Monday, May 27, 2013

Festival Belia Putraja 2013 - BN Ke Arah Melahirkan Generasi Masa Depan Cintakan Negara Menjadi Warga Yang Berguna

Semalam adalah kemuncak Festival Belia Putrajaya 2013....

Sekali lagi Putrajaya menjadi tumpuan belia dari seluruh negara sejak Festival Belia Putrajaya 2013 bermula kelmarin. Majlis pelancaran festival itu telah disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri juga telah menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara 2013 sebagai menghargai sumbangan generasi muda kepada negara. Festival Belia Putrajaya 2013 yang dijenama semula daripada Himpunan Jutaan Belia itu dijangka menarik kunjungan lebih dua juta belia dari seluruh negara.

Ia berkonsepkan pembangunan potensi diri, melestari kreativiti dan inovatif, memartabat perpaduan dan jati diri serta membabitkan 40 segmen dan 500 acara yang memberi fokus kepada aktiviti pendidikan, kerohanian, kemahiran, kesenian, bakat, interaksi dan sukarelawan.

Himpunan di Putrajaya itu adalah petanda jelas bahawa generasi belia negara bakal memainkan peranan sebagai pemangkin dan pendukung kepada program transformasi kerajaan. Ia juga bukti kerajaan menghargai peranan dan sumbangan kira-kira 12 juta belia kepada pembangunan negara pada masa ini dan akan datang.

Malah, konsep Festival Belia Putrajaya 2013 itu sendiri membuktikan denyut nadi generasi muda sentiasa dirasai pemimpin negara.

Justeru, menjadi tanggungjawab belia negara memanfaatkan program disediakan dan peluang yang diberikan kerajaan untuk memajukan diri masing-masing dan menjadi modal insan cemerlang untuk menjayakan Wawasan 2020.

Belia Malaysia amat bertuah kerana kepentingan mereka sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan yang menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk melahirkan generasi masa depan yang gemilang. Sebagai pemimpin masa depan, belia Malaysia perlu bersama kerajaan menjayakan pelbagai program transformasi untuk kemajuan dan kemakmuran negara.

Mereka mestilah memantapkan semangat cintakan negara dan berusaha menjadi warga negara yang berguna. Generasi belia juga perlu memurnikan jiwa dan pemikiran supaya tidak mudah dipengaruhi anasir yang hanya akan memudaratkan masa depan rakyat dan negara.

Ketika ada pihak yang cuba menghasut orang ramai mencetuskan kekacauan untuk menjatuhkan kerajaan dipilih rakyat, generasi belia perlu menjadi benteng kukuh mempertahankan kedaulatan undang-undang dan ketenteraman awam.

Sesungguhnya masa depan rakyat dan negara ini bergantung kepada generasi belia yang berfikiran rasional, bersemangat waja dan berjiwa patriotik yang sanggup berkorban demi kesejahteraan bersama.

2 comments:

Anonymous said...

Ramai anak muda professional Melayu dan Bumiputera lain, terutamanya dalam PKR, yang semakin bongkak seperti kacang lupakan kulit dan rumpun asalnya (saya percaya ramai yang bukan Bumiputera dalam PKR, pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah sebab nak terus membodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS), perlu sedar kembali tentang warisan dan korban berzaman (sebelum dijajah British) nenek moyang Melayu/Islam dan Bumiputera lain (saya sendiri tersesat dahulu kerana falsafah Barat yang amat mengasyikkan tetapi penuh kepalsuan, seperti “democracy, equality, freedom dan human rights”). Selain dari itu, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah anak YATIM kepada BAPA KEMERDEKAAN tercinta kita Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein. Saya masih ingat di waktu umur saya dua belas tahun, kami sekeluarga menagis tak henti-henti dengan pemergiannya di usia yang begitu muda (besar kemungkinan, Allahyarham bersama Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, diracuni CIA-MI5-Zionis (keduanya di tahun 1973 dan 1976 di usia muda 50an – dan ini adalah “modus operandi” CIA-MI5-Zionis untuk menghapuskan pejuang Kemerdekaan yang nationalis) seperti Allahyarham Presiden Sukarno (juga di tahun 1970 di usia 69 tahun setelah dipenjara selepas ditumbangkan oleh CIA-MI5-Zionis melalui rejim boneka Suharto), dan penjajah Barat juga bersekutu dengan DAP sebelum itu, untuk meyemarakkan api perkauman Mei 13 1969 demi menjatuhkan UMNO dan orang Melayu). Jadi bayangkanlah, YAB PM Datuk Seri Najib adalah anak yatim - dan sekarang dihina dengan sebegitu kejam, dari kes Altantuya sampai hingga dipanggil dengan panggilan begitu hina ‘syaitan’ oleh DAP di hadapan beribu orang Cina selepas kekalahan mereka minggu lepas, bahkan sampai diugut untuk dibunuh (bersama YAB Tun DR. Mahathir Mohammad) oleh seorang pelajar Cina muda di Facebook. Jadi mereka bukan sahaja menghina PM tetapi seluruh bangsa Melayu/Bumiputera/Islam, yang amat terhutang budi kepada Bapa-bapa/Ibu –ibu Kemerdekaan kita ini, yang bejuang tanpa penat-lelah untuk bangsa, agama dan negara. Hingga kembali ke Rahmatullah di usia muda seperti yang dialami oleh arwah bapa PM, Allahyarham-Alahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr. Ismail Abdul Rahman (bayangkanlah penderitaan keluarga mereka termasuk PM kita sendiri semasa muda). Bahkan anak muda sekarang, terutamanya bangsa Cina, diajar bersikap biadap dan amat rasis, oleh DAP; yang amat membahayakan, pada tahap maksimum pada orang Melayu, pemimpin UMNO/kerajaan BN dan Kesultanan Melayu.

Di Barat, bangsa Bumiputera “Native Americans-Canadians/Aboriginal Australians” dilindungi dengan kuat oleh undang-undang dengan hak dan identiti terkecuali. Tetapi, sekiranya mereka tidak mempertahankan undang-undang ini dengan lantang dan tangkas, mereka akan dianiaya dengan menggunakan strategi halus seperti diskriminasi di media termasuk industri seni, pendidikan dan budaya, di mana hanya perayaan dan budaya Kristian/Barat yang diktiraf secara rasmi di peringkat nasional sedangkan budaya, agama asal dan bahasa tradisonal bangsa Bumiputera ini telah dipinggirkan. Penduduk Bumiputera ini juga dijatuhkan tamadunnya, dengan menggunakan dadah, pornografi, kebebasan seks, jenayah dan arak, terutamanya melalui jenerasi mudanya.

Makcik Tempurung.

Anonymous said...

Kita jgn lupa satu perkara org cina pandai bermuka muka..manis didepan tersengih keluar gigi..belakang penuh rancangan..telah byk penghinaan ke Melayu.

Belia..adakah belia Melayu sahaja atau semua bangsa.. Jika kita jujur mau semua belia menghormati dan menghargai apa yg ada di Malaysia..ia harus dididik dipupuk dr kecil..dr sek rendah...bukan dah liat seperti daging baru nak diubah..

Apa yg berlaku sekarang..kemarahan bangsa Melayu terhadap org cina..mereka terlalu biadap menggunakan bahasa cina yg tak difahami oleh org lain. Sudah sampai waktunya sek cina dihapuskan...

Di sek cina semua org tau tempat perkauman di pupuk oleh guru gurunya sendiri. Ditambah pula dicampur dgn aliran politik perkauman..
Takut bahasa hilang...itu bukan prsoalan yg sukar bukan alasan..

Bahasa cina atau india boleh diajar di sek. yg sama. Jgn cari alasan. Mengaku Malaysia tidak tahu berbahasa Malaysia. Tidak mengerti Bahasa Malaysia. Aneh hanya mau mendaftar undi tulis di atas kertas..saya mahu mendaftar utk undi...

Mengapa kita tidak mendengar cerita yg sama di sek india...apa yg beza..hanya bahasa..
Ini bermakna kita harus mengaku ada sesuatu yg berlaku di sek cina.

PERKAUMAN TELAH DIBENTUK DIAJAR DIDIDIK DIPUPUK SEJAK KECIL. Semakin dewasa semakin menebal kerana dipengaruhi org berkepentingan tertentu seperti perjuangan politik melampau.