Wednesday, May 22, 2013

Izzah Semakin Tertekan Apabila Malam Tadi Anwar Sudah Menggelabah.....

Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

Pepatah Melayu ada menyatakan 'Siapa makan cili, dia yang rasa pedas'.

Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin Pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada.

Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera  akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara....

Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Memandangkan Pilihanraya Umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.

Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat  Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.

Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri.

Dia harus kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.

Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau.

Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan dia seorang saja yang betul...?

Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau.

Ketua Umum PKR ini perlu sedar sebenar dan penjilat penjilat tegar penyokong Pembangkang juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat......

21 comments:

Anonymous said...

harap2 klau sianuar kena penjara biarlah hukuman maksima dikenakan pada dia. coz kalau dia ada dlam istana penjara tu aman dan damai malaysia ni.dan satu lagi pastikan KJ tidak jadi menteri paling kanan dlm kabinet Najib.nanti dia pujuk PM ampunkan sinuar ni sebagaimana baapak mentua dia lakukan dulu keetika jadi PM

Anonymous said...

Apapun, cakap lah apapun,walau bagaimana sekalipun, biar apapun yang berlaku, saya tetap ANTI Anwar IBRAHIM! Sangat angkuh canang kononnya prestasi baik jadi TPM/Menteri Kewangan, namun segalanya diuruskan penasihat-penasihatnya dan ketua-ketua pengarah jabatan...ada hati nak cilok kredit...tiap kali bentang belanjawan sepatutnya utamakan belanja kurangkan defisit, berbahasa ekonomi, namun Anwar Ibrahim bermain lenggok bahasa "bombastic" yang nyata menyimpang perhatian golongan kebanyakan...perhatikan tiada apa yang boleh dibanggakan pun..selain mainan lenggok bahasa..

Anonymous said...

nampaknya nuar sudah boleh bersiap sedia untuk melangkah ke penjara lagi sekali....putrajaya tak dapat, jawatan PM pun tak dapat, akhirnya jadi banduan je la.

jejakazman said...

penjara apa.....klau sangkut hukumannya gantung sampai mati....khianat pada negarakan....

Anonymous said...

Berikan hukuman yang SEBERAT2nya terhadap PENDERHAKA...jgnplk duduk dlm sel BERTARAF VIP!..banyak cantikk dia punya muka.

Anonymous said...

Zahid nak ambil tindakan terhadap Anwar?

Minta ma'af lah, tak mungkin berlaku. Harus diingat siapalah Zahid tanpa Anwar...

Jujur cakap, sekali Anwar sergah Zahid, maka terkencing dalam seluarlah jadinya.

Anonymous said...

Kalau pun dalam 3 orang tu takde nama Anwar, aku yakin tiga2 ekor tu akan sama2 tunding jari tunjuk kat Anwar! Hahah! Jeng, jeng, jeng..

kluangman said...

Rakyat bercita cita - org politik bermain.

Anak Lenggong said...

Ulang cakap Zahid."NEGERA INI BUKAN BAPAK NUAR PUNYA"....

Anonymous said...

WELCOME BACK TO SG.BULOH BRO..WE ALL MISS YOU SO MUCH..

Anonymous said...

Apa Sg Buluh?
Orang yg menderhaka kpd YDPA hukumannya ialah MATI!

Anonymous said...

Hukum sula..sula...sula.....sampai mati..

Anonymous said...

Papa ni buat gempaq je dulu dengan mengaitkan Annuar terlibat dalam insiden Lahad Datu. Tak pasti lagi siapakah dalang 3 orang ni. Tapi kalau Annuar benar2 terlibat, itu sudah cukup bagus. Maknanya Annuar kini berdepan dengan 2 kes yang belum selesai. Pertama kes isu liwat yang juga bakal di penjarakan. Kedua, kes Lahad Datu, yang bakal di hukum gantung sampai mati.

Sangkakala said...

Melancar perang keatas
Yang DiPertuan Agong
Hukuman Mandatori.

Gantung Sampai Mati!

Jangan lupa anggota keselamatan kita telah berkorban nyawa mempertahankan Negara.

Pengkianat-pengkianat mesti dibalas dengan nyawa.

Anonymous said...

Bro di atas...salah tu...zahid tak kencing..

Yg kencing merata rata tu org pakatan...dgn bini org...hotel...apart...rumah..chinadoll...thailand doll...jantandoll

Anonymous said...

Hai bro...jari sape...jari zahid yg tunjuk..

Menggigil takut kena tangkap...terus jadi PESTA RAKYAT...jgn asyik tipu pakai slogan...

Bro...Dipesta rakyat nyanyi lagu keroncong ke.....ni bagus naikkan budaya Melayu. Jgn duduk bawah ketiak DAPigs

Anonymous said...

Nuar sanggup kepenjara asalkan jambu2 nya ada bersama.......

Anonymous said...

ALLAH KNOWS TO SENTENCE THE GUILTY PERSON!

Anonymous said...

Sah mmg xde sebab lain...itu pasal dia all out kali ni. Black 505 utk cari simpati dan alasan.

JohorAgung said...

1 Malaya buat kenduri kesyukuran.

Anonymous said...

Apakah hukuman terhadap kesalahan melancarkan peperangan terhadap yg dipertuan agong??