Friday, May 24, 2013

Pulau Pinang Dan Selangor Akan Jadi HUB Karaoke GRO....? Rumah Urut B2B Akan Bertambah Lagi...?

Kawasan majoriti melayu di semenanjung sahaja ada sekurang-kurangnya 120 kerusi. Manakala kerusi melayu/bumiputera di Sabah dan Sarawak ada 49 kerusi. Dicampur akan berjumlah 169.

Kerajaan melayu/bumiputera masih boleh dibentuk dengan majoriti 2/3. Cuma masalahnya PAS ni.. Nak kata berpegang atas dasar Islam entah. Nak kata assabiyah pun bukan.

Susah nak berunding kalau pegangan politik suku, agama suku macam PAS ni. Dia kata UMNO buat semua tak betul. Macam mana nak bincang dengan Kuali yang kata buntut belanga hitam.

PAS kata nak kuatkan Islam. Kenyataan itu pun sudah dikira salah. Islam memang dah kuat dan suci serta terjaga sehingga kiamat. Yang tak kuat adalah "umat Islam" yang sudah ibarat buih di lautan.

Kalau PAS berijtihad, kuasa boleh digunakan untuk kuatkan umat Islam, kenapa bila sudah ada peluang terbuka untuk umat Islam mendapat kuasa dan  perkuatkan kuasa umat Islam, dengan cara bergabung dan "bersatu" kekuatan, PAS tidak pula cuba menafaatkan peluang tersebut.


Sebaliknya kuasa tak sebesar mana yang PAS ada digunakan pulak untuk bergabung dengan DAP yang jelas menentang Islam. Sanggup pulak sama-sama Islam jadi lemah asalkan "ego" perjuangan kepentingan assabiyah dan kabilah Islam PAS terbela.

Apakah PAS berfikir jika bergabung dan bersatu kekuatan dengan UMNO itu lebih pasti akan dilaknat Allah...? Atau, PAS berfikir bergabung dengan DAP akan lebih membawa rahmat kepada kepentingan dan kekuatan umat Islam seluruhnya, berbanding jika PAS bergabung dengan UMNO?

Kalau benar ini yang PAS fikir, "confirm" PAS tak betul.

Kalau PAS kata prinsip gabungan PAS-DAP ini lebih afdal dan lebih dituntut disisi agama dari gabungan PAS-UMNO, "confirm" PAS telah tersasar kefahamannya.

Jika PAS kata prinsip gabungan "menyusu kera dihutan" ini dibolehkan dan ada disebut dalam kitab muktabar, "confirm" kitab tersebut pasti kitab yang sudah diselewengkan.

Mana mungkin hujah bergabung dengan musuh Islam yang nyata, dibolehkan bagi tujuan menjatuhkan kerajaan yang sedang dipimpin oleh orang Islam. Kalau ada, memang sah kitab tersebut kitab sesat.

Kalau PAS sanggup bergabung demi menjaga keutuhan dan mengembalikan kekuatan umat Islam yang jelas sudah semakin tercabar selepas PRU13, kuasa politik melayu Islam akan bertambah menjadi 154 kerusi di dewan rakyat. Kekuatan penguasa Islam akan ada majoriti 2/3.

PAS berkewajiban untuk turut sama berfikir dan menyumbang bagi memperkuatkan wilayah dan kawasan umat melayu Islam di Malaysia melalui proses persempadanan semula kawasan pilihanraya yang mesti dilakukan menurut perlembagaan setiap 10-15 tahun sekali.

Jika PAS bersedia mendahulukan kepentingan, kekuatan dan kuasa umat Islam di negara ini, dengan mengorbankan lain-lain kepentingan selain dari Islam, sudah pasti tiada sesiapa yang boleh mencabar kekuatan umat Islam apabila UMNO dan PAS bersedia bergabung.

Dalam senario hari ini, bergabung DEMI kekuatan sesama Islam terpelihara dan terbela, walau dalam keadaan apa sekali pun adalah lebih-lebih wajib bagi PAS, mahupun UMNO dari semua keutamaan wajib yang lain.

Bukan saja PAS, malah pengorbanan dari pihak kepimpinan UMNO lebih-lebih wajib lagi dari PAS kerana kuasa pemerintahan sedang berada di tangan UMNO, walaupun ianya tidak kuat.

UMNO jangan hanya meletakkan beban kesalahan kepada PAS semata-mata di atas perpecahan yang wujud. UMNO jangan hanya meminta PAS sahaja untuk memikirkan kepentingan Islam dan melayu dengan meminta PAS bersatu tanpa syarat dengan UMNO.

Kedua-dua pihak, UMNO dan PAS, berkewajiban untuk mengenepikan kepentingan masing-masing, DEMI kepentingan Islam, melayu dan rakyat serta negara seluruhnya.

Kalau "dengan cara pengunduran diri" kedua-dua kepimpinan tertinggi parti boleh membuka jalan dan mencapai perpaduan seluruh umat melayu Islam di negara ini, apa salahnya mengorbankan diri DEMI kepentingan Islam, umat melayu dan rakyat seluruhnya.

Malah, tindakan itu sudah tentu lebih mulia dan terpuji. Ia pasti akan dikenang sepanjang sejarah.

Tun Razak dulu, kaum melayu, cina dan india yang mempunyai latar belakang, resam dan kepercayaan yang sama sekali berbeza pun boleh beliau satukan dengan formula "semua pihak tidak mungkin akan dapat semua perkara dan semua pihak harus bersedia melepaskan sebahagian dari kepentingan masing-masing".

Hari ini, langkah pertama hanya perlu satukan umat Islam melayu terlebih dahulu. Sudah seharusnya ia lebih mudah.

Pemimpin melayu Islam harus "faham dan maklum", jika kaum teras sudah bersatu, maka itu bermaksud usaha kearah mencapai perpaduan nasional sudah berada pada tahap 70%.

Kaum cina dan India tidak akan mempunyai pilihan lain, selain dari "akur" dan mereka pasti akan turut sama menyertai skim Perpaduan Nasional yang dirintis oleh kaum teras ini.

Kaum melayu/bumiputera sebagai teras adalah ibarat seekor "ibu ayam". Jika ibu ayam ini ditangkap dan dimasukkan ke dalam sangkar terlebih dahulu, maka anak-anak ayam tidak ada pilihan, melainkan akan masuk sendiri secara sukarela ke dalam sangkar tersebut tanpa perlu kita "chokau" sekor-sekor.

Tapi, jika kita melakukannya secara songsang dengan "menchokau" anak ayam sekor-sekor untuk dimasukkan ke dalam sangkar, maka ada kemungkinan kita akan terdedah kepada ancaman dipatuk atau dicatuk oleh ibu ayam yang tidak memahami maksud kita "menchokau" anaknya.

Cara yang mudah dan bijaksana ada, kenapa kita perlu cari jalan yang sukar?


11 comments:

Anonymous said...

baiknya tokong, bole bergambar dengan drebarnya ........

Anonymous said...

INI KALI LAH ! Pas dan umno mesti bergabung .. Kalau tak serasi juga kembalikan kuasa kepada raja-raja. Nyatakan sokongan anda wahai umat Melayu.

Anonymous said...

Cara terancang musuh2 Islam untuk merosakkan orang Islam terutama golongan muda. Jangan lupa kata2 keramat mereka 'BOGELKAN WANITA MEREKA DAN AKAN ROSAK LAH PEMUDA MEREKA' Mereka yang dimaksudkan adalah pemuda pemudi Islam kita. Jangan cakap golongan muda nampaknya yang tua2 dalam PAS pun sudah berjaya mereka rosakkan. Apabila iman sudah rosak maka Islam tidak lagi berada dihati tapi akan diletakkan dibawah tapak kaki dan inilah yang kehendaki oleh musuh2 Islam.

Anonymous said...

INI SEBABNYA PENGUNDI CINA MENGUNDI PR PENANG DAN SELANGOR KERANA SENANG MENJALANKAN PERNIAGAAN YG SALAH DAN KAYA CEPAT APABILA DIAMBIL TINDAKAN DENGAN SECEPAT KILAT PEGUAM DARI PR DATANG MEMBELA KERANA SYERHOLDER DALAM PERNIAGAAN TSB YG DISALAHKAN NYA PIHAK POLIS DAN PIHAK BERWAJIB YG HAIRAN NYA ORG ISLAM PAK PAK LEBAI DALAM PAS TIDAK BERANI AMBIL TINDAKAN MANA PERGI NYA ISLAM KAMU YG DILAUNG LAUNGKAN OLIH YG NAMPAK ALIM MENGALAHKAN ORG TAK PERNAH MEMBUAT DOSA SEDIKIT PUN TAHUKAH KAMU AKIBAT RAKAN POLITIK KAMU YG MEMBUAT KERJA TSB KAMU PUN MENANGGUNG DOSA SEKALI BENDA YG HARAM DIDEPAN MATA KAMU PEJAMKAN INGATLAH KAMU AKAN DIPERSOALKAN DI SANA NANTI.

Anonymous said...

Buat masa ni amat sukar untuk menyatukan UMNO dgn PAS. Sebabnya UMNO memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair. Sementara PAS entahlah. PAS ni sebenarnya dah pecah 3. Satu nak perjuangkan agama Islam (hudud). Satu lagi nak pergi Putrajaya, walau apa cara. Satu lagi golongan anak ayam kehilangan ibu. Dia boleh sokong DAP ke, PKR ke, Komunis ka, apa-apa saja asal Bukan UMNO. Tapi yang heran semua prinsip tu di ketepi bila nak pilihanraya. Semua ideologi di ketepikan, dan biar keadaan menentukan. Hari ni dia boleh kat begini, esok dia kata begitu. Orang atas kata begini, orang bawah kata begitu, jumpa cina kata begini, jumpa org surau kata begitu. Janji menang. Kalau menang Kehendak Allah, kalau kalah BN tipu. So depa ni jenis tak berjenis. Tapi yang aku sakit hati dia boleh percaya dengan Harbi, dengan munafik lebih dari dia percaya sesama muslim. So macam mana nak bersatu ?. Takpe, doakan Allah bagi petunjuk pada depa ni. Allah Maha Pengasih

Anonymous said...

Alhamdulilah jika benar Pulau Pinang dan Selangor akan menjadi hub maksiat. 1 kejayaan buat PAS yang memperjuangkan islam. Semoga ikatan PAS dan DAP bertambah kental.

Anonymous said...

dah bosan dengar gabungan pas dan umno...bukankah pemimpin pas melalak kesana kemari menyatakan musuh utama mereka umno...jadi apa lagi ada yg mahukan penyatuan/pengabungan pas dan umno...pas mengaku musuh mereka adalah umno...sedara pas adalah dap (dunia akhirat lah kut)...biarkan pas dengan hala tujunya...jika ada pemimpin pas yg tak setuju arah hala tuju pas mereka boleh berundur dari pas...tak perlulah umno saja terhegeh hegeh mengaku pas saudara mereka...sedang pas tak mengaku pun bahkan terang2 kata umno musuh utama mereka...sebaliknya pas merendah rendahkan hasrat umno dng macam2 tuduhan...apa yg perlu rakyat khususnya org melayu yg patut sedar...mereka perlu memilih umno yg telah menjadi tonggak negara sebagai wadah...org cina tak pernah saran dap bergabung dng mana2 parti dominan kaum cina...tapi tengok senyap2 mereka sokong dap 99.99% sebagai wadah mereka...sehingga parti dominan cina lain (bn) hampir dan ada yg bankrup...org melayu sepatutnya lakukan begitu....biarkan pas jadi seperti parti dominan cina yg hampir atau telah bankrup seperti berlaku pasca pru13....

Anonymous said...

PAS bukan tak nak bergabung, mungkin tak nak gabung takut hilang kuasa. Bila hilang kuasa, kroni sekeliling tak dapat apa- apa. Rakyat jelata setuju aja.

Anonymous said...

PAS ni betullah buta! Habislah negara merdeka kita ini berkat warisan, penat-lelah dan korban nenek moyang Melayu dan Bumiputera lain kita ini - penjajah Barat-Zionis, penaja DAP/PKR serta pengkhianat laknat DAP/PKR itu, terus ketawa macam SYAITAN DURJANA!. Kedua datuk saya sendiri meninggal muda akibat kerja penat-lelah bawah panas matahari di sawah padi – nasib baik berkat jasa tak terbalas, Bapa Kemerdekaan/Pembangunan kita, terutamanya bapa PM kita sendiri, Allayarham PM Tun Razak Hussein dan TPM Tun Dr. Ismail (yang sampai meninggal muda - mungkin diracun CIA-M15-Zionis sebab kedua mereka sakit tiba-tiba di usia muda 50an di tahun 70an) dan Tun Dr. Mahathir dan anak yatim PM Datuk Seri Najib Tun Razak kita sekarang dan lain-lain pemimpin berjasa dan gemilang Melayu/Bumiputera – anak-anak datuk-datuk saya, walau asal orang miskin dan yatim, ramai yang dapat belajar tinggi.

Kalau Melayu dan Bumputera lain terus tunduk kepada DAP/PKR pengkhianat, Malaysia kemungkinan akan menjadi satu lagi Singapura/Israel, yang amat mendiskriminasi hak, identiti, warisan berzaman dan agama bangsa Bumiputera Melayu Islam Singapura dan Bumiputera Palestin di Palestin (Zionis laknat sangat kejam dan ganas pada Bumiputera Palestin Islam– sekarang dia hantar pengganas dia dan dari Barat kat Syria, bunuh habis orang Islam, yang Kristian mereka sibuk hantar kat Eropah terutamanya ke Jerman, yang majoriti benci Islam))! Semasa saya sendiri tersesat menjadi penyokong buta, bongkak tak bertempat dan bodoh PKR dahulu (syukur Allah SWT Pengampun dan Penyayang, buka mata dan hati saya sebelum terlambat), saya mendapati ramai peguam dan hakim, direkrut menjadi ahli PKR, termasuklah anak muda professional Melayu dan Bumiputera lain yang makin bongkak seperti kacang lupakan kulit dan rumpun asalnya (saya percaya ramai yang bukan Bumiputera pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah). Ini amat membimbangkan kerana saya amat mengesyaki mereka mahu menawan sistem Perundangan, Guaman dan Kehakiman dan Jabatan Perkhidmatan Awam di Malaysia!

Makcik Tempurung.

Anonymous said...

Di penang takde exco dari pas...nampaknya pencacai pas jadi tukang pasang bendera dap dan jaga parking kat ceramah pkr je la

Anonymous said...

PAS TIDAK DAPAT MENERIMA CADANGAN BEKERJASAMA SECARA TERBUKA, KERANA EGO DAN RASA MALU, NAMUN KALAU DIURUSKAN SECARA SULIT DAN SECARA LOW PROFILE OLEH TOKOH2 SEPERTI DATUK HARUN DIN, DATUK HASSAN ALI, DATUK ZUL (CALON SHAH ALAM), USTAZ NASHARUDDIN, DAN BEBERAPA TOKOH YANG LAIN,INSYAALAH SEGARA DAPAT MENGENALPASTI PERTENTANGAN, PERTELINGAHAN DASAR, ISU DAN KEPELBAGAIAN PENDANGAN DENGAN JELAS DAN TERATUR, DAN IANYA AKAN DAPAT DISELESAIKAN SECARA BERPERINGKAT. YANG PENTING ADALAH MATALAMAT MESTI JELAS, PERBINCANGAN HENDAKLAH SECARA TERBUKA, JUJUR DAN IKHLAS. BUANGKAN PERASAAN SYAK WASANGKA YANG BOLEH MENCACATKAN PERBINCANGAN. KALAU BENAR-BENAR UNTUK MENEGAKKAN ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN BANGSA MELAYU DAN BUMIPUTRA, INSYAALAH USAHA INI AKAN BERJAYA DAN AKAN DIBERKATI ALLAH. PIHAK UMNO DAN PAS KENA GIVE AND TAKE, BERI PELUANG PEMIMPIN PAS KE JAWATAN-JAWATAN TERTENTU