahu tidak mahu kita perlu berubah dan KJ amat memahami pemikiran mereka ini sehinggakan Rafizi sendiri dalam debat di Landon mempelawa KJ untuk masuk PR. Kita perlukan KJ dan pasukan mudanya!!! dan dia telah belajar dari kesilapannya.

Suhaimie said...

sokong KJ sebagai menteri kabinet... KJ mmg berwibawa...berani...
mungkin dulu disilap...

Anonymous said...

MR PM HAD TO THINK TWICE ABOUT THIS.....THINK BACK WHAT THE FOURTH FLOOR GUY HAD DONE AT THE ERA TUN DOLLAH........

DONT MAKE THE PRU14 IS THE LAST FOR BN/UMNO TO LEAD THE GPVERMENT.....

PLEASEEEE MR PM.

Nasir Rizah said...

Hantu mahadir atau hantu paklah
Sama juga bro
Lagi bosan

Anonymous said...

Ini semua wayang nak laga2 najib dengan pak lah. Buat najib serba salah. Biar najib decide nak lantik siapa. Itu hak pm. kj aku agree tapi reezal tak payahls. Belajar jadi backbencher dulu. Kj dah pass jadi backbencher.

Anonymous said...

KJ dah menjawat macam2 menteri waktu Pak Lah. Dia dgn budak2 tingkat 4 control semua benda kat Malaysia ni. Habis punah Malaysia ni. Cukuplah.

Anonymous said...

Kepada kekawan disini udah-udah ler buang masa tu..tak yah ler nak sarankan sesiapa pun jadi menteri dijabatan mana pun...cermin2 ler diri tu hehehe...bior ler DSN dengan orang2 yang berkelayakan membuat keputusan.

Anonymous said...

Satu masa sebelum PRU13 KJ kata tak nak bertanding,,,bila diberi peluang bertanding nak jadi Menteri la pulak,,dah diberi betis nakkan peha,..BUAT MASA SEKARANG KJ TAK SESUAI DIBERI JAWATAN HATTA TIM. MENTERI,,Jawatan Ketua Pemuda dah nak terlepas dalam PAU sat lagi,,so dia tak akan ada apa-apa jawatan lagi dlm pemuda,..baik jgn lantik

Anonymous said...

yg korang sibuk dgn KJ tu apasal..ada dia ganggu isteri2 kamu, ada dia ganggu adik2 perempuan kamu, ada dia ganggu mak bapak kamu..kalau tak ada biar la dia nak jd menteri apapun..timbalan menteri pun ok apa..

KJ pun ada kelebihannya sendiri..dah namanya politik, mmg kotor..ingat semua YB2 tu bersih sangat ke?

Anonymous said...

LOL lawaklah korang ...

Anonymous said...

Mmg KJ pandai ckp..org pandai ckp selalunya kerja hampeh...sy bantah lantik KJ jd men. ke timb ke...sakit hati 2008 mungkin berulang.

Anonymous said...

KJ kena bg menteri kewangan, bg kaya lg. Bila lg nak org melayu jd trilionaire, kj ada bakat utk itu... Melayu2 lain, gi tidur bawah jambatan...

Anonymous said...

Hantu Kj lg ramai .. asyik melobi je keje mereka..

Anonymous said...

Kj seorang politician...a good politician...tp mentadbir..mmm..kene fikir banyak kali...kesilapan dia masa lampau yg msh ternampak 2 lagi....susah nak hilang..

Anonymous said...

KJ ni wakil baru puak liberal dlm Umno. Kiranya dia ni bakal ganti Saifuddin yg ditolak rakyat pada PRU lalu. Harap DSN tidak lantik dia ke jawatan menteri penuh. Timbalan cukuplah tengok dulu cara dia kerja. Sesetengah org anggap KJ ni kaki lawan boss jadi macam mana dia nak laksanakan agenda yg dah ditetapkan. Hati2 DSN KJ ada ramai musuh kita tgk dulu pemilihan nanti.

Anonymous said...

Kj? Susah nak cakap kalo boleh jgn bg pos menteri. Cara K.J mentadbiran ramai yg pertikai. Pemuda Umno skrg dah nampak cam dah ilang tarikan. Azalina mmg steady ketua Puteri Umno yg paling berjaya dan popular. Apa sebab Tun Dollah tolak dia aku pon konpius. Kerja rajin giler suara lantang jantan pon kecut telor dgn dia hu hu... Boleh nampak lg skill dia membelasah pembangkang di parlimen.

Anonymous said...

KJ kena naik satu anak tangga pada satu2 masa, sama juga seperti DS Najib. Kalau Timbalan Menteri adalah wajar.

Anonymous said...

KJ kena diberi peluang.KJ berbakat dan punyai kelulusan bidang politik.KJ agak nakal sebelum ini tapi biasalah mana pemimpin yang macam malaikat.Jawatan sesuai Menteri Belia dan Sukan jika DSN berani letak KJ Menteri Dalam Negeri. Mari kita tengok camna KJ nak kawal,gerunkan dan jinakkan PR kat Parlimen huh???KALAU KJ BOLEH JINAKKAN PR DAN KJ COOL DOWN BAB NAK KAYA SBB DAH KAYA GO AHEAD BE ONE OF THE MINISTER!

Anonymous said...

Berhati - hati dengan keluarga yang merosakkan UMNO membawa UMNO kepada kehancuran, kerana perasaan hebat.Pemimpin pemimpin yang hendak dipertengahkan perlu diuiji terlebih dahulu. Jangan jadi pemipin mee segera.

Anonymous said...

Pemerhatian saya pemimpin sari pihak pemerintah dan pembangkang lebih kurang sama sahaja dalam bab mengumpul kekayaan bukan Malaysia sahaja malah seluruh dunia.Sebab tu nak kaya tak yah jadi politician jadi usahawan sapa tak gossip pun. Sapa yang nak jadi politiciam kena ingat ye iaitu anda adalah dipilih untuk berkhidmat untuk rakyat jadi hamba rakyat.Kalau tak sanggup tak payah lah baik jadi businessman aje.....Sekarang ni rakyat puji la pembangkang tu tunggu la bila dah tergadai Malaysia baru la nak meraung tak guna dah....Bukan nak backing mana2 tapi jika UMNO nak bangkrap kan negara dah bangkrap! Allah lebih mengetahui....


Anonymous said...

HAHAHA...Memang perangai manusia zaman ni gitu....Aku rasa pembangkang nanti bakal bangkrap kan terus..perang sana sini...sekarang ni pun ajak rakyat berperang...itu yang rakyat Malaysia sukakan?