Sunday, May 12, 2013

PERCAYA TAK...? PRU 14 BN-UMNO Masih Belum Mampu Rampas Selangor... Tengok Data Pengundi Cina Ini

Jadual berikut adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi DAP untuk Parlimen dan DUN .


Keputusan Pilihanraya baru-baru ini menunjukkan Barisan Nasional (BN) telah kehilangan sebilangan kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihanraya sebelumnya. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak menganggap keputusan ini adalah kesan dari apa yang dikatakan 'tsunami Cina' .
Beberapa tokoh politik dari Pembangkang pula berpendapat sebaliknya, malah Merdeka Center selaku sebuah badan analisis bebas turut menyatakan pandangan Najib berkenaan 'tsunami Cina' adalah tidak tepat.

Penulis walau bagaimanapun lebih bersetuju dengan pandangan YAB PM berdasarkan corak sokongan kaum Cina terhadap BN sepanjang tempoh 2008 hingga 2013.
Majoriti kaum Cina sebelum tahun 2008 dilihat agak pasif dengan perkembangan politik tanah air malah mereka tidak menentang atau menunjukkan sokongan kepada Pembangkang secara terbuka....

Kegagalan Barisan Nasional pada Pilihanraya tahun 2008 dalam memperoleh majoriti 2/3 kerusi parlimen merupakan titik tolak momentum sokongan kaum Cina terhadap parti Pembangkang, tambahan pula PAS dilihat boleh berkompromi dengan gabungan DAP dan PKR dalam soal-soal perjuangan parti itu yang berteraskan Islam.
DAP yang merupakan parti majoriti kaum Cina mendahului PAS dan PKR dalam jumlah kerusi parlimen yang dimenangi iaitu sebanyak 38 kerusi.
Dalam konteks negeri Selangor [rujuk jadual atas tadi], DAP telah bertanding di 4 buah kerusi parlimen yang majoritinya pengundi Cina iaitu Serdang, Puchong, Petaling Jaya Utara dan Klang.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula , DAP turut bertanding di kawasan yang majoritinya pengundi Cina iaitu Sekinchan, Kuala Kubu Baru, Teratai, Kinrara,Damansara Utama, Kampung Tunku, Balakong, Seri Kembangan, Subang Jaya, Bukit Gasing, Sungai Pinang, Pandamaran, Kota Alam Shah, Teluk Datuk, dan Sungai Pelek. DAP menang di semua 15 kerusi DUN dan 4 kerusi Parlimen yang ditandingi.
Jadual diatas adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi PAS untuk Parlimen dan DUN .
Jadual diatas adalah bilangan peratusan bagi pengundi Cina di kawasan yang ditandingi PKR untuk Parlimen dan DUN .
Daripada jadual yang ditunjukkan di atas, daripada 22 kerusi parlimen Selangor yang ditandingi Pakatan Pembangkang,  7 kerusi Parlimen dengan peratusan pengundi Cina 41-51% disapu bersih (100%) oleh Pakatan.

Bagi kerusi Parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina sebanyak 31-40%, daripada 6 buah kerusi yang ditandingi Pakatan Pembangkang, 5 kerusi berjaya dimenangi (83.3%) .
Manakala untuk kerusi Parlimen yang mempunyai peratusan pengundi Cina sebanyak 21-30% dan kurang, Pakatan berjaya memperoleh 5 buah kerusi daripada 9 yang dipertandingkan dimana peratus kerusi yang dimenangi semakin berkurangan iaitu sebanyak 55.5%.
Dari data yang ditunjukkan di atas agak jelas apabila peratusan pengundi Cina yang semakin berkurangan di kerusi parliamen yang dipertandingkan, peratus kemenangan Pakatan Pembangkang juga semakin berkurangan.
Pola pengundian yang serupa turut ditunjukkan bagi kerusi DUN yang dipertandingkan . Bagi DUN yang mempunyai 60% dan keatas pengundi Cina, Pakatan Pembangkang memperoleh kesemua kerusi yang dipertandingkan (100%). 9 DUN yang mempunyai 51-60% pengundi Cina turut disapu bersih (100%) oleh Pakatan Pembangkang.
'Trend' yang serupa (100%) dituruti oleh pengundi di 3 DUN yang mempunyai 41-50% pengundi Cina. 'Trend' ini masih tidak menunjukkan perubahan di 6 DUN yang mempunyai 31-40% pengundi Cina apabila Pakatan Pembangkang memperoleh kemenangan di kesemua tempat.
Walau bagaimanapun, pola pengundian berubah di 32 DUN yang mempunyai peratus pengundi Cina yang rendah iaitu dalam lingkungan 1-30%. Pakatan Pembangkang berjaya memperoleh 20 kerusi daripada 32 yang DUN yang dinyatakan iaitu sebanyak 63.5%.

Dari corak pengundian yang ditunjukkan untuk DUN dan Parlimen , kenyataan Najib bahawa 'tsunami Cina' adalah tepat memandangkan BN langsung tidak memenangi sebarang kerusi untuk DUN bagi kawasan yang mempunyai peratus pengundi Cina dalam lingkungan 31-60%.
Faktor kemenangan BN di kawasan yang peratus pengundi Cina yang rendah (1-30%) dibantu sokongan pengundi-pengundi Melayu dan India. Kekalahan BN di kawasan yang mempunyai peratus pengundi Melayu yang tinggi pula boleh dijustifikasikan sebagai pengaruh PAS itu sendiri terhadap pengundi-pengundi Melayu selain mempunyai beberapa 'kubu kuat' yang terus dikekalkan.
Kesan pengaruh PAS ini boleh dilihat apabila berlaku pertembungan antara calon PAS dan PKR di Kota Damansara yangmenyebabkan pecahan undi yang memberikan kelebihan kepada BN untuk menang di kerusi DUN itu .
Walaupun BN berjaya memenangi 12 kerusi DUN Selangor, kebanyakkan majoriti yang diperoleh semakin berkurangan, ini mungkin berlaku disebabkan kehilangan sokongan minoriti pengundi Cina di kawasan itu. 
Oleh yang demikian, 'Tsunami Pengundi Cina' seperti yang dinyatakan oleh Najib adalah berasas kerana ia merupakan faktor utama kegagalan BN memperoleh majoriti 2/3 apabila senario politik negara melihat peralihan besar sokongan kaum Cina terhadap parti Pembangkang.
Riak-riak sokongan ini boleh dilihat selepas PRU-12, kaum Cina lebih terbuka membantah dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan malah bersama-sama menyertai demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan Pembangkang. Senario ini tidak pernah berlaku semenjak pilihanraya tahun 1969....
Kredit-KLPos.com

31 comments:

Anonymous said...

Saya harap orang melayu yang mengundi pkr dam pas akan insaf. Hanya umno-bn yang memperjuangkan nasib melayu dan islam.

SR said...

Mereka Center?? Bkn tu proxy anuwaq ke..mmg laporan dia akan berat sebelah..

Anonymous said...

Betul la tu tsunami cina. Jadi orang melayu yang waras kena la menyokong sesama melayu....beli barangan keluaran bumiputera. Asal bukan cina.

Cencaluk said...

Tak ada apa yang mustahil apa yang pasti UMNO mesti memencilkan kawasan yang kalah untuk pengajaran kepada mereka.

Selagi tak diberikan pengajaran yang secukupnya mereka semua ini tidak sedar

Selama ini MCA dan UMNO serta MIC sibuk membantj rakyat tak kira apa pegangan parti mereka sedangkan pembangkang berpolotik sepenjang 5 tahun tanpa pedulikan nasib rakyat

Jadi kali inilah biar YB yang mereka pilih bantu mereka pula kita lihat sahaja

Aku rsa cukup 1 1/2 tahun pasti rakyat akan lihat kebaikan kerjaan BN.

Aku ubahnsikit pepatah.

Biar mereka susah dahulu nanti kalau dah sedar baru kita bagi diaorang senang kemudian.

Anonymous said...

Kesian kat org2 Selangor mereka nak UBAH sbb dah lama derita. Tp orang luar Selangor balik kampung pangkah PR dahtu balik ke negeri perintahan BN dan enjoy kemakmuran dan kemudahan di tempat orang biarkan saudara kat kampung menderita 5 tahun lagi..ish..ish..ish tak patut

Anonymous said...

Sbnrnya boleh. Yg perlu ada ialah kesedaran org melayu sendiri. Org cina mempunyai nisbah pengundi berdaftar paling tinggi. Bermakna ramai org cina yg layak, terus mendaftar. Sehinggakn sorang nyonya baru2 ni ckp, ini kali pertama die ngundi. Nmpk x kesungguhan kaum keluarga dieorg daftarkn nama nenek tu utk ngundi. Org melayu pn patut buat cmtu, angkut atuk nenek, cucu cicit yg layak, utk mendaftar. Pastu bila masa ngundi, pastikan tiada yg tercicir. Tpi jgn plak yg daftar tu lagi ramai undi PR....xde gunanya juga.

Anonymous said...

Ya Melayu kena lindung Melayu cukup2 lah baik sangat dan beralah.Semua Melayu berpakat daftar mengundi secepaf mungkin 5 tahun tu tak jauh pejam celik pejam celik jer..
Kerajaan kena beri insentif pada kaum Bumiputra untuk berniaga dan perkilangan secara francis ker contoh Toyota UMW,Proton, Perodua buka cawangan servis kereta secara francis.....Pinjaman bank berniaga kerajaan gesa bank jangan kenakan pinjaman melebehi 3%.

Anonymous said...

Melayu skrg ramai nak escapism. Dgr kuliah skit,gelak2,ada lawak lucah terus rasa mcm ada PhD dlm syariah. Pastu hentam org lain sesedap rasa.

Dgn dap kapir harbi mencicit takut lak. Bodoh x dpt diajar.

Anonymous said...

macam tmpat aku ...asalnya pekampungan melayu 99%...sejak akhir2 ini banyak tanah orang kampung jual sbb harga mahal..tauke cina beli...lpastu buat projek perumahan mahal/mewah yg mampu dibeli oleh golongan mereka..bayangkan la..dalam beberapa ekar saja boleh berpenghuni beratus orang..sedangkan asalnya seekar je cuma ade sebiji rumah melayu

Anonymous said...

elok desak agar kerajaan memansuhkan sistem kouta di IPT. Dgn syarat kelayakan pada mrk yg mempunyai sijil berhenti dari sekolah rendah dan menengah kebangsaan sahaja. Sekolah dr Jenis (?) tidak diterima pakai, kerana sy rasa sekolah berjenis2 tidak diperlukan Malaysia ini lagi. Mata pelajaran bahasa cina, bahasa tamil , Mata pelajaran Agama Islam diselaraskan. Dimana pada masa mata pelajaran itu dijalankan murid2 akan pergi ke dewan masing2 utk mepelajari subjek pilihan bangsa masing2. dwi kantin dgn 1 dewan makan juga diwujudkan. Mata pelajaran moral diwajibkan ditanda di dalam sijil persekolahan dan universiti dimana Plkn menjadi subjek penentu.tawaran kan pada sjk/srjk yg wujud skrg ini dgn syarat pelajar2,guru2 melayu dan ustaz harus diserap ke bekas sekolah sjk/srjk dan sistem diatas dijlnkan dan separuh guru2 cina di sekolah itu diserap kan di sekolah kebangsaan lain. Nama asal sekolah buleh dikekalkan tak da hal kita bukan melayu rasis yg spt mrk dakwa. tapi pada mrk yg berdegil nak kekalkan juga srj/srjk kerajaan harus hentikan dana ke sekolah2 yg degil itu dan sedarkan mrk bahawa sistem kouta tidak wujud lg bermakna hasrat mrk ke ipt juga tiada lagi.

https://www.facebook.com/pages/Kuasa-Pembeli-Pengguna-Melayu-Islam-KPPMi/127025924161565?hc_location=stream

rizal said...

Selagi hak istimewa org melayu tk dihapuskan selagi timbalan perdana menteri atau perdana menteri tidak dipilih dr bangsa cina selagi itula mereka tidak sokong bn...matlamat mereka org cina mereka inginkan hak istomewa org melayu dibahagi samarata dgn bangsa lain ....selama kita merdeka dh mcm2 kerajaan memberi peruntukan utknorg nkn melayu sekarang mereka sudah tamak tidak puas dgn kekayaan mereka kali ini mereka mahu menguasai politik malaysia.......mereka sudah tahu seandainya mereka berjaya menguasai politik mereka bebas melakukan apa saja aku nak ingatkan pd najib cara dan jalan penyelesaian semua ini umno harus berunding dgn pas utk membentuk sebuah kerajaan islam umno harus bertolak ansur dgn pas demi mengekalkan kekuatan islam dimalaysia tidak kah kita sedar kejatuhan empayer islam andalusia adalah berpunca perebutan kuasa sesama islam.....ulama palsu memecah belah rakyat menghantar perempuan dan hiburan yg melalaikan ini la strategi musuh islam utk melemahkan umat islam mereka mengambil masa yg lama utk meracuni pemikiran org islam ketika itu.....inilah yg sebenar terjadi dimalaysia pelacur dr cina telah masuk ke negara ini inilah strategi melemahkan org islam ...ustaz2 yg menuntut dr luar negara mereka menuntut ilmu dr negara mesir jordan iran dr negara arab yg membawa bermcm2 fahaman kemudian mereka menyebar pula fahaman dinegara kita dgn fahaman syiah ....dan mcm2 fahaman lagi ini semua perancangan teliti dr musuh2 islam......akhir sekali berpecah la org islam...inilah yg harus kita sedarkan....sekiranya najib berjaya menyatukan org pas dgn umno nescaya islam bertambah kuat dimalaysia kuatkuasakan undang2 islam...mahu atau tidak org bkn islam terpaksa juga ikut kehidupan cara islam....

Anonymous said...

Saya setuju dengan saudara Rizal.....Melayu Islam dan semua Islam kat MALAYSIA BERSATU dan perintah ikut cara Sunah dan Al-Quran...mereka yang lain akan ikut juga jika tak pindah negara lain- Danial Cool

Anonymous said...

Saya rasa PRU14 kaum Cina takkan sokong BN selagi tak dapat kesamarataan dan nak pegang no.1 tu.... Jadi Najib wajib salurkan segala bantuan insentif dan  intensif latih orang Melayu berniaga dan bijak wang.Melayu beli barang Melayu atau khidmat Melayu.Di peringkat universiti pelajat Melayu kena belajar pandai2 jangan asyik berpolitik melawan kerajaan nanti tak grad jadi haprak macam ada la orang tu heheh...

Anonymous said...

Apakah ini bermakna kaum cina neh menetas dgb byknya ke?...tapi kalo tgk pada golongan cina moden mrk xpunya ramai anak...

Timbul keraguan jugak krn tetiba mnjadi 'ramai'...apakah pengundi hantu yg puak sepet ini salak2an mmg wujud dan yg sbnrnya mungkin pihak mrkla yg amalkan...semoga pihak yg berwajib siasatla...

Dan org Melayu..pada pemimpin UMNO dekatila anak2 muda kite..jgn buat program syok sndri,,,huha huha sekadar mncari publisiti, kemudian anak2 muda ditinggalkan..

Lihat bgmana PAS, DAP mndekati anak muda secara berterusan..wlpon byk auta tapi krn dakyah yg berterusan dpt memikat hati ...

lalulalang said...

Oleh kerana Melayu tak mahu bersatu padu dlm Umno maka Melayu PR akan bergabung dengan DAP utk menubuhkan kerajaan pd PRU 18.Orang Cina akan mdpt sebanyak banyak hak yg mereka mahukan,orang Melayu akan dipinggirkan secara meritokrasi dan sistematik.Teruskan perpecahan sesama bangsa dan agama dan bersedialah utk dikuli-hamba-abdikan di Tanah Melayu sendiri.

Anonymous said...

bila CINA naik tocang, meLAYU tunggang langgang, bila CINA sudah goncang, meLAYU pun siap2 lerrrr serang.....MELAYU BANGKIT!!!!!!

Anonymous said...

Melayu dah pecah tiga. Cina tidak berpecah dan solid sokong DAP. Perbalahan antara Mahathir dan Anwar adalah puncanya.

Anonymous said...

https://www.facebook.com/SenaraiBaranganMelayu

SENARAI BARANGAN MELAYU

1.RotiGardenia (SyedMokhtar Bukhary)
2.Bihun JatiBernas (Syed Mokhtar Bukhary)
3.Tesco Malaysia (SIME DARBY)
4.Alif Minyak Masak (SIME DARBY)
5.Tiara Minyak Masak (FELDA)
6.Saji Minyak Masak (FELDA)
7.Saji Susu Manis Pekat (FELDA)
8.Saji Susu Manis Cair (FELDA)
9.Saji Magge Sajimee (FELDA)
10.Saji Mayonis SajiMayo (FELDA)
11.Pelangi Marjerin (FELDA)
12.Pelangi SosCili (FELDA)
13.Pelangi Sos Tomato (FELDA)
14.SunBear Jem Peanut (FELDA)
15.Sardin Agromas
16.Sardin Pertima
17.Kopi Hang Tuah
18.Kopi Che Nah
19.Sufi Bihun
20.Sufi MiKuning
21.Sufi KueyTeow
22.Sufi Garam
23.Sufi Sos Lada Hitam
24.Sufi Sos Cili/Tomato
25.Sufi Kicap Masin/Manis
26.Sufi Tepung Goreng
27.Sufi Minyak Masak
28.Sufi Telur Cap
29.Ubat gigi Najwa
30.Halagel Ubat gigi
31.Halagel Garam
32.Tepung gandum Cap Bidara
33.Tepung gandum Faiza
34.Safina Jus minuman
35.OrangKampung Jus LongJack
36.OrangKampung Jus Kacip Fatimah
37.OrangKampung Jus Chantek
38.OrangKampung Jus 3G Isotonik
39Jalen Kicap Manis
40.Jalen Kicap Lemak
41.Jalen Kicap Masin
42.Jalen Sos Cili
43.Jalen Sos Tomato
44.Jalen Sos Tiram
45.Jalen Cuka
46.Jalen Taucho Salted Soy Bean
47.Jalen Kordial Sirap
48.Jalen Kordial Oren
49.Jalen Kordial Barli
50.Jalen Kordial Sarsi
51.Jalen Kordial Laici
52.Jalen Kordial Anggur
53.Jalen Kordial Mangga
54.Dadih Yess
55.Syampoo D'herbs
56.Mydin
57.MyMart (kedaikeluaran Mydin)
58.Bihun Kampung
60.PETRONAS
61.BHP PETROL

SENARAI BARANGAN CINA dan SEKUTU DAP

1.Tepung Gandum Cap Sauh
2.Sri Murni Minyak Masak
3.Sri Murni Nugget
4.Sri Murni Telur
5.Marina Nugget
6.Marina Tuna
7.Aminah Hassan Sos Cili
8.Aminah Hassan Sos Tomato
9.Aminah Hassan Bihun
10.Roti Massimo
11.PowerRoot Extra
12.PowerRoot Ginseng Tongkat Ali
13.PowerRoot Hani Kurma Madu Dates
14.PowerRoot Ali Café
15.PowerRoot Per’L Kacip Fatimah
16.PowerRoot Oligo Malt
17.PowerRoot 9spot Isotonic
18.PowerRoot Ali Tea
19.PowerRoot Oligo Cereal
20.Malta
21.NutriMalt
22.Teh Cap Masjid
23.Teh Guru Cap Masjid
24.Pau Ahmad
25.Old Town White Coffee
26.Pasaraya EconSave
27.Pasaraya KK mart
28.Pasaraya 99 SpeedMart
29.Pasaraya EconMart
30.Minyak Knife
31.Minyak Buruh
32.Minyak Naturel
33.Minyak Daisy
34.Drinho ALL DRINKS
35.Isomax Isotonic
36.HomeSoy
37.Farm Crows Butter

Anonymous said...

KENAPE PERKARA INI BERLAKU? CITA-CITA DAN HASRAT INI TELAH DIAPI-APIKAN OLEH LAHANAT TUA YANG MENDURHAKA KEPADA BANGSA, NEGARA DAN AGAMA ISLAM ALJUBORI.
SELAGI ALJUBORI INI MASEH BERGIAT DAN DIBIAR ORANG TUA INI BERGIAT MENGHASUT, DAN KERAJAAN TIDAK AKAN MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN SEBAGAIMAN SEKARANG, BERMAKNA TIDAK MUSTAHIL DATUK NAJID AKAN MENJADI KETUA PEMBANGKANG DALAM PRU KE 14 NANTI. JANGAN TAKE FOR GRANTED. KESIANLAH DIRI ANDA BERBANGSA MELAYU, BUMIPUTRA DAN PARA PENYOKONG BN.

Anonymous said...

Kalau dapat senarai itu lebih tersusun mengikut jenis perniagaan dan kategori barangan contoh pasar raya ..apa list nya...stesen minyak...apa..barang makanan asas...apa..dan sbgnya..kemudian kita upload kat blog dan bolih print screen..Apa2pun terima kasih daun keladi

Anonymous said...

Boleh download kat FACEBOOK tak senarai ni...Terima-kasih

Anonymous said...

Kalau nak katakan Cina ke depan dan Melayu ditinggalkan adalah kerana 3 perkara..

1. Quality pendidikan. Cina pakai UEC..Melayu pakai SPM. Harus tukarkan ke O level untok melompat kedepan dalam pendidikan.

2. Issue Bank. Ramai anak muda Melayu yang masuk buisness ada technical knowhow tapi financial knowhow kurang terus bankrupt dan kena blacklist. Tukar Akta Bankapsi supaya dia orang boleh bangkit balik secepat mungkin.

3. Issue tanah. Rumah mahal macam nak mampus sebab pemaju dan bank pakat main harga tanah. Tukar hak milik kekal ke leasehold 60 tahun dan harga rumah dengan sendiri akan menjunam.

Kalau nak mengatasi mamana perjuangan mesti pakai strategy yang kukuh dan berkesan. Tak guna masuk perang membabi buta. Kalau Melayu kukuh dari segi pendidikan dan ekonomi..boleh lah berdikari dengan kukuh.

Anak Yayasan Selangor Sejati.

Anonymous said...

mereka berjuang nk dapatkan hak yg sama rata dengan melayu dapat ?

budaya mana dorang belajar ? adat mana dorang ikut ? dorang lupa ke , siapa dorang tu ? asal mana dorang tu ? DORANG HANYALAH PATI ! Kalau nak bercakap pasal hak , kita beri dorang duduk menetap , beranak pinak , mati ,melantak , tido kat tanah ni pun itu dah sebesar2 HAK yg kita izinkan dan kita rela kongsikan . Tuan2 , saudara2ku yg melayu islam , cukuplah , 55 tahun dari datuk nenek kita beralah dengan bangsa yahudi ke 2 ini . Lupakah kalian , siapakah yang paling ramai menyertai MPAJA(malayan peoples anti japanese army) & PKM (parti komunis malaya)dahulu ? Bangsa apakah yang banyak membunuh datuk , pakcik atau saudara kita yg berkhidmat sebagai askar british , polis british , askar & polis malaysia ketika peristiwa darurat berlaku ? KALAU ORG YG MENUMPANG DI RUMAH KITA SUDAH MULA BESAR KEPALA DAN MEMBUAT ONAR , SEGERALAH KITA BERSIAP SEDIA MENYUSUN STRATEGI UNTUK MENGAJAR PETUALANG2 INI SEHINGGA PENGAJARAN UNTUK 7 KETURUNAN MEREKA .


Salam ingatan & waspada buat semua saudara sebangsa dan seagama ku .BUMI HANG TUAH INI AKAN KITA PERTAHANKAN DENGAN APA CARA SEKALIPUN , DARIPADA BERPELUK TUBUH MEMBIARKAN ORANG MENGINJAK2 MARUAH DAN KEPALA KITA . BIAR PUTIH TULANG , JANGAN PUTIH MATA .

Anonymous said...

Bab nak ajar orang Cina ni teman amat setuju.Tiada kompromi.Bersatu Melayu!

Anonymous said...

jika PRU berjalan secara bersih n adil ... apakah UBN masih mampu bertahan!

Anonymous said...

KOS barangan harian semakin naik... ekonomi semakin merudum.... kos hidup tinggi, kualiti perkhidmatan curut.... apakah kerajaan UMNO/BN akan betahan?

Anonymous said...

Cuba pikir baik2. Adakah isu harga barang n kos hidup yg tinggi ni berlaku di negeri yg majoriti melayu @ cina? Jk eknomi negeri dipegang n dikuasai oleh Melayu, xde masalah harga barang melambung. Islam dah tetapkan brp untung siling yg boleh diambil. Peniaga x boleh untung melampau. Hrga barangan naik n turun hanya manipulasi peniaga yg tamak n mp agenda tsirat mengkucar-kacirkan negara.

Anonymous said...

bangsa ni akan ambil kesempatan dlm perpecahan org melayu. mrk mmg sepakat. ambil cth mudah, setiap kali org melayu nak sambut puasa atau raya pasti harga ayam naik. tp time dia raya x de satu pun brg naik. malah sayur2 murah giler. kita ni layak ambil kesempatan beli brg murah jer. so fikir fikirkan la bangsaku. mrk dah kata "spore boleh keluar dlm masa beberapa tahun jer. penang boleh dpt dlm masa beberapa dekad. sgor tu proxy, yg lain tu just wait katanya"

izwan said...

Salam.pas bukan tanak bersatu ngan umno.tp pas taknak dikhianati untuk yg kesekian kalinya.apa kata saya syorkan umno masuk pas atas nama islam dan melayu.comf pas sejutu 100% w salam

Anonymous said...

Sy harap semua org Melayu terus menyokong dan mengundi umno/Bn dlm pru14 nanti. Ini kerana umno adalah satu-satunya parti yg telah membela org Melayu hingga semua org Melayu menjadi bijak pandai dan kaya raya. Umno lah juga yg memberikan tanah kpd org Melayu. Buktinya semua org Melayu ada baju, motosikal, simpanan 20 ke 30 sen, anak ramai dll.Pendek cerita memang semua yg org Melayu ada ialah jasa umno. Oleh itu tuan puan diharap terus mengundi umno sehingga hujung nyawa. Hidup umno....

Anonymous said...

Sy harap semua org Melayu terus menyokong dan mengundi umno/Bn dlm pru14 nanti. Ini kerana umno adalah satu-satunya parti yg telah membela org Melayu hingga semua org Melayu menjadi bijak pandai dan kaya raya. Umno lah juga yg memberikan tanah kpd org Melayu. Buktinya semua org Melayu ada baju, motosikal, simpanan 20 ke 30 sen, anak ramai dll.Pendek cerita memang semua yg org Melayu ada ialah jasa umno. Oleh itu tuan puan diharap terus mengundi umno sehingga hujung nyawa. Hidup umno....