Thursday, May 16, 2013

That's D Way Najib...! Bukti PM Hargai Masyarakat Cina, Dalam Kabinet Tetap Ada Wakil Kaum Cina

Walaupun sebahagian masyarakat Cina di negara ini telah berpaling tadah dengan kerajaan dan memilih pembangkang dalam Pilihan Raya 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetap tidak melupakan komuniti tersebut dengan melantik dua wakil Cina untuk mengisi barisan Kabinet baru yang dibentuknya.

Tindakan itu secara langsung membuktikan Najib tidak pernah sekalipun meminggirkan komuniti tersebut walaupun telah menikam kepercayaan BN terhadap mereka dari belakang.

Ia juga  menunjukkan penghargaan perdana menteri terhadap sumbangan kaum itu dalam pembinaan negara berbilang kaum yang memerlukan penyertaan setiap bangsa dalam pentadbiran negara bagi membolehkan kemajuan negara diteruskan tanpa sebarang sekatan.

Dengan keputusan MCA dan Gerakan tidak sedia menerima sebarang jawatan dalam kerajaan, masyarakat Cina dalam Kabinet kini diwakili Senator Paul Low Seng Kuan dan Mary Yap Kain Ching, anggota Parlimen Tawau.


Mary Yap dari Parti Bersatu Sabah, adalah bekas guru dan pernah dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan pada 2012.


Sementara itu, Presiden Transparency International Malaysia Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


Paul Low, 67, adalah juga seorang tokoh korporat terkemuka, dengan memegang pelbagai jawatan berprofil tinggi, termasuk sebagai pengarah urusan kumpulan Malaysian Sheet Glass Sdn. Bhd., dan presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).


Beliau juga pernah berkhidmat sebagai anggota Majlis Ekonomi Kebangsaan (MTEN), Majlis Tindakan Ekonomi Kebangsaan (NEAC), Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan anggota Jawatankuasa mengenai Etika dan Integriti.

Prof Dr Teo Kok Seong dari Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam kenyataannya berkata menerusi perlantikan itu, Najib sebenarnya menghulurkan salam muhibah kepada kaum Cina walaupun majoriti mereka tidak mengundi BN.

Beliau berpendapat suara kaum Cina dalam kerajaan adalah amat penting. Ia bukan sahaja mencerminkan asas pelbagai kaum dalam Barisan Nasional tetapi juga suara kaum Cina hanya efektif jika diwakili kaum itu sendiri.

Dua wakil Cina yang dilantik Najib adalah Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang akan dilantik sebagai Senator dan Anggota Parlimen Tawau, Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi wakil parti bagi PBS.

Berbeza dengan Pembangkang, Najib tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai PM untuk semua bangsa walaupun komuniti Cina menolak BN dan memilih Pakatan Rakyat selepas dihasut dakyah jahat DAP.

Pakatan Pembangkang pula sebaliknya hanya menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk mereka mendapatkan kuasa tanpa sebarang perkhidnatan untuk rakyat. Mereka juga lebih gemar beretorik dan fitnah-fitnah yang memutar belit fakta sehingga memporak perandakan hubungan sesama kaum di dalam negara ini.

Ia dibuktikan dengan tindakan DAP memainkan sentimen perkauman ketika berkempen di kawasan Cina seolah-olah mereka akan menghapuskan hak istimewa Melayu sekiranya memerintah di hadapan penyokong Cina mereka....

Apa yang dilakukan DAP itu jelas menunjukkan mereka bakal mencetuskan tragedi yang tidak diingini sekiranya penyokong-penyokong parti berbalah dengan keadaan yang kritikal.

Najib pula dilihat mengambil jalan kesederhanaan dengan tidak berdendam dengan masyarakat Cina, sebaliknya mengutamakan sikap profesionalisme dalam menguruskan situasi tersebut.

14 comments:

Anonymous said...

Okay ler tu ..
dah cukup baik
cukup takat tu jer k ..
jangan lebih2

tak yah manjakan lagi.

Anonymous said...

Kerajaan UMNO/BN wajib tumpukan lebih pada komuniti melayu/bumiputera dan orang india.

Anonymous said...

melayu adalah pemimpin!!

sama2 kita kembalikan zaman kegemilangan melayu! hidup melayu!! takbir!!

Anonymous said...

Pemilihan yg bijak...wakil Cina di Semenanjung dan Sabah & Sarawak. Jika ada lagi satu jawatan kaum Cina patut bagi pada Tan Sri Lee Lam Thye...pasti Lim Kit Siang hangat...

Anonymous said...

Sekarang ni Najib tikam MCA dan Gerakan pulak sbb penguduran mereka adalah tactical retreat.

Anonymous said...

Balun semua. Buat apa nak bahagi-bahagikan harta karun?

Tu lah cara pimpinan tersohor dalam dunia.

Anonymous said...

Cukup la tu itu yang Cina nak kan?Mereka rasa mereka besar dah dan pandai sangat bangsa lain bodoh kat Malaysia nii....

Anonymous said...

Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia.Datuk Mary Yap Kain Ching di lantik tim menteri pelajaran malaysia.. kabinet baru najib.

Antara sumbangannya: Resolusi –resolusi FCCMSM dapat diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia :

1) Bible Knowledge boleh diajar di sekolah kebangsaan dan sekolah mubaligh;

2) Penubuhan Kelab/ Persatuan yang bukan beragama Islam;

3) Pemberian Quota 10% untuk memilihan dan penempatan murid je sekolah mubaligh;

4) Bible Knowledge termasuk dalam senarai matapelajaran SPM;

5) Peruntukan untuk sekolah mubaligh melalui Pakej Praransang;

6) Perlantikan Pengetua dan Guru Besar untuk sekolah mubaligh mengikut prinsip konsultasi maxima dengan Mission Authorities;

7) Sekolah mubaligh dapat status yang sama dengan sekolah kebangsaan;

8) RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah bajet 2013.

9) Serorang pegawai dilantik oleh Kementerian Plejaran Malaysia untuk menjaga kebajikan sekolah mubaligh.

Sila rujuk : http://www.mary-yap.com/sample-page/

Tolong semak kesahihan

Anonymous said...

anon, what? really?

Mary Yap (sabahan)

sabah negeri yg dkt dgn agama kristian. penggunaan kalimah Allah mmg dah di guna pakai before sabah/sarawak masuk malaysia tahun 1963. Bible bahasa dibawa dari Indonesia yg mana penggunaan Kalimah Allah telah di guna sejak ratusan tahun akibat penjajahan Belanda di tanah Jawa dan penyebaran kristian oleh para mubalighnya.

sebab itu adalah silap besar bila org kristian di semenanjung Malaysia nak guna Allah jugak. kondisi tidak sama. dan Allah hanya untuk org Islam saja.

perkara pokoknya, Melayu-Islam yg sokokng org kristian guna Kalimah Allah ini harus sedar bahawa alih-bahasa GOD=Allah dlm bible adalah tujuan untuk pengkristianan dan penyebaran agama tersebut secara halus ke Tanah Melayu..

Note: setakat ni, xda pengajaran bible di sekolah kebangsaan tapi mohon pencerahan semula. Jika benar, tunggulah aku g DEMO depan rumah PM!!

Anonymous said...

That's the way i like it! Hidup Satu Malaysia! KAMI ANTI ANWAR IBRAHIM!!

Anonymous said...

mende yg ko tension ni anony yg bagi list kat atas? salah ke lantik dia? dan sejak bila pulak najib bermusuhan dgn mubaligh kristian? nonsane...

Anonymous said...

peace no racis......ew want to 1 MALAYSIA

Anonymous said...

Apa pun uncle Dan nak ingatkan bahawa 5 tahun tak lama. Cina yg pangkah pakatan di pru13 akan tetap pangkah yg sama pada pru14. Mereka akan pura2 kata kena tipu dengan nuar jubo. Hakikatnya mereka opportunist. Kita dah nampak cai/ askar dapsters laknat dah mula bekerja nak pecahbelah pribumi, melayu dan india. Senarai kabinet dikutuk dan macam2 lagi. Kerajaan MESTI bantu kuatkan ekonomi pribumi, melayu dan India

Anonymous said...

Ni la bukti Parti Bersatu Sabah bukan parti untuk kaum Kadazan Dusun saja..kalau PBS keluar dari BN, habis la bn Sabah...