Tuesday, May 14, 2013

Siapa Najib Harus Pilih Sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Selangor….? JOM Kenali Calon Calonnya


Foto kiri: Yb Semenyih Dato Johan Abd Aziz – Foto kanan: Yb Batang Kali Mat Nadzari Ahmad Dahlan


Esok YAB Datuk Sri Najib akan mengumumkan barisan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet yang baru, maka akan terjawaplah segala teka teki siapa akan berada dalam team Najib diperingkat kerajaan pusat….

Bagaimana pula kisahnya dengan Selangor..? Difahamkan Najib akan kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan akan berlaku rombakan secara besar-besaran setelah BN hanya berjaya menang 12 kerus DUN kesemuanya wakil UMNO dan hanya mendapat 5[lima] kerusi Parlimen iaitu 4[empat] UMNO dan 1[satu] MIC.

Timbalan Pengerusi UMNO sewaktu PRU 13 iaitu Datuk Seri Noh Omar sudah boleh melupakan sahaja jawatan ini kerana tidak mencipta kejayaan kepada BN dan calon calon UMNO Selangor…

Hanya tiga calon wanita berjaya mencipta kemenangan pada PRU 13. Noriah Kasnon menang Parlimen Sungai Besar, Dato Rosni Sohar menang DUN Hulu Bernam dan Halimaton Saadiah Bohan menang DUN Kota Damansara….

Siapakah yang akan menjadi pilihan Najib untuk membantu beliau sepenuh masa membentuk semula kekuatan UMNO Selangor bagi menghadapi PRU ke 14..?

Semoga YAB Presiden UMNO ini akan belajar dari kesilapan yang lalu....!

Tak perlulah lantik mana mana pimpinan UMNO yang memegang jawatan Menteri atau Timbalan Menteri di kerajaan pusat sebab dikhuatiri akan gagal memahami perjuangan rakan rakan Yb dalam sidang DUN Selangor.

Sebagai contoh apa yang berlaku pada tempoh 2008 sehinggalah 2013. Noh Omar tidak berada dalam sidang DUN Selangor untuk menghayati segala buruk laku wakil rakyat Pakatan PKR, DAP dan PAS.

Apabila Noh selaku Timbalan Pengerusi UMNO Selangor membuat sebarang sidang media dan “mendedahkan” pekong kerajaan pimpinan Pakatan Selangor ternyata tidak memberikan sebarang impak yang berkesan. Malah tidak disambut oleh mana mana ADUN UMNO seolah-olah tidak mengendahkan langsung tindakan yang dibuat oleh Noh Omar….

Apakah insiden insiden itu semua membuktikan terbuku rasa tak puas hati sebab watak yang diberikan kepada seorang berjawatan Menteri untuk “mengetuai” isu isu dalam negeri tidak “sesuai” sedangkan yang berdepan dengan semua karenah ini adalah ADUN yang bersilat dalam sidang DUN Selangor.

Maka tidak dapat dibina jambatan untuk bertaut rapat seorang Timbalan Pengerusi UMNO Selangor dengan pasukan ADUN di Selangor. Isu panas lama lama menjadi suam dan sejuk….

Apakah Najib mahu mengulangi kesilapannya lagi..? Masih mahu melantik mana mana pimpinan UMNO bertaraf Menteri atau Timbalan Menteri untuk “menyebok” hal hal dalam Selangor…?

Apakah sebagai Pengerusi UMNO Selangor, Najib tidak mahu memberikan kepercayaan kepada beberapa ADUN yang berjaya memenangi kerusi yang mereka tandingi atas tiket UMNO-BN..?

Dato Johan Aziz sudah berpengalaman sebagai wakil rakyat di Selangor…. ADUN yang baru dari Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan juga berpontensi melihatkan daripada latar belakang beliau dari golongan professional.

Yb Sulaiman Razak dari DUN Permatang juga sudah 3 penggal menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor.

TIDAK disyorkan langsung untuk Najib memilih mana mana pimpinan UMNO bertaraf Menteri atau Timbalan Menteri duduk di kerusi Timbalan Pengerusi UMNO Selangor.

YAB Presiden UMNO seharusnya memilih mana mana dari 12 ADUN yang menang [senarai dibawah ini] untuk membentuk sebuah pasukan baru UMNO Selangor untuk mendepani PRU ke 14.


9 comments:

Anonymous said...

Najib terlalu sibuk untuk ambil pusing soal politik Selangor. Kesilapan utama beliau ialah memberi kepercayaan kpd Zin Badak menyusun gerak kerja PRU. Penentuan winable candidate dibuat mengikut selera tanpa mengkaji buruk baik kesan dari pilihannya. Noh Omar tidak cukup kualiti utk menguasai saf kepimpinan Umno Selangor. Kedua2 ini tidak layak langsung. Soal anak Selangor mesti diberi tumpuan. Najibwajar menyerahkan jawatan ini kpd orang Selangor. Zin dan Noh bertanggung jawab diatas persembahan buruk Umno dlam PRU yg lepas.

Anonymous said...

Sesiapa pun yg naik yg terpilih.... Jgn sombong jgn lupa diri.... Dah pakai kot tu jgn tak pandang ke bawah.... Kerana di bawahlah anda semua duduk di situ...

Lebih dan beri perhatian ke bangsa Melayu kawasan Melayu Kg Melayu Tanah Melayu Hak Melayu....

Ingat org cina memilih dap....jgn terhegeh hegeh ke cina....surat cina sms cina asyik menghina mengutuk memaki bangsa Melayu...Undi Melayu telah memberi kepercayaan kpd anda semua... JGN KHIANATI BANGSA MELAYU

Semua pemimpin biggg bosss kerajaan tolong ingat....duit cina BESORRRR abis tergadai seperti cina kata MELAYU BOLEH DIBELI DGN DUIT MELAYU BODOH

Yg melakukan org yg punya kuasa...kami bangsa Melayu yg mengundi anda tidak ada kuasa utk beri lesen bisness projek bla bla bla....

Kita semua sedar kalau cina di atas...jgn harap nak dapat projek....

JGN KHIANATI PERJUANGAN MELAYU
JGN KHIANATI PERJUANGAN MELAYU UMNO
JGN KHIANATI PERJUANGAN MELAYU ISLAM

Anonymous said...

Lori yang amat besar diperlukan untuk mengambil dan menghantar seekor badak sumbu dari Sepang ke Hulu Kelang untuk ditempatkan dengan spesis yang sesuai dengan habitat alam semula jadi. Sesiapa yang mempunyai lori besar dipelawa untuk menyertai tender terbuka ini.

Sekian terima kasih.

Anonymous said...

Besar ke badak ni,kalau besar gunakan lori yg pakai banyak tayar.Agak2 berapa tan ? Badak ni ada sumbu ke tak ada sumbu . Ada sumbu kan bagus boleh buat trompet utk panggil balaci2.Apa pun badak tu mesti kita injet dulu kalau tidak dia meroyan2 nti susah hendak hantar kat..........Sama2 lah kita fikir hendak simpan badak ni kat mana.Nti , hutan kat Selangor dah tak mahu terima badak ni ,sebab kuat kencing....

Anonymous said...

Hantar balik ke Zoo Melaka.

Anonymous said...

Badak air ni...

Kia said...

Mantap Artikelnya Bro....:

Anonymous said...

Salam. Saya amat2 setuju pendapat Tuan. Inilah ego kepimpinan yang ada di Negeri Selangor. Kami anak jati Selangor tak rela di jadikan seperti Pulau Pinang. Amat payah utk ank Selangor bangkit dr dua kekalahan yang amat memalukan....
Semua pemimpin yg ada di Selangor ini perlulah muhasabah diri...

Mohd Azlanq said...

Sepatutnya DSN tidak mengenepikan orang seperti Tan Sri Muhammad Taib dalam saf kepimpinan UMNO Selangor. Sepatutnya beliau melantik Muhammad Taib untuk pimpin UMNO Selangor. Rakyat Selangor senang dengan beliau.