Friday, May 24, 2013

Sewaktu Hakim Datuk Akhtar Tahir Jatuhkan Hukuman Gantung Kepada 4 Pembunuh Sosilawati Lawiya, Hakim Sebut Nama Datuk Abdul Rahman Palil

Syukur alhamdulillaaaah...

Seluruh rakyat melafazkan rasa syukur petang semalam apabila hukuman setimpal dijatuhkan keatas empat ekor musibat kejam yang membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, peguam Ahmad Kamil Abd Karim, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad.

Hukuman gantung sampai mati keatas keempat-empat musibat N. Pathmanabhan bersama tiga pekerja Ladang Gadong miliknya iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan, dan R. Kathavarayan, 33.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes ini merupakan bukti kepada satu plot yang keji dilaksanakan oleh seorang penyangak profesional dan pengikutnya dengan sangat kejam," ujar Hakim Akhtar.

Dalam penghakimannya setebal 16 muka surat, Hakim Akhtar menyatakan, beliau tidak menemui sebarang alasan bahawa kesemua tertuduh tidak boleh disabitkan dengan kesalahan ekoran tiada mayat ditemui.

Tertuduh pertama memberi keterangan bahawa dia mewakili Sosilawati dan seorang lelaki bernama Rahman Palil dalam pembelian dua keping tanah di samping mengaut keuntungan daripada transaksi-transaksi tersebut. “

Tindakan ini bukan sahaja tidak beretika malah turut menjejaskan sifat adilnya. Tertuduh mewakili Sosilawati dan Rahman Palil dalam transaksi yang sama dan dengan berbuat demikian dia telah terperangkap di antara kedua-dua mereka.
Adalah keterangan tertuduh pertama bahawa dia berat hati untuk mengaturkan pertemuan di antara kedua-dua pihak.

Bila terperangkap, tertuduh pertama mengambil jalan mudah untuk keluar iaitu dengan menghapuskan salah seorang daripada mereka dan malangnya salah seorang itu adalah Sosilawati.
Tiga lagi yang menemani Sosilawati merupakan mangsa yang berada di tempat salah pada waktu yang salah," kata hakim itu.

Berikut adalah kronologi kes pembunuhan itu yang menjadi tumpuan masyarakat:  

30 Ogos 2010: Sosilawati bersama Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddindilaporkan hilang selepas ke Banting atas urusan jual beli tanah.  

6 Sept 2010: Kereta BMW X5 hitam bernombor pendaftaran WTL 11 yang digunakanSosilawati pada hari beliau dilaporkan hilang ditemui di tempat letak keretaflat Angsana, Pangsapuri USJ, Subang Jaya manakala kereta BMW hitam bernomborpendaftaran AAJ 5 milik Ahmad Kamil ditemui di depan kawasan perumahan teres duatingkat berhampiran Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya.  

9 Sept 2010: Lima suspek ditahan di sebuah ladang di Banting.  

11 Sept 2010: Seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya, yang juga seorangpeguam, turut ditahan bagi membantu siasatan.
12 Sept 2010: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri MohdBakri Zinin mengesahkan keempat-empat individu berkenaan dibunuh dengan kejamsebelum dibakar di sebuah ladang, manakala abu mayat mereka dicampak ke dalamsungai berhampiran.  

13 Okt 2010: Pathmanabhan bersama Thilaiyalagan, Matan dan Kathavarayandihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas tuduhan membunuhSosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.  

15 Okt 2010: Mahkamah Majistret Telok Datok menjatuhkan hukuman penjaratujuh tahun terhadap U.Suresh dan K.Sarawanan yang mengaku bersalah menghapuskanbahan bukti dalam pembunuhan itu.  

21 Feb 2011: Mahkamah Tinggi Shah Alam meminda hukuman tujuh tahun penjarakepada 20 tahun ke atas Suresh dan Sarawanan kerana melupuskan bahan bukti dalampembunuhan itu.  

4 Julai 2011: Perbicaraan kes bunuh bermula di Mahkamah Tinggi Shah Alam.  

3 Nov 2011: Pakar perunding forensik Dr Nurliza Abdullah dari JabatanPerubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberi keterangan mengesahkanbahawa 2,030 daripada 2,040 spesimen yang ditemui di sebuah sungai dan ladang diBanting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan keempat-empat individuberkenaan, berkemungkinan besar tulang atau gigi manusia. Beliau juga berkata semua tulang itu menunjukkan kesan pembakaran ataupendedahan pada suhu haba amat tinggi, iaitu sekurang-kurangnya 800 darjahcelcius ke atas.     

10 Nov 2011: Dr Norhayati Jaffar, yang bertugas di Jabatan PerubatanForensik HKL memberi keterangan mengesahkan tujuh daripada 10 sampel gigi yangditemui di Sungai Panchau dan Ladang Gadong, adalah gigi manusia.
31 Jan 2012: Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia Lim Kong Boon memberiketerangan mengesahkan profil DNA Noorhisham diperoleh daripada kesan darah padakayu kriket. Beliau juga mengesahkan profil DNA Kamaruddin dan Ahmad Kamildiperoleh daripada kesan darah pada kepingan zink yang dijumpai di ladang kelapasawit Sungai Arak, Banting.  

30 April 2012: Hakim Akhtar memerintahkan Pathmanabhan, Thilaiyalagan, Matandan Kathavarayan membela diri atas pertuduhan membunuh Sosilawati, Noorhisham,Ahmad Kamil dan Kamaruddin selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes primafacie.  

23 Mei 2013: Hakim Akhtar menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke ataskeempat-empat tertuduh selepas mendapati mereka bersalah membunuh Sosilawati,Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

3 comments:

Anonymous said...

Apasal hakim kes Anwar vs Saiful menolak bukti spesimen dna yang diambil dari lokap tertuduh, konon dikhuatiri tercemar. Habistu dalam kes pembunuhan sosilawati, boleh pulak terima dna hanya dari cebisan tulang yang ditemui dalam dasar sungai yang sudah tentu lebih banyak pencemarannya.

Anonymous said...

anuar lain..itu anugerah tuhan maaa..hahaha..tp masih diperingkat rayuan lagi...kita tunggulah kesudahannya nnt..

cikbintanggelap said...

Dna boleh contaminant..tapi gigi preserve lame..