Saturday, May 4, 2013

Petang Esok Pakatan Pembangkang Akan Buat Huru Hara Sebaik Sahaja Mereka Kalah PRU 13

Melihat dari perkembangan semasa dalam kempen pilihanraya ini, kita semakin yakin bahawa huru-hara yang dijangka sudah hampir pasti akan berlaku selepas PRU-13.

Justeru, difahamkan di beberapa tempat, penyokong-penyokong BN telah pun mengadakan solat hajat memohon perlindungan Allah SWT dari segala bencana. 

Sungguh ironi sekali kerana di masa yang sama, pihak PR pula didoakan oleh pihak gereja Jerusalem di Israel.  

Pembangkang memulakan langkah pertama untuk mencetuskan dengan menimbulkan provokasi dengan mengumpan pihak Barisan Nasional bertindak balas.  Antara langkah yang diambil ialah: 

26 April – Seroang kanak-kanak 11 tahun cedera dibelasah pembangkang kerana mengaku menyokong BN di Felda Teloi Timur, Baling.

28 April – Sofian Abidin dipukul pembangkang kerana memakai baju T berlogo BN dekat pekan Tanjung Dawai.

2 Mei - C. Padiapan, 50, bertugas mengawal khemah BN di Taman Halia, Lunas cedera parah dipuluk penyokong pembangkang.

2 Mei – Seorang ahli bomba sukarela di Taman Merak Jaya, Seberang Perai Tengah bakal hilang penglihatan mata kiri akibat dibelasah pembangkang. 

Selain belasah, pembangkang juga menggunakan bom  petrol untuk membakar Bilik Gerakan di Nibong Tebal dan juga Jelapang Perak. 

Mereka juga bertindak membakar khemah-khemah BN di Bakar Bata Kedah dan juga Batu. 
Walaupun mereka tidak jemu-jemu mencabar, Alhamdulillah, pihak BN tidak termakan umpan tersebut. Malah, BN terus berkempen dengan cara biasa iaitu mewar-warkan janji yang pasti ditepati di samping mengingatkan rakyat akan siapakah pembangkang yang sebenarnya. 

Memandangkan mereka masih belum berjaya membuat BN bertindak balas, maka mereka meneruskan ke langkah seterusnya iaitu mereka-reka isu bagi mempersoalkan kredibiliti SPR.  Antaranya:

menuduh warga asing yang sedang beratur di lapangan terbang sebagai ‘pengundi hantu’ yang dibawa oleh BN. 

mempersoal kredibiliti dakwat kekal yang sebelum ini diperjuangkan mereka. 

menyebar berita palsu dengan menuduh kerajaan akan menghalang mereka mengundi terutama kaum Cina dan menyuruh mereka mencetak semakan pemilih untuk disimpan sebagai bukti. 

mewar-warkan kepada pemberita dan kerajaan asing konon pilihanraya Malaysia tidak bersih dan merayu mereka menjadi pemerhati. 

Kesemua ini adalah bukti kukuh bahawa Pembangkang yakin yang mereka akan kalah.  Sehubungan dengan itu, mereka giat merancang huru-hara bagi menolak keputusan pilihanraya.  

Apa yang dijangka ialah mereka akan menggunakan cetakan semakan daftar pemilih yang telah dipalsukan untuk menuduh SPR tidak telus dan seterusnya mencetuskan kekecohan.

Kekecohan ini akan berlaku di beberapa tempat sehingga bertukar menjadi pergaduhan dan seterusnya kecederaan.  Ini penting bagi memberi ‘impak’ kepada bantahan mereka.   

Dijangka juga akan berlaku satu kejutan yang melibatkan serangan ke atas individu yang berpengaruh di dalam pembangkang bagi meraih simpati dan bagi mengesahkan kononnya BN bermain kotor. 


Kemudiannya, Ambiga dan SUARAM akan muncul kembali membawa isu BERSIH dan Keadilan.  Pada ketika ini juga pembangkang akan meminta bantuan asing secara besar-besaran bagi memberi tekanan kepada kerajaan. 

Akhir sekali mereka akan mengumpulkan seramai mungkin penyokong mereka untuk membuat huru-hara menolak keputusan pilihanraya.  Ia akan dilakukan secara berterusan sehingga Bangsa-bangsa Bersatu memberi amaran kepada kerajaan. 

Sekiranya ia masih gagal menjatuhkan kerajaan, maka suntikan semangat baru akan diberi untuk terus menyemarakkan kemarahan penyokong mereka. Untuk itu, tidak mustahil mereka akan mengarahkan penyokong mereka berbuat sesuatu yang memaksa pihak berkuasa bertindak keras.

Tindakan keras pihak berkuasa akan diwar-warkan sebagai bukti kekejaman sehingga penyokong yang lain menjadi hilang kawalan akibat kemarahan yang meluap-luap. 

Kebencian dan perkauman akan terus disebar pada waktu ini sehingga negara lumpuh dan kerajaan menjadi lemah.  

Sebenarnya, langkah kejatuhan kerajaan dalam cara yang sama telah berkali-kali kita saksikan melalui ‘Arab Spring’.

Apa yang terjadi seterusnya adalah ‘klasik’ iaitu anak kehilangan bapa, bapa kehilangan keluarga, orang ramai kehilangan pekerjaan, hilang tempat tinggal, barangan asas sukar didapati, bank-bank ditutup, kedai-kedai diceroboh, kecurian berleluasa dan seterusnya.  

Jika selama ini kita hanya menontonnya di televisyen dan membacanya di akhbar dan internet, tetapi hari ini, senario ini sudah hampir pasti melanda kita.  Untuk itu, penyokong-penyokong pembangkang perlu bertanggungjawab kerana enggan mendengar nasihat kita agar tidak mempercayai pemimpin mereka.

Apapun, yang penting kita telah mencuba sedaya upaya untuk menyedarkan mereka. 

Maka apa yang dapat kita lakukan di saat-saat akhir ini hanyalah berdoa agar dijauhkan dari mala petaka angkara saudara-saudara kita di dalam Pembangkang. 

6 comments:

Anonymous said...

aku sentiasa berdoa kpd ALLAH agar memberi kemenangan dipihak BN.dan aku tak terkejut Anuar Ibrahim diberitakan masuk hospital Tampoi kerana serangan sakit jiwa bila keputusan undi tidak menyebelahi PR

Anonymous said...

Wahai pelajar-pelajar Islam yang akan mengundi esok...sedarlah dan bukakan hati dan minda kamu.. dan sentiasa berlapang dada....janganlah keputusan kamu nanti disaluti dengan emosi. Perjuangan PAKATAN RAKYAT berhubung dengan kebajikan pelajar ada termaktub dalam BUKU JINGGA (boleh google di internet) yang merupakan asas perjuangan PAKATAN RAKYAT. Namun perlulah kita teliti dan fahami dengan sebetul-betulnya. Antara perjuangan yang dilaung-laungkan dan dipertahankan bermati-matian oleh sebahagian pelajar ialah pemansuhan AUKU dan pendidikan percuma.

PENDIDIKAN PERCUMA

Selain itu, salah satu perjuangan PAKATAN RAKYAT ialah pendidikan percuma. Ini retorik politik semata-mata. Sebenarnya, tiada satu ayat pun dalam BUKU JINGGA yang menyatakan tentang pendidikan percuma begitu sahaja. Apa yang dinyatakan sebenarnya ialah ‘biasiswa berdasarkan merit’. Cuba lihat dalam BUKU JINGGA hlm. 14 dinyatakan “....mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak..”, hlm. 21 dinyatakan “Menyediakan biasiswa pendidikan berdasarkan keperluan dan merit”, hlm. 25 dinyatakan “Menyediakan biasiswa berdasarkan merit...”, dan akhir sekali, bagi mereka yg meminjam pinjaman kerajaan TETAP KENA BAYAR bukannya PERCUMA tetapi dilewatkan 6 bulan shj, cuba lihat hlm. 14.

AUKU

Dalam BUKU JINGGA, berhubung pemansuhan AUKU ini ada dinyatakan di hlm. 14, iaitu:

“Menyertai perjuangan mahasiswa dengan memberi sepenuh sokongan dan bimbingan untuk menghapuskan AUKU dan menuntut hak bersuara dan berpolitik mahasiswa.”

Namun kenyataan TIDAK KONSISTEN dengan kenyataan di hlm. 25 yang menyatakan;
"Meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 demi mewujudkan iklim yang kondusif...”
Jelas bahawa perjuangan untuk menghapuskan AUKU sebenarnya adalah tidak benar. Sebenarnya, apa yang dilaung2kan dlm pendidikan percuma dlm manifesto2 PR hanyalah utk mengaburi mata kamu Sedarlah akan penipuan ini!

Perjuangan Malaysian Malaysia yg diperjuangkan oleh DAP dan di dokong oleh PR inilah sebenarnya yg akan menjahanamkan orang Islam di Malaysia...dan bermati2an dipertahankan oleh sbhgn pelajar2 Islam kita dengan angkuh dan bangganya. Tidakkah mereka sedar atau memahami Buku Jingga bhw apa yg dinyatakan di dalamnya adalah "biasiswa berdasarkan merit" yg bermaksud jika PR menang nanti semua pelajar2 di Malaysia tanpa mengira kaum akan bersaing sesama sendiri berasaskan merit tanpa berdasarkan kuota bumiputera lagi...dan yg pasti kaum lain lah yg ramai memenuhi seluruh IPTA di Malaysia memandangkan prestasi mereka yg tinggi selama ini berbanding dengan pelajar2 Islam kita. Sedarlah.. selama ini ramai pelajar Islam di IPTA di seluruh negara adalah kerana diselamatkan oleh sistem kuota yg diamalkan oleh kerajaan. Persoalannya, adakah pelajar2 Islam skrg ini mampu bersaing secara terbuka dgn kaum2 lain sedangkan kita tahu bhw pelajar2 Islam la yg menjuarai jumlah terbanyak penagih dadah dan lain-lain?..belum lg yg terlibat dgn demonstasi huru hara hingga pelajaran kat universiti terabai. Wahai pelajar2 Islam ..jgn la kamu terpedaya..gunakanlah akal fikiran kamu yg dianugerahkan oleh Allah SWT dgn sebaik2nya..bukannya emosi yg membabi buta demi utk agama, bangsa dan negara. Jgnlah disebabkan kegelojohan, ketaksuban dan emosi keterlaluan itu mengorbankan peluang generasi pelajar Islam selepas kamu utk ke IPTA..bak kata pepatah ' menang sorak, kampung tergadai'..fikir2kanlah...Allahu Akbar!

Anonymous said...

Masalah sistem demokrasi ialah kdg2 sbhg dr pengundi tidak cenderung utk membuat pertimbangan yg cukup.. Mudah dibohongi dgn janji yg kerajann boleh beri kemewahan dan hidup senang lenang dgn begitu sj.. Sebab itu byk negara eropah sebenarnya dah bengkrap secara teknikal..tapi eropah adalah gabungan byk negara2 barat..berbanding kita.. demokrasi sering membuatkan pemimpin yg tak ada kuasa menjanjikan bhw hidup senang lenang percuma itu tanggungjwb kerajaan kpd rakyat.. Rakyat yg tak ada pertimbangan pula mengganggap ini adalah tugas kerajaan dn bole sekali dilakukan tanpa apa2 natijah..apabila hutang negara menjadi semakin tinggi.. Rakyat jg akan dpt padahnya.. Dan pemilihan baru terpaksa dibuat.. Dgn janji2 baru yg didakwa boleh memberi kesenangan rakyat..dan ini boleh berulang beberapa kali..kerana manusia yg tak ada pertimbangan cenderung utk tak mahu terima hakikat sebenar kehidupan.. akhirnya nanti bila hutang negara semakin tak terkawal .. Negara ini terpaksa dijual aset2nya dgn harga pasar borong..dan pd masa itu nasi dah jadi bubur.

Anonymous said...

buka minda anda jangan emosi. berfikir untuk agama bangsa dan negara.selamat mengundi

Anonymous said...

Sama sama lah kita berdoa agar Allah selamatkan rakyat Malaysia dari jadi mangsa huru hara seperti dinegara negara Arab yang lain.

Anonymous said...

bn bodoh.. banggakan la pm korang tuuuu.. lepas ny brsedia la merosakkan agama.. slamat datang fitnah2 seks.. kalau kes anwar korang nk kecoh.. klu kes najib ngan atlantuya korang diamkan... dasar mataduitan.. pentingkan duit drpd agama... dunia.. dunia... jgn smpy rmai yg jd ahli neraka.. prtahankan sgt bn... aurat prmpuan entah kmana.. nk debat psal agma.. ulama pn dftnah.. xtakot neraka??? huhu.. smga ALLAH tnjuk kbnaran...