Tuesday, May 14, 2013

SABOTAJ Calon UMNO PRU 13.... Bila Najib Bersama Lembaga Displin Nak Bertindak...?

Diantara keluhan ramai calon calon UMNO yang bertanding pada PRU 13 baru baru ini ialah mengenai sabotaj dari kalangan ahli ahli serta pimpinan peringkat bahagian itu sendiri...!

Banyak cerita kurang enak didengar, banyak juga kisah panas yang tersebar mengenai calon tidak mendapat kerjasama daripada pimpinan diperingkat bahagian, ini semua menyukarkan gerak kerja kempen calon dan memberikan tekanan yang sangat kuat.

Bukan semua calon calon UMNO menerima nasib malang seperti ini, tetapi gejala seperti ini masih lagi berleluasa dan ianya sangatlah tidak baik untuk sebuah parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional.

Semoga YAB Presiden UMNO Datuk Sri Najib bersama Lembaga Displin UMNO dapatlah bertindak segera dan hapuskanlah anasir anasir yang merosakkan parti ini segera...!

foto diatas hanyalah sebagai hiasan sahaja tidak ada kena mengena dengan mana mana individu samada masih hidup ataupun sudah meninggal dunia...

12 comments:

Anonymous said...

Hahahaa....direct to the point.gambar mmg ada kaitan dgn tajuk.

Anonymous said...

Perlu diambil tindakan kepada MB, Ketua Menteri, Ketua Bahagian yang mencadangkan nama-nama calun-calun yang tidak sesuai dan kalah demi untuk kepentingan diri dan kumpulan mereka sahaja. Banyak calun-calun yang berwibawa tidak dicalunkan.

Anonymous said...

Selagi UMNO masih dipenuhi orang2 lama dan tak bagi peluang orang baru yang punya kelayakan akademik dan banyak buat kerja sukarelawan berbakti pada masyarakat selagi itulah UMNO tak berubah dan tak maju ke depan.Para pemimpin yang ada sekarang kena bertindak demi masa depan UMNO agar UMNO masih relevan dan bergerak pantas mengikut peredaran zaman. Ramai sayang UMNO cuma perubahahan kena dibuat secepat mungkin demi agama,bangsa dan negara.

Anonymous said...

Umno perlu transformasi, ketua-ketua bahagian yang ambil ufti dari projek - projek orang kampung perlu disingkir.

Anonymous said...

tuh byk isu di bhagian,dulu bajet diberikan kepada calon,skrg kpd ketua bahagian..jadi paham2 sajalah kalau yang bertanding tu bukan KB...isu pengundi luar,cawangan,,byk..sepatutnya akan datang nih bajet tidak diberi selonggok ke KB,pusat direct& pecahkan kpd cawangan@pdm,&bahagian sendri..barulah telus...

Anonymous said...

Sebagai pemerhati, saya melihat budaya "cah keting" ini pun ada di mana-mana peringkat, tak kira parti mana sekalipun..saya mencadangkan agar setiap Bahagian melantik wakil daripada kalangan graduan yang mempunyai kelulusan professional (saya yakin ini juga satu cara untuk melatih bakat muda professional menerajui kepimpinan parti) sebagai "pemerhati" dalam setiap mesyuarat diperingkat bahagian, yang mana wakil-wakil pemerhati yang dilantik ini akan bertanggungjawab menyediakan laporan ringkas berhubung perjalanan mesyuarat ke peringkat Pusat secara TERUS tanpa ada tapisan. Saya yakin ini akan dapat mengatasi masalah "ketirisan maklumat penting" yang mana selalunya apa yang dilaporkan di peringkat atasan tidak menggambarkan sepenuhnya apa yang berlaku di bawah...mohon EXCO yang terlibat meneliti cadangan ini...YB Datuk Sharul Zaman Yahya mesti setuju dgn cadangan ini, betul tak Datuk? -anakrungkup-

Anonymous said...

Tranformasi kadar segera tanpa kompromi tiada alasan lagi!!!

Anonymous said...

Pendek kata, kalau pihak PDRM ada cawangan khas yang bertanggungjawab melapor secara rahsia maklumat-maklumat yang penting, UMNO juga seharusnya mewujudkan satu unit PEWMERHATI KHAS dikalangan mereka yang berpendidikan tinggi sebagai "Unit Pelapor" kepada saf pimpinan, supaya maklumat yang betul-betul BENAR dapat disalurkan secara TERUS kepada pembuat keputusan.....sekadar memberi pendapat...(dah jenuh dah tangan nak menaip ni..YB-YB sila ambil perhatian)-anakrungkup-

Anonymous said...

memang bet0l KB hanya menjaga peri0k nasi sendri..ada winable canidate d cantas,sbb apa..? Sbb winable canidate ni pnah lawan jwatan KB..kerana dendam dan marah winable canidate d ketepikan..

Anonymous said...

Janganlah pilih orang yang tak boleh bersusah payah tapi hanya sebagai penumpang sahaja kerana pandai bodek boss. Yang dipilih banyak yang tak boleh kena cahaya matahari asyik berselindung je.

Anonymous said...

Begitulah kalau dah byk.cerdik pandai.....beri BIASISWA/PINJAMAN supaya pintar Melayu maju... alih alih BEREBUT KERUSI ...beli ajelah di kedai jgn hancurkan bangsa Melayu...

Bukan fikir tanggungjawab dan dosa....fikir mengayakan diri keluarga dan gang..... Bangsa Melayu tergadai...org Melayu marah ke PARTI UMNO...yg busuk bukan NANGKA TAPI ORG

BILA LA NAK ADA/DATANG MACAM UMAR AL KHATTAB semuanya.........

Anonymous said...

Bagi aku calon yang kalah bukan pasai kena sabotaj sangat .... Ada yg disebabkan oleh peribadi calon tu sendiri .. Kalau calon dari KWB suami dia pulak KB atau TKB lepas tu tak membantu dikawasan macamana nak menang ... Pengundi datang ke rumah minta pertolongan TKB boleh kata takdak kuasa ... Ada calon sebelum pegumuman nama calon pun dah kalah ... Tak kalah macamana jarang masuk kawasan pengundi pun tak kenai ...dah la jarang masuk kawasan .. dekat pilihanraya baru la buat-buat sebok ... lepas tu pi melobi ..ugut..kononya depa ada grassroot kalau bagi kat calon lain kawasan tu kalah ....