Thursday, May 30, 2013

Owh Rafidah... Uncle Chin's Chicken Rice Air Asia Guna Ayam Sembelih Atau Tidak...?

Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa agama Islam sangat menitik beratkan konsep kebersihan sama ada dalaman atau luaran diri seseorang individu itu, maka Islam mewajibkan umatnya mengambil makanan yang halal lagi baik demi menjaga kemaslahan (kepentingan) hidup.

Maka sudah pasti cara sembelihan juga sangat berkait rapat dengan faktor makanan dan kebersihan jika kita sedari. Sebab itu kalau kita prihatin mengenai sejarah, umat Islam pada zaman awalnya sangat sukar untuk menemui orang yang mempunyai penyakit disebabkan tidak menjaga makanan atau kebersihan.

Hal ini kerana mereka  benar-benar faham dan mengimani firman Allah swt yang bermaksud:
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Al-Baqaroh:168)
Perkara ini juga telah dibuktikan oleh kebanyakan pakar-pakar sains pemakanan yang menyatakan bahawa sembelihan cara Islam adalah sembelihan yang paling terbaik di dunia.

Justeru, kenapa Islam membenarkan orang Islam memakan sembelihan orang Kristian atau Yahudi...? Kerana sembelihan mereka sama konsepnya dengan sembelihan yang dilakukan oleh orang Islam.

Apabila kita berada di dalam negara yang majoritinya Islam seperti di Malaysia dan negara lain seumpamanya, maka kita sangat digalakkan untuk membeli daging-daging sembelihan dari orang Islam.

Cuba lihat satu contoh kejadian yang disebut oleh Berita Hanan dalam keluarannya Selasa 19/10/2004 di bawah tajuk: 'Pengusaha Bukan Islam Kurang Faham Isu Halal'.

Antara lain ia menyebut: "Kisah sebuah kilang penyembelihan tanpa lesen di Kawasan Perindustrian Bukit Serdang mencampuradukkan daging ayam dan itik dengan ketulan anak babi siap diproses memang menggemparkan, lebih-lebih lagi apabila ayam dan itik ini yang dibungkus dengan logo 'Halal' dibekalkan kepada penjual di kawasan majoriti Islam, peniaga sate dan pasar raya besar terkemuka di sekitar Lembah Klang."

Inilah pengalaman negara kita sendiri, juga turut mempunyai cerita-cerita yang berbagai-bagai mengenai makanan yang dicampur dengan daging babi, ayam dan itik yang dimasukkan tanpa permit dan lain-lain.

Tidaklah mustahil ayam dan itik yang dimasukkan tanpa permit itu turut sampai ke tangan orang-orang Islam selain bukan Islam....

Apakah pihak pengurusan Air Asia walaupun ada orang orang "melayu" mereka akan peka akan permasalahan seperti ini...? 

8 comments:

kluangman said...

Pengambilan org ternama untuk kowtim jika berlaku permasalahan - itu bukan fakta tersembunyi.

Halal atau tidak isu kecil, mengejar laluan Dan kebenaran mendarat ebih utama.

Anonymous said...

'Melayu' macam botak celaka ni mana pedulik halal haram. Tak tau la itu sebenarnya daging babi atau anjing yang telah di modify macam ayam. Kalau daging ayam betul, tak tau la ayam kena cekik ke atau bangkai yang dikutip tengah jalan. Nenek Rafidah takde komen apa2 ke pasal isu ni...?

Anonymous said...

nenek rafidah dh tak blh ape2 pon...jawatan pengerusi pon dilantik oleh keling

Anonymous said...

Celaka semua puak ni!

Anonymous said...

kalau dah air kencing syaitan pn teguk mcm air paip jer...ni kan pulak soal sembelih kerr tak...HARAMMMMM

Anonymous said...

DS RAFIDAH KENA BELASAH KAW-KAW DENGAN WANITA UMNO..LEPAS NI MERAJUK LAH TU..LETAK JAWATAN LAH DS RAFIDAH BUAT PER SUBAHAT DENGAN AIR ASIA NI

Anonymous said...

Jom boikot..

Anonymous said...

salam... I confident yang chicken rice uncle chin disembelih dengan mengikut syarat kerana I sendiri yang jaga issue halal chicken rice uncle chin.. please don't accuse such a thing with no proof..