Monday, May 27, 2013

Festival Belia Putrajaya 2013 Kejayaan Khairy Bawa Generasi Muda Pulaukan Himpunan Haram Black Out 505 Anwar....

Festival Belia Putrajaya (FBP) 2013 berjaya membawa kehadiran 'lautan' pengunjung terutamanya anak-anak muda untuk memeriahkan FBP 2013 yang berakhir semalam...

Lokasi festival yang berlangsung di sekitar Presint 2, 3 dan 4 di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu telah dipenuhi dengan gerai, pentas, aktiviti permainan sukan lasak serta trek untuk aksi motosikal lasak.

Semua struktur berkenaan dibina untuk memenuhi keperluan sebanyak 500 aktiviti di dalam 40 segmen yang sesuai disertai oleh golongan belia sehingga Ahad ini.

Antara beberapa segmen menarik yang ditampilkan pada festival kali ini ialah Sports Pavillion; Sukan Rekreasi; Fast & Furious; Fit & Active; Lorong Seni; Uniform; Modal Insan; Job Square dan Karnival G2Y0.

Selain itu, latihan pancaragam daripada badan unit beruniform seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mula menarik minat pengunjung yang lalu lalang bagi menyaksikannya.

Gerai pameran untuk aktiviti lasak seperti motosikal berkuasa besar dan kereta lumba turut menjadi perhatian bukan sahaja pengunjung malah beberapa sukarelawan serta petugas festival tersebut.

Seorang pengurus gerai cabaran memanah, Mohd. Anas Shafiq Zulkifli, 25, berkata, gerainya sedia menanti pengunjung yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman bermain dengan alat sukan tersebut.

"Orang selalu lihat dari mata kasar memanah ini nampak macam senang, tetapi apabila kita buat sendiri, baru kita tahu bahawa bukan senang sebenarnya hendak menepati sasaran.

"Peluang seperti ini tidak boleh dilepaskan kerana kami memberikan promosi sempena FBP iaitu bayaran sebanyak RM8 untuk 12 anak panah," kata wakil syarikat Stars Achery itu.

9 comments:

Anonymous said...

Salam, tolong le blog pro-UMNO jgn suka maki kutuk KJ. AKu xphm Parpukari maki hamun KJ mcm KJK tu penah pukul bapak die.

berilah peluang dn lihat kemampuan KJ. Jgn buka peluang utk setan2 PR masuk jarum. Jika ada bukti barulah bertindak.

So far KJ the best!! die boleh masuk dgn Belia firmly!!!

Dan dia juga tegaskan elemen Agama akan dijadikan teras utk Belia..wow ini yg betul dn terbaik..rock ke indie ke.. hip hop ke..jnji ajar diorng Solat n non muslim kasi ajar moral..

Insha Allah mereka akan tinggalan PR yg zero n shitty tu!

Anonymous said...

Saya sokong
Mesti diberi peluang kedua

BeliaTuaGanyut said...

Daripada para belia negara menjadi pengikut Pemimpin tua kutuk PR bertempik di jalanan lebih baik mereka melibatkan diri dgn pelbagai aktiviti belia yg lebih bermanfaat,sihat dan bersih dari unsur politik kotor.Syabas Leftenan KJ majulah belia utk negara.

Anonymous said...

sokong sangat2 dgn komen semua. Beri lah peluang pada KJ.
Pada nyala lilin, demo sini sana, baik pi event mcm ni.
Tabik YB KJ.

Anonymous said...

Blogger haramjadah mcm House PK tu lebih rela belia2 Melayu bergesel dgn amoi2 PIGGY, sembah lilin utk DEWA Kejahatan-DAPiggy n Nuar Shitty..

Mereka amat skit hati dgn KJ dn rela belia melayu dikorbankan... itulah mereka perosak UMNO..

Anonymous said...

Bukan setakat beri peluang,malah semua kena beri sokongan dan bukannya kritikan dari hati yg busuk.Kalau tak ada KJ, tak ada muka dalam UMNO yg berani berdebat dgn Rafizi Lembu.

Anonymous said...

belia pengikut bn penoh dengan semangat cintakan negara dan suka pada keamanan.berbeza dengan belia pengikut anuar yang gelap masa depan.sama seperti baju yang mereka pakai gelap tak nampk mana arah tuju tulah sebab mereka kena pasang lilin atau guna pemetik api bagi menyuluh jalan yanh nak di tuju.

Anonymous said...

Bukan benci dgn KJ tapi.benci dgn cara berfestival yg selalu diamalkan oleh penerintahan Najib. Tolonglah lebih serius dlm memahami masaalah belia. Masaalah org bandar lebih rumit dari masaalah dikawasan pendalaman. Kerajaan pula kurang beri.tumpuan dlm melihat masaalah org melayu dibandar . Apalagi masaalah org muda yg baru nak hadapi dunia kenyataan. KJ tolong serius sikit buat kerja. Kaji kenapa golongan belia bandar anti kerajaan dan senang dipengaruhi pembangkang.

Anonymous said...

KJ patut highlight the fact that:

YG RANCANG SEMUA ACARA UNTUK FESTIVAL BELIA TAHUN NI ADALAH DATUK SHABERY CHIK DAN PEGAWAI-PEGAWAInya.

bahawa KJ hanya memeriahkanya aje

bahawa KJ hanya menumpang hasil kerja orang terdahulu aje

kemampuan dia memimpin kementerian BELUM dibuktikan lagi.

Bukankah semasa BERSIH 2.0, dia yg PIMPIN Pemuda UMNO untuk turut play the game of the opposition? turut sama berdemontrasi dengan berbaju merah kononnya utk 'membalas' --- akibatnya? -- kita semua dah tahu apa akibatnya.

Harap this time dia akan lebih tenang dan lebih matang. Harap dia tidak akan ikut tabiat DS Najib yg mencari populariti hingga 'terlupa' nak mempopularkan parti yg dipimpin.