Tuesday, May 28, 2013

PANAAS..! Anwar Sibuk Nak Beli Ahli Parlimen BN Di Sabah TETAPI Sudah Ada 5 Ahli Parlimen PKR Akan Lompat Sertai BN....


Sudah pecah berita besar….!

Anwar Ibrahim melihat ada 24 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional yang kecewa kerana tidak dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri terutama dari Sabah.....

Malah pihak 'sponsor' Ketua Umum PKR ini sudah pun menyediakan wang dan yuran pembelian sehingga dikatakan mencecah RM1 bilion, bagi merealisasikan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri.

Pakatan Rakyat sekarang ini menguasai 88 kerusi Parlimen. Majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan Malaysia adalah112 kerusi Parlimen.

Biarpun di sebalik kempen Anwar Ibrahim untuk memperkenalkan UNDI POPULAR bagi melayakkannya sebagai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim juga sangat sedar, Undi Popular sahaja tidak akan membolehkan dia ke jawatan tersebut sebaliknya yang diperlukan adalah penguasaan majoriti kerusi Parlimen.

Pada tahun 2008, Anwar Ibrahim mengumumkan lebih awal tentang Kerajaan 16 September apabila dia begitu yakin dapat membeli Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional, terutama dari Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, sehingga ke penggal akhir PRU12, tidak seorang pun Ahli Parlimen Barisan Nasional yang melompat masuk ke PKR, PAS atau DAP, sebaliknya 8 orang Ahli Parlimen PKR dan DAP bertukar status menjadi Ahli Parlimen Bebas mesra Barisan Nasional.

Nampaknya kali ini, Anwar masih berharap dia mampu membeli Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional terutama dengan cerita-cerita menakutkan tentang penghujung hayat Barisan Nasional sebagai sebuah kerajaan Persekutuan.

Anwar cuba membayangkan dan menimbulkan persepsi bahawa dia telah semakin hampir untuk menubuhkan Kerajaan ikut pintu belakang.

Tidak kecik anak modal yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk tujuan berkenaan. Tetapi tanpa disedarinya, dia hanya mampu merancang sedangkan perancangan sebenar terletak di Tangan Allah Taala.

Dalam kesibukannya merancang untuk bersorak kerana Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional khususnya dari Sabah dan Sarawak telah termakan dengan duit yang ditawarkan, beberapa orang Ahli Parlimen dari PKR pula sedang berkonspirasi untuk melompat dan meninggalkan parti pimpinan Anwar Ibrahim itu.

Bagaimanapun, tidak pula dapat dipastikan sama ada mereka akan menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan menyertai mana-mana parti komponen Barisan Nasional atau mereka sekadar menjadi Ahli Parlimen BEBAS mesra Barisan Nasional sepertimana yang dilakukan oleh 8 orang rakan mereka pada penggal lalu.

Siapa mereka....?

Jawapannya ada di SINI

3 comments:

Anonymous said...

Rakyat pilih selalunya atas berdasarkan parti. Jadi kalau pemimpin yan terpilih, jadi seperti katak melompat lepas pilihanraya, bermakna dah tipu undi rakyat. Patutnya biar ada undang-undang untuk menghalang PENIPUAN dan RASUAH ini! Polis dan KDN, mesti jangan biarkan PKR/DAP PIJAK undang-undang macam sampah!

Makcik Tempurung.

Anonymous said...

Ye ler. Mana tak melompatnya Ahli Parlimen PKR. Ahli Parlimen BN yang nak di bayar beratus-ratus juta dollar untuk jadi PKR. Tapi Ahli Parlimen PKR sendiri satu habuk pun taraaak bagi mengekalkan jawatannya.

Belia Bangkit said...

Salam Perjuangan!!

Mohon dapat dipautkan link blog ini. Tq
http://beliabangkit.blogspot.com/