Monday, May 27, 2013

Kenapa Rafidah Aziz Masih Berdiam Diri Membisu Seribu Bahasa Atas Kenyataan Azran Osman-Rani, CEO Airasia X...?

Saya selaku Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia ingin menyatakan sokongan kepada kenyataan YBhg Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil mengenai sikap Tan Sri Rafidah yang berdiam diri ke atas kenyataan Azran Osman-Rani, CEO Airasia X sebelum ini.

Saya ingin menyatakan bahawa CEO Airasia X tersebut tidak menghormati Tan Sri Rafidah yang merupakan pemimpin Wanita UMNO yang membela kepentingan Wanita bangsa Melayu di bumi Malaysia ini. Beliau sepatutnya sedar akan kedudukan beliau sendiri sebagai anak Melayu yang mendapat manfaat besar di syarikat penerbangan tersebut.

Tindakan tegas dari Tan Sri Rafidah juga didesak bagi membuktikan semangat kebangsaan yang ada dalam syarikat yang mewakili nama baik Malaysia di serata dunia masih terus kekal.

Tan Sri Rafidah supaya tidak hanya lantang mengkritik dan mengadu-domba dalam Wanita UMNO sahaja tetapi apabila perkara yang membabitkan kepentingan Melayu, beliau mengambil keputusan hanya berdiam diri atau mungkin beliau sendiri setuju dengan kenyataan Azran tersebut. Apakah begini sikap seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia?

Persoalannya apakah Azran membuat kenyataan ini setelah mempertimbangkan atau membaca akhbar-akhbar Cina yang mana lebih rasis dari Utusan Malaysia sendiri. Saya bagi pihak Wanita UMNO mendesak Azran untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua orang Melayu di Malaysia.

YB DATUK ROSNI SOHAR

19 comments:

Anonymous said...

Duit punye pasal lah bro.. Rafidha ni mulut bkn baik pun. die nk jatuhkan kepimpinan WANITA UMNO.. tp skrg dia bisu sbb ape? parasite wise..

Anonymous said...

eeekkkk (sedawa), kenyang dah

Peniti Karat said...

Serkam dalam padi ...

Guntung dalam lipatan ...

Cacing dalam perut ...

Berwaspadalah ...

Anonymous said...

Rafidah tu kan memang ego tinggi, Macam tak kenal pulak. Dia mana boleh terima orang lain jadi Ketua Wanita selain dia, walaupun dah expire. Anyway, sekarang dah masuk commercial arrangement, kemungkinan besar, benefit yang diberi AirAsia-X amat berbaloi, jadi buat apa nak "goyang" daun emas. Dia kalau protect kena tibia, kalau hentam ceo pulak habis lah imbuhan. Jadi, buat diam jer. Peduli apa korang nak tuduh-tuduh. Lama kelamaan semua akan diam. Apa lah sangat harga satu penghormatan untuk membela Melayu dan Utusan....

Anonymous said...

nenek rafidah, tolong la jawab...kenapa diam...? Mana dia semangat melayu yang dibanggakan? Bukan susah pun nak cepuk si botak celaka tu....tiap2 hari pun bole jumpa...

Anonymous said...

kan aku dah kata, melayu bila dah disuap kapir peduli apa pada melayu lain. gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Anonymous said...

bila berbudi jgn diharap balas...
jika diharap balasnya maka berbau ketidak iklasanya...

Anonymous said...

Orang yg tidak menutup atau menjaga auratnya tidak akan dapat membahu Syurga. Itu janji Allah. Orang tua nak mampos ni sedar diri tak?.

Anonymous said...

bukan anak ikan dia kerrrr?

Anonymous said...

rafidah nak Wanita UMNO balik???

iban said...

dia sedar dari mana datang 'bread and butter'nya. mungkin juga dgn senyap2 dia sedang 'talk softly and use the big stick'keatas AA, spt diharapkan.

Anonymous said...

Ble da pgg jwatan tinggi dlm syarikat yg diberi perhatian oleh kerajaan , jg la imege...tiada istilah pandangan peribadi...

Anonymous said...

Semasa saya menyokong PKR kerana BUTA, TULI BONGKAK dan BODOH dulu, ramai profesional Melayu muda yang saya temui, biadap, bongkak dan tamak seperti budak mentah Azran itu. Dia lupa, kalau tak ada Utusan Melayu yang turut BERJASA mempertahankan hak, warisan, identiti Melayu dan Bumiputera lain, serta Islam, si budak mentah masih berhingus meleleh Azran ini mungkin tak dapat ke sekolah sewaktu zaman penjajah British durjana dulu. Bapa saya sendiri, terpaksa berhenti sekolah umur 12 tahun sebab orang kampung Melayu dan Bumiputera lain yang miskin dipinggirkan penajajah (Kedua Datuk saya meninggal muda akibat kerja keras kat sawah), tak ada sekolah menengah di kampung. Lansung jadi askar, syukurlah anak-anak belajar dapat ke Univ., berkat jasa dan korban tanpa penat-lelah Bapa-Bapa Kemerdekaan/Pembangunan kita, termasuk Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein (bapa kepada anak YATIM PM kita sendiri) dan Allahyarham TPM Tun Dr. Ismail Abd. Rahman. Saya benar-benar menyesal di atas kesesatan saya buat seketika di bawah PKR dan pengaruh Barat durjana! Tapi, sibongkak macam budak mentah Azran ini asyik nampak langit; lumpur di pandang rendah, terutamanya dari warisan pusaka sawah padi nenek moyang berzaman kita, sejak tanah pusaka Melayu dan Bumiputera lain ini belum dijajah British lagi. Baiklah engkau dan geng PKR Melayu/Islam kembali ke pangkal jalan dan rumpun asal bangsa dan agama, kerana Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Makcik Tempurung.

Tukang Komen said...

Rafidah macamlah takde periok nasi ditempat lain.

ahlee said...

why why why?

Anonymous said...

Inilah dikatakan kulit lupakan kacang. Bila madu dihisap, sepah sudah tidak berguna lagi. Aku rasa spesis2 ini bila dah takde jawatan dalam Parti sudah lupa jasa rakyat yg menyokong dan jasa Parti. Sekarang yg penting nasi periok temolok san pelahap diri dan keluarga.
Dalam kes lembu punyalah teruk kaw perkatakan kpd Sharizat sampe beliau yg bertanggungjawap lepaskan jawatan menteri walaupun beliau tidak terlibat. Sekarang kaw sebagai Chairman mana pergi tanggungjawap dan integriti. Sedangkan CEO kaw bapok tak menjadi membuat najis. pangkat yg diberikan TS memang tidak layak krpada spesis2 yg lupa daratan.

Anonymous said...

QasiDah, RafiDah.....JalanDah.

Anonymous said...

rafidah boleh bertukar kulit ikut pada keadaan. ini lah spesis ular. tapi ular ni ada lutut sebab dia pernah operate lutut.

Anonymous said...

Dia tak ada "telor".