Tuesday, May 21, 2013

Waktu Untuk BERLEMBUT Sudah Berakhir..... Iya, Kena Berakhir Segera, Serta Merta...!

KENYATAAN 'panas' Menteri Dalam Negeri baharu bagaikan tamparan padu ke muka kumpulan 'puak pemberontak' di negara ini yang mahu mengambil alih pentadbiran negara tanpa mengira kesannya jika berlaku perpecahan kaum mahupun perpecahan orang Melayu sendiri.

Seperti cacing kepanasan, taktik memancing simpati rakyat dirancakkan untuk menunjukkan pihak berkuasa semakin zalim terhadap mereka yang 'memperjuangkan rakyat' melalui media sosial dan blog, seterusnya menyemarakkan lagi kebencian terhadap kerajaan.

Sudah sampai masanya pasukan menteri dan kepimpinan baharu Polis Diraja Malaysia menamatkan dasar berlembut yang diamalkan sejak lima tahun lalu dan mengembalikan ketegasan serta imej 'berani' kepada pasukan beruniform negara.

Walaupun rakyat khususnya majoriti Melayu dan bumiputera berterusan menyokong Barisan Nasional (BN), ramai yang memendam rasa kecewa apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, sementara pelbagai demonstrasi dan rusuhan cuma dibalas 'amaran' serta kenduri makan untuk peserta rusuhan.

Rakyat kini mahukan ketegasan dalam pelaksanaan dasar keselamatan dan ketenteraman awam terutama sekali apabila ada gerakan 'Malaysia spring' untuk menggunakan kekerasan menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Perlu dilaksanakan semua undang-undang sedia ada, termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 yang setakat ini tidak nampak impaknya, agar pesalah dilayan sebagai penjenayah dan rakyat tidak lagi dibelenggu provokasi melampau politik jalanan.

Presiden Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Datuk Mohd. Jamil Mohd. Hassan berharap selepas ini tiada lagi 'nasihat' atau amaran kerana sudah sampai masanya untuk penguatkuasaan undang-undang.

"Kita ada undang-undang dan cukup difahami semua peringkat. Masanya sudah tiba, jangan lagi dibazirkan masa dengan menerima 'kecelakaan-kecelakaan' yang dilakukan mereka yang sengaja mempermainkan undang-undang negara kita.

"Dengan 'orang baharu' yang mengambil alih, kita berharap tiada lagi tolak ansur dan amaran tetapi tindakan tegas terhadap orang-orang yang sentiasa kacau keselesaan rakyat," tegasnya.

Beliau bersimpati melihat rakyat khususnya yang mencari rezeki harian terjejas secara langsung akibat perbuatan musibah segelintir manusia yang mempunyai agenda peribadi itu.

Tambahnya, pemansuhan ISA sebelum ini ada baik buruknya, dan walaupun ada yang mahu akta itu dikembalikan tetapi ia tidak perlu dibangkitkan lagi kerana semuanya sudah berlalu.

"Kita masih mempunyai undang-undang lain yang cukup untuk menghadapi pelbagai situasi, asalkan dilaksanakan sebaik-baiknya dan akan berkesan jika tindakan tegas diambil, bukannya berlemah lembut (dengan penjenayah)," katanya.

Menurut beliau, mereka yang membuat kesalahan dan perlu ditangkap, tangkaplah, seterusnya segera serah kepada pihak mahkamah jika cukup buktinya.

Beliau khuatir jika diteruskan berlembut dan menangguh tindakan tegas, maka akhirnya tiada kesan, khususnya apabila golongan terbabit semakin 'naik minyak' daripada mahukan pilihan raya bersih kepada mahu menggulingkan kerajaan.

"Niat buruk mahu guling kerajaan (gunakan keganasan) ini dapat dielak jika ketegasan sedia wujud dalam pelaksanaan undang-undang sepanjang masa.

"Jika tegas, tidak akan dapat guling (dengan kekerasan) dan tiada sambutan. Tegas juga bukan makna bertindak kejam tetapi tindakan pantas mengikut kuasa peruntukan undang-undang sedia ada," jelasnya.

Mohd. Jamil turut menempelak pihak yang cuba meracun minda rakyat dengan persepsi serong kononnya pihak berkuasa mahu 'tangkap dan seksa' mereka yang terlibat, sebaliknya hanya mereka yang melakukan kesalahan akan ditahan.

Menurutnya lagi, Kementerian Dalam Negeri (KDN), polis, mahkamah, tentera dan agensi kerajaan lain perlu bekerjasama dan bersatu demi menjaga ketenteraman dan keselamatan awam.

"Walaupun polis penguat kuasa utama untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan, semua pihak berwajib juga perlu bertindak tegas mengikut peruntukan kuasa perundangan masing-masing.

"Mereka kata pihak berkuasa mahu guna kekerasan berlebihan, ini tidak wujud pun tetapi hanya mainan persepsi. Kita cuma tidak mahu ada yang cedera, apatah lagi maut kerana perbuatan segelintir manusia ini," ujarnya.

Bagi pemerhati antarabangsa dan keselamatan, Mohamad Faisol Keling pula, pelantikan Datuk Ahmad Zahid Hamidi mengetuai KDN akan meningkatkan keberkesan kementerian tersebut khususnya mengambil kira pengalaman beliau selaku Menteri Pertahanan sebelum ini.

"Pengalaman Ahmad Zahid menguruskan angkatan tentera akan mendorong keutamaan diberi kepada keselamatan dan ketenteraman rakyat dan KDN akan lebih berkesan dalam melaksanakan dasar-dasar kedaulatan perundangan.

"Namun, KDN kini perlu beri penegasan keamanan secara komprehensif di dua peringkat iaitu di bandar dan juga luar bandar. Ini akan menyuntik keyakinan rakyat terhadap keamanan negara dan kedaulatan undang-undang," kata pensyarah Universiti Utara Malaysia itu.

Tambahnya lagi, suntikan keyakinan kepada rakyat akan membawa kepada pembangunan politik, ekonomi dan sistem sosial yang lebih stabil untuk kemakmuran negara kelak.

Beliau turut menegaskan tindakan pihak berkuasa melaksanakan undang-undang bukannya satu usaha menyekat kebebasan sebaliknya menetapkan satu tanda aras maksimum kesempurnaan hidup.

"Pelaksanaan undang-undang itu asas untuk masyarakat, organisasi mahupun negara mempunyai sebuah kehidupan teratur, maka agensi dan badan kerajaan terbabit perlu beri penegasan dalam aspek kedaulatan undang-undang.

"Undang-undang juga dapat mengawal akhlak masyarakat agar lebih beretika dan membentuk perilaku serta kehidupan lebih bertata susila. Kalau ada sistem perundangan tetapi tidak dilaksanakan, maka akan runtuhlah masyarakat dan negara itu sendiri," ujarnya.

Mengambil contoh kecenderungan sesetengah pihak di negara ini mengadakan demonstrasi, beliau menegaskan tidak salah melakukan bantahan selagi tidak melanggar undang-undang sedia ada mahupun mengancam keselamatan awam.

Mohamad Faisol turut mempersoalkan gerakan tersebut yang jelas bertentangan dengan peruntukan undang-undang negara tetapi menuduh pihak berkuasa kejam pula apabila tindakan perlu dilaksanakan.

"Kalau berani buat, kena berani tanggung akibatnya. Bukan dihalang pun nak demonstrasi tetapi kenalah ikut batas-batas perundangan, Islam pun pentingkan undang-undang sebagai garis panduan - jangan fitnah, umpat dan buat perkara yang dilarang.

"Isu kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beberapa pemimpin mereka sendiri menerimanya (malah sudah angkat sumpah), negara luar pun iktiraf. Jika tetap mahu gulingkan kerajaan yang dipilih secara sah, bersedialah terima akibatnya," tegasnya.

7 comments:

Anonymous said...

Sesape yg ketar lutut, please stand up! Hahahah!

Anonymous said...

Dengan bapak segala setan macam nuar kunyit, lim kit siang dan lim guan eng mana boleh lembut2 kasi amaran lagi. Mereka ni semua punca masalah yang berlaku. Kerajaan UMNO/BN harus bersikap brutal, wajib tangkap mereka dengan kadar kelajuan supersonik.

Anonymous said...

First thing, Askar Kacang Merah campur taik kucing from DAP mesti dihapuskan dulu secara senyap. Viral slanders akan stop immediately.Angkut sekor2. Lepas tu angkut pula ketua2 beruk pengkhianat ni semua atas akta hasutan. generenti2 beruk2 baju kuning, hijau, kelabu taik anjing akan ke jalan raya protes. maka tanpa lembu2 ni semua akan jadi lebih bodoh. mas ti kasi belantan cukup2 and buang ke lokap.

Othaman Ahmad said...

That’s it…… The Unlawful Pakatan Rakyat has been shouting that the ruling Govt is corrupted. Nobody likes corruption. Therefore, those in power (be it BN, opposition, judiciary, administrator, executives, local authority, GLC and private sectors) must be seen clean. But sadly today, even those in the Jabatan Agama receiving bribes.

Talking about corruption and bribery, I had behind me 36 years’ working experience in multi national corporations and I’ve witnessed ‘intakes’ and siphoning by the big guns but nobody give a damn as long as the Company is still in good shape & makes profit. And guess what….. they are mostly Chinese! Is Lim Guan Eng's super mega undersea tunnel project necessary and free from corruption and self interest….??????

My concern now is leadership. PM Najib is not a thinker like his late father or Tun Mahathir. He works hard but not smart. He is too generous and try to be a popular instead of effective leader. He has been misled by the ‘Sleeping Tun Dol’s henchmen and I’m afraid his Transformation agenda could turn out to be a Deform. However, by the Gracious of The Almighty One, UMNO grassroots and the loyal Malays & Bumiputeras saved him. I hope he realise this before its too late.

We need firm and courageos leader like Tun Abul Razak and Tun Mahathir who made Malaysia from an unknown to a reckoning state in the world map. Tun Mahathir with his visions made Malaysia grew rapidly and transform to become a developed state. Remember when he changed Malaysia's GMT 1/2 hour earlier, the world nodded and accepted (including the kiasu Spore, US, Russia, Europe, Japan and even Repblic of China). Tun Mahathir has the courage to redicule IMF financial assistance, George Soros' currency trading, and even dare to speak his mind over US hypocrisy on Palestine/Israel issue at United Nation. We sure miss the spirit of Tun Mahathir as leader of our nation.

Shamshul Anuar said...

Othaman Ahmad,

Let us call a spade a spade. The 13th GE result shows an interesting phenomenon. An almost total chinese rejection of BN . And massive support of BN by the Malays especially.

Chinese ends up voting themselves out of the government of the day INSTEAD THE OTHER WAY AROUND. In war, it is a dangerous position: to support the losing side.

The recent election manages to make Najib looks like an idiot. An idiot for not able to see what the malays have been saying all these years. That Najib has the “terhegeh hegeh image”.

But nevertheless, thanks to the wisdom of the Malays, they manage to put aside their anger towards Najib as they see the “bigger picture”. That Najib must be 100 times better than Anwar who has indiscretion that “not tolerated by Umat nabi Muhammad SAW”.

As for Najib, I still wonder why HINDRAF is “preferred” over KIMMA. the latter is a time tested friend.
This is classic Najib. Overlooking genuine friendship. This is classic Najib. Not realising his support base that again and again stood by him. But putting too much time and effort to reach those who reject him again and again.

Anonymous said...

As we all know who created corruption in Malaysia I mean the giver, without the giver there is no receiver.So the culprit must be doomed first.They want to do business, they want contract, they want short cut approval for projects delay means profit down.So they corrupt the civil servant.After they succesfullu completed their projects they will start talking about that fellow this fellow accept rasuah in coffee shops and everywhere including to opposition.what a hypocrite.no giver no receiver.

Anonymous said...

Well said fellas....kali ni mari kita buktikan komen-komen bernas yang datang dari hati nurani golongan Melayu yang berpendidikan tinggi..apapun, SAYA SUDAH MUAK dengan mainan ayat-ayat dan kata pujangga Anwar Ibrahim ini sejak beliau menjawat jawatan TPM lagi, dan selaku Menteri Kewangan semasa itu, beliau hanya memainkan sentimen bahasa sastera di dalam pembentangan belanjawan saban tahun, namun isi pembentangannya semacam TIN KOSONG tanpa apa-apa transformasi sosio-ekonomi. Itulah ANWAR BIN IBRAHIM, seorang manusia petah bicara namun angkuh memutar belit pemikiran songsang. Katakan dengan lantang dan ulang slogan KAMI ANTI ANWAR IBRAHIM dalam setiap mesej-mesej anda!