Thursday, June 27, 2013

Demi Perpaduan Ummah Dalam UMNO…. Jawatan Presiden, Timbalan Presiden, 3 Naib Naib Presiden Jangan Dipertandingkan.



Selesai sahaja PRU 13 rakyat mengambil jalan mudah untuk buat penilaian terhadap keputusan rasmi yang sudah terbentang….

Yang mereka dan kebanyakan kita nampak adalah jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN berkurangan daripada 140 susut kepada 133 sahaja.  Ramai tidak nampak bahawasanya pada PRU 13, UMNO berjaya menambahkan bilangan kerusi Parlimen dari 78 kepada 89.

Ternyata yang tidak mendapat kemenangan adalah komponen BN di Semenanjung seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP.


Hakikatnya apa..? Iya, hakikatnya ialah UMNO tetap menang, malah parti keramat untuk kaum melayu ini meraih kemenangan besar merampas kembali negeri Kedah!

Benarkah UMNO semakin kuat..? Ataupun  hanya sekadar menyatakan UMNO berjaya kekalkan kekuatannya seperti dulu dan tidak berjaya digugat oleh kebangkitan Tsunami Cina yang bersungguh sungguh mengundi calon calon bukan BN pada PRU 13….?

Keputusan PRU 13 menyaksikan kuasa Allah swt yang selamatkan UMNO walaupun ada arus kebangkitan kaum mata sepet yang melaungkan azan mereka berbunyi INI KALI LAH… UMNO tetap kekal berkuasa memerintah kerajaan negara kita Malaysia dibawah kepimpinan YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.


Ini membawa maksud UMNO masih diterima oleh orang melayu yang mahu negara ini tidak dijahanamkan oleh makhluk durjana bernama Anwar Ibrahim yang menjadi imam besar kepada chauvinist DAP dan kesesatan PAS.

Bagaimana pula kisahnya dalam rumahtangga UMNO itu sendiri..? Penyakit berkabilah, berpuak puak, Warlord, siku menyiku, bentes membentes sudah menjadi asam garam dalam keahlian UMNO Dulu Kini dan Selambanya…. Tak pernah selesai masalah dalam Bahagian, peringkat Perhubungan Negeri dan Pusat.

Ujian getir kini menghampiri keseluruhan ahli ahli UMNO apabila munculnya Mesyuarat Agung peringkat cawangan, Mesyuarat Agung Bahagian dan seterusnya Mesyuarat Agung UMNO Malaysia diperingkat Pusat. Pastinya menarik sebab pada mesyuarat tahun ini akan diadakan proses pemilihan. Tumpuan khususnya kepada Mesyuarat Agung UMNO peringkat Pusat…

UMNO perlu dikuatkan, wajib diperkasakan…, mesti dilihat GAH sebagai parti keramat menjadi tunjang memimpin negara ini. Parti ini tidak boleh menyaksikan sebarang tanda tanda perpecahan kerana musibah inilah sebenarnya yang dinanti-nantikan oleh juak juak Pakatan Pembangkang!

Apakah sekiranya berlaku pertandingan merebut jawatan Presiden, Timbalan Presiden, dan Naib Naib Presiden akan mengundang perpecahan yang amat teruk kepada parti UMNO…?

Perpecahan yang pastinya akan menjurus kepada Retak Menanti Belah dimana akhirnya masa depan parti ini tak ubah seperti Telor Dihujung Tanduk…


BERIKAN PANDANGAN IKHLAS ANDA….
 

12 comments:

Anonymous said...

Perlu ada pertandingan.Kalau tidak ia akan menjadi zon selesa.

Anonymous said...

sebelum PRU tak boleh bertanding...dah abis PRU pun tak boleh bertanding...jd bila yg boleh?

Anonymous said...

47% JE YG SOKONG...huhuhu

Anonymous said...

leader pemuda & puteri WAJIB dipertandingkn!!! TUKAR leader yg bru... leader pemuda & puteri skrng ni x de function utk tarik pengudi bru mcm ako...

ckmm... ini kalilah kasi turun duduk bawah diam2...

Anonymous said...

Mangkok prasan popular weh....kalo nak fofular masok jer Akedemi Pantatsia....lu igt boleh senang2 mau pelintah kalo kelusi palimen cume 88 saje....boleh lawan itu 133 ke?..manyak bolo ..itula kecik2 xmo mampos, sudah tua manyak susahkan agama, bangsa n negara....pthuiiiiiii

sesejuk mata memandang said...

Masa di sekolah rendah dahulu cikugu kata , kita akan bertanding dalam acara sukan sekolah , siapa nombor satu dia juara atau menang

Bila besar cikgu sekolah menegah cakap perkara yang yang sama , bila bekerja juga ketua pejabat bercakapa siapa pekerja terbaik dicalunkan untuk menegak melintang dan sebagainya.

Dalam politik pun mengamalkan perkara yang sama , siapa hebat berwibawa akan menang dalam pertandingan..

Jadi bertanding merupakan satu amalan sihat.. cuma bagi umno jika sesiapa juga bertanding jawatan no satu atau dua , maka masing masing penigkut akan bawa diri maka kita kata ianya berpecah. sebaliknya bagi jawtan naib presiden , jika bertanding tidak akan membuatkan ahli umno berpecah kerana memreka masih ada pemimpin yang untuk dipilih bagi jawatan nombor satu atau dua.

jadi tidak eprlu lah ditahan hasrat hati mereka yang mahu bertanmdiong kerana jika tidak bertanding lah maka banyak perpecahan akan berlaku.

Cuma sekarang , apakah presiden akan berkata juga jawatan naib tidak perlu dipertandingkan hanay mengiyakan ramalan ramai orang bahwa presiden cuba melindungi sepupunya nya sudah tidak dilihat mempunyai aura kepimpinan .

jadi bertanding alah dan kepada yang mahu bertanding ukur dulu baju dibadan sendiri.

Anonymous said...

pengundi khasnya generasi muda mahu melihat umno yg terbuka. Pemimpinnya pula seharusnya hebat dan brani bukan memegang jawatan dgn jalan mudah. pecayalah, pengundi meluat dgn umno & bn, sbb itu 51% pegundi memilih calon2 pembangkang. jgn seronok sangat dgn jumlah 88 kerusi parlimen umno tu...tengok pada trend keputusan pru dulu: pru 12 140 kerusi pru13 133 kerusi, pru14? klu bertambah takpe klu tinggal 100?

Alangsiantan said...

UMNO itu MELAYU..wajib jaga MELAYU. Siapa yang pimpin UMNO wajib jaga MELAYU. Bab jaga ni, jangan bagi MELAYU 10%, lagi 90% bagi kat diri sendiri dan anak pinak. Pertandingan perlu diteruskan..kerana pemilihan itu perlu untuk menilai hatibudi orang UMNO yang wajib jaga MELAYU. Kalau majaoriti hatibudi ahli UMNO masih sakit..maka pemilihan akan membawa kepada pepecahan. Biarkan ia pecah sekarang ini..biarkan orang MELAYU potong mana pokok yang dimakan ulat..biarkan MELAYU tanam pokok yang baru.

Anonymous said...

Mengapa perlu ditakut takutkan dengan isu perpecahan jikalau ada pertandingan? Kalau pemimpin itu super good dicabar atas, bawah, depan dan belakang Insyaa Allah akan menang.
Kalau takut benar 'terpecah belah' UMNO akibat pertandingan pindalah perlembagaan UMNO dengan memasukkan klausa jawatan Presiden, Tim. Presiden bertaraf tetap dan bepecen. Peganglah jawatan itu sehingga ke akhir hayat!
Saya memang 'fed up' dengan sikap orang UMNO ini. Itulah sebab golongan muda, terpelajar dan berpontensi sebagai pemimpin tidak mahu masuk UMNO. Satru lagi UMNO bukan parti warisan yang diturunkan dari meyeng, datuk, bapa, anak dan cuci cicit!

Anonymous said...

YAB Tun Dr. Mahathir mesti jadi penasihat PM dan UMNO selamanya – yang muda memang kalah!Sebenarnya, saya dapati orang Melayu yang benci sangat DS Najib Tun Razak, makin dihasut untuk menyalahkan PM kita di atas segala serangan ganas DAP/PKR kepada Islam, Raja-raja Melayu, bahasa Kebangsaan serta hak Bumiputera Melayu dan Bumiputera lain.

Ataupun sipembenci–pembenci PM adalah penyamar samseng-samseng DAP/PKR/Red Beans militia! Penyamar-penyamar ini, terutamanya militia Red Bean yang disyaki ditaja oleh DAP/PKR, dan sekutu kuat mereka, penjajah Barat-Yahudi Zionis, juga bertujuan untuk memecah-belahkan orang Melayu dan Bumiputera lain, terutamanya yang Islam, untuk membenci PM kita, kerana DAP/PKR dan sekutu Barat-Yahudi Zionis mereka, amat benci kepada bapanya, yang adalah BAPA KEMERDEKAAN/BAPA PEMBANGUNAN tercinta kita Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein, terutamanya selepas Allahyarham Tun Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail menubuhkan DEB, FELDA dan Petronas.

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam dan umatnya, serta bangsa dan hak Bumiputera.

(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red Beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

Anonymous said...

BRO I DUN AGREE WTH U
APASAL TAK MAU PERTANDINGAN
WHY U WANNA KEEP PEMIMPIN BACUL
WHY U WANNA KEEP PEMIMPIN BANGSAWAN

LU INGAT UMNO MAMAT PONDAN PUNYE KE
LU INGAT NAJIB BANGSAWAN ELOK KE
LU INGAT UMNO BAPAK DIAORANG PUNYE KE

STUPID ALASAN
TAKUT PECAH KUNUNNNN
LAGI BAIK PECAH DARI DPT PEMIMPIN BACUL
PEMIMPIN PENAKUT CINA
AKU CADANGKAN NAJIB JADI PRESIDEN DAP
HAAA PEGI MANJAKAN CINA LAGI

3.4MILLION UMNO MUST WAKE UP
BUANG PEMIMPIN BANGSAWAN
BUANG PEMIMPIN LEMBIK
NOW OR NEVER....

Anonymous said...

Setuju...Semua jawatan MESTI dipertandingkan KECUALI jawatan Presiden dan timb presiden tidak perlu ( boleh memecah belahkan ahli)