Wednesday, June 5, 2013

Benarkah Gani Patail Simpan Dendam Peribadi Terhadap Dr Khir Toyo...? Apa Khabar Kes Rumah Isteri Muda Gani Patail...? Senyap Dan Buang Kes..?

Penulisan Blog The Flying Kick

Peguam Negara kembali sunyi sepi apabila kesnya dengan sebuah syarikat pembinaan membabitkan pengubahsuaian rumah isteri keduanya, ditimbulkan semula sebagai perbandingan dengan kes Khir Toyo yang bukan main pantas lagi dia memberikan respons.

Laporan dan kisah tentang HO-HUP vs GANI PATAIL boleh anda temui dengan mudah di carian GOOGLE dengan menaip HO HUP GANI PATAIL.

Hujung minggu lepas, Gani Patail yang merupakan Peguam Negara, bukan main lancang lagi menghentam Khir Toyo yang rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengenepikan hukuman penjara 12 bulan dan rumahnya dirampas, telah ditolak.

Antara kenyataan Gani ialah, keputusan yang dibuat oleh tiga orang hakim Mahkamah Rayuan itu adalah benar berdasarkan 'keadaan kes' bukannya perkiraan harga, sedangkan Khir Toyo pula menyatakan kehairanan mengapa tiga harga rumah tersebut tidak diambil kira dalam penghakiman.

Dengan kata lain, pembelian hartanah di bawah harga pasaran adalah satu kesalahan dan dianggap sebagai rasuah walaupun tiada sebarang rasuah dalam bentuk timbal balas berlaku.

Terdahulu dari kes berkenaan, Gani Patail juga dengan hebatnya mengecam Khir Toyo dan memberi amaran agar mantan MB Selangor itu tidak memperkatakan tentang kesnya yang sedang berjalan pada waktu itu serta menutup mulut atau bakal berhadapan dengan tuduhan menghina mahkamah.

Anehnya, gelagat tegas Gani Patail itu hanya untuk Khir Toyo semata-mata.... Sedangkan untuk orang lain, terutama sekali yang membabitkan para pemimpin Pakatan Rakyat, Peguam Negara inilah yang selalunya perlu tutup mulut agar dia tidak menjadi bahan belasahan para pemimpin Pakatan Rakyat dalam ceramah dan tulisan-tulisan di media-media sosial.

Ada banyak perkara yang serba menganehkan membabitkan Gani Patail dalam menjalankan tanggungjawabnya selaku Peguam Negara. Contoh terbaik dalam dalam kesnya dengan Ho Hup...!

Satu-satunya jawapan yang diberikan oleh Gani Patail tentang kes tersebut ialah, dia menafikan pemilikan rumah berkenaan atas namanya.

Namun kenyataan daripada bekas Pengarah Urusan Ho Hup, Low Tuch Choy, selain pembabitan meragukan SPRM yang menyerbu serta merampas segala dokumen sebelum kesemua dokumen tersebut HILANG BEGITU SAHAJA, jauh lebih besar berbanding urusan jual beli rumah terbengkalai oleh Khir Toyo yang kemudian diubahsuai dengan konsep Bali.

Sehingga kini, tiada sebarang siasatan dijalankan....! Tiada sebarang keputusan dikeluarkan. Tiada sebarang kesimpulan diperjelaskan. Bab pendakwaan lagilah tak ada.....

Peguam Negara dalam kenyataannya (baca di  SINI) turut menyatakan bahawa Khir Toyo telah berbohong semasa menyatakan bahawa hartanah tersebut dibeli mengikut pasaran semasa.

Katanya lagi, para hakim tidak melakukan kesilapan dalam mensabitkan kesalahan tersebut, tanpa sedikit pun dia merujuk kepada keengganan para hakim merujuk kepada penilaian harga hartanah tersebut oleh agensi-agensi penilai yang telah dibentangkan.


Ambil pula dalam kes Gani Patail sendiri. Penafian telah dibuatnya tetapi dia tidak mampu menolak bukti yang dikemukakan oleh bekas Pengarah Urusan Ho Hup.

Barangkali kalau yang melakukannya adalah Khir Toyo, rasa rasanya sekarang ini Khir sudah pun reput dalam penjara....!!

Memandangkan sudah ada kes yang boleh dibuat bandingan yang turut membabitkan SPRM, maka sewajarnya kes Gani Patail dengan Ho Hup turut dibuka sama.

Daripada cakapnya, dia cuba memperkatakan tentang pembasmian rasuah tetapi dalam kes pengubahsuaian rumah isteri keduanya di Seremban, Gani Patail nampaknya jauh lebih menyembunyikan sesuatu...!

Berbanding Khir Toyo yang telah memberikan semua keterangan, menampilkan segala bukti dan memberikan semua kerjasama yang diperlukan.

Atas arahan siapa agaknya dokumen-dokumen yang dirampas oleh SPRM dari pejabat Ho Hup dimusnahkan...?

17 comments:

Anonymous said...

gani petail ni pun wajib disiasat.

Anonymous said...

apakah jawatan peguam negara ni dijawat sampai mati???!

Anonymous said...

AG terima laporan berkaitan kematian suspek dalam lokap semalam dan hari ini 3 anggota polis didakwa di mahkamah.Sungguh cepat dan pantas mengalahkan Airbus A380 bila melibatkan pihak kerajaan.Tapi bagaimana pula dengan kes perhimpunan Bersih tahun lepas dimana harta benda dirosakkan dan polis dipukul? Senyap aje sampai hari ni.AG tolong jawab.

Anonymous said...

ini la BAPAK PARASIT pakatan dlm KERAJAAN NAJIB !!! tamatkan perkihdmatan tali barut pakatan ini...

Anonymous said...

ni la antara kalangan2 yg membiarkn undang2 jd double standard!buat demo smpi huru hara.tangkap lepas..bupuh2 ribu report,action mmg x ada.!

usin said...

makin meluat dgn najib ni kerana gembira memelihara 'bangkai' dalam kandangnya. adakah najib ni benar2 buta atau setakat rabun ayam? dalam perhimpunan agung umno nanti taulah nasib dia...

Anonymous said...

Npak sgt AG ni geng pakatan...adus..naya la org tk bslah...tak sbar nk tgk AG terseksa di padang Mahsyar nti....dunia ko lpas le..

Anonymous said...

Ble kuase di tangan mcm2x blh buat...kne batang idung sendri kelam kabut bg padam..cm cite musang bejanggut ler...manusia akhir zaman...(dengar cite ramai yg bebaris depan umah nak kautim case)

Anonymous said...

letih bila memikirkan tiada tindakan pada pemimpin DAP selepas kejadian kes terjun bangunan sedangkan bukti melibatkan kepimpinan DAP melakukan salahguna kuasa dan rasuah ...

lihat sahajlah kes anak nik aziz, bagaimana siasatannya tidak dilakukan telus, penlibatan nik aziz sendiri dalam soal menerima habuan politik ketika berjawatan MB lagi..perlu dilihat juga...tapi malangnya AG ini mempunyai agendanya sendiri....

apakah AG ini menyimpan rahsia [pelbagai ahli politik yang melibatkan habuan besar sehingga tiada seorang pun ahli politik yang berjawtaan di atas tidak berani mengambil tindakan terhadapnya....teringat kisah seorang direktor FBI bernama J. Edgar Hoove , yang berjaya mengekalkan kuasanya kerana pegang pelbagai fail sulit ahli politik...

Anonymous said...

AKU BERIBU2 % PERCAYAKAN KHIR TOYO DRP MUKA MUNAFIK GHANI PETAI NI, najib masih tak reti2 ke nak buang gani petai ni? gilo babi punya tok hakim

Anonymous said...

Ghani Patail ni mungkin ada niat tak betul. Harap PM ganti sahaja dengan orang lain jawatan Peguam Negara tu. Supaya negara lebih terjamin keadilannya.

Anonymous said...

Gahni Patail ni mungkin parasit dalam kerajaan. Harap PM gantikan dengan orang lain.

Anak Lenggong said...

Kita dah ada menteri KDN, Ketua Polis yang baru dan tegas dalam setiap tindakan tetapi masih lagi punyai peguam Negara yang lembab..pencen2 laa..ghani oii..pabila terdapat kes melibatkan pemimpin daripada kalangan kerajaan dan pemerintah cepat je dia bawa kes kemahkamah tetapi apa jadi dengan berpuluh-puluh kes yang melibatkan parti pembangkang..senyap begitu sahaja..adakah setiap perbicaraan diambil tindakan secara berpilihhh..dan double standard..

Anonymous said...

pelik aku ada lagi yang sokong khir mat toyo nie, tak baca sejarah puak2 nie kot.

Anonymous said...

x kisahlah pasal kes khir tu tetapi sememangnya peguam negara akan lambat bertindak jika ada kes melibatkan pemimpin pakatan..ada sesuatu ker?patutlah pembangkang tidak risau buat huru hara....

Anonymous said...

Maksud kata "PA" dalam bahasa Manado.
Sebelum itu mari pelajari Kata Ganti Nama bahasa Manado
Bahasa Melayu => Bahasa Manado
Saya/aku   =   kita / Ta
Kau/Anda =   NGAna / Nga
Kamu (jamak)   =   NGOni
Dia   =   DIa / De
Mereka   =   DOrang / Dong
Kita/kami   = (ki)TOrang / Tong

Seterusnya; Maksud kata "PA" merupakan singkatan dari kata "PADA". Perkataan ini selalu digunakan setelah Kata Kerja Transitif dan sebelum Objek yang mewakili manusia.
Contoh Ayat:
1) Ta sayang "PA" ngana = aku cinta (PADA) mu.
2) Ngoni binci "PA" Dorang = Kamu benci (PADA) mereka.
3) Wasiman suka' "PA" Kartini = Wasiman suka (PADA) Kartini.
4) Ah Choy da kase DOi pa ta-pe peguam = Ah Choy memberi duit/wang (PADA) peguam saya.

5) NGOni BINci "PA"ekor = Kamu benci (PADA) ekor.

Sekian untuk kali ini dan selamat belajar. Jumpa lagi..!

Anonymous said...

Byk rahsia tersembunyi..tu la nampak ghani petai tunduk kat pakatan. Jika org ambil sesuatu yg bukan haknya pasti menyorok.. Sekarang pakatan pegang kad gani petai..jika tak ikut rahsia bocor...lebih takut manusia dr Allah kerana terlalu byk makan....