Monday, June 3, 2013

Akhirnya Kak Wan Dedahkan Punca Kegagalan Najib Menang 2/3 Majoriti Pada PRU 13.....

Dengan kerusi sebanyak 38 daripada 89 jumlah kerusi Pembangkang di Dewan Rakyat, nampaknya DAP sudah amat amat yakin parti itu sudah cukup yakin dan popular di kalangan rakyat.

Malah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan megahnya berkata masa depan negara akan bertambah cerah jika pihak Pembangkang kuat di parlimen.

Namun apakah apa yang dikatakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu benar atau apakah asas yang digunakan untuk mengeluarkan kenyataan begitu...?

Benarkah dengan penambahan kerusi parlimen DAP, PAS dan PKR negara akan mendapat keuntungan, kebajikan rakyat lebih terbela, dan negara lebih selamat dan kedaulatan terjamin?

Pada Pilihanraya Umum ke13 yang baru berlangsung, Barisan Nasional menang dengan 133 kerusi parlimen berbanding 89 untuk Pembangkang.

Dengan peningkatan tujuh kerusi daripada 82 yang diperolehi pada PRU 2008, Pembangkang memikirkan rakyat sudah menerima mereka dan sudah sedia menjadi alternatif kepada BN sebagai kerajaan pusat.

Jika dianalisa kemenangan yang lebih besar dicatat oleh calon-calon parti pembangkang dalam PRU13, boleh disimpulkan secara ringkas bahawa kerusi yang mereka menangi adalah berlandaskan semata-mata kepada fitnah dan tohmahan.

Kerajaan dilemahkan dengan serangan bertalu-talu, terancang dan secara berterusan sejak 2008 lagi sehingga imej dan prestasi pentadbiran BN terjejas di mata rakyat.

Apatah lagi dengan pendedahan kewujudan beribu-ribu pasukan tentera siber yang dibiayai oleh DAP untuk menyerang kerajaan dengan isu-isu yang sengaja dicipta dan melalui penyelewengan fakta.

Walaupun dinafi sekeras-kerasnya oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, namun pengakuan bekas salah seorang anggota tentera siber parti itu sebenarnya telah membuka rahsia dan agenda besar parti itu untuk menumbangkan kerajaan melalui budaya fitnah.

Malah pasca PRU13, gerakan menyebar fitnah ini terus meningkatkan serangan fitnah terhadap kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya.

Umpamanya DAP dengan kerjasama rapat sekutunya PKR dan PAS mencipta pelbagai propaganda untuk mencemarkan keputusan pilihan raya dengan tujuan menimbulkan kekacauan jalanan.

Isu 'blackout' dicipta untuk menjaja cerita berlakunya penipuan di beberapa pusat pengiraan undi dengan bekalan elektrik sengaja diputuskan.

Malah disiarkan gambar kejadian 'blackout' disebuah pusat pengiraan undi disebuah lokasi yang tidak didedahkan.

Penyokong-penyokong pembangkang tanpa usul periksa dan menyiasat kesahihan andaian tersebut dengan menyebar secara meluas gambar dan dakwaan tersebut.

Di dalam perhimpunan haram yang diadakan oleh Anwar Ibrahim di seluruh negara isu 'blackout' telah dijadikan modal untuk menimbulkan kemarahan rakyat.

Penjelasan SPR yang berjaya membuktikan kepalsuan gambar tersebut tidak dipedulikan dan dipercayai kerana cerita sensasi 'blackout' yang dijaja oleh pembangkang lebih menarik hati dan ditelan bulat-bulat oleh mereka.

Begitu juga dengan isu undi popular yang diputar belitkan oleh Anwar dengan mengatakan pembangkang sebenarnya telah menang tetapi dinafikan oleh BN.

Walaupun telah diperjelaskan dengan panjang lebar oleh SPR berdasarkan perundangan negara dan sistem pilihan raya yang telah digunapakai sejak merdeka, namun isu ini terus disebarkan untuk mewujudkan keadaan huru hara oleh penyokong pembangkang.

Seolah-olah DAP bersama-sama Red Bean Armynya sudah bersedia dengan satu templat dan agenda yang terlebih dahulu telah ditetapkan untuk menyerang kerajaan.

Gerakan ini bertambah mantap dengan penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh portal-portal berita pro-pembangkang seperti malaysiakini.com, themalaysianinsider.com dan freemalaysiatoday.com

Portal-portal berita ini berganding bahu dengan pasukan siber DAP untuk menyerang sesiapa sahaja yang dianggap musuh kepada pakatan pembangkang.


Jadi apalah sangat yang hendak dibanggakan oleh DAP dan sekutu Pembangkang mereka kerana kemenangan yang mnemberangsangkan bagi mereka adalah berlandaskan pembohongan dan fitnah semata-mata.

Politik DAP hanyalah berasaskan kepada agenda menimbulkan sebanyak mungkin isu yang boleh dijadikan modal untuk menghentam kerajaan samada dalam Dewan Rakyat atau di ceramah-ceramah mereka.

Calon-calon BN bukan dikalahkan kerana tidak layak atau 'winnable' tetapi kecundang akibat fenomena fitnah yang disebarkan seluas-luasnya oleh Pembangkang semasa masa berkempen.

7 comments:

Anonymous said...

Ini la namanya matlamat menghalalkan cara. Ini adalah prinsip yang di popularkan oleh nuar kunyit. Kalau kote bengkoknya mampu menarik lebih ramai rakyat menyokong agendanya, percayalah, maka akan ditayangkanlah kote bengkoknya, asalkan menang. Babi2 kafir harbi pulak ambik kesempatan menyondol dari belakang, asalkan menang.

Anonymous said...

BAYANGKAN DAP DH GUNAKAN MCM2 CARA PUN MASIH TAK BOLE BERKUASA..MEREKA HANYA MAMPU MERANCANG,TP ALLAH YG MENENTUKAN..BUATLAH APA PUN DAP,SELAGI UMAT ISLAM TERUS SOLAT & BERDOA..KUASA ALLAH TAK MAMPU KAU HALANG..

Anonymous said...

Dr sekarang Umno dan semua penyokong khasnya Melayu harus melawan tohmahan fitnah dlm internet. Pemimpin Umno harus menubuh satu badan khas seperti blogger lakukan. Mereka ini yg akan masuk ke semua blog pembangkang dan memberi bukti dan melawan fitnah. Berikan bukti nyata dan lawan kata kata mereka. Kalau dibiar ia boleh memain fikiran org.

Begitu juga kita mengharap org ramai bantu mereka. Lawan blog fitnah pembangkang.

Jgn hanya sebut war room tapi takde fungsi. Nak pru baru terhegeh hegeh kat cina..kenyang perut cina aje..letakkan war siber ni di bawah Umno benar benar aktif. Tangkas melawan fitnah dr sekarang...

Anonymous said...

Najib dan pemimpin BN pengecut, setiap fitnah dari pembangkang jangan hanya nafi sahaja. Sepatutnya pembangkang patut disaman supaya tidak ada fitnah lain lagi dilemparkan seperti yang berlaku sekarang. Rakyat akan percaya fitnah dari pembangkang jika hanya penafian sahaja, ianya menunjukkan seolah2 fitnah itu benar.
Bertindaklah sekarang, jangan sampai tidak boleh buat apa2 lagi.

Anonymous said...

ini lah strategi bro bodo ke hapa hang nie buat malu umno jer artikel sampah ....

Anonymous said...

Walaupun anggap artikel sampah itulah kebenarannya. BN belum hilang kuasa tak mampu menangkis fitnah, kalau hilang kuasa macam mana yer? Boleh ke menguasai media sosial pula mcm PR

Anonymous said...

Kita tak boleh lah nak harapkan Najib semua buat kerja melawan fitnah ni. Najib kan banyak keja lain yang perlu di uruskan. Tapi yang gua benggang sekali sebab tak ada pemimpin yang benar2 sanggup melawan fitnah mereka tu. Mane cukup nak harapkan Zulkifli Nordin sorang2. Pemimpin2 lain ni semua kecut perut belaka. Semua nak pertahahankan periuk nasi masing2 jak. Tak berani bersuara pun. Hampeh.