Wednesday, May 8, 2013

TSUNAMI Pengundi Cina PRU 13 - DAP Menang Besaarr... Yang RUGI Melayu, Islam

Rakyat telah membuat keputusan. Setiap lima tahun sekali, rakyat memilih wakil mereka. Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dianggap paling sengit dan mendebarkan sudah pun selesai. Semua pihak harus menghormati keputusan itu.

Apa yang jelas dalam pilihan raya kali ini ialah orang Melayu dan agama Islam kerugian besar. Tidak pernah dalam sejarah pilihan raya negara ini, perpecahan yang paling buruk di kalangan orang Melayu. Tidak ada parti Melayu yang untung, sebaliknya parti DAP mendapat kemenangan luar biasa. Parti itu memperoleh 38 kerusi Parlimen berbanding 28 pada tahun 2008.

Nampaknya sebahagian besar orang Cina telah membuat keputusan menolak Barisan Nasional (BN). Semua parti Cina dalam BN menunjukkan prestasi yang teruk. Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa pilihan raya kali ini merupakan ‘tsunami kaum Cina’.
Bagi orang Melayu, ini masa yang baik bagi membuat muhasabah diri untuk melihat bagaimanakah retak yang nampaknya semakin menjadi belah di antara mereka sendiri. Orang Melayu bukan dalam keadaan yang kukuh daripada segi ekonomi dan kemahiran tertentu”
Hal seperti ini tidak seharusnya berlaku. BN merupakan gabungan parti-parti yang terdiri daripada pelbagai kaum. Formula ‘kongsi kuasa’ yang bermula sejak Merdeka lagi menjadi asas Perikatan dan kemudiannya BN.


Formula itu telah berjaya mengekalkan BN sebagai parti yang terus menerus memerintah negara. Formula itu juga menjamin keharmonian, kerukunan dan keamanan. Juga memungkinkan dasar-dasar yang membolehkan negara mencapai kejayaan.

BN harus membuat kajian mendalam mengapa penolakan itu berlaku. Sudah pastilah MCA akan mengotakan janjinya untuk mengkaji kedudukannya dalam BN sekiranya prestasi parti tidak baik dalam PRU-13. GERAKAN juga akan membuat penilaian serius apa yang berlaku.

Alangkah sayangnya kesempatan untuk bekerja dalam satu pasukan yang diwakili oleh semua parti yang berteraskan kaum-kaum di Malaysia tidak dapat dipertahankan.

Mungkin orang Cina sependirian dalam banyak hal. Mereka mahu didengar melalui saluran lain, bukan lagi MCA, GERAKAN atau SUPP di Sarawak. Mungkin juga MCA, GERAKAN dan SUPP sudah tidak lagi relevan bagi mereka.

Mungkin juga mereka lebih selesa dengan Pakatan Rakyat (PR) yang suara DAP terdengar kian lantang. Itu isu yang lain.....

Tapi kekalahan paling besar ialah orang Melayu dan agama Islam. Saya bukan mengatakan perpaduan Melayu hanya terhasil dengan BN dan UMNO. Tetapi sejarah membuktikan bahawa semakin berpecah Melayu, maka kepentingan dan suara Melayu akan semakin terhakis.

Pilihanraya tahun 1969 menunjukkan bagaimana kuasa politik Melayu menimbulkan kegusaran pada orang Melayu.
 
Pada tahun 1974, menyedari betapa gentingnya isu perpaduan Melayu, PAS bergabung dengan UMNO dalam BN. Perkahwinan itu tidak lama, tetapi buat seketika, kegusaran itu dapat ditangani.

Kita tidak membayangkan senario yang sama berlaku selepas ini. Sebahagian pimpinan PAS yang mengetahui sejarah 1974 menganggap UMNO mengkhianati mereka.

Kali ini semua parti yang berteraskan Melayu/Islam seperti PAS dan UMNO terjejas. Lebih penting lagi kali ini, di mana-mana kawasan yang memerlukan undi Melayu, DAP akan memanfaatkan perpecahan itu. DAP kini menjadi parti dominan dalam PR. DAP memperoleh 94 kerusi Dewan Undangan Negeri, PAS 85 dan PKR 49. PAS sendiri melihat kemerosotan kerusi Parlimennya kali ini (dari 23 menjadi 21). UMNO menghadapi kemerosotan sokongan pada peringkat negeri juga.

Mungkin orang Melayu hari ini mempunyai keyakinan luar biasa bagi membenarkan segala bentuk perpecahan, real atau imaginasi. Mungkin juga generasi muda Melayu tidak lagi dikongkong oleh beban sejarah.

Keyakinan baru ini terhasil akibat pendidikan dan pendedahan, sebahagian besarnya kerana dasar-dasar BN dan UMNO.

Mahu tidak mahu, UMNO harus mencipta semula dirinya (re-invent) bagi tujuan menjadikannya terus relevan. Pengajaran tahun 2008 nampaknya belum sepenuhnya dihayati.

PRU-13 memberikan amaran baru pada UMNO. Sebagai parti yang lahir pada tahun 40-an, perlu dilakukan proses penjenamaan dan peremajaan semula. Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh mengubah partinya dan BN dalam masa empat tahun.

Mandat baru ini merupakan kesempatan terbaik bagi beliau.....

Orang Melayu Kena Belajar

Beliau mengambil sikap yang betul bagi menangani isu polarisasi kaum yang ketara akibat PRU-13 – proses reconciliation yang harus segera berjalan. Ini bukan masa menghukum dan melepas dendam, ini masa untuk merapatkan jurang dan menetapkan agenda sebenar negara. Dalam keadaan hari ini, proses itu tidak mudah.

Bagi orang Melayu, ini masa yang baik bagi membuat muhasabah diri untuk melihat bagaimanakah retak yang nampaknya semakin menjadi belah di antara mereka sendiri.

Orang Melayu bukan dalam keadaan yang kukuh daripada segi ekonomi dan kemahiran tertentu. Orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam banyak bidang....

Agama yang dianuti oleh orang Melayu juga sedang dicabar dengan cara yang luar biasa. Belajarlah dari kelemahan bangsa-bangsa yang lain.

Perpecahan akan hanya memburukkan keadaan.....


29 comments:

Anonymous said...

CARA UNTUK HAPUSKAN KUASA CINA DI MALAYSIA..JOM BOIKOT KEDAI CINA RAMAI2..

Anonymous said...

Tahniah DS Najib dan BN kerana memenangi PRU13. Iktibar yang didpti adalah Rakyat rata2 mahukan perubahan ‘UBAH’atau 'Transformasi" pada Kerajaan sendiri. Sy ingin mengesyorkan agar Kerajaan merangka perubahan (transformasi) mengikut dasar yang telah diamalkan selama ini:-
a) Ekonomi – Dasar baru untuk keistemewaan Kaum Bumiputra boleh dilaksanakan dan dikompromikan kepada penubuhan sesebuah syarikat melalui komposisi Lembaga Pengarahnya. Bila menubuhkan syarikat Sdn Bhd, mestilah ada seorang Bumiputra dan seorang Kaum Cina atau India. Apabila memasuki tender2 kerajaan, ia tidak perlu mengiktiraf taraf Bumiputra lagi.
b) Tender – Sistemnya hendaklah diubah dan JKR mestilah memastikan harga adalah berpatutan mengikut schedule of rate yang ditetapkan olehnya. Sistem tender tidak lagi mengikut harga tawaran penender tetapi mengikut harga tetap yang disediakan oleh JKR. Begitu juga Tender2 Bekalan & lain2, hendak mendapat ketetapan harga dari kerajaan. Dengan itu agar harga rumah dan projek lain serta perbekalan dapat dikurangkan kos dan mengikut kemampuan masing2.
c) Pelajaran – Beri bantuan galakan untuk anak2 Melayu belajar disekolah Cina atau India. Begitu juga anak2 Cina atau India kesekolah Melayu supaya ia boleh bertutor dlm dwi-bahasa dan Inggeris. Jadi tidak ada polarisasi dalam pelajaran.
d) Politik – Untuk kesederhanaan jangan lagi memanggil ahli Parlimen dan DUN sebagai Yang Berhormat (YB) tetapi Yang Berkhidmat (Your Excellency) supaya rakyat diutamakan setiap masa.
e) Anugerah Pingat dan Gelaran Kenamaan – Hanya ‘Yang Berkhidmat’ sahaja boleh dianugerahkan. Orang2 politik yang belum menjadi YB adalah dilarang. Terdapat ketika ini ramai yang bergelar itu menonjolkan sifat yang sangat tidak disukai oleh rakyat. Begitu juga Penjawat Awam, hanya yang berjawatan tertinggi disatu-satu Jabatan sahaja mendapat anugerah kenamaan. Terdpt ada ramai Penjawat Awam yang bergelar skrg susah untuk dihubungi kerana gelaran itu tidak setimpal lagi dengan tugasnya kepada rakyat. Gelaran2 kenamaan hendaklah digalakan kepada individu yang berjasa dan berjaya dalam perniagaan, NGO, kebajikan, ugama dan professionalisma.
f) Perlembagaan Negara – rakyat ramai yang tidak tahu dan faham Perlembagaan Negara dan ia mestilah dideklarasikan sebagai lambang dalam ‘fisikal asset’ dikomplek peringatan khas atau muzium yang dipanggil Mahkota Perlembagaan Malaysia kerana ia lebih hebat dari Istana2 yang ada. Disitu diletakan mahkamah Perlembagaan Negara untuk melindungi gejala songsang politik Negara dan bangunan2 lain seperti Mesjid lambing Negara Islam dan bangunan2 yang melambangkan syiar Perlembagaan kita. Gunanya ia akan menjadi bahan rujukan anak2 cucu kita akan datang dan tidak akan berubah ditelan zaman kelak.
Diharaplah mendapat perhatian DS Najib dan Kerajaan untuk merangka sedikit sebanyak perubahan yang diingini rakyat setakat ini supaya bangsa Melayu, Cina dan India sama-sama bersatu bermufakat untuk Negara tercinta . Inilah masanya.

Anonymous said...

thanks MIK. i'm waiting for this actually. send positive energy to our PM Najib.

sama-samalah kita bergabung bergerak mepelopori penyatuan melayu demi kelangsungan Islam dan bangsa. kalau pas menolak, tetaplah hulurkan tangan, Rasulullah tidak pernah berhenti menyebarkan salam demi. kita Muhasabah diri sama-sama.

1 Ummah!

Anonymous said...

Salam saudara yang komen pertama sekali kat atas tu,

BOIKOT ini merupakan perbuatan yang sudah tidak relevan lagi. BOIKOT ini perbuatan yang akan merugikan diri sendiri, satu tindak balas bersifat PASIF yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. Kena ingat kita kena BERSATU aliran politik dan tingkatkan ILMU dan pemahaman terhadap sesuatu isu dan perkara pokok. Yakinlah bahawa Tsunami Cina yang dikatakan sesetengah pihak ini akhirnya akan membuatkan orang-orang Cina semakin terpinggir dan asing dari segi kuasa politik dan ekonomi, memandangkan makin ramai orang melayu yang bangkit menguasai ekonomi melalui inisiatif kerajaan. Kita kena gunakan peluang ini untuk mengembangkan lagi dasar ekonomi transformasi dan tidak memandang isu Tsunami Cina ini sebagai faktor yang menahan kita daripada terus bergerak ke depan. Apa yang sepatutnya diseru ialah TINGKATKAN PERPADUAN SESAMA KITA! Hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang akan melatah dan melenting tanpa sebab dan mengambik tindakan BODOH seperti memboikot.

Anonymous said...

Wahai member2 BN dan Pakatan semua.. minta bagi pandangan berdasarkan soalan2 di bawah...

1. Bagi 10 sebab cina sokong pakatan (tolak BN)
2. Bagi 10 sebab segelintir melayu sokong pakatan (tolak BN)
3. Bagi 10 sebab majoriti melayu/bumi sokong bn (tolak pakatan)
4. Bagi 10 sebab kenapa penyokong PAS benci sangat kat UMNO

TQ

Anonymous said...

Tak rugi langsung Bro... Ini masa untuk Melayu BN tunjukkan yang mereka mampu tadbir negara berbilang bangsa. Bawa negara ke arah yang lebih gemilang! Pedulikan Cina yang sangat racist akibat dari pengajian di sekolah Cina. Mereka yang memilih untuk memencilkan kaum mereka dari arus Perdana! Bangkit Melayu dan sokong UMNO!

Anonymous said...

Apa Lagi Cina Mau?? hapuskan sekolah Cina!

Anonymous said...

Yang rugi bukan Melayu Islam,tapi Melayu Pas.Apa mereka dapat?Syurga?.Cermin muka dulu Negara Islam merka dah buang,Hudud dah tenggelam,sokong pula penentang Islam tegar seperti DAP,menyokong pengamal LGBT,Plurisma ugama,pembohong besar utk jadi PM,bersubahat dalam 'menjual kalimah Allah,layak kesyurga ke?.Di dunia pula mereka jadi kaldai saja.

Anonymous said...

Betul...betul tu Bro kat atas....yang rugi besar adalah MELAYU TOTOK PAS!!

Anonymous said...

"BOIKOT ini merupakan perbuatan yang sudah tidak relevan lagi. ....."


setuju... tak berkesan dan dlm keadaan skrg susah nak laksanakan...biasanya hangat2 tahi ayam.. last2 jilat ludah sendiri....

yg lebih praktikal... MALAY FIRST, THEN......

Anonymous said...

Bersetuju dgn beberapa saranan anon diatas.Demi kelansungan kuasa politik orang Melayu untuk diwarisi generasi-generasi muda PERLEMBAGAAN NEGARA bukan sahaja perlu difahami bahkan juga mestilah dihayati oleh semua warga.Memahami dan mengerti 'roh' PANCASILA adalah sesuatu yang wajib oleh semua lapisan masyarakat dinegara jiran.Bahkan PANCASILA seakan-akan anutan kedua meraka selepas agama.Yang pasti dan tidak bolih dinafikan semangat patriotik dan cintakan kedamaian mereka adalah melebihi rakyat negara kita Mengambil iktibar ini adalah wajar PERLEMBAGAAN NEGARA diajar dan didedahkan seawal sekolah rendah dan sehingga ke IPTA/IPTS.Semoga negara Malaysia akan sentiasa berada dlm keadaan selamat dan aman damai dibawah pemerintahan DS Najib.Insyallah.

Anonymous said...

Setuju! Hipokrit dan pelampau PAS seperti M. Sabu selayaknya dinyah...namun, masih ada sinar harapan buat Husam kembali memikirkan akan survival politik beliau, memandangkan PAS masih lagi relevan untuk menegak syiar dakwah.

SHAH said...

Pembangkang melayu - menang sorak kampung tergadai. Mereka bersama sama menidakkan 'ketuanan Melayu' dan sanggup bersama kafir harbi untuk menjahanamkan bangsa sendiri. Bila bangsa sendiri ketinggalan, tentu nya ugama Islam akan tergugat juga. Kerana di bumi tercinta ini , majoriti Melayu itu adalah orang Islam. Fikir2lah pengikut pembangkang ini, mampukah anak cucu kita bersaing dengan mereka yang tiada pantang larang utk berjaya.Mereka lebih menipu untuk maju. Fikir2lah - bukan untuk diri kamu TETAPI keturunan kamu.

Anonymous said...

Cuma yang menjadi masalah sekarang ini ialah pengikut buta tuli Pembangkang yang banyak bersarang di IPTA-IPTA kerajaan...suara mereka seakan suram dek pelajar-pelajar kolej swasta yang lebih memahami isu pokok sesuatu perkara dan lebih arif berbahas dengan isi dan fakta (korang pun tau kan rata-rata pelajar kolej swasta di kaum mana). Yang terpekik terlolong cumalah segelintir pemimpin mahasiswa jiwang karat seperti Adam Adli dan seorang gengnya yang tak pas paper di UiTM yang tak perlu disebut namanya....Orang lain sibuk kejar ijazah dia sibuk berceramah...CET!!

FAHRUGHAZI said...

Keputusan PRU13 mungkin tidak seperti yang kita inginkan. Kita makhluk hanya mampu merancang dan berusaha, tetapi yang menetukan adalah Allah yang Maha Berkuasa.
Dalam hal kepimpinan, ianya ketentuan Allah jua, undian dan pemilihan hanya penyebab kepada apa yang telah ditetapkan oleh Nya.
Walaupun Nik Aziz menang sekali lagi, Allah telah membuat beliau membuat keputusan untuk berundur dari terus memimpin kerajaan Kelantan, walaupun PR menang di Selangor belum tentu Khalid akan terus menjawat jawatan MB.
Bila Allah telah menentukan Datuk Seri Najib menjadi PM, walau macam manana pun BN masih menang, walaupun tampa majoriti 2/3.
Samada sokongan kaum Cina masih pada DAP, bukan pada MCA dan Gerakan, itu bukan salah mereka.
MCA dan Gerakan mesti buat penilaian terperinci pada diri mereka sendiri, mencari sebab.sebab kenapa kaum Cina, terutama kaum muda mereka, lebih selesa dengan DAP. Apa yang ada pada DAP yang tiada atau kurang pada MCA dan Gerakan.
Menghukum kaum Cina dengan memboikot mereka, tidak akan menyelesaikan masalah BN sekarang, malah akan menjauhkan lagi kaum Cina dari BN.
Semua pihak mesti mengambil langkah untuk memahami perasaan dan kehendak kaum Cina untuk bertindak dengan cara yang paling berkesan untuk mengembalikan mereka kepada MCA dan Gerakan. Begitu juga UMNO, perlu mencari jalan untuk mengembalikan lebih ramai orang Melayu kepada UMNO.

Anonymous said...

Aku sebagai Peguam Muda amat malu mempunyai "bakal-bakal peguam melayu" (paper law pun tak pas lagi, bakal ke?) yang petah berceramah di pentas-pentas politik dan rapat umum, namun kelak BODOH bila berhujah dengan peguam muda dari bangsa yang lain....INI SEMUA KERJA ANWAR! Dia yang bertanggungjawab! Rata-rata dilihat anak muda (khususnya mahasiswa pro-Anwar dan pembangkang di IPTA) masih lagi mengulang belajar (repeat paper) bertahun-tahun sebab tak lulus peperiksaan, dek sibuk berpolitik di dalam dan di luar kampus! Sedarlah kome oiiiii! -Young Lawyer-

Anonymous said...

PERCAYALAH JIKA KITA TAK BERSATU DAN BERPECAH....MELAYU AKAN JADI HAMBA DI NEGARA SENDIRI DAN TERJAJAH DAN DIHINA LAGI SEBAGAIMANA KITA DIJAJAH HAMPIR 500TAHUN DAHULU.....YANG KALAH MENJADI ABU YANG MENANG JADI ARANG...DAN KITA AKAN JADI KAUM MINORITI AKIBAT PERSENGKETAAN YANG BERPANJANGAN.....INILAH MASA YANG PALING SESUAI UNTUK KITA BERSATU DAN MEMPERKUKUHKAN UKHWAH ATAS NAMA BANGSA DAN AGAMA....PERCAYALAH ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH UNTUNG NASIB KITA DAN GENERASI KITA MELAINKAN KITA SENDIRI YANG MENGUBAHNYA.....BERSATULAH JIKA BUKAN UNTUK KITA....BERSATULAH DEMI ANAK CUCU KITA YANG AKAN DATANG.....AYUH LUPAKAN SENGKETA LAMA....MARILAH KITA RAPATKAN BARISAN DAN PERPADUAN DEMI TANAH PUSAKA INI....DI SAAT KITA BERPECAH BELAH....BANGSA LAIN TERUS BERSATU PADU......DI SAAT BANGSA LAIN TERUS GAGAH...BANGSA KITA TERUS LAYU DAN LEMAH......SESUNGGUHNYA MASA MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA MEMBUAT PERUBAHAN..... DEMI MASA KITA MASIH BERBAKI INI TOLONGLAH LAKUKAN SESUATU DEMI NEGARA, AGAMA DAN GENERASI KITA.....PERCAYALAH MELAYU AKAN HILANG DI DUNIA SEKIRANYA KITA BERCAKARAN......CARILAH TITIK PERSAMAAN DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU KITA....CARILAH TITIK PERSAMAAN DEMI ANAK CUCU KITA...OLEH ITU DEMI ALLAH KITA PERLU BANGKIT DAN BERSATULAH.......SESUNGGUHNYA HANYA KITA YANG MENENTUKAN UNTUNG NASIB KITA......yang ikhlas ABE MUD KOTA BHARU.

Anonymous said...

Salam Abe Mud dan Kawan-kawan semua,

Sokong kenyataan Abe, ramai orang melayu lupa akan si Kitol yang bersekongkol dengan penjajah yang kemudiannya menyerang Kota Melaka....ataupun ramai yang tak tahu langsung pun kisah si Kitol....percayalah cakap saya, si Kitol ini telah "menjelma" semula........ini lah manusia yang sepatutnya bertanggungjawab memecah belah sesama bangsa!

Anonymous said...

ABCdefghijklmnopqrstuvwxyz.....

abghani said...

jangan marah sesiapa.
cari sebab kenapa org cina sokong Dap
cari sebab kenapa orn melayu sokong umno parti melayu

Anonymous said...

Dato' Najib kata orang Cina sokong DAP kerana mereka telah ditipu.. diperdayakan bahawa PR akan menang dan kerajaan persekutuan dapat ditukar.

Bagi saya jawapan Najib tu hanya nak melegakan diri sendiri.

Apakah kalau tidak ditipu maka orang Cina akan sokong BN? Bagi saya, hakikat sebenarnya orang Cina NAK KERAJAAN BARU.
NAK LEBIH KUASA POLITIK.
NAK PERINTAH SENDIRI.

Kalau sekadar nak 'kerajaan yang bersih dari korupsi, amanah dan telus....
TELUSKAH KERAJAAN DAP P.PINANG?
- adakah rakyat akan tahu ttg projek 6 billion dgn Syt dr Negara Cina jika berita ttgnya tak keluar dalam sebuah akhbar di sana?
-bukankah jawapan mudah Guan Eng ialah dia tak tahu menahu ttg projek tersebut sedangkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Mansor sendiri yg tandatangan MOU tu? TELUSKAH TU?

BERSIHKAH KERAJAAN DAP, PKR DAN PAS?
- Blogger2 Penang dah banyak dedahkan korupsi kerajaan DAP di sini. (baca je pisau.net, DR.MIM, MPP dan DAP Insider)
- PKR dengan skandal Datum Jelatuk, TALAM Corp dan pasir.
- PAS dgn skandal ladang Rakyat, projek kambing Jamnapari, Tanah Tinggi Lojing dan yg terbaharu pemberian (sedekah) tanah ribuan hektar kepada Ngeh Kor Ham (non-kelantanese)

Jadi kalau mereka kata BN/UMNO korup dan kaut harta, mereka tak gitu ke?

So, kenapa mereka pilih PR?
Sebabnya PR menawarkan:
1) kesamarataan hak antara semua kaum (penghapusan hak istimewa orang Melayu/Pribumi)
2) negara Republik (penghapusan sistem beraja)
3) persamaan agama (Islam tidak lagi sebagai agama Negara)
4) hak untuk mengamalkan seks tanpa sekatan/had mengikut nilai moral dan agama (pengiktirafan kepada LGBT)

Di P.Pinang, yg saya nampak kebanyakan orang Cina di sini tiada pegangan agama yg jelas. Ramai di antara mereka yg guna nama berbau Inggeris di pangkal nama sebenar mereka (memang ada yg mempunyai nama Inggeris dalam mykad), dan kita sangka mereka ni beragama Kristian padahalnya tidak. Di kuil hindu pun mereka pergi sembah walaupun mereka bukan HIndu, di kuil Buddha pun mereka pergi juga walaupun mereka bukan Buddhist. Kerana tulah mereka (terutama yg muda) mahukan segalanya BEBAS... DAN KERAJAAN BN TIDAK AKAN BENARKAN!

Rata-rata pemimpin tertinggi DAP adalah pastor Kristian. Guan Eng, Ngeh Kor Ham, Teresa Kok adalah contoh Kristian totok. Mereka ni tak pernah miss bagi ceramah (sermon) di Gereja (baca blog Hannah Ang). Tp demi politik, orang Kristian ni macam tak kisah pengikutnya nak hidup cara mana. (orang Kristian sejati juga tidak terima cara hidup bebas). Bunyinya sama macam ulamak PAS kan? Demi politik, semuanya takpe.

APAKAH DEMI UTK MERAIH UNDI MEREKA, BN/UMNO AKAN JUGA 'LIBERALKAN' PEGANGAN?

... Kita harus pastikan TIDAK!...

MCA dan Gerakan juga berpegang dengan prinsip yg sama. Mereka juga menentang LGBT dan mereka tetap hormati perjanjian perkongsian kuasa seperti yg telah dimeterai oleh pengasas parti2 mereka.

Harap mereka akan tetap utuh dengan prinsip dan jangan berputus asa.
The fact that Datuk Liow menang di Bentong menentang Wong Tack adalah bukti bahawa MASIH ADA SEGELINTIR ORANG CINA YG BERPEGANG KPD PRINSIP AGAMA DAN KETIMURAN.

Anonymous said...

Kepada Dato Seri Najib Razak,
Perdana Menteri Malaysia

Kami dari Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur) mendesak agar Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 yang disifatkan paling teruk dalam sejarah Barisan Nasional dan seterusnya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional atas sebab-sebab berikut:

1. Prestasi yang amat buruk dalam PRU13, gagal mendapatkan majoriti 2/3 malah semakin merosot dengan Barisan Nasional hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, penurunan 7 kerusi berbanding PRU12 mendapat 140 kerusi walaupun telah membelanjakan begitu banyak wang untuk berkempen terutama iklan di laman-laman web gergasi seperti Youtube, Facebook, Google, Yahoo dan lain-lain.

2. Amat memalukan apabila 4 calon bertaraf Menteri Kabinet, 4 Timbalan Menteri dan 2 Menteri Besar telah tewas.

3. Kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu dan Bumiputera terutamanya daripada kaum Cina menunjukkan bahawa gagasan 1Malaysia telah gagal sama sekali.

4. Kegagalan Dato Seri dalam menangani isu-isu semasa yang dibangkitkan seperti korupsi yang melibatkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Taib Mahmud dan lain-lain pemimpin tertinggi Barisan Nasional memperlihatkan kelemahan Dato Seri sebagai Pengerusi Barisan Nasional.

5. Kontroversi yang melibatkan isteri Dato Seri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah merupakan liabiliti terbesar bagi para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional dan antara penyebab utama segala usaha yang telah kami buat selama ini untuk kembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dan UMNO menjadi sia-sia.

6. Prestasi Dato Seri Najib Razak mengetuai jentera Barisan Nasional diakui sendiri oleh Tun Mahathir di mana ia lebih teruk daripada prestasi Pak Lah semasa PRU12 (Sumber).

Dengan alasan-alasan yang telah diberikan, maka dengan ini amat wajarlah sekiranya Dato Seri Najib Razak mengundurkan diri dan memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantikan tempat Dato Seri sebagai Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia yang baru.


Sekian dari kami,
Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur)

MOHON SEBARKAN!!!

Anonymous said...

BIAR APA PUN KEADAAN HAKIKAT NYA UMNO MASIH LAGI MAJORITI...DAN DS NAJIB MASIH LAGI MERUPAKAN PM NEGARA YANG SAH....DEMI ALLAH BN TAK TEWAS DAN UMNO SEBALIKNYA TERUS MENERIMA SOKONGAN ORANG MELAYU DAN JUMLAH PENGUNDI MELAYU YANG MENYOKONG KERAJAAN ISLAM INI TERUS MENINGKAT. UNTUK APA DIDESAK PM YANG DIPILIH SECARA DEMOKRASI UNTUK MELETAK JAWATAN....SEHARUSNYA KITA PERLU MENGAMBIL KIRA SOKONGAN MAJORITI.....APAKAH DENGAN MELETAK ANWAR SEBAGAI PM UMMAH MELAYU LEBIH BAIK, AGAMA ISLAM DIHORMATI, KETUANAN MELAYU AKAN TERPELIHARA...SEDANGKAN MAJORITI KEADILAN MERUDUM TERUK...UNDI PAS CUCUP-CUKUP MAKAN ITU PUN DENGAN PERTOLONGAN CINA YANG SANGGUP MEMBERI UNDI DEMI KELANGSUNGAN POLITIK RASIS MEREKA...LANTAS PAS DIJADIKAN LEMBU DICUCUK HIDUNG TIADA MARUAH DAN HINA....BEGITU JUGA PKR DIJADIKAN BUDAK SURUHAN.....LEBIH HINA LAGI AHLI PAS SANGGUP MEMBELIT DIRI DENGAN BENDERA DAP....SUNGGUH HINA SEKALI.....TAK KALA DAP BERSERONOK DENGAN MAJORITI BESAR....PAS DAN PKR DIJADIKAN HAIWAN BELAAN UNTUK MENGHANCURKAN BANGSA SENDIRI.....SESUNGGUHNYA BANGSA MELAYU YANG BERAKAL TELAH NAMPAK SEMUA INI......PERCAYALAH PAS DAN PKR TAK MAMPU UNTUK MENGGANTIKAN TEMPAT UMNO.....SEBALIKNYA MEREKA HANYALAH BUDAK SURUHAN PARTI RASIS DAN ULTRA KIASU ITU.......DEMI ALLAH SEKIRANYA UMNO JATUH......PAS DAN PKR JUGA TURUT MENERIMA KESANNYA...DAN MENYESAL PADA WAKTU ITU TIADA GUNA NYA.....NASI SUDAH MENJADI BUBUR......KITA AKAN MENJADI BANGSA HINA SEMULA......MALAHAN LEBIH TERUK DARI ITU.......yang ikhlas ABE MUD KOTA BHARU.

Anonymous said...

Transfomasi bendera umno x hijau dalam bulatan kuning. Dua keris bersilang atau ketis dan sarung bersilang. Ada x hijau ada segalanya.

Anonymous said...

Najib tak perlu undur. Tapi Anwar perlu berhijrah ke Perancis untuk jadi Pensyarah. Beliau dah kalah. Tak ada sebab lagi nak duduk kat Malaysia nih. Ada ke dia nak tunai kan janji dia. Ada ke dia nak mengaku kekalahannya. Jawap lah sendiri.

Anonymous said...

Apa kata pas...takkan nak pertahankan si munafik ni..takkan pas nak jadi munafik jugak????

Anonymous said...

BANGKIT MELAYU. FORGET THE PENDATANG CINA. MEREKA BOLEH BLAH. 100% BANTUAN MESTI KPD BUMI...

Shah said...

Bila pula muncul Gerakan 1MMNRU (1Malaysia Mahu Najib Razak Undur)???
Berapa kamu dibayar untuk meroyan ini. Sejak bila ada gerakan ini???.
Melayu2 saperti kamu ini lah yg jadi musang berbulu ayam.Jadi pencacai utk mengeruhkan keadaan. Sepatutnya kamu bersama2 bermuhasabah diri dan fikir kenapa Cina "swing" undi mereka pd pembangkang sedangkan masa kempen, mereka dtg dan tunjuk sokongan pd BN.Ini kerana spt kata bidalan "kalau tak tipu bukan cina"
Majoriti kami orang melayu menyokong kepimpinan DSNajib. Pastikan BN belajar dari kesilapan masa ini.
Bersatulah Melayu semua.....

Anonymous said...

Tahniah DS Najib diharap dengan kemenangan ini, BN akan memperkasakan lagi ekonomi Bumiputera bersama dengan latihan2 intensif dan kurangkan kebergantungan pada satu kaum sahaja. Jika kerajaan BN telus dalam melaksanakan amanah yang telah diberi oleh Allah ini saya pasti sedikit sebanyak orang2 Bumiputera yg menentang BN pasti akan kembali menyokong BN kerana kekuatan pembangkang adalah bersandarkan penguasaan ekonomi cina dan orang melayu yg merasakan tertindas di negara sendiri.