Tuesday, May 28, 2013

Ucapan Azmin Di Kongres PKR Cadangan Supaya PKR Mendekati BN...

Dari Blog Gelagat Anwar

Berdasarkan perbualan dengan ramai perwakilan, tak banyak benda pun yang boleh dibawa balik ke cabang. Yang nampak jelas, mereka kata kalangan ahli-ahli PKR sekadar bertanya apa selepas ini? Soalan itu pun belum dijawab sepenuhnya.

Kata mereka, walaupun di atas pentas nampak aman damai, sejahtera – di bawah sebenarnya banyak gosip-gosip panas yang sedang meniti di bibir perwakilan. Soal bajet. Soal duit. Soal harta rampasan perang yang belum lagi dirasai oleh ahli di peringkat cabang dan ranting.

Selangor mungkin bernasib baik sedikit, kerana ramai kalangan YB yang boleh gunapakai bajet Selangorku, tapi untuk cabang/ranting negeri lain, masih lagi mengharapkan ehsan orang lain. Itu yang tak berapa seronok nak dengar.

Sebab itu apabila Setiausaha Agung balun MB Selangor, ramai yang tersenyum dan puas. Apa gunanya kalau ada kuasa tapi kedekut. Ini bukan parti Pas yang tak pandai guna duit (betul ke?). Ini PKR bro. Kena ada pelincir.

Walaupun pemilihan ditangguhkan, ada beberapa perkara yang dibangkitkan kalangan perwakilan kali ini:-
  • Presiden PKR semakin kurang bertenaga. Perlu menghadirkan pejuang baru. Tak ada alasan, Anwar perlu diangkat sebagai Presiden. 
  • Jika tidak, set kompromi yang dijangka boleh mengambil alih adalah gandingan Azmin-Saifuddin.
  • AMK juga perlukan pemimpin baru. YB Bukit Katil sudah hilang garang. Terlalu mahu menjaga imej ‘Parliamentarian’.
  • Ketua Wanita juga tidak ada improvement. Jika Azmin naik, Ketua Wanita dijangka akan memegang jawatan Setiausaha Agung.
  • Kumpulan MB Selangor semakin kuat dan yakin. Ini boleh beri masalah kepada Azmin. Pertemuan high tea juga dibuat secara berasingan daripada orang lain.
  • Perlu fikir strategi baru untuk kekuatan PKR di Johor.
  • Beberapa Pengerusi Negeri juga perlu ditukar seberapa segera.
  • Hutang piutang cabang perlu diselesaikan segera. Kalau dicampur-campur, banyak juga.
  • Idea mendekati BN seperti yang dicadangkan oleh Azmin (tidak dipersetujui oleh ramai pemimpin). Ini satu kegagalan idea yang besar.
  • Ramai pemimpin yang kecewa (tidak diberikan peluang bertanding – dijanjikan jawatan GLCs; Anwar sudah buat pengumuman – tak boleh).
  • Ucapan Ketua Wanita (janji mesti ditepati – adalah usaha memberitahu Kak Wan bahawa janji untuk berundur mesti ditepati segera). Parti perlu pemimpin lebih baik.

No comments: