Wednesday, May 29, 2013

Full Video Anwar Spring Menghancurkan Kemakmuran Malaysia.... Bual Bicara Zahid Hamidi





Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan siri perhimpunan haram anjuran pakatan pembangkang bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai Anwar Spring dan bukannya Malaysia Spring seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Beliau sehubungan itu menasihatkan semua pihak supaya menerima keputusan pilihan raya lalu dan tidak lagi menyertai sebarang perhimpunan haram yang membantah keputusan PRU-13.

Beliau menegaskan, beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali serta PAS sendiri sudah menerima keputusan itu dan menolak perhimpunan jalanan yang sedang digerakkan oleh aktivis-aktivis pro Pembangkang.

"Saya tidak perlu memberikan amaran tetapi cuma menasihatkan mereka supaya jangan lakukan provokasi kepada pihak polis dengan menggunakan kaedah Arab Spring, Bulldozer Revolution atau Colour Revolution yang acuannya dari luar negara untuk diaplikasikan di dalam negara kita.

"Ramai yang katakan ini adalah Malaysia Spring, tetapi sebenarnya adalah Anwar Spring sebab Anwar yang mahu menonjolkan diri.

"Saya fikir ini Anwar Spring. Biarlah dia jadi 'spring' kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pembangkang hanya menang 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional (BN) 133 kerusi pada pilihan raya lalu," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

The Κardashians haνe clothіng lineѕ in Ѕearѕ and QVС, аnԁ Kim haѕ seеn ѕuccess as a mοԁel, including the Duchess of
Cаmbridge heгsеlf, Kate Middleton.
Βuying estate јeωеlrу sterling silver
can be a brain teaser. Ιn today's technologically generated world, fractal designed textiles have become the most famous fashion photographers of the 20th century. Using traditional culture to interpret modern fashion, which is a bit outdated, but getting it right requires a bit of energy. I don't thinκ it's bad trend at all.

my web page Thoi trang nam

Anonymous said...

Datuk Seri Zahid sepatutnya orang yang dilantik sebagai menteri KDN lama dulu

Anonymous said...

Saya teringat seorang penjual obat kuat penegang kote berjenama "spring up"....

Anonymous said...

Anuar spring up....kah...kah...kah..!