Monday, June 3, 2013

Anak Anak Anwar Tak Mau Papa Mereka Jadi Bangsat....?

Setelah berminggu-minggu PRU-13 berlalu dan beberapa Himpunan haram diadakan untuk membantah keputusannya, kononnya kerana berlaku begitu banyak penipuan, akhirnya kita dihidangkan dengan satu laporan polis bagi menjustifikasikan bantahan itu, iaitu berkenaan dakwat tidak kekal....

Diulang ya, hanya ‘SATU’ laporan polis sahaja bagi kesemua ‘penipuan’. 

Yang dilaporkan adalah kelemahan dakwat kerana  “hilang bila dibasuh” dan BUKANNYA penipuan kerana “mengundi dua kali”.

Atas alasan ini, maka Pembangkang mendesak agar keputusan PRU di 30 kerusi yang dimenangi BN diadakan semula.  Persoalannya, kenapa hanya 30?

Bukankah antara yang dijaja di internet oleh Pembangkang berkenaan seorang yang kononnya telah mengundi dua kali terjadi di kawasan yang dimenangi Fuziah Salleh dari PKR?  Kenapa kerusi yang dimenangi PKR tidak perlu diragui...? 

BN telah memenangi 133 kerusi dan Pembangkang 89.  Ini bermakna Pembangkang menjangka yang mereka boleh memenangi lagi 30 kerusi menjadikan jumlah kerusi mereka 119 dan BN tinggal hanya 103 kerusi. 


Pelik sekali kerana Pembangkang hanya ingin membantah kerusi yang dimenangi oleh BN, tetapi menerima kemenangan partinya di semua 89 kerusi.  Sedangkan jika benar SPR adalah talibarut BN, kenapakah Pembangkang boleh memenangi sehingga 89 kerusi? 

Bukankah lebih baik SPR memberi kemenangan besar kepada BN sehingga sukar untuk dipertikai?   Kenapa mesti membiarkan Dato’ Seri Najib tersentap dengan tsunami Cina...? 

Jika Anwar serius ingin mengadakan semula PRU di 30 kerusi tersebut, Anwar wajib terlebih dahulu membuktikan adanya kes penipuan dan bukan sekadar kelemahan.

Jika dakwat tidak kekal yang menjadi punca, maka Anwar wajib membawa bukti dan saksi bahawa ada yang telah mengundi dua kali. Jika setakat dakwat hilang tetapi tiada kes pengundian dua kali maka itu bukan satu penipuan dan tidak perlu diadakan pengudian semula. 

Malang bagi Anwar kerana beliau tidak mampu menampilkan apa-apa bukti atau saksi walaupun telah bersedia untuk membuat kecoh berkenaan kelemahan dakwat sepertimana rancangan awalnya dengan Ambiga. 

Perlu diingatkan bahawa ‘tema’ himpunan bantahan Anwar ialah ‘blackout’ iaitu kononnya strategi utama penipuan SPR. 

Tetapi, Anwar tidak pula membuat laporan berkenaan ‘blackout’, malah beliau langsung tidak menyentuh secara terperinci mengenai kejadian blackout dalam ucapan-ucapan himpunan bantahannya.  Apa yang Anwar tumpukan hanyalah soal dakwat di jarinya yang senang dibasuh, itu saja. 

Oleh itu, sepatutnya, Himpunan Bantahan 505 membawa tema ‘ink-out’ bukan ‘blackout’. 

Tidak semena-mena penyokong buta tulinya menggelapkan gambar profile di laman sosial dan memakai baju hitam bagi menggambarkan ‘blackout’ sedangkan yang diperjuangkan ialah ‘ink-out’. 

Mungkin penyokong PR tidak harus menggunakan ‘kegelapan’ bagi menunjukkan protes tetapi menggunakan gambar profile jari di laman sosial serta berjalan sambil menunjuk jari yang telah bersih dari dakwat kekal.   

Cara ini adalah lebih sesuai dengan bantahan yang dibuat oleh Anwar yang mana langsung tidak ada kena mengena dengan ‘blackout’. 

Nampaknya Anwar telah tersalah tema dan penyokongnya pula hanya mengikut membuta tuli.   

Apapun, kita harap agar adalah di antara beberapa penyokongnya yang cerdik sedikit dan mula bertanya kenapa tidak didesak PRU semula bagi semua kerusi?

Atau di manakah kejadian ‘blackout’ ketika proses pengiraan undi berlaku?   Atau di manakah semua pengundi hantu hilang selepas PRU?  Atau siapakah yang telah mengundi dua kali selepas dakwat di jarinya hilang? 

Empat soalan ini sahaja yang kita minta dari penyokong Anwar untuk bertanya kepadanya dengan harapan beliau tidak akan menjawab dengan ugutan “you ulang..., I saman.”


16 comments:

Anonymous said...

haha dia fobia masuk dua lubang¡ itu pun tersasul nak undi kali kedua¡ dua dua dua dua..

Anonymous said...

Jika aku tugas di EO akau haramkan mereka mengiringi nuaq juburiti tuh. Aku larang mereka ambil gambar semasa proses penerimaa laporan polis. Aku periksa habis2 beg mereka. Beg one jerjah pun sama.

Anonymous said...

KETUA PEMBANGKANG PALING BANGANG DLM DUNIA...

Anonymous said...

Apa yang nak dilaporkan...? Semuanya menipu. Dakwat kekal atau tidak bukan satu isu yang besar sebab yang paling penting wujud ke tidak pengundian 2 kali. Bagi aku mustahil boleh wujud pengundian 2 kali memandangkan proses pengundian agak ketat. Nuar kunyit dan kak jijah sepatutnya membuat laporan tentang misteri kehilangan jam omeganya yang telah hilang sejak berkurun lama.

sesejuk mata memandang said...

Apa susah , dia buat repot soal jari dia dakwat tidak kekal , maka polis boleh buat siatan dan lihat dimana dia melakukan tanda dakwat , di kawasan Permatang Pauh , maka lepas pergi mahkamah , mahkamah boleh istiharkan berlkau kecurigaan di Parliemn Permatang Pauh , dan batalkan keputusan , buat Pilihan Raya Kecil hanya bagi Permatang Pauh,
apa susah.

Anuar sudah binggunggg

Anonymous said...

ANWAR SI RAJA DRAMA TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN. MENJADI PENCERAMAH AGAMA DALAM MASA SAMA MELAKUKAN MAKSIAT

Anonymous said...

ORG GILA & KELUARGA YG TIDAK PAYAH DILAYAN. SEMUA ORG CUBA DIPERBODOHKAN. SEBAB DIA MMG MEMANUPULASI ORG BODOH UNTUK BERJUANG DGNYA. SELEPAS ITU DIA PINGGIRKAN PENYOKONG DIA SEPERTI SAMPAH. DAN YG CUBA MINTA SIMPATI DGNNYA BAKAL DIPERGUNAKAN SPT ORG2 YG BERSAMANYA SEBELUM INI. SEPERTIMANA DIA MENPENGUNAKAN RAKYAT UNTUK MENYELAMATKANNYA KERJAYA MENIPU UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP.

Anonymous said...

Kalau anak2 papa sayang papa..... suruhlah dia bertaubat. Jangan tunggu sampai malaikat maut cabut nyawa. Buruk padahnya. Sanggup kah lihat papa dihumban kedalam neraka?? Bertaubatlah sebelum terlambat.

Kalau papa sayangkan anak2 papa,bertaubatlah dan perbetulkan lah akidah anak2 papa, jangan heret anak2 papa kedalam api neraka bersama papa.

Kesian Kat Depa said...

TAMBAHAN. Dia bukan sahaja menipu orang bodoh macam dia tapi orang pandai pun jadi BODOH kena kelentong dengan dia.

Maka yang pandai pun jadi bodoh macam dia.

Kah! Kah! Kah!...

Anonymous said...

Inilah SAMPAH POLITIK yang memainkan POLITIK SAMPAH ..... mencemari keamanan negara.

Anonymous said...

Starting up a New music Video Making Company.

Here is my weblog - pilgrimage

Anonymous said...

teruskanlaj jd pembangang bukan pembangkang

Stopa said...

Blogmaster masih terkenang kasih syg dari anwar ke?

Anonymous said...

Jawabannya nuor tau penyokong pakatan BODOH DAN TAKSUB...buatlah apa saja rekalah apa saja fitnahlah apa saja...pasti mereka membabi buta percaya...termasuk pemimpin pas. Masuk penjara pun takpe punyalah bodoh. Nama aje mahasiswa..bongok..kata Islam dlm Islam sendiri suruh umatnya mengkaji dulu berita yg disampaikan bukan percaya membabi buta.

Bodoh dan taksub.

Anonymous said...

Sapa la pilih anwar ni lagi? Bermakna 5 tahun lagi kita sema tak tenang. Gila tul dia ni anak beranak. Memalukan Malaysia tul. Apa hukum duit yg dia dapat dari kedudukan yg diperolehi daripada fitnah dan mengadu domba...? Ngeri memikirkan makhluk yg lupa azab pedih Allah ni...Sikit aje api neraka dah otak mengelegak ooo...

Anonymous said...

Kalau ni lah penyokong2 Nuar tak paham2 lagi, gua pun tak tau lah. Dah terang2 pemimpin dia ni memang cerdik hingga penyokong2 dia yang belajar tinggi2 pun jadi bodoh. Ape tah lagi yang memang dah bodoh, jadi bertambah benggap ler. Punya lah berapi-api kata SPR menipu lah, pengundi hantu lah, pengundi import lah, black out lah, dan tah ape2 lagi, sut-sut lapuran dakwat kekal yang di buat kat balai polis. Kah kah kah....... penyokong2 dia memang bodoh tahap gaban jika mempercayai pemimpin dia yang cerdik menipu dan pembohong besar dalam dunia nih..