Sunday, May 19, 2013

Siapa Sebenarnya Bawa SIAL Pada Parti PAS....?

“Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, Pas keluar PR! Itulah antara kata-kata yang dituturka oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini yang menegaskan, parti itu akan keluar dari pakatan pembangkang sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu.

Penegasan tersebut dibuat pada Februari lalu, di hadapan hampir 10,000 penyokong PAS yang hadir dalam Program Pas Ganti Umno Ke-7 (PGU 7.0) di Banggol Peradong, Kuala Nerus.

Jika dilihat kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang baru sahaja melabuhkan tirainya ini, PAS sewajarnya mengotakan janjinya sebelum ini dengan keluar dari pakatan pembangkang kerana ia jelas telah merugikan Melayu dan Islam di dalam parti itu.

Kerjasama politik atau diistilahkan PAS sebagai tahalluf siyasi yang dibuat dengan PKR dan DAP jelas gagal memperkasakan Melayu dan Islam itu sendiri.

Pada 2 Mei lalu, beberapa hari sebelum PRU13, kepimpinan pusat PAS sudah meminta akar umbi yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan  boleh mengusulkan cadangan tersebut pada muktamar yang dijadualkan hujung tahun ini. Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, perkara itu boleh dibincangkan secara bersama dan sebarang keputusan bakal ditentukan mengikut suara majoriti ahli parti.

“Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini. Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusan itu, tetapi bukan sekarang,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen yang ditandingi PAS adalah sebanyak 66 kerusi dan menang 23 kerusi, manakala pada pilihan raya umum 2013, jumlah yang ditandingi parti itu meningkat kepada 76 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 21 kerusi sahaja.

Berbeza dengan Umno, jumlah kerusi yang dimenangi  pada pilihan raya 2013 adalah sebanyak 88, iaitu pertambahan sebanyak 10 kerusi daripada keputusan pilihan raya 2008.

Terdapat petunjuk jelas di sini, Umno masih lagi relevan dikalangan sebahagian besar masyarakat Melayu berbanding PAS yang semakin merosot sokongan.

Kerajaan Perpaduan

Idea Abdul Hadi pada 2009 mengenai pembentukkan kerajaan perpaduan perlu dinilai semula kerana ianya dilihat mampu untuk menyelesaikan kemelut yang sedang melanda demi kebaikan rakyat dan negara.

Jika dahulu ada pihak yang berpendirian bahawa cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan PAS, tetapi kini sudah jelas terbukti kerjasama PAS dalam Pakatan juga tidak memberi sebarang manfaat kepada parti itu.

Perbincangan dan kajian mendalam perlu dibuat oleh kedua-dua parti untuk merungkai kekusutan yang berlaku dalam politik negara, lebih-lebih lagi kedudukan orang Melayu dan agama Islam yang mula dicabar dan diganggu gugat pihak tertentu.

Kekalahan beberapa pemimpin kanan PAS seperti Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu, Dr. Dzulkefly Ahmad yang menolak kerajaan perpaduan telah membuka satu dimensi baru dalam usaha ke arah perpaduan itu.

Malah, tindakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang tidak merestui Naib Presiden PAS, Datuk Husam Muda dilantik semula sebagai exco juga mengejutkan.

Menurut Menteri Besar Kelantan yang baru, Ahmad Yaakob berkata nama Husam telah diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang dipilihnya, namun telah ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah dapat dijalankan.

"Nama Husam atas sekali, yang keduanya Exco lain termasuk juga Datuk Amar (Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) dan termasuk juga Ustaz Latiff (Abdul Latiff) ini nama kita kemukakan untuk mendapat kebenaran atau pun keizinan Tuanku bagi pelantikan sebagai Exco.

"Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang," katanya.

Selain hilang Kedah, PAS turut kehilangan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN pada pilihan raya lalu.

Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah keikhlasan semua pihak dan pemimpin Melayu harus buktikan mereka juga boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen politik demi mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Kerajaan perpaduan dilihat mampu mewujudkan satu landskap politik baru dengan pembentukan satu kerjasama yang ikhlas untuk kestabilan negara. Muzakarah diantara Umno dan PAS yang sudah lama terhenti perlu diadakan semula untuk mencapai matlamat itu.

10 comments:

Anonymous said...

Selagi ada badut macam mahpos launch atau mat sabun nak ke PAS keluar pakatan...? Diorang ni semua dah jadi pencacai seumur hidup nuar kunyit dan DAPigs.

Anonymous said...

selagi org tua yg ada harta berjuta trmasok tanah rakyat kelantan tuh jd mursidol amPAS, selagi itula PASial....perjuangan hidup dia penoh dgn dendam kesumat pada org2 yg seagama, sebangsa dgn dia....inikah yg di panggil ulamak?

Anonymous said...

Tak der makna nyer ulama yang diangkat oleh pengikut sendiri..merosak agama lagi ada ler..antara sifat ulama ialah bawa perpaduan & menyatukan ummah.

Anonymous said...

Betul....org tua tu lah penyebabnya

Anonymous said...

Ngo R
mampus keras dah.
Bos R kena reject
sebab sultan tahu
Husam hanya guna rakyatnya,
untuk periok nasi husam sendiri.
dulu tipu rakyat,
sekarang sultan reject,
kasian.. Innalillah

Othaman Ahmad said...

Ketahuilah keturunan Rasululullah SAW di akhir zaman juga bernama Muhammad Bin Abdullah (bersama Nabi Isa AS) akan memerintah dunia sejagat mengikut perintah syarak, termasuk hukum hudud yang haq sebagaimana yang banyak dinyatakan dalam hadith. Bukan PAS Nik Aziz, bukan Pas HadiAwang maupun Sheik Yusuf Qaradawi, tapi Imam Mahadi RA.

Anonymous said...

Selagi Ulamak Tue LUDAH-LUDAH masih ada dan berkuasa....jangan harap orang islam akan bersatu padu...tetapi akan lebih berpecah belah. Harap-harap dia di berhentikan juga dari jadi Mursidul Am Pas...sebab merugikan PAS dan Islam khasnya.

Anonymous said...

Pembawa sial itu ialah di kalangan para manusiaL berpengaruh dlm parti itu yg mempunyai pengikutnya sendiri.Sesetengah drp mereka ini telah pun tidak diiktiraf rh pihak Istana Kelantan.

Anonymous said...

Setahu saya orang yang dipuja dan amat taksub ore Kelate dok sanggup ambo nak royak namo dio ahauk ahauk...buke ore kelate jati dio mari dari SIE(Thailand) sebab itu takkan benarkan Melayu bersatu.Siapa talibarut masukkan Jepun serang dan takluk Tanah Melayu 1941? Keturunan sama la orang Siam.Orang Melayu kena kaji sejarah tapi hati2 sekarang ini Pakatan Rakyat dah pandai putar belit sejarah.Dapatkan dari Arkib Negara ye...Semoga anda semua dan seluruh rakyat Malaysia dilindungi dan dirahmati Allah pencipta seluruh sekelian alam.

Anonymous said...

PASial berada didalam keBUNGKUSan,