Wednesday, May 15, 2013

Cukuplah Anwar..., Jangan Cuba Cabar Yang Dipertuan Agong

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),  Anwar Ibrahim diingatkan supaya segera membatalkan siri bantahan ekoran kekalahan Pakatan Pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu kerana jelas mencabar perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun, Senator Dato'  S. Nallakaruppan berkata, bantahan Anwar itu bertentangan dengan fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, yang menyaksikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 6 Mei lalu.

"Jadi adakah Anwar tidak bersetuju dengan baginda yang memperkenankan perlantikan Najib? Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria juga telah menasihatkan Anwar supaya menerima kekalahan sebagai ketentuan takdir.

"Cukuplah Anwar, jangan sengaja mencabar Agong, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sistem demokrasi di negara ini dengan menghasut rakyat turun ke jalanan semata-mata kerana tidak dapat menerima kekalahan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pada itu, Nallakaruppan mendakwa, selain tidak puas hati dengan kekalahan Pembangkang, Anwar juga dipercayai cuba mengalih perhatian masyarakat daripada kesnya meliwat bekas pembantu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang akan dibicara di Mahkamah Rayuan Julai ini.

"Anwar harus sedar bahawa masyarakat sudah menerima keputusan PRU-13 dan dia juga harus ingat bahawa rakyat kini tertunggu-tunggu perbicaraan kes tersebut, jadi tidak perlu alih perhatian mereka," katanya.

19 comments:

Amsa Mohd said...

Sebenarnya Anwar memang hendak diri dia ditangkap untuk menunjukkan yang Government dah desperate sangat. Lepas tu boleh diarahkan tentera 505 dan rakyat yang simpati dengan memberontak dan juga menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat maka bermula titik Malaysia Spring. Maka unsur-unsur luar pun akan sedikit sebanyak akan bersimpati dengan Anwar ni. Dari tahun 2008 hingga kehari ini kerja berpolitik saja untuk merendahkan (undermine) kerajaan yang ada dan memperlekehkan SPR yang dilantik bawah kuasa Agong.

Maka cengkrut-cengkrut geng Adam Adli dan mahasiswa yang drop out akan menjadi benteng hadapan, Solidarity Mahasiswa, BERSIH - Ambiga dan Generasi-Y juga akan berjuang bersama-sama anuar.

Youtube: "1 million people' street rally planned in KL" untuk menjalankan agenda Anwar.

http://www.youtube.com/watch?v=-4jGFaAceQc&feature=player_embedded#!

Separuh dari jurucakap-jurucakap adalah mereka yang telah dipilih rakyat untuk dibela oleh mereka diParlimen dan DUN. Apa nak jadi dengan politik di Malaysia - PRU 2014.......

Amsa Mohd said...

Sambungan.... Utusan Malaysia 14.05.2013

KUALA LUMPUR 14 Mei - Niat pembangkang untuk mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas bercadang melakukan demonstrasi jalanan Sabtu ini.

Malah, mereka secara terbuka mengakui satu-satunya cara menggulingkan kerajaan BN yang diterajui UMNO ialah melalui rusuhan jalanan kerana mustahil pakatan pembangkang dapat merampas Putrajaya melalui peti undi.

Aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais ketika menghasut orang ramai berbuat demikian berkata, pembangkang menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan adalah satu kebodohan jika penyokong pembangkang berdiam diri tanpa turun ke jalan raya bagi menggulingkan BN.

Tidak cukup dengan itu, walaupun pembangkang khususnya DAP menang besar dalam pilihan raya umum lalu, Hishamuddin berterusan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai konco UMNO dan BN sambil membangkit sentimen kebencian terhadap kerajaan.

"Saya telah kata bertahun-tahun. Mustahil BN dapat dijatuhkan melalui pilihan raya. Kamu tidak mahu melakukan sesuatu kerana berasa kali ini berbeza tapi sistem itu telah dibuat untuk memastikan BN menang. Adakah kamu semua terlalu bodoh untuk tidak menerima hakikat itu.

"Kita mesti keluar ke jalan raya. Apa yang disukai Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) adalah jalan yang salah. Jalan raya adalah jalan betul, bumi ini milik anak- anak muda. Susunlah satu gerakan besar-besaran untuk kita turun ke jalan raya," katanya semasa berucap dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, di sini malam semalam.

Dalam perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu, majoriti yang memberi sokongan adalah masyarakat Cina sama sebagaimana dua perhimpunan terdahulu di Kelana Jaya dekat sini dan di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, seruan supaya rakyat bangkit melakukan rusuhan jalanan pada 18 Mei ini juga dilaungkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa kononnya jika UMNO dan BN berjaya ditumbangkan melalui demonstrasi tersebut, pembangkang akan mengubah sistem sedia ada.

"Adakah kita sanggup turun ke jalan raya? Kita sudah tiada jalan lain. Kita akan buat macam perhimpunan Bersih sebelum ini. Kita tunjukkan bagaimana kuasa rakyat kepada UMNO dan BN. Kita lawan tetap lawan," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130515/po_01/Demonstrasi-jalanan-Sabtu-ini#ixzz2TKnWpwNv
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

Saya cadangkan kepada wartawan-wartawan yang memetik sumber daripada pemimpin atau tokoh pembangkang, supaya nyatakan dengan JELAS parti yang mereka wakili. Tak perlu menyebut si polan bin si polan, aktivis pro-pembangkang la, itu la, ini la..lebih baik NYATAKAN SAHAJA parti yang mereka wakili supaya rakyat nampak siapa sebenarnya mereka...Contoh: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Mimpi dari Parti Keadilan Rakyat menyatakan....bla..bla..bla...saya nak jugak jadi PM yang sebenar...bla..bla..bla..Najib...bla...bla...bla...Rosmah....bla..bla...bla....Zaitun...bla...bla..bla...Hanafi...bla..bla...bla...Tat Sing....bla..bla..bla...sekian laporan saya!

Anonymous said...

Ayuh gerakan massa "KAMI BENCI ANWAR BIN IBRAHIM!" Ini bukan soal pilihanraya umum, ini bukan soal keadilan, ini bukan soal siapa menang dan siapa kalah, ini juga bukan soal siapa benar dan siapa salah. INI SOAL MARUAH DAN KEDAULATAN NEGARA! Kami sokong keamanan, BENCI HIPOKRASI dan BENCI POLITIK JALANAN!

Anonymous said...

anwar pencetus huru hara sejak dulu. akan tercatat dlm sejarah anwar bapak perusuh. rendah moral tak layak jadi pemimpin

Anonymous said...

Banyak sudah yg mencabar Anuar untuk kira balik kertas undi di p/pauh dan tidak perlu angkat sumpah di tiga negeri yg di menangi pr tapi seolah seolah dia pula yg menang dan mempunyai lebehan kerusi Anuar menipu penyokong nya tapi bukan rakyat malaysia yg menyokong Anuar jangan salah tafsir penyokong apa Anuar cakap semua betul tapi tidak rakyat malaysia sebenar nya Anuar sudah di tolak olih rakyat malaysia akhir akhir nya penyokong nya sendiri akan lawan dia.

Anonymous said...

TIDAK BOLEH DIBIARKAN NI...HURU HARA JADI NYA...KENAPA POLIS LMBAT BERTINDAK TANGKAP PENGHASUT NI

Anonymous said...

Biarkan...biarkan...biarkan Anwar terjun dengan labun-labunnya............dia sahaja yang betul dalam dunia yang fana ini, orang lain semuanya salah belaka...termasuk penyokong-penyokongnya kot.

Anonymous said...

Ingat filem Nasib Si Labu-Labi? Mari kita menyanyi ramai-ramai " Allah selamatkan Anwar....Allah selamatkan Anwar....Allah selamatkan Anwar Ibrahim SAHAJA...Allah selamatkan Anwar SAHAJA!

Anonymous said...

semua ini takkan berlakukalau dr mahathir dan aruah mantan kdn dato megat junid megat ayob pegang kuasa.yang ada skrg pemimpin species penakut.

Anonymous said...

semua ini takkan berlakukalau dr mahathir dan aruah mantan kdn dato megat junid megat ayob pegang kuasa.yang ada skrg pemimpin species penakut.

Anonymous said...

Pepatah melayu mengatakan: Bulat air kerana pembentungnya, bulat manusia kerana muafakatnya. Ayuh...kita mulakan gerakan cyber massa "Saya ANTI Anwar Ibrahim!" Mohon kebenaran tuan tanah untuk rancakkan kempen ANTI Anwar Ibrahim di sini...Katakan "Saya ANTI Anwar Ibrahim!" dalam mesej anda.

Anonymous said...

DOA SAYA..

YA ALLAH BUMI DAN LANGIT ADALAH MILIKMU.. AKU MEMOHON KPDMU TURUNKAN HUJAN PETIR SELEBAT LEBATNYA KEATAS MEREKA YG MELAKUKAN DEMO JALANAN TERUTAMA KE ATAS KEPALA PEMIMPIN PEMIMPIN MEREKA....

AMINNNNNNNNNNNN

TERUSKAN SLOGAN KAMI ANTI ANWAR IBRAHIM

Anonymous said...

"Saya ANTI Anwar Ibrahim!"

Anonymous said...

Saya anti Anwar Ibrahim!

Merah summerlisme said...

Anwar ni perasan lebih.. syaiton...

sayaantianwaribrahim

Anonymous said...

SAYA ANTI SANGAT-SANGAT ANWAR IBRAHIM!

Anonymous said...

Tunggu lah selepas perlantikan KPN yang baru. Bagi lah peluang KPN baru memainkan peranan dia pula. Setakat ini cuma amaran saja di beri. Selepas ini siap sedialah mereka2 ini.

Anonymous said...

Saya paling membenci anuar ibrahim..!!!!!

SAYA ANTI ANUAR IBRAHIM.!!!!!