Monday, May 27, 2013

Mohon Jasa Baik Anda Please....! Tolonglah Luangkan Sedikit Masa Untuk Baca Artikel Ini. Malaysia Spring Yang Kantoi....



Gambar diatas kulit buku ‘Inside Muslim Brotherhood – Youssef Nada’ ditulis oleh Douglas Thompson.

Youseff Nada adalah antara pencetus Arab Spring di mana beliau terlibat secara langsung dalam menggerakkan satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Beliau melakukannya demi mewujudkan demokrasi di negara Arab dan bagi menentang kekejaman. 

Jika masih ada yang ragu-ragu atau tidak percaya bahawa Anwar ingin mencetuskan Malaysia Spring, maka inilah bukti yang jelas yang dikemukakan secara tidak langsung oleh mereka yang terlibat dalam Arab Spring sendiri. 

Keterangan gambar dibawah menyatakan Youssef Nada bersama Anwar Ibrahim dan keluarga pemimpin Pembangkang Malaysia itu pada tahun 1995. 


Dari gambar di atas, jelas bahawa hubungan Anwar dengan Youseff Nada adalah rapat, iaitu sebagai rakan keluarga dan bukan sekadar kenalan biasa.

Bagi yang enggan mencari kebenaran serta malas membaca mungkin tidak tahu bahawa kaitan Anwar dengan pertubuhan-pertubuhan Islam di negara Arab dengan CIA dan seterusnya pihak Neo-con telah bermula sejak di era 1970-an lagi iaitu ketika beliau masih menuntut di universiti.

 Anwar dan orang-orang yang sealiran dengannya, aktivis ‘Islam’, buat kali pertama bertemu di Arab Saudi pada lewat tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an, ketika beliau masih menuntut di Universiti Malaya dan bergiat dalam organisasi Islam, termasuk The King Faisal Foundation atau The Faisal Foundation.

Kumpulan ini telah membentuk satu kumpulan generasi baru pemimpin-pemimpin ‘Muslim Brotherhood’ (Ikhwanul Muslimin) dengan pelbagai organisasi yang ditaja oleh Arab Saudi di seluruh dunia.

Pada tahun 1970, Ahmad al-Haj Totonji, aktivis yang meninggalkan tanahairnya, Iraq dan berhijrah ke Arab Saudi, telah melawat Malaysia dan membantu Anwar untuk menubuhkan ABIM dengan bantuan kewangan dari The Faisal Foundation.

Bukan rahsia bahawa dunia Arab itu sendiri terbahagi dua kepada golongan pemerintah yang pro-Amerika dan yang menentang Amerika.  Raja Faisal mula memerintah Arab Saudi pada 1964 adalah antara yang pro-Amerika. 

Hubungan Raja Faisal dengan Amerika telah lama terjalin dengan begitu mendalam.  King Faisal Foundation merupakan universiti kerjasama dengan University of Texas.  Manakala, Methodist International, iaitu anak syarikat kepada The Methodist Hospital di Houston Texas juga bekerjsama dengan King Faisal Specialist Hospital di Arab Saudi.  

Kerjasama ini terjalin kerana golongan aristokrat minyak di Texas dan juga Keluarga DiRaja Saudi mempunyai minat yang sama iaitu terhadap kuda, politik konservatif dan tentu sekali, minyak. Hubungan kedua-dua golongan ini membawa kepada ‘sefahaman’ dalam pandangan mengenai politik dunia. 

Sementara itu, Youseff Nada yang menjadi subjek dalam buku di atas adalah antara pengasas International Institute of Islamic Thought (IIIT) yang berpengkalan di Virginia, di mana turut terletak ibu pejabat CIA.  Beliau adalah pejuang Ikhwanul Muslimin sejak di usia belasan tahun lagi. 

Youssef Nada adalah seorang taikun dengan perniagaannya meliputi berbagai bidang, bermula dari hasil tenusu sehinggalah kepada pembekalan simen ke seluruh dunia. 

Sebagai tokoh korporat dan peneraju bank termasuk Faisal Finance di Switzerland, yang dimiliki oleh Raja Faisal, skop pergaulan Youseff semakin luas sehingga ke peringkat Ketua-ketua negara di seluruh dunia, termasuk Muammar Gadaffi, Zine AlAbadeens dan lain-lain lagi.

Beliau juga menjadi penyumbang dana bagi gerakan kejatuhan pemimpin-pemimpin tersebut melalui Arab Spring.

Youssef mempunyai beberapa buah rumah di beberapa negara terutamanya di Eropah namun beliau menegaskan bahawa beliau enggan sekali-kali kembali ke negara Arab, atau negaranya, Mesir. 

Youssef Nada seolah-olah tidak dapat ‘memaafkan’ Mesir kerana telah memenjarakannya tanpa sebab ketika beliau masih di universiti.  Sebenarnya, beliau ditangkap semata-mata kerana Presiden Mesir pada waktu itu takut kepada bayang-bayang Ikhwanul Muslimin. 

Di dalam penjara, Youseff melihat sendiri bagaimana ‘pesalah’ didera walaupun dalam kebanyakan kes, ‘kesalahan’ mereka tidak pernah dimaklumkan, jauh sekali dibicarakan.   Di sana juga, beliau melihat seorang lelaki digantung di bahu dengan kaki dan tangan terikat lalu kepalanya dicelup ke dalam najis manusia.

Beliau juga melihat bagaimana seorang lelaki dibakar seluruh badan, kemudian dipadamkan apinya dan diheret kembali ke penjara tanpa rawatan.  Dalam sebuah sel, beliau dapat melihat anggota yang tercerai dari badan seorang lelaki sedang lelaki itu masih hidup - tanpa diberikan rawatan. 

Youseff sendiri ketika ditangkap sedang menderita sakit apendiks.  Selama beberapa minggu, beliau dibiarkan tanpa rawatan.  Satu ketika atas desakan kenalan dan keluarga, doktor datang melawat tetapi memberi ‘rawatan’ dengan cara menyuruhnya mengangkat bebanan 50kg dan lari beberapa pusingan. 

Akhirnya, setelah mendapat maklumat lengkap keluarganya dan berjaya membuatkan mereka membayar sejumlah wang yang mana sama seperti gaji seorang Timbalan Menteri, maka Youseff pun mendapat rawatan sempurna. 

Di dalam penjara jugalah Yousef berpeluang berjumpa orang-orang penting.  Akhirnya, setelah dibebaskan, dan berjaya membina perniagaannya, orang-orang penting yang dikenalinya telah membawanya ke dunia luar di mana beliau membina empayar perniagaannya. 

Youssef yang lahir di tanah Arab melihat kekejaman dan korupsi kronik sejak dari usia yang muda merasa kecewa dengan apa yang berlaku kepada dunia Arab. Rakyat tidak punya hak bersuara manakala pemerintah pula mempunyai kuasa mutlak untuk berbuat apa saja termasuk menangkap dan mendera rakyat tanpa sebab.  Korupsi berada di tahap yang amat parah iaitu sehingga tidak mengenal erti kemanusiaan. 

Dari situlah timbulnya ilham untuk melakukan perubahan. Mungkin kerana itu, Youssef mengambil pendekatan terbuka dan mesra barat yang dilihatnya sebagai ‘tidak zalim’.  Beliau kemudiannya menjadi pendokong dan pejuang demokrasi tegar. 

Melalui IIIT, Youseff berazam untuk membawa pembaharuan di dunia Arab.  IIIT merupakan institusi utama pendokong gagasan ‘Islamisasi Pengetahuan’ (Islamization of Knowledge), satu konsep yang menuntut semakan semula terhadap semua pengajaran dan teks pandangan dunia Islam (world view).  Untuk usaha ini, IIIT mengumpulkan tokoh-tokoh dan pejuang Ikhwanul Muslimin, yang mana antaranya termasuklah Anwar Ibrahim. 

Maka tidak hairanlah apabila organisasi itu begitu giat membantu Anwar ketika beliau di penjara. 

Seorang lagi pengasas IIIT yang menjadi Mentor Anwar ialah Ismail Faruqi iaitu seorang Professor diUniversiti Temple Philadelphia yang mati dibunuh akibat perlakuan homoseksual.

Di antara pengikut Faruqi lain yang paling berpengaruh adalah Prof. John L Esposito di Universiti Georgetown, yang juga kawan rapat Anwar sebagai penulis biografinya.

Universiti Georgetown adalah salah satu universiti Jesuit yang terkemuka di dunia. Jesuits bermaksud 'Ahli Kumpulan Jesus' atau 'Satu Pasukan Tentera Agama Jesus' yang dibentuk di bawah Arahan Gereja Roman Katolik.

Kebiasaannya Jesuit menyembunyikan identitinya di sebalik jubah intelektual dan menetap di pusat-pusat pengajian tinggi. Juga dikenali sebagai 'orientalis'.

Di sinilah Anwar memasuki rangkaian Zionis. …! 

Untuk pengetahuan, The Catholic Herald diterbitkan oleh Jesuits, merupakan punca isu Kalimah Allah.


Setelah dibebaskan dari penjara, IIIT terus membantu Anwar dari segi kewangan dan juga perniagaan.  Semasa Anwar dijatuhi hukuman bersalah dan dipenjarakan, Pengarah IIIT, Dr Jamal Barzinji telah membayar pelobi-pelobi untuk membela kes Anwar di Washington, dan IIIT telah membayar biasiswa yang mahal kepada anak-anak Anwar.

Anak Anwar, Nurul Ilham Anwar, juga lulusan Universiti Georgetown, telah tinggal di rumah keluarga Barzinji di 11925 Safa Court di Herndon.

Kesimpulannya, Hubungan Anwar dengan IIIT telah membawa beliau kepada sekumpulan Arab yang bekerjasama dengan CIA.  Sama ada untuk tujuan ‘demokrasi’ atau ‘kepentingan diri’, tidak dapat dinyatakan dengan pasti, walaupun oleh diri mereka yang terlibat sendiri. 

Apa yang pasti, satu rangkaian yang merangkumi taikun-taikun Arab, ketua-ketua negara yang kaya dengan sumber asli termasuk penyangak wang dunia dan pelobi, perunding serta ahli politik Amerika membentuk satu kuasa yang besar dengan dana yang tidak terhad. 

Dengan menggunakan nama Islam, pihak ini dengan mudah melaga-lagakan sesama Islam…. 

Manakala, dengan menggunakan nama hak asasi dan kebebasan pula, pihak ini juga dengan mudah mencabar Islam itu sendiri dan melaga-lagakan pula dengan pihak lain.  Semuanya atas misi yang dinamakan ‘pertukaran rejim’ dalam usaha untuk membentuk Orde Dunia Baru atau ‘One World’.

Pendek kata, Arab Spring bermula iaitu dari seorang yang jujur seperti Youssef Nada yang berdendam dengan negaranya kepada sekumpulan rakyat yang dirasuk oleh kemarahan dan kebencian yang telah dipergunakan sama ada secara rela atau tidak sedar oleh musuh Islam, yang ingin menguasai dunia. 

Menggunakan senjata baru iaitu teknologi maklumat, kebencian dan kemarahan di kalangan rakyat diperhebatkan sehingga tidak terkawal. Walaupun Youssef Nada kononnya mempunyai niat yang ‘murni’ untuk membawa perubahan dan kesejahteraan kepada rakyat di negara Arab, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

Akibat dari perjuangan Youssef Nada ini, ekonomi Mesir menjunam, pengangguran meningkat tetapi hak kebebasan bersuara masih tersekat. 

Pada 9 Oktober 2011 negara tanah tumpah darah Youseff Nada menyaksikan lebih kurang 30 orang terbunuh.  Pada 18 November 2011 33 terbunuh dan 1,732 cedera.  Pada 16 Disember 2011 pula 14 terbunuh dan 300 cedera.

Dalam masa yang sama kedai-kedai, pejabat, bank dan juga rumah-rumah kediaman musnah dan rakyat kehilangan pekerjaan, kehilangan sanak saudara serta kehilangan masa depan. 

Hari ini, sesiapa sahaja yang mengkritik pemerintah baru iaitu Presiden Morsi akan ditangkap dan dipenjarakan.

Youseff Nada mungkin gembira melihat ‘demokrasi’ tertegak di Mesir, tetapi negara itu kini terpaksa meminjam atau bergantung sepenuhnya kepada Amerika untuk dibangunkan semula dan untuk memastikan rakyat dapat terus hidup.

Mungkin Youseff melihat apa yang berlaku sebagai  satu kemenangan ‘rakyat’ untuk menjatuhkan rejim diktator yang korup dan kejam. 

Namun hakikatnya, tiada siapa yang menang kecuali Amerika atau Zionis atau Jesuit. 

Berbalik kepada gambar di atas yang menerangkan bahawa Anwar mengunjungi Youseff Nada untuk berbincang mengenai ‘Malaysia Spring’, wajar dijadikan peringatan oleh semua rakyat Malaysia. 

Malaysia pada hakikatnya telah pun mengamalkan demokrasi.  Hak bersuara di Malaysia pula sesungguhnya sudah melampaui batas sehingga pemimpin negara boleh dihina sesuka hati.

Malah, kaum minoriti juga mempunyai kuasa untuk menekan kaum majoriti termasuk menghasut sesuka hati melalui akhbar dan sekolah milik mereka.  

Selain itu, di Malaysia, biarpun bukan semua ahli politik itu bersih tetapi tiada siapa yang akan membiarkan rakyat menderita dan meninggal dunia demi ‘sesuap’ rasuah.  Ini berkait rapat dengan sikap semulajadi kaum Melayu itu tidak membolehkan pemimpin kita berlaku kejam dan zalim sepertimana pemimpin di negara Arab mahupun pengganas komunis atau penjajah Jepun.  

Oleh itu, tidak salah jika dikatakan bahawa kerana sikap orang Melayu inilah maka Malaysia sentiasa berada di bawah pemeliharaan Allah SWT.  

Latarbelakang Anwar yang jauh berbeza dengan Youssef Nada dengan sendiri menafikan hak Anwar untuk mencetuskan Malaysia Spring. Tidak seperti Youssef yang dipenjara tanpa sebab, Anwar dipenjara setelah dibuktikan bersalah serta diberikan sepenuh peluang untuk membela diri.  Beliau juga diwakili oleh barisan peguam terhandal di Malaysia. 

Paling teruk rungutan yang didengar dari mereka yang dipenjarakan di Malaysia pula ialah tentang bagaimana mereka ‘terpaksa makan telur rebus setiap hari’.

Sekiranya Youseff Nada tahu bahawa Anwar diberi sel istimewa di dalam penjara serta dibenarkan pula mempunyai ‘tukang urut khas’ tentu beliau akan menyangka Anwar gila kerana ingin mencetuskan Malaysia Spring.

Di dalam penjara, Anwar bukan sahaja bebas menerima pelawat tetapi dibenarkan menulis dan menghantar surat kepada rakan-rakannya di barat, hatta memfitnah kerajaan sebagai menganiayanya. 

Jika Youseff terpaksa merasuah untuk mendapat rawatan apendiks di penjara, Anwar pula diberi ruang untuk mendapat rawatan di luar negara. 

Lebih dari itu, Anwar juga akhirnya bebas atas alasan teknikal, walaupun ketiga-tiga hakim merekodkan secara jelas bahawa berdasarkan bukti dan saksi, mereka begitu pasti yang Anwar bersalah terlibat dalam aktiviti homoseksual. 

Hakikatnya, pembebasan Anwar, kehidupannya yang mewah dan kemenangannya sendiri di kawasannya dalam PRU-13 membuktikan bahawa Malaysia Spring ‘idaman’ Anwar adalah bersifat pentingkan diri dan berniat jahat. 

Dalam ertikata lain, perjalanan hidup Anwar itu sendiri menunjukkan bahawa demokrasi hidup dan segar bugar di Malaysia…..

Demokrasi hanya mati di dalam Pakatan Rakyat terutama di dalam PKR dan DAP yang memanipulasi pemilihan parti sendiri bagi memastikan anak-beranak dan kroni pemimpin tertinggi sahaja yang dapat menerajui parti. 

17 comments:

Anonymous said...

Sekalipun tanpa kaitan apa-apa pertubuhan pro-Amerika yang bersifat "rahsia" dan punya agenda yang tersembunyi, saya tetap melihat Anwar Ibrahim sebagai seorang yang pandai mempengaruhi pemimpin dunia untuk menyebelahinya. Katalah apapun, bongkarlah setiap inci pun, SAYA TETAP ANTI ANWAR IBRAHIM!

Anonymous said...

Soalnya BN tak pandai & serious menerangkan kepada raykat mengenai perancangan kuasa2 asing utk meguasai Msia melalui barua mereka iatu Aljub. Banyak sekali artikel2 luar negara menulis menegnai organisasi NED dan penglibatan Aljub.
Jangan sampai nasi sudah jadi bubur sudah lah..

PUTRA MERDEKA said...

5 tahun dah para bloggers membuka dan menyebarkan segala macam penipuan, perancangan jahat anwar dan pembangkang..tapi diambil pusing ke?

Anonymous said...

Atau mungkin di dalam kerajaan BN sendiri ada ramai suku sakat geng Anuwar Ibrahim yang dilatih, di asuh dan dibiayai oleh 'Barat'...mereka hanya menunggu masa dan ketika kerajaan BN pimpinan Najib menjadi sangat2 lemah...

Anonymous said...

Jangan putus asa. Kalau orang Melayu majoriti tak ambil pusing, Anwar dah jadi PM sekarang.

Anonymous said...

Ssbenarnya tuan,saya ingin tinggal dinegara ini dgn aman dan dapat mencari rezeki dgn aman....Sebenarnya tuan ,saya ingin mempunyai ketua pemerintah yg amanah ,berani,mrmentingkan yg majoriti drp minoriti malah yg tegas dlm menentukan mana yg hak dan mana yg batil.Sebenarnya tuan lagi ,saya ingin bernaung dibawah pemerintahan yg dpt menjamin keselamatan kaum terbanyak........Sebenarnya tuan saya ingin lagi dan lagi dan banyak lagi..lagi ingin semua anak-anak bergaul bersama dlm satu saekolah tanpa di pisah-pisah.Minta tuan -tuan sambung lagi dan lagi.....

Anonymous said...

Bagaimana untuk dibetulkan pemikiran mereka yang tegar..segala fakta dianggap auta oleh mereka2 yang taksub..generasi belia hari ini pula jenis sukakan kebebasan yang tidak bertujuan,..bakal pemimpin yg bakal dipuja sudah tentu adam adli yg patut dicantas,..itulah byngan pemimpin mereka agongkan pada masa depan..berusahalah..moga generasi akan dtg (anak2 kita)..akan terus selamat dari budaya kotor...

Harimau Kumbang said...

Setiap yang di sentuh Al juburi membawa kemusnahan...Moga Allah swt sentiasa melindungi Tanah Melayu ini...

Anonymous said...

kenapa semuanya mcm tak berkesudahan? Kerana kedua pihak adalah bidak yg dicatur, dan semua yg taksub, benci sesama sendiri adalah diterima menjadi pencatur tanpa dipinta oleh organisasi jahanam tersebut.

Kebencian antara satu sama lain wujud atas nama agama, keadilan dan'kebenaran'. Maka sama2 lah kita bermain, bergerak, bercakap, memikir diatas petak2 bidak.

Itulah sebesar2 konspirasi di sini. Hanya yg bermuraqabah, bermujahadah kehadrahIlahi sahaja nampak bidak2 sedang tercatur, waima ulama populis aura tarik berpuluh ribu audiens sekalipun semakin hari juga menjadi bidak yg tegar.

Lihatlah akhir zaman hanya minoriti shj terselamat dan mendapat keredhaan Ilahi, mereka inilah golongan kanan. Sayangnya atas nama Allah jua mereka dicatur dan dicatur.

Inilah fitnah terhebat melanda sampai tak kenal dah yg mana benar yang mana batil walaupun ayat quran basah dimulut dibacakan tapi tak membangun hati utk muhasabah dan mujahadah, yg ada ingin menunjuk org lain yg salah, org lain yg langgar agama, org lain yg zalim.

Yg mendgr terleka dan terlupa serta menyangka mereka yg dtg mendgr majlis ilmu bukan dlm golongan yg dicerca dek kesalahan walhal mereka kesemua termasuk yg memberi syarahan itu bersama sama dlm kandang yg bersalah dan akan di adili.

wassalam.

Anonymous said...

satu rencana yg menarik. tapi bagi aku tak perlu nak baca panjang2. kenyataan rakan2 anwar yg lebih dah belot menceritakan segala2nya tentang anwar. sape lagi yg lebih mengenali anwar selain rakan2 nya. tambahan pula penipuan anwar dah byk terbongkar. anwar kini terus menipu demi kuasa.

Anonymous said...

Kita pun sama... Meluat tindak tanduk nuar yg da melampau nk gadai agama bangsa n negara

Anonymous said...

Semua manusia akan mahu seperti tuan lagi dan lagi..namun sukar kita dapat andai kita hanya lihat kedukaan tanpa mengupas kedukaan itu

Anonymous said...

Sekarang serigala sedang mengasah taring masing untuk meratah kambing kambing yang maha banggang

Anonymous said...

Muslim Brotherhood sekarang ditaja oleh CIA-MI5-Zionis dan rejim boneka mereka yang amat tamak dan korup, raja-raja Arab Saudi dan Qatar, kerana seperti PAS, mereka mahu kuasa mutlak pemerintahan ekstremis dengan apa cara pun. Muslim Brotherhood dipergunakan untuk memecahbelahkan orang Islam dan menghancurkan kerajaan Islam yang sederhana dan pelbagai, untuk menjadikan Raja Arab Saudi dan Qatar sebagai pemerintah mutlak Ummah dan negara mereka sendiri. Maka, yang menang akhirnya, penjajah Barat-Zionis, penaja raja-raja Arab yang durjana, pengkhianat dan talam dua muka itu! Sekarang raja-raja durjana ini, hantar pengganas dia dan dari sekutu Baratnya, terutamanya dari CIA-US (OBAMA)/MI5-UK/Peranchis/Jerman/Israel/NATO dari Barat-Zionis, ke Syria (selepas Iraq dan Libya), bunuh habis orang Islam (dengan alasan mereka ini Shia) , yang Kristian mereka sibuk hantar ke Eropah/Amerika Utara terutamanya ke Jerman (yang majoriti penduduk Barat benci Islam dalam diam-diam)!

Makcik Tempurung.

Anonymous said...

Dr satu perjuangan yg dirasa diri sendiri... Akhirnya berputar menjadi kerosakan besar kpd negara yg majoriti NEGARA ISLAM..

Kini mereka bukan lagi berjuang utk kebenaran tapi berjuang utk diri kekayaan dan kekuasaan. Mengambil isu seolah olah berjuang utk rakyat.

Ditunggang pula usa zionist yg terang terang memusuhi Islam. Dr bacaan di atas..ada satu perkara yg tak lari dr sifat nuor yg hangat diperkatakan masyarakat..HOMOSEKSUAL

Anonymous said...

ala ingat blog ni bebas politik..rugi je bace..melodi politik punye blog rupenye....kurang pahala puasa..cau dulu lah.

Anonymous said...

apa punya fakta la salah.

meh sini baca fakta sebenar tentang ikhwanul muslimin

http://inijalanku.wordpress.com/parti2/sejarah-ringkas-ikhwan-muslimin/