Friday, May 3, 2013

PAS Akan Keluar Pakatan Sekiranya Gagal Ke Putrajaya....

Perbalahan di antara parti-parti sekutu Pembangkang nampaknya semakin meruncing....!

Tindakan beberapa pemimpin mereka mengkritik malah menyeru penyokong PR agar jangan memberi undi kepada sekutu sendiri menjadikan pakatan itu berada di dalam terumbang-ambing. 

Antara insiden yang menyebabkan Pembangkang bergolak teruk sepanjang tempoh berkempen ini termasuklah tindakan Haji Hadi menunjukkan penentangan keras terhadap PSM dan kemudiannya memberi sokongan kepada calon Bebas yang menentang PKR di Kuantan.

Di celah-celah itu, PAS, melalui Haron Din membuat percubaan terakhir untuk meraih kembali sokongan Melayu dengan menegaskan kembali bahawa mereka tetap akan melaksanakan hudud jika menang.  

Sehubungan dengan itu, sepantas  kilat, Kit Siang, Guan Eng dan Karpal Singh menegaskan bahawa hudud tidak mungkin akan dilaksanakan oleh Pembangkang jika menang. 

Haron Din dan PAS tidak berputus asa dan terus cuba menipu diri sendiri dengan membuat kenyataan kononnya DAP sebenarnya tidak menentang hudud.  Namun, mereka tidak mampu menipu orang ramai....

Kemuncaknya, Norman Fernandez, Timbalan Pengerusi DAP Johor pula membuat kenyataan lantang agar menolak PAS untuk kesekian kalinya.

Tidak cukup dengan itu, di Permatang Pauh pula, PAS secara terang-terangan berkempen untuk calon BN. 

Semua yang berlaku ini menyebabkan penyokong-penyokong PAS membara.   Tekanan agar PAS keluar pakatan semakin kuat. 

Memandangkan keadaan semakin tidak terkawal, akhirnya Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS membuat kenyataan memujuk ahli-ahlinya agar bersabar.  Menurutnya, mereka sudah sampai di ambang pilihanraya dan tidak boleh berpatah balik....

Maka, mereka harus meneruskan kerjasama dengan DAP, PKR dan PSM bagi memastikan kemenangan. 

Selepas itu, barulah mereka akan ‘uruskan’ masalah perbalahan sesama sendiri, atau dalam kata lain, keluar Pakatan. 

Ini membuktikan sikap tidak bertanggungjawab di pihak Harun Taib atau PAS.  Mana mungkin mereka terus bekerjasama dan berusaha untuk menang sedangkan hala tuju selepas kemenangan masih kelam...?  Untuk apa jika sekadar menang tetapi kemudiannya tercari-cari arah...? 

Dalam pilihanraya ini, rakyat perlu tahu, ‘apakah’ yang mereka undi. 

Maknanya, apakah mereka mengundi hudud atau Malaysian Malaysia?  Atau apakah mereka mengundi liberalisme...?

Mudah sahaja untuk menyuruh rakyat memangkah lambang parti masing-masing tetapi apakah parti tersebut akan mampu melaksanakan apa yang dirancang atau dijanjikan? 

Sikap PAS mahupun Pembangkang secara keseluruhan yang mengambil mudah perbalahan sesama mereka adalah sesuatu yang amat merbahaya.  Rakyat tidak boleh memberi kemenangan kepada parti yang tidak bertanggungjawab sehingga begini sekali.

Bayangkan sekiranya menang, berapa lama pula mereka akan mengambil masa untuk menyelesaikan perbalahan sesama sendiri? 

Apa yang lebih penting ialah, mungkinkah ada penyelesaiannya? 

Sudah jelas kini bahawa PAS hanya ingin menang Pilihanraya.  Inilah matlamat mereka, iaitu untuk melampiaskan dendam yang membara terhadap UMNO.

Biar apapun yang terjadi selepas menang, itu adalah cerita lain.  Asalkan mereka boleh melihat UMNO tumbang, itu sudah cukup untuk membuat Harun Taib, Haron Din, Hadi Awang dan Nik Aziz merasa tenang....! 

25 comments:

Anonymous said...

Suruh ust harun din bg ayaq jampi kat puak2 dap dan pkr.

Anonymous said...

Ustaz Khazim kata Hudud ibarat macam Lagu Raya. Bila nak Raya berkumandang Lagu Raya. HUDUD pula berkumandang bila nak Pilihanraya ...hmmmm Betui jugak kan : ))

Anonymous said...

laksanakan hudut pada pak stopa dulu. buat sisatan dan hukum ikut hudut jika didapati bersalah.

Anonymous said...

aku setuju hukum stopa dulu baru org percaya nak buat hudud...

Anonymous said...

dulu..hj hadi bilang jika pas menang diTeganu..belum ayam kokok bisa laksanakan HUDUD..akhirnya entah beribu kali ayam kokok..habok pun x de..
le ni bukang ayang kokok...pimpinang
pas lak kokok..huuuuuduuuuuud..
tak gitu gu..

Anonymous said...

janganla memalukan islam dikhayalak orng bukan islam. Jika pas nakan negara islam dan hudud, declare dari awal. masukan dalam manefesto dan buku jingga. kalau rakan bukat islam tak nak hudud dan negara islam tinggalkan mereka. ni bersetuju untuk manifesto dan buku jingga yang tiada sebut hudud dan negara isla. lepas tu nak buat kalau menang. dah tentu rakan2 bukan islam akan menemplak balik, inikah ajaran islam, kencing kami...dulu kata tak nak buat, sekarang mau buat. pihak bukan islam akan tetap ikut apa yg dah dipersetujui.....kalau ini terjadi, sedikit sebanyak, imej islam yag tercalar.....

Anonymous said...

terbaik la admin

Anonymous said...

memang betul, tiap kali pilihanraya.. pas akan berkokok..

hududdd..huduuudddd...hududuuuuuuddd

tapi yg pelik, ularmak pas sendiri cakap hudud hanya 0.001% dan negara islam tak ada dalam quran..??
pe cite..

dalam perjanjian jinggay tidak ada hudud dan negara islam.. ularmak pas sendiri yg tandatangani...
pe cite...

jadi pas pun berkokok syiok sendiri utk tarik undi yg sebenarnya pas dah bersetuju tidak akan laksanakan hudud bersama2 dap dan pkr...

pas akan terus berkokok semata2 utk undi..

hududddd.. hududddududdd.... hudududddududddddddddddddd..

Anonymous said...

aku rasa harun din dah kena main dengan geng2 menggunakan agama utk politik.. otai2 pas mcm aziz dan hadi.. sbb tu depa depa berdua ni boleh survive dalam politik...

Anonymous said...

depan orang islam PAS cerita pasal HUDUD.depan orang bukan islam PAS cerita pasal negara perpaduan dan kebajikan.depan KARPAL SINGA PAS terkedu.

Anonymous said...

Antara artikel terbaik PRU13...tahniah ye admin...!!!

Berita dari gunung said...

PERINGATAN SEBELUM MENGUNDI:

MELAYU BERPECAH, MELAYU AKAN RUGI. KALAU SUKA BERDEMONSTRASI, NANTI YANG AKAN MATI ADALAH UMAT MELAYU DAN PASUKAN KEAMANAN MELAYU.

PENGANJUR DEMONSTRASI TIDAK AKAN MATI SEBAB MEREKA DUDUK JAUH-JAUH, RAKYAT JUA AKHIRNYA JADI TERBUAI, GHAIRAH, MELAMPAU,CEDERA DAN MATI.

MELAYU HARUS KEMBALI BERSATU DALAM BARISAN YANG KUAT KERANA BILA MELAYU LEMAH DAN BERPECAH, MUSUH AKAN BERSORAK. NEGARA KECIL SINGAPURA SEDANG MENUNGGU AKAN BERTEPUK TANGAN.

INILAH NEGARA ISLAM CONTOH SELURUH DUNIA,OLEH ITU BANGSA MELAYU WAJIB BERSATU ATAS RASA KESYURUKAN NIKMAT DAN RAHMAT ILAHI DIBAWAH BARISAN NASIONAL. KALAU ADA YANG TIDAK KENA DENGAN TINDAK TANDUK BARISAN NASIONAL, PARTI KOMPONENNYA DAN PEMIMPINNYA, KITA WAJAR BETULKAN SELEPAS INI.

UNDI BARISAN NASIONAL ATAS RASA KESYUKURAN..!!!

Anonymous said...

PENGEMBANG AJARAN SYIAH = PAS. DAH NAIK MELUAT DENGAR NAMA PARTI AGAMA ISLAM SEMALAYSIA KONON. JIKA ORANG ISLAM TAK SETUJU DENGAN PENDIRIAN MEREKA HABIS DIKAFIRKANNYA. DALAM AJARAN SYIAH ORANG YANG MENENTANG MEREKA BOLEH DIBUNUH.

INILAH YANG AKAN BERLAKU JIKA KITA BERI MEREKA KUASA MEMERENTAH. MEREKA AKAN KENAKAN HUKUMAN YANG MEREKA CIPTA SENDIRI DAN DILABELKAN SEBAGAI HUDUD.JIKA MENENTANG HUDUD DIKATAKAN MENENTANG PERENTAH ALLAH. MEREKA SANGGUP JUAL NAMA ALLAH KEPADA KAUM KAFIR UNTUK KEUNTUNGAN YANG SEDIKIT DI DUNIA DAN KERUGIAN YANG BESAR DI AKHIRAT NANTI. TETAPI DEMI MELAYAN PUJUKAN NAFSU SYAITAN DAN IBLIS MEREKA RELA LAKUKAN.

INGAT PESANAN ULAMA PONDOK : HARAM BERI UNDI KEPADA PAS KERANA MEREKA ADALAH PEMBELOT KEPADA AJARAN AGAMA ISLAM YANG SEBENAR.

Unknown said...

Nihlah ngok2 dlm FuCakaTan haramjadah....

Anonymous said...

Memang inilah yg kita semua bimbangkan.
PAS ingin menang hanya kerana ingin tumbangkan UMNO, bukan kerana nak bangunkan negara, agama dan bangsa.

Mungkin sebab itulah Allah tak bagi PAS berjaya hingga ke hari ni sebab nawaitu tak kena pada tempatnya.

UMNO/BN berjuang bukan utk hancurkan sesiapa. UMNO/BN berjuang utk agama, bangsa dan negara sejak zaman Datok Onn lagi.

Kita baru 56 tahun merdeka... tolak 12 tahun Darurat... baru 44 tahun hidup aman selepas beratus-ratus tahun di jajah dan di zalimi oleh bangsa asing. Kenapa kita nak hancurkan kembali keamanan yg baru berputik ni?

Anwar Ibrahim umpama Hamid Karzai- orang buangan dari Kerajaan Mujahiddin tp kerana Taliban buat onar, Barat gunakan proksinya Karzai utk menjajah Afghanistan. Tengok apa dah jadi dgn negara tu sekarang?
Anwar juga adalah proksi Barat. Dia dah banyak ambil duit Barat.
Wahai saudara2 ku penyokong PAS... bukalah mata... janganlah kerana dendam generasi dulu, kita generasi sekarang berbalah. Marilah kita selamatkan negara kita dari penjajahan asing sekali lagi.

Anonymous said...

kahkah harun din..harun din ulamak DAYUS tu ke..yg pandai jampi nk halau hantu ke..kahkahkah..lawak2 ulamak harun din ni..hg ada tel0q x harun din..alah lama2 harun din ni pun perangai mcm niki ajis la juga jadinya...

Anonymous said...

Menang pun huru hara kalah pun kacau bilau.Lu pikirlah sendiri 24 jam lagi.

Anonymous said...

DEPA BERPAKAT UNTUK MENJATUHKAN UMNO. CELAKA LAH MEREKA INI.....HIDUP UMNO

tahikucing said...

Pas harus siasat kes Zina datu mustapa ali,bicarakan mengikut syariat Islam hudud dan jika terbukti benar Zina itu berlaku maka hukum REJAMlah para penzina yg terlibat tanpa mengira bulu.Beranikah PAS menghududkan Stopas..Cakap beribu dalih tak abis abis..

Anonymous said...

Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan malaysiakini

Freemalaysiakini2.com

Anonymous said...

emmm..angin kekiri..diapun kirila..emm..angin kekanan..diapun kananla..emm tdk pulak..angin keblakang..diapun blakangla..emm..tukar lg..angin kedepan..dia depan pulak..pasni angin keatas..GERENTI diapun atas pulak..
PAS..parti PUSING ASAL SELAMAT bro..

Anonymous said...

hudud ni umpama disimpan di bilik setor pas. bila rasa diperlukan, buka pintu setor dan bawa keluar.

nizar komunis pernah dengan riak dan bongkaknya kata hudud hanya untuk negara seperti pakistan etc. malaysia tak sesuai. itu dia cakap masa jadi mb perak dulu. skrg apa pula dia cakap.

semasa prk parlimen kuala terengganu pada 2009?, pas bawa keluar hudud dari setor dan gunakan isu itu untuk menang. depa nampak isu ni boleh dijadikan senjata, itu saja.

Anonymous said...

Berhati2 dgn blog nie...kpd para pembaca harus kaji stp isu yang berlaku.sy tengok blog seupama ini ingin melaga-lagakan antara PKR dan PAS.....harus waspada!!!jgn mudah terpedaya..

Anonymous said...

Dekat2 dgn pilihanraya nie puak2 UMNO cuba sedaya upaya hancurkan hubunganPAS, DAP, dan PKR.SEbenarnya mereka dah abih modal sbb tu buat blog yang mcmnie.Berhati2lah dlm mengeluarkan statement dan komen.Ingtt!Allah melihat apa yang kita semua lakukan.

Anonymous said...

Siapa yg perlu hancurkan hubungan trio dap pas pkr. Chegubard sendiri yg dah cakap AI tu nak sogok dia.. Yg video Stopa tu pun, sampai sekarang tak tahu siapa sebenarnya yg buat..mmg dah internal issue antara mereka sebenarya main tikam menikam. DAP sendiri mmg anti Malay dan Islam (DAp tak saman pun Razali Abd Rahman yg mendedahkan sikap sebenar DAP) DAP PAS mmg tak sebulu dgn ideologi mrk - tak payah siapa pun nak gores apa2. Kalau ikut Quran mmg dah cakap ada manusia ni yg menyembah taghut pemimpin palsu. Mereka sendiri merelakan diri dan negara dipergunakan dan tak menjadi hal bg mereka ini