Saturday, May 11, 2013

Blogger MIK Sedih YAB Datuk Sri Najib PERCAYA Khabar Angin Azmin Ali Nak keluar PKR Semalam…..


Kalau kita nak percayakan cerita Azmin Ali Timbalan Presiden PKR akan meninggalkan Anwar Ibrahim, akan keluar dari parti yang beliau sayangi itu, maka itu adalah sesuatu yang tersangat-sangat-sangat-sangat-sangaaaat mustahil untuk berlaku…!

Samalah nilainya kalau ada khabar angin berbunyi “Tan Sri Muhyidin akan letak semua jawatan dan keluar UMNO…”. Apakah kita akan mudah percaya…? Ahli ahli PKR dan PAS sendiri pun tak akan percaya…!

Malam kelmarin, Blogger MIK forward message melalui BBM Broadcast yang berbunyi
“Salam kawan2... Jgn Percaya Mainan Mereka. Iya memang esok pagi Azmin bersama wakil rakyat Pkr Sgor akan buat PC. Semua akan terpedaya..! Terutamanya org UMNO/BN. Saya dah check dgn rakan2 dlm PKR, esok Azmin akan buat pengumuman "saya bersama2 rakan pimpinan wakil rakyat PKR Sgor yg lain MENYOKONG PENUH perlantikan Abd Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Negeri Selangor.."
Maka awal pagi semalam seorang sahabat yang turut sama menerima BBM broadcast message itu menelefon Blogger MIK maklumkan bahawa Datuk Sri Najib percaya dan yakin Azmin akan umum keluar PKR dalam sidang medianya semalam….

Siapalah gerangan yang sentiasa memberikan kepada wrong information kepada PM kita nie..?

Nah jelas terbukti, sebaik sahaja selesai sidang media Azmin semalam beliau bukan sahaja menafikan segala spekulasi perkahabaran kununnya akan keluar PKR, malah UMNO jugak yang disalahkan….!

Petikan dari kenyataan rasmi Azmin Ali ;
Dalam masa 48 jam yang lalu, pelbagai khabar angin beredar di kalangan media, internet dan media sosial berkenaan kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden KEADILAN dan kesetiaan saya kepada Pakatan Rakyat di peringkat Negeri dan Persekutuan. Khabar –khabar angin ini menggambarkan saya akan meletakkan jawatan dalam Parti dan sebagai wakil rakyat yang dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen.

Saya percaya khabar – khabar angin ini dimulakan oleh UMNO – BN. Dari khabar–khabar angin ini, mereka ingin menuduh saya sebagai individu yang tidak bertanggungjawab, yang akan meninggalkan Parti untuk kepentingan material dan kedudukan politik, seterusnya mengkhianati amanah yang diberikan kepada saya oleh rakyat.

Khabar – khabar angin ini adalah berkaitan dengan isu perlantikan Menteri Besar Selangor. Mereka telah bekerja bersungguh – sungguh untuk membina pesepsi bahawa saya terlalu kemaruk untuk menjadi Menteri Besar Selangor dan saya akan menyertai UMNO sekiranya saya tidak mendapat jawatan tersebut. Fitnah ini adalah satu penghinaan terhadap integriti saya.
Lihatlah betapa hinanya UMNO dalam darah yang mengalir ditubuh Azmin Ali…! Apakah kita mahu mempercayai khabar berita manusia spesis ini mahu bersama UMNO…?

Tak puas menghentam UMNO diawal bicaranya, malah Azmin teruskan lagi henyak UMNO pada penghujung kenyataannya semalam. Jom baca ;
Saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah menjadi pemimpin UMNO dan saya hanya berkhidmat kepada seorang tokoh UMNO yang saya yakin berwibawa, memiliki gagasan, berintegriti dan layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bahkan apabila ada desas desus supaya KEADILAN berunding dengan UMNO atas nama perpaduan Melayu, saya menolaknya dengan menegaskan bahawa KEADILAN bukanlah sebuah parti Melayu. KEADILAN adalah sebuah parti pelbagai kaum yang berteraskan nilai – nilai Islam dan nilai – nilai universal.

Haah…! Azmin lebih tawaduk untuk memperjuangkan sebuah parti pelbagai kaum….? Tak ada darah melayu sejati dalam diri Azmin…??

Kepada mana mana individu yang beria-ia dan bersungguh meyakinkan YAB Dato Sri Najib bahawa maklumat beliau kunuunnnya very accurate Azmin akan tinggalkan PKR, lebih baik tutup mulut dan jangan nak berlagak pandai lah bro…!

Kesian Najib…, tak habis habis asyik kena kencing 

39 comments:

Anonymous said...

PM percaya ke?

adesssss, nak sepak satu2 yg bagi wrong info ni. anak didik anwar semua saiko beb ...

Anonymous said...

Azmin tu smoke-screen aje, depa diam2 nak buat Sept 16 v 2.0. berbati- hatilah.

Anonymous said...

aku dari mula lagi x percaya temberang azmin nih, macam mana DSN boleh percaya? *GELENG KEPALA* -.-

Anonymous said...

Kepada PM dan BN ...lupakan je Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang ni...biarkan PR majukan negeri2 mengikut acuan mereka...isyarat dari rakyat dah jelas ...tak payah nak sibuk2 jadi hero kepada golongan yang tak tau mengenang budi ....

Anonymous said...

abaikan saja 3 negeri tu tok najib, janganlah berharap lagi ... majukan negeri lain, kalau selangor boleh, negeri lain InsyaaAllah boleh!

Anonymous said...

Utamakan lah rakyat di negeri yg kuat di sokong rakyat.

Anonymous said...

Apa nk hairan ...kalau sebelum ni pn najib percaya Cina nk undi bn
Sanggup kow tow ngan Cina ...
Benda2 mcm ni lagi lh dia percaya

Agaknya najib msh percaya kalau dia belanja berbillion2 kaum Cina akan undi bn

Anonymous said...

DS Najib should concentrate and focus pada negeri2 yg menyokong beliau..yg dimenangi oleh pembangkang tuh pandailah dorang...

Anonymous said...

Apa perlunya bloggers nak bagi cerita pasal azmin and pkr? Jgn buang masa bagi ruang berita utk individu dan parti yg tak berfaedah ni. Dia org ni semua pandai berlakun so jgn mudah tertipu. Depan kononnya gaduhlah belakang tabir berpeluk cium sakan. Yg penting sekarang mulakan operasi daftsrkan semua anak melayu yg boleh mengundi segera. Bangsa lain kecil tapi pendaftar pengundi tinggi. Byk kan kedai2 org melayu so kita x payah bergantung pada bangsa lain bila nak beli brg2 keperluan. Ini nak beli santan pun kat kedai bukan melayu.jgn buang masa cakap hal2 pkr pas dap biarkan mereka

Anonymous said...

APA TERDESAK SANGAT KE DATO SERI NAJIB NAK KAT AZMIN JOIN UMNO? ADUHAI...SAPA YANG TONGONG SAMPAIKAN INFO TU PADA NAJIB? LEMAH LAH AKAL DAN JIWA MEREKA NI. KEKALAHAN NAJIB JUGA ADA KAITAN DENGAN BARISAN PENASIHAT2 BELIAU YANG TAK BIJAK TU. (NANTI KALAU KATA BODO MARAH PULAK)

Anonymous said...

Saya harap pm pecat jer 'punahsihat' beliau yang melaporkan berita yang tidak tepat. Pembodek dan pengampu yang berlegar di sekeliling najib juga wajib dipecat. Keputusan pru13 yang mengejutkan juga disebabkan kerana najib terlalu percayakan report orang bawahannya. Mereka sudah semestinya memberikan khabar yang baik-baik sahaja kepada najib. Walhal ianya tidak menggambarkan sokongan sebenar terhadap bn di peringkat akar umbi.

Anonymous said...

Blogger pun manusia juga.... Berwajah-wajah
Kerajaan dan Rakyat Melayu khususnya mau Ushar kuat.

Anonymous said...

mmg PKR guna Azmin nie.. saja main wayang aje supaya PAS yg dayus menang lebih kerusi dari PKR supaya jgn mengatal nak jadi Menteri Besar.. maka PAS yg dungu pun kena kencinggg... lebih baik jgn letak calon berkerusi2 kalau menang pun takde nilai... tetap duduk bawah kaki PKR... Sepatutnya dgn lebihan kerusi, inilah masanya PAS yg semuanya Islam/Melayu memerintah Selangor... tetapi statement Azmin " KEADILAN bukanlah sebuah parti Melayu".. yg di tujunya PAS.. tapi tuduh UMNO.. biasalah mana boleh menggata PAS.. nak mampus...

Yang PAS pun dunggu-dayus tahap cipan... kata nak tegakkan Islam, cegah kemungkaran pelbagai.. sudah ada peluang gunakanlah... kalau tidak.. mmg bodoh sebodoh2nya... lain kali jgn letak calon bertanding di kat selangor... buang masa aja... kalau asyik kena jilat tapak kaki PKR dan DAP...

akmal said...

Kah..kah..kah...sungguh geli hati hamba membaca, Azmin mengatakan bahawa parti PKR berjuang untuk Islam dan Universal. Agaknya yang dengar salah tulis, mungkin yang dimaksudkannya bukan Islam tetapi Isi Alam.

akmal said...

PAS ni kalau benar-benar nak perjuangan yang hak, keluar dari PR tu, berdiri sendiri, kalau tak nak masuk UMNO pun tak pa, sebab nanti takut muka orang UMNO habis kena ludah semua. Insaflah wahai kuda DAP. Tinggalkanlah PR yang sudah menjatuhkan maruah PAS tu. Aduuuiai,macamanaaaa lah nak cakap lagi ni. Mslu, sedih, kecewa, geram dengan kedunguan berganda ni.

Anonymous said...

Harap2 Sultan Selangor dapat memilih wakil dari PAS kerana Tuanku berhak utk memilih calon MB tanpa nasihat dari mana2 parti... apalagi tunggu PAS oiiii... tidor ka...

Yang bestnya.. DAP relax.. lu orang pilih mana suka.. apa2 nanti refer sama gua... byk rumah urut mau bikin, kelab judi olang gua sudah mau approve, chinadoll sudah standby mau bawa masuk ma... haiya.. cipat sikit la.. ayoo.. failed la lu orang PAS-PKR.. manyak lembab...

Anonymous said...

umno dan bn jgn buang sesaatpun masa kena mula kerja pru14 SEKARANG. Bina kekuatan sendiri dan jgn sekali2 harapkan sekelumitpun bantuan pihak lain. apatah lagi watak2 keji mcm pecacai pr ni. Sedih aku klu ade org umno yg teruja dgn kemungkinan azmin kuar pkr dan masuk umno...SEDIHHH!

Anonymous said...

gua pun tak percaya

Anonymous said...

Semuga Farid Redhuan tak ader peranan dalam hal 'menasihati' DS Najib dalam hal ni....

Anonymous said...

Aku dah lama tak percaya cakap-cakap pkr ni. Asyik nak kencing rakyat aje.

Nama pon Parti Kencing Rakyat....

Anonymous said...

UMNO jangan dok sibuk pasal PR ... isyarat dah jelas.

Buat kerja masing-masing untuk PRU14. Kurangkan boikot memboikot. Jangan tamakkan harta. Bangunkan islam dan melayu.

Anonymous said...

orang MUNAFIK mcm AZMIN ni mana layak masuk UMNo/BN...kalau dah munafik jd wali pun x sah beb....

Anonymous said...

harap puak2 pro kjaan x yah ler jwb soalan2 bodoh pembangkang tu....anuar pun x jwb lagi soalan2 dr kejaan....anuar x buktikan lgi yg dia x meliwat...dia x berani angkat sumpah...begitu jg ali stoppa...

akuMelayu said...

peluang dh depan mata....peluang terbaik dengan kelebihan kerusi yg ada. Inilah masa pas dapat memperkukuhkan dan memartabatkan semula agama Islam di dalam corak pemerintahan di Negeri Selangor.....tapi apa dh jadi.....ambil jalan paling sial dan dayus....serah kan pada parti seks bebas untuk terus mentadbir.....zero risiko.. rakyat Selangor nanti tidak akan menghukum mereka di atas setiap tindakan dan pendekatan yg diambil melibat agama Islam.....sudah pasti parti taksub tapi amat dayus ni akan ikut segala arahan dan perintah daripada tuannya, parti makan babi.

Anonymous said...

Hahaha lawak bodoh...Azmin saja nak main sentimen.... Najib pun aku rasa heran hahaha...Rakyat la bodoh sebab itu kena kencing dek Pakar Kencing Rakyat.... Selangor ni memang nak ikut Kelantan....Patutnya gini Najib... Takyah buat development kat belah sini dah padat dah pun...Buat developmentckat negeri2 yang undi BN selama ini....Dah padat dah kat belah sini....Buat development perbandaran sekata seluruh Malysia dan tumpukan lebih pada pelancongan,pertanian dan makanan berteknologi tinggi.Selangor, Penang dan Kuala Lumpur kurangkan infrastruktur kalau boleh minima sebab bagi pembangkang sediakan semua itu mereka kata mereka pandai kan hahaha

Anonymous said...

Haaa sambung tadi Kelantan tu pun Tok Pa tak yah nak over kesian kan rakyat Kelantan tau kenapa? Segala peluang kerjaya nak masuk pusat pengajian ke orang Kelantan dapt kota lebih kerana selama ini kerajaan mahu orang Kelantan miskin sifar tapi nak tahu orang2 Kelantam yang kerja kat luar bila balik kampong tu la yang menyokong parti pembangkang siap tarbiah lagi orang tua kat kampong benci kerajaan tapi makan gaji dengan kerajaan....ini lah kenyataannya.Mereka tak mahu apa2 bantuan jadi bantu lebih pada negeri2 yang menyokong Barisan Nasional amnya UMNO dan MIC.

Anonymous said...

Saya dan orang melayu lain harap dato najib radikal lah

Anonymous said...

Walau pun ada rakyat selangor yg menyokong bn mcm aku ni, apa nak buat dah dato subahan tak de rezeki kali ni.. kita cuba pru14 all out Dato. Insya Allah.

stopa said...

untung la dpt DPM2 dari negeri sabah.

stopa said...

kesian cai-2 umngok meroyan nak tgk perpecahan dalam PKR tak menjadi..wakakakakaka

p.s - blogsmaster dah amik ubat penenang ?wakakaka

Anonymous said...

Tu lah pasal..DSN perlukan maklumat yg tepat bukannya yg sedap utk didengar. Biar yg benar walau pun pahit utk ditelan.

Anonymous said...

Dorang ni kebanyakkannya bisnezzmen. Janji masyuuukkk...sapa nak perintah ikut sukalah janji dia jgn dihalang. Atak betui ka ??

Anonymous said...

Biar lah dia nak masuk ke nak kuar ke.. nak merajuk ke..nak test power ke.. biar lantak dia.. pinggan tak retak nasi tak dingin..ko tak nak? Umno pun tak hingin laa.. malu la woii

Anonymous said...

Tak de sapa meroyan lah..tak yah duk hingaq lah wei.. kami ni tgh pakat tgk drama minggu in pr...kami terhibur lah jugak so terima kasih la noo..

Anonymous said...

Saya undi bn selangor saya setuju dsn beri tumpuan pada negeri sokong bn. Tarik balik rebet bil tnb .

Anonymous said...

DS Muhammad Najib you need to be BOLD,hukum HUDUD dan SATU SEKOLAH NASIONAL jalankan ye.....

Anonymous said...

SETUJU, ini antara keburukan pengaruh media sosial dlm masyarakat. PM sbg pengguna media sosial yg aktif turut terkena tempiasnya. Cukup dgn 1 tweet hasutan beribu masyarakat boleh terpengaruh. Inilah cara PR menguasai penguna celik IT. Kalau boleh pihak2 pro BN jgnlah tweet sesuatu yg tak pasti. Kalau siarkan laporan pun jgn comfirm kan awal awal siasat dulu.

Apam Balik

Anonymous said...

Keje fitnah mmg keje umngok,termasuk tuan punya blog ni, bee end ni bakal berkubur tak lama lg.

Anonymous said...

Isshhhh sapa fitnah sapa ha??????