Saturday, May 25, 2013

Zahid Hamidi "The Return Of King Ghaz..". Tan Sri Khalid IGP "The Return Of Rahim Noor...". Anwar Bersama Pembangkang Tak Cukup Tanah Mau Lari....

Pada 1978, bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn berdepan dengan kumpulan pendesak perkauman yang mendakwa wujud dua kelas warga negara di Malaysia.

Puak ini membuat bising kerana tidak gembira dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang kononnya mendiskriminasi orang Cina dan menjadikan mereka warga negara kelas kedua.

Menurut mereka, hak istimewa Melayu, yakni tonggak kontrak sosial yang turut mempertahan hak bukan Bumiputera, meletakkan orang Melayu sebagai warga negara kelas pertama.

Sebagai reaksi, Tun Hussein menyatakan bahawa DEB bertujuan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Ia tidak mendiskriminasi mana-mana pihak, malah orang Cina tetap menjadi kaya di bawah DEB.

Ini jawapan beliau: “Orang Melayu boleh saja menjadi warga negara kelas kedua di negara sendiri dan orang Cina boleh diangkat jadi warga negara kelas pertama, dengan syarat orang Cina memindahkan semua harta dan kekayaan mereka kepada orang Melayu.”
Fenomena keganasan dan pelampau mesti dibanteras segera. Ia sudah berlarutan terlalu lama, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat yang cintakan keamanan.
Pihak pendesak tersentap dan terkedu dengan jawapan itu. Buat seketika, tiada lagi kedengaran desakan atau tuntutan yang tidak munasabah itu.

Walaupun Tun Hussein tidak lama jadi Perdana Menteri, beliau dikenali sebagai pemimpin yang tegas dan berprinsip, sama seperti Perdana Menteri sebelumnya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Mereka dihormati, disegani dan adakalanya ditakuti kawan dan lawan.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga meninggalkan legasi yang kuat sepanjang mentadbir negara ini selama 22 tahun. Seorang yang tegas pendirian dan memiliki keyakinan diri yang tinggi, beliau berani membuat keputusan, hatta yang tidak popular, dan menghadapi risiko.

Beliau berdepan dengan pelbagai krisis yang melanda parti, kerajaan serta keluarga dan dirinya, namun kesemuanya dihadapi dengan berani dan tegas. Dr Mahathir melahirkan pandangan mengenai pelbagai isu, termasuk mempertahan hak Bumiputera tanpa segan silu, dan berani berdepan dengan semua pengkritiknya, baik di dalam mahupun di luar negara.

Ketegasan dan keberanian pucuk pimpinan menjadikan negara ini aman dan makmur. Rakyat boleh menjalani kehidupan seharian dengan selesa, pembangunan boleh berjalan baik dan ekonomi berkembang pesat.

Tapi semua ini boleh terjejas jika soal keselamatan dan kestabilan diambil mudah. Melihat kepada kerenah Pembangkang selepas keputusan Piliharaya Umum Ke-13, banyak pihak berasakan perlunya kepemimpinan yang lebih tegas dan berani bagi menangani gejala yang boleh mengancam keamanan negara dan keharmonian bermasyarakat.

Pemimpin pembangkang sedang menanam pemikiran anarkis dalam kalangan pengikut mereka melalui tindakan provokasi, protes dan demonstrasi. Penyokong yang taksub diajar untuk mendengar sebelah pihak saja.

Mereka tidak digalak berfikiran rasional atau objektif....

Mereka diajar untuk tidak menghormati undang-undang dan bertindak ganas jika disekat. Mereka juga dididik supaya mengecam dan bersikap kurang ajar kepada seteru....!






Selain menyerang pemimpin negara, khususnya dari UMNO dan Barisan Nasional (BN), mereka juga menghina institusi seperti Raja-Raja Melayu, Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan sistem kehakiman.

Sultan Johor dan Sultan Perak adalah antara Raja Melayu yang dihina pemimpin DAP...!

Tun Mahathir digelar ‘syaitan’ oleh Lim Kit Siang, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah pula dilabel ‘rasis’ manakala Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dan Datuk Zulkifli Noordin dianggap pelampau, atas pendirian mereka mempertahan hak orang Melayu, kesucian Islam dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Tidak terkecuali alim ulama, tokoh akademik, cendekiawan dan akhbar Melayu. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sering dikecam penyokong PAS walaupun bercakap benar mempertahankan agama dan nilai Islam.

Datuk Dr Hassan Ali dan Nasaruddin Mat Isa pula dihina kerana menganjurkan perpaduan ummah Melayu-Islam. Tunku Aziz Tunku Ibrahim turut dikecam kerana pendiriannya menentang keganasan dan demonstrasi jalanan. 

Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein pernah menangis apabila novelnya, Interlok, dibakar puak pelampau yang memprotes penggunaan perkataan yang dianggap menyinggung perasaan kaum India.

Fenomena keganasan dan pelampau mesti dibanteras segera. Ia sudah berlarutan terlalu lama, sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat yang cintakan keamanan.

Pembangkang harus ingat bahawa Malaysia bukan milik mereka saja. Mereka tidak boleh buat sesuka hati, lacurkan undang-undang dan ranapkan perpaduan. Malaysia milik semua rakyat, semua warga negara ada hak untuk menikmati kedamaian, kestabilan dan kemajuan.

Andainya sebahagian lagi rakyat yang membantah ‘kegilaan’ pembangkang yang berterusan ini hilang sabar dan mahu bertemu buku dengan ruas, alamatnya negara kita akan mengalami perang saudara.

Kerajaan dan pihak berkuasa perlu menangani situasi ini dengan cepat, tegas dan tuntas....!

Episod di Lahad Datu dan Semporna masih terasa, mengingatkan semua pihak soal keamanan tidak boleh diambil mudah. Sudah cukup amaran diberi kepada pencetus huru-hara dan puak anarkis.

Ketegasan yang ditunjukkan Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mesti diterjemah dalam bentuk tindakan yang boleh meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak berkuasa.

SUMBER

10 comments:

Anonymous said...

Bro, ada ke puak pembangkang yang baca posting kau ni?

Macam bertepuk sebelah tangan aje?

Tak ada pilihan lain tapi kena terus tangkap dan dakwa pengacau2 ni. Jika majistrat buang kes tangkap lagi dan guna alasan lain pula. Kalau nampak berat sebelah, dakwa kat mahkamah lain.

Anonymous said...

PAS janganlah terhasut lagi dengan tipu durjana parti yang ditaja penjajah Barat-Zionis, PKR/DAP. Kalau Melayu dan Bumputera lain terus tunduk kepada DAP/PKR pengkhianat, dan pengkhianat dalam BN sendiri yang mahu sekarang hapuskan UMNO, kononnya mereka nak 1Bangsa (bukan 1Malaysia –yang masih mengekalkan pelbagai hak, warisan, identity dan bangsa Melayu dan Bumiputera lain serta Islam, melalui UMNO dan parti Bumiputera lain), Malaysia kemungkinan akan menjadi satu lagi Singapura/Israel! Rejim-rejim ini yang di bawah penaja penjajah Barat-Zionis ini amat mendiskriminasi hak, identiti, warisan berzaman dan agama bangsa Bumiputera Melayu Islam Singapura dan Bumiputera Islam Palestin [Zionis laknat sangat kejam dan ganas pada Bumiputera Islam Palestin – sekarang dia hantar pengganas dia dan dari Barat kat Syria (selepas Iraq dan Libya), bunuh habis orang Islam, yang Kristian mereka sibuk hantar kat Eropah terutamanya ke Jerman, yang majoriti benci Islam]! Dan bayangkanlah, kemungkinan Melayu Sinapura menjadi PM Singapura – jangan haraplah! Dan saya mengesyaki, kekalahan MCA dan Gerakan sebenarnya juga dirancang dengan teliti dan begitu halus, termasuk dari dalang dua muka pengkhianat dalam BN tersebut, dengan bantuan the Star, untuk menghasut para cerdik pandai termasuk golongan professional Melayu dan Bumiputera lain yang muda.

Baiklah PAS bersatu dengan UMNO, demi menyelamatkan tamadun Melayu dan Bumiputera lain dan Islam di bumi tercinta merdeka kita ini, termasuk mendoakan bekas MB Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sihat kembali, dan dia dan keluarga dibela oleh PAS dan UMNO, sebagai bekas pemimpin Melayu/Islam yang berjasa, walau berlainan doktrin. Janganlah umat Islam ditelagahkan sesama sendiri, oleh sekutu PKR/DAP tajaan Barat-Zionis kerana mereka nak menjatuhkan tamadun Melayu dan Bumiputera lain, serta Islam, supaya mereka dapat menjajah Negara tercinta berkat warisan dan korban berzaman (sebelum dijajah British) nenek moyang Melayu dan Bumiputera lain.

Makcik Tempurung.

Anonymous said...

Ulasan kebenaran harus dibuat...kita tidak tau siapa yg membaca...yg pasti ramai yg membaca. kita tidak tau dr kelompok mana..yg pasti..saya yakin kedua dua kelompak ada...

Dr muda ke tua...nuor beraksi demo jalanan.. seperti hidup selamanya..umpama diri malaikat.. setegak tegak manusia akhirnya bongkok menunduk ke bumi...

Anonymous said...

NAJIB DAN ROSMAH TAK BACA PUN PENDAPAT ATAUNPADANGAN KAU ORANG, WPUN DIA KATABDIA MENDENGAR SEBANARNYA TIDAK, DAKWAT KEKAL RAMAI X SETUJU, MEKA KATABAKAN DI JADIKAN ISU NANTI, TP NAJIB DAN SPR X CAYA. MCM ISA DAN EO RAMAI TAK SETUJU TP NAJIB MANSUHKAN JUGA. SO PI MAMPOS LA, MASIH NAK SELAM HATI KAUM YG ANTI DIA DAN BN. LAST KAT NIIB DAN ROSMAH..." AMBIL KAU"

Anonymous said...

aku setuju komen last.najib tabur macam2 kat kaum puaka ni...last2 kena balas taik....harap2 najib dapat ambil iktibar..

Anonymous said...

skrg dh bkn masa bckp retorik.laksanakn undang2,amanah yg dbg sepenuhnye oleh majoriti rakyat msia yg cintakn kedamaian!

anonymous said...

anon...ko tahu ke maksud rhetoric....apa najib cakap dia tak laksana kan ker...bodoh lah ko

PR manifesto pun tak buat since 2008...org masig ngundi...tu lah manusia tak berakal...

strteji nak najid nak"wooing"...yg bukan melayu patuutler kena bagi mcm2..tapi kenyataan mereka back stabbing najib...

so skrang kerajaan dan org melayu kena berfikir...


BERSATU lah jawab...ajar kaw kaw sama mata sepet nih...

Anonymous said...

Tak heran dan dah agak penyangak akan terlepas kerana Magistrate tu pihak pembangkang BAR COUNSEL dah 6 tahun di kawal oleh pembangkang

Anonymous said...

betul, tegas dan berani,, tapi kenapa ds najib masih tiada tindakan. kuasa sudah ditangan. kami mengundi dengan penuh kepercayaan.

raismazzadam said...

Oh KABINET DS NAJIB...sila baca dan fahami...kenapa pihak PR nampak makin berkuasa...KABINET DS NAJIB ADA TELOQ TAK...TAK CUKUP KE MANDAT YG KAMI BERIKAN...KAMI DAH TAK NAK PENERANGAN / PENJELASAN....MANA TINDAKAN...TAK KAN BILA DAH DI GULING BARU BERSUARA...ADA TELOQ KITA KASI LAWAN...INGAT PEMERINTAH NEGARA MALAYSIA ADALAH BARISAN NASIONAL...BN JANGAN BACUL...1 BUMIPUTRA PG MAPUS SAMA CINA...