Friday, May 17, 2013

Wajarkah Najib Lantik Semula Pegawai Pegawai PM Yang Tertonggeng Tewas PRU 13...?

Ketika mengumumkan barisan kabinet semalam, YAB Datuk Sri Najib dilihat membuat pendirian TIDAK melantik mana mana calon BN yang kalah untuk memegang jawatan.

Ini bererti, dah kalah tak perlu dilantik semula sebagai Senator untuk "menyemak dan menyibuk" dalam senarai Timbalan Menteri atau Menteri....

Bagaimana pula khabarnya dengan 7 orang pegawai pegawai Najib, kesemuanya Setiausaha Politik PM yang turut sama "berahi" bertanding menjadi calon BN pada PRU ke 13..?

Apabila Najib sedang mengepalai pasukan perang, 7 orang kanan beliau pun sibuk nak bertanding nak jadi calon.... Bukankah teori sepatutnya menjadi "bila Jeneral ketuai perang, maka orang orang kanannya patut membantu sama, berada disisi Jeneral mendepani musuh, bukannya tinggalkan Jeneral semata mata mahu mengejar cita cita peribadi..."

Kenapa mereka beria-ia benar nak bertanding...? Mahu jadi Ahli Parlimen supaya boleh menjadi Menteri....? Mahu jadi Ahli Dewan Undangan Negeri supaya boleh menjadi Exco...? Jawapan itu semua ada dalam hati masing masing....

Lihat empat wajah diatas sana. Keempat-empat Setiausaha Politik Perdana Menteri yang tewas...! Apakah Najib akan membudayakan "double standard" tetap melantik mereka menjadi pegawai bertugas sebagai Setiausaha Politik di Pejabat PM...?

Kesemua empat Setiausaha Politik Najib diatas ini tewas pada PRU ke 13. Berbaki hanya 3 orang Setiausaha Politik Najib yang berjaya di tempat masing masing.

Sh. Mohmed Puzi menang di DUN Peramu Jaya Pahang, Ehsanuddin menang di Parlimen Kota Tinggi Johor dan anak muda Irmohizam pula berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Selangor. Natijahnya, ketiga-tiga mereka sudah bergelar Yang Berhormat.....

Mereka sudah ada tugas baru samada di Parlimen sidang Dewan Rakyat atau pun Dewan Undangan Negeri sidang DUN. JOM, kenali mereka;

Apakah pendirian YAB Datuk Sri Najib dalam melantik para pegawai pejabat PM kali ini...? Wajah wajah yang tewas tetap menjadi pilihan...? Adakah Najib akan melaksanakan "double standard" berbanding dengan kaedah beliau melantik Menteri dan Timbalan Menteri...?

23 comments:

Anonymous said...

Itu hak dia sebab nak bekerja untuk. Kalah pru13 tak jadi adun atau mp. Itu aje. Jangan terikutikut desakan cina dapstera laknat yg nak pecahbelahkan melayu.

Anonymous said...

tak payah laaaaaa
dah kalah tu balik kampung tanam jagung laaaa
lagi pun semua setpol setpol najib tu dah kaya raya
wang besaar
wang besaaaarrrrrrr

REZAB Tanah Melayu said...

LAIN KALI LAH..


SUDAH SUDAH TU NAJIB OII...KENA KENCING DENGAN PEGAWAI SENDIRI..

Anonymous said...

No komen hahaha....Najib patut tst la ye...

Anonymous said...

tak nak!

DSN MESTI UBAH!

Anonymous said...

patutla tak menang sgor....
patut la tak menang 2/3....

semua pegawai sibuk nak jd yb ek..?

kesian kau najib semua info kau hampeh sebab jenis2 pegawai mcm nih kau dapat...

war room pun kena blame, bukan org lain yg blame kata info merapu...
puad zarkasi bekas timb menteri pun lanyak war room pm...!! satu malaya baca kat utusan mesia

apa la naseb ka najib... kena main jer la kau nie wei

Anonymous said...

Nak hapus rasuah mcm mana jika org sekeliling dia pun kaki baham..PRU14 Bn gone for good

Anonymous said...

Tak dapat dari najib boleh pujuk rosmah...rosmah pakatan kata ada pm sebenar malaysia

Ahmad Albab said...

Hahaha.. Sangat setuju dgn artikel ni..! Kami di Wangsa Maju sangat berbesar hati bila calon BN kalah.. Bukan kami tidak menyokong BN tetapi kami sgt sedih apabila ketua bahagian yang membuka pusat khidmat masyarakat melayan masyarakat seperti sampah.. Inilah pengajaran terbaik buat calon-calon BN selepas ini.. Inilah balasan terbaik buat Shafei.. Saya juga tidak faham apabila dia tidak mempunyai isu-isu yang menaikkan semangat orang melayu.. Cara pemikiran dia hanyalah sama taraf seperti pemikiran pengerusi persatuan penduduk.. Bercerita pasal cat di Taman Melati dan Kg Buah Pala.. Jika inilah tahap pemikiran calon BN.. Sememangnya dia patut kalah dan sepatutnya kalah lagi banyak..

Anonymous said...

janeral perang memainkan peranan. kalau kalah maknanya tak mainkan peranan. najib ni baik. tapi orang keliling ni yang tak tahu camner.

Ahmad Albab said...

Apabila shafei dikelilingi oleh orang-orang bodoh, maka hasilnya sememangnya nampak sgt bodoh.. Sewaktu kempen pilihanraya, Habib sempat bermain golf.. War Room diketuai oleh tukang masak.. Ketua wanita bahagian diketuai oleh pemandu bas sekolah.. Ketua counting agent seorang pengawal keselamatan.. Belum termasuk ketua-ketua cawangan.. Dan dia sendiri.. Sempat ke Jakarta untuk main golf selepas kalah pilihanraya.. Inikah orang kepercayaan najib untuk menyusun strategi politik?

MUMMY ROKIAH said...

Inilah akibatnya ..bukan "The All President Man"cerdik macam president. Mereka lagak lebih dari presiden kadangkala...
Sepatutnya tumpu kerja buktikan kejayaan PM ini mereka pun gatal nak jadi YB.

Anonymous said...

Tak payah lantik punahsihat yang macam ni. Nanti makin teruk ade la.

Zsupra said...

Di kedah sepatutnya dato shahlan berganding dgn said ali & ariffin man barulah mantap. Baru rakyat tgk ada muka baru & muda di semua kerusi. Di kuala kedah, Dato Latt sepatutnya jgn bertanding sbb mesy bhgn pun jarang sgt dibuat, tambah lagi mesy gerakkerja pru13. Buat program pun kat bbrapa tpt saja. Itulah bila hasil kajian tak dipercayai; jadilah mcm tu. Bukan tk dipercayai tp dinafikan kebenarannya.

Anonymous said...

Dah kalah maknanya IDEA diorang tak boleh PAKAI..

KEYAKINAN mereka umpama MIMPI PALSU & tak boleh dipercayai..


KALAU BN NAK KALAH SILAKAN DENGAR CAKAP2 MEREKA INI

Anonymous said...


macam mana aku yg kalah ni nak cari makan?

susahx3..........

TMP said...

Contoh paling baik untuk direnung ialah di P008 Parlimen Pokok Sena. Datok Sahlan jadi calon. keluarga beliau sendiri (adiknya Cikgu Yati dan Cikgu Taufik) istihar terbuka bahawa mereka tetap sokong pas. Adiknya si saifudin nasution setiausaha agung PKR balik kempen hentam UMNO. camana laa datok najib buleh pecaya manusia cam tu apakah tidak diselidiki dulu sblm dicalonkan. balik duduk hotel bila orang komplen.. pasang 4 aircond dirumah orang tuanya dan duduk disitu. rumah tu pulak tak dibenar lekat poster BN dan pasang bendera parti. adik bradik sendiri pn tak buleh dijadikan penyokong UMNO camana orang len nak sokong. hanya bergantung pada ketua bahagian yang akhirnya menjadi tak lebuh dari bata dalam air acag untuk dipijak lalu. kekalahan besar di 2 dun dalam parlimen menunjukkan bukan sahaja cina tetapi ramai melayu yang tak bagi undi padanya. orang ini telah ditolak rakyat. orang sebeginikan dilantik sebagai setiausaha politik ???, orang ini telah GAGAL DALAM SEMUA ASPEK BERPOLITIK, Pohon orang sebegini dijauhkan dari pejabat YAB. PM.

Anonymous said...

Najib dah jadi buta dengan punaisihat yang jadi tukang pelingkup....sekiranya Najib pilih juga dengan punaisihat dan Najib akan jadi pembangkang

Anonymous said...

banyak lagi calon2 lain dari bahagian UMNO,pilih orang barulah.

Anonymous said...

DATUK NAJIB KENA CARI CANDIDATES YANG BENAR-BENAR BERKALIBAR MEMPUNYAI SEMANGAT JATI BANGSA MELAYU, UGAMA DAN NEGARA.
MEREKA YANG KUAT BEKERJA DAN MEMASTIKAN MEMPUNYAI LATAR BELAKANG PELAJARAN DAN AKTIVITI YANG TIDAK BERCANGGAH MENENTANG KERAJAAN SEMASA MENJADI STUDENTS.
MEREKA YANG FRESH PATUT DILANTIK DAN MENENTUKAN HALA TUJU MEREKA, DAN TUGAS YANG JELAS BESERTA BERMATALAMAT. SETELAH MELANTIK MEREKA, LATIHAN KHUSUS PERLU DILAKSANAKAN KEPADA MEREKA BAGI MENJAMIN MEREKA DAPAT MELAKSANAKAN TUGAS DENGAN BERKESAN DAN BERFAEDAH.
DATUK NAJIB MESTI MEMBUAT KETETAPAN BAHAWA SEMUA SETIAUSAHA POLITIK, ATAU SIAPA SAHAJA PEGAWAI DAN KAKITANGAN NYA TIDAK BERHASRAT UNTUK MENJADI Y.B, DAN MATALAMAT MEREKA KENA JELAS, DAN DATUK NAJIB TIDAK SEPATUTNYA MENCALONKAN MANA-MANA PEGAWAI DAN KAKITANGAN NYA SENDIRI UNTUK DICALONKAN DI DALAM MANA-MANA PRU, SEHINGGALAH TIBA DISUATU TAHAP YANG BOLEH DIPERCAYAI KEUPAYAAN MEREKA, BARULAH DILEPASKAN UNTUK BERKHIDMAT DAHULU DIKAWASAN YANG BERKEMUNGKINAN UNTUK DICALONKAN DAN BERPOTENSI TINGGI BARULAH DICALONKAN.
DATUK NAJIB KENA TEGAS DALAM HAL INI SEBAGAI JENERAL PERANG, PEGAWAI DAN KAKITANGAN BELIAU HENDAKLAH MEMBANTUNYA DALAM PEPERANGAN INI BUKAN MENINGGALKANNYA BERSENDIRIAN SEBAGAI GENERAL TIDAK MEMPUNYAI PANGLIMA-PANGLIMA DALAM MEMBANTUNYA. KENA ADA PRINSIP UNTUK MEMBELA DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU, JANGAN TERLALU BAIK DAN LEMAH, SEHINGGA ORANG LAIN MENGAMBIL PELUANG DI ATAS KELEMAHAN ANDA

Anonymous said...

ini penasihar 25%....kasim patelon.....klu di ambil balik mahu di jualnya Pm nanti...

Anonymous said...

DS Najib kena sembahyang Isthikharah banyak-banyak kalau nak ambil balik Pegawai-Pegawai ni ... Ada di antaranya masih boleh di guna pakai .. Kalau tidak masakan besi buruk boleh dijual walaipun dah berkarat ... Contohnya Dato Sahlan bagi aku PRU13 Allah SWT tidak mengizinkan beliau untu membantu rakyat di Pokok Sena ... Tetapi beliau masih relevant di sana ... Bagi peluang kat dia untuk menjadi Ketua Bahagian sehingga PRU14 InsyaAllah beliau akan berjaya ... Walaupun tidak dilantik menjadi Pegawai beliau masih mampu untuk memastikan Pokok Sena terus membangun .. Kalau Dato Latt tu entahlah ..

Anonymous said...

What's up to all, how is all, I think every one is getting more from this website, and your views are pleasant in support of new people.

Look into my webpage - accident claims compensation