Sunday, May 19, 2013

Nasib Ahli UMNO Sabotaj Calon PRU 13 akan Diketahui Minggu Depan

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata apa jua keputusan atau bentuk hukuman berhubung perbuatan mensabotaj parti oleh anggota UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijangka diketahui minggu depan.

Katanya siasatan mengenai aduan itu masih dijalankan.

"Lembaga Disiplin menerima 11 aduan sabotaj dan kita telah arahkan pihak penyiasat membuat siasatan rapi supaya kita dapat membuat keputusan dengan adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perbuatan sabotaj oleh anggota UMNO pada PRU-13.

Sebelum ini pada 18 April, Lembaga Disiplin UMNO memaklumkan telah menerima beberapa aduan sabotaj dalam kalangan anggota parti menjelang Pilihanraya.

Megat Najmuddin berkata perbuatan sabotaj yang dilaporkan itu berlaku di peringkat bahagian di beberapa negeri termasuk Perak, Pahang, Kelantan dan Kedah, dengan kesalahan seperti berkempen untuk pembangkang, menghasut anggota UMNO lain dan enggan membuka bilik gerakan pilihan raya.

"Bagaimanapun ini tidak membabitkan kesalahan anggota bertanding sebagai calon bebas atau menjadi penyokong dan pencadang bagi calon selain UMNO. Mereka ini telah kita pecat," jelasnya.

Katanya, hukuman yang akan diputuskan bergantung kepada keseriusan perbuatan sabotaj yang dibuat.

Bagi PRU-13, UMNO telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dianggotai empat wakil Majlis Tertinggi UMNO dan empat wakil Lembaga Disiplin parti bagi mempercepatkan proses membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman kepada mereka yang didapati bersalah mensabotaj atau melanggar disiplin parti.

Pada 22 April, UMNO memecat 58 anggota serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-13. - BERNAMA

16 comments:

Anonymous said...

Blogger yang bodoh Dan bangang main spin sendiri tetapi sabotag parti, apa tidakan?

Harus dipecat atau disula!

Anonymous said...

kadang kadang ada juga penyokong calon sabotaj parti (calon dikaw lain untuk parlimen.dun!!) apa pula tindakkan...

Anonymous said...

blogger bebas bukannya dibayar pun berbeblog...nak pecat camna? bodoh betul la anon ni

Anonymous said...

Struktur UMNO sendiri ke akar umbi patut di kaji semula.
1) Mengapa orang Melayu tak berminat masuk Ahli UMNO?.
2) Mengapa professional Melayu menjauhkan UMNO?
3) Mengapa dalam satu kampong yang kecil saperti Kampong Raja Uda di Pelabuhan Kelang ada 7 cawangan.
4) Syarat menjadi Ketua Cawangan mesti lah sekurang nya MCE atau setaraf. Mempunyai pekerjaan tetap.
5) Ahli satu satu cawangan mesti lah sekurang nya 100 orang dan tidak bertindih.

SAYA SAYANGKAN UMNO TAPI UMNO MASIH DI TAKOK LAMA.

Kalau Ketua Cawangan UMNO seluruh Malaysia nak marah, marah lah, saya tak kisah kerana survival UMNO lebih penting. Ada apa pada Jawatan, kalau Negara tergadai.

Anonymous said...

Ya betul. Aku seorang professional tapi sudah bertahun2 aku tangguhkan nak masuk UMNO. Slps PRU13 ni, lagi lah minat aku dah luntur. Biarlah aku menyokong dari belakang sahaja tanpa parti. Aku nampak UMNO menengahkan orang yang pandai membodek orang2 atasan untuk kepentingan diri sendiri dan kwnnya. Jika dibagi peluang kepada orang2 professional gejala itu tak akan berlaku kerana tanggung jawabnya berat dan mengikut etika yang dipanggkunyasecucuk dgn kelulusannya.

Anonymous said...

Sangat setuju degan komen diatas. Disebabkan UMNO Klang amat bercelaru, Pemimpin cawangan cawangan yang lemah, bercakar sesama sendiri. Klang sudah jathuh ke tangan Pembangkang selepas Manikavasagam lenyap dari dunia. Senario bertambah parah dengan legasi yang di tinggalkan arwah Dato Zakaria Mat Derus.

Melayu Klang....dimana semangat Hamid Tuah dan Haron Idris?

Anonymous said...

Aku nak komen sikit pasal kekalahan dan kekecewaan UMNO Selangor. Mmg dari awal lg aku sedar Selangor ni masalah sikit sbb tiada ketua UMNO yang boleh diangkat menjadi MB. Aku nmpk strategi mahu melantik MB selepas keputusan PRU13 telah memakan diri. Mgkn Selangor mengharapkan Najib keterlauan, sehingga lupa yg Najib bukan anak Selangor. Begitu juga Noh Omar dan Zin Mohd, tiba2 semua dicalonkan keParlimen. Jadi siap pula yang nak diketengahkan diDUN? Lagi satu aku nampak DUN pembangkang Selangor ni amat lemah. Aku teringat peristiwa Ibu Tunggal yg menunjuk perasaan depan Pejabat MB Selangor dulu. Tak seorang DUN Pembangkang (UMNO) pun ada disitu bersama siIbu Tunggal yg malang itu. Skrg lihat apa jadi? Selain diketepikan mahkamah yg manifesto itu bukan janji, ada dah menyampah dan meluat terhadap DUN2 UMNO yg dicalonkan. Fikir2kan lah. Diharaplah DUN Selangor ini menjalankan tugasnya dan bersuaralah sedikit untuk mempertahankan Melayu diSelangor ini, kedaulatan Raja dan undang2 negeri selangor ini.

Anonymous said...

Setakat kena singkir dari UMNO, PAS dan PKR bila2 masa akan menerima. Apa baik sangat ke orang yang kat dalam UMNO. Dulu ya.....masa mula2 UMNO ditubuhkan semangat bangsa melayu menjadi tunjak perjuangan. Apa2 sahaja tentang melayu akan dijuangkan sehabis habisan.Kini UMNO bukan wardah perjuangan melayu. UMNO adalah tempat unutk membuat duit dan menjadi kaya raya. Semangat nosionalis melayu telah tiada dalam jiwa raga pemimpin UMNO kini dan akan datang. Pemimpin UMNO akan mengunakan ketuanan melayu hanya sebagi gimik politik demi untuk berkuasa. Najib dan Mahathir akan terus memperkaya ahli keluarga kroni2 dan mereka yang boleh diperlembukan. Wahai bangsa ku...bangun dan sedarlah bahawa pemimpin2 UMNO sekarang bukan pemimpin yang semacam UMNO yang mula2 ditubuhkan. Seharusnya bangsaku yang digelar melayu sedar akan nasib anak cucu mu dimasa hadapan. UMNO bukan lagi tempat untuk bangsa melayu berteduh. UMNO ibarat taufan yang besar yang akan menghilangkan melayu dari bumi melayu. Kepada saya berkata bergini adalah kerana pengurusan negara yang diterajui oleh Najib tidak tulus dan hanya mengikut kemahuan hati sahaja. 1 contoh yang nyata ialah tentang perlantikan Ahmad Bassah sebagai Timbalan Menteri. Jika sudah tahu yang Ahmad Bassah mempunyai keupayaan sebagai pemimpin pusat mengapa dicalonkan sebagai ahli DUN. Semua tahu yang Ahnad Bassah sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah telah berkerja keras untuk menawan Kedah kembali dari PR. Dan apabila hampir PRU ke 13 dan BN merasakan akan dapat menawan Kedah maka Dr Mahathir telah memaksa Najib untuk melantik anaknya sebagai MB. Apabila ini terjadi maka Najib dalam delima kerana Ahmad Bassah juga bertanding dalam DUN. Untuk tidak merosakan perancangan maka Ahmad Bassah dijanjikan jawatan dalam peringkat pusat dengan dilantik sebagai senator. Jadinya perlantikan Ahmad Bassha bukan kerana keupayaannya tapi kerana nak menjaga hati. Jika prisip ini diamalkan maka Malaysai akan hancur dimasa akan datang.Adakah jawatan tertinggi seperti Timbalan Menteri dibuat atas dasar nak menjaga hati. Sama2 kita renungkan.

Anonymous said...

PKR tu pertahankan Melayu ker?

Anonymous said...

Jika ada yang sangsi dan membanding-bandingkan keikhlasan perjuang-pejuang politik dalam UMNO, begitulah juga yang perlu dipersoalkan kepada pejuang-pejuang politik PAS. Apakah selama ini, setelah berlakunya "Tahalluf Siyasah" PAS maka parti yang perjuangkan ISLAM itu makin menebal sifat keislamannya? Yang ambo tahu, makin ramai bersikap "liberal". malah ada yang bersalut noda dan dosa politik wang, rasuah dan kronisma. Masalah tetap sama. Jadi jangan jadi paku dulang paku serpih. Apapun, AMBO ANTI ANWAR BIN IBRAHIM!

Anonymous said...

Jangan tuduh orang sabotaj sebab kalah. Tuduh diri sendiri sebab x de tokoh kepimpinan so pengundi x nak pilih. Pengundi sekarang ni bukan macam pengundi dulu, mereka lihat calon. Jadilah pemimpin yang berwibawa, berikhlas hati dan jujur sentiasa.

Anonymous said...

memang kalah sebab ORG TENGAH yg x jalankan amanah dengan jujur....YB dah bagi peruntukkan utk bahagiam...dah potong sikit....org bawah dapat cikit jer sebab orh tgh dah kaut lebih...YB pikiq org bwh dah dpt kenyang tapi hancus....

Anonymous said...

Pemimpin yang sejati sanggup menggunakan tabong sendiri untuk memakmurkan keyakinan orang Selangor terhadap UMNO. Tapi, sayang seribu kali sayang dia x pula dipilih sebagai calon. Tu lah, nak pilih kroni sangat sehingga tergadai Selangor sekali lagi. Lain kali, kena pupuk tebal semangat Melayu sejati bukan semangat kroni,fikir-fikirkan la.....

Anonymous said...

aku mmg penoyokong BN khasnya UMNO, Pada aku, aku sokong pendapat yg UMNO perlu membuat pembaharuan demi menjaga survival UMNO di masa hadapan.

Anonymous said...

Pemimpin yang professioanal tak menyalak bila dah kalah. Tengok balik la di mana kelemahan yang menyebabkan kekalahan. Jangan suka nak menyalahkan orang je. Orang yang disalahkan adalah rakan seperjuangan pulak tu. Macamana la nak bersatu kalau dah kalah menyalak lagi. Kesian la kat UMNO ni, dah x de ke pejuang yang original lagi. Pilih la calon yang berwibawa, bukan orang UMNO je segan, pembangkang pun boleh hormat. Tunggu 5 tahun lagi, Selangor kena pilih calon yang boleh diterima oleh semua bukan calon yang syok sendiri.

Anonymous said...

Dulukan parti bukan peribadi. Belum menang tapi dah berangan jadi YB, sebab tu la kalah, tak berkat. Peribadi calon mesti mantap untuk perjuangkan UMNO, baru orang 'respect'.