Tuesday, June 4, 2013

Gaji Lumayan Saifuddin Nasution Bantu Khalid Ibrahim Di Selangor.... Azmin Ali Hangin Satu Badan

Dipetik dari Blog Gelagat Anwar

Tak payah belajar politik untuk tahu bahawa kehadiran Saifuddin Abdullah (eh silap…Nasution) di Pejabat Menteri Besar Selangor mempunyai skop tugas yang sangat strategik dan penting.

MB nampak macam seronok. Ke mana-mana di Selangor, MB sudah mula mencanang bahawa komunikasi Kerajaan Negeri Selangor akan dibawa ke tahap profesionalisme yang baru. Kepakaran Saifuddin bab ini akan digunakan sepenuhnya.

Menurut seorang rakan di HQ PKR, antara tugas utama Saifuddin di Pejabat MB adalah seperti berikut:-
- Jambatan antara Pejabat MB dan Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri. Tak perlu ada pun sebenarnya. Tapi mana nak bantu Saifuddin dengan RM15k sebulan kalau tidak diwujudkan jawatan yang khusus.
- Memantau program politik YAB Dato’ Menteri Besar Selangor (antara yang disebutkan di dalam Kongres PKR; MB tidak ada strategi politik). Saifuddin akan bantu.
- Memastikan agenda komunikasi pejabat MB berlangsung dengan baik. Menggunakan bajet Selangorku dan tambahan bajet khas yang dicari oleh Dato’ MB sendiri. Jika sebelum ini bajet Selangorku hanya diketahui oleh MB, Faekah dan beberapa staff MB (bermula sekarang; HQ PKR juga tahu berapa dana yang boleh dipakai untuk politik);
- Mengimbangi politik Azmin di kalangan Ketua-Ketua Cabang di Selangor. Ada Ketua Cabang yang menganggap Azmin sebagai ‘tai kor’ dalam PKR Selangor. Ini agak tidak bagus untuk parti.
- Latihan politik (kepada tenaga muda AMK di seluruh Selangor). Akan digandingkan dengan kakitangan IKD lama di Bangsar.
- Mengatur serangan politik di Selangor. Mencari kelemahan-kelemahan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di seluruh Selangor. Bagi memastikan UMNO Selangor tidak akan ada upaya bangkit semula. Projek khas ini dipanggil sebagai ‘Ops Selam UMNO Selangor – PRU14′.
- Infiltrate beberapa bahagian di Selangor dari dalam. Beberapa pertandingan di peringkat UMNO Bahagian akan turut disusun oleh Saifuddin. Target awal – 5 bahagian. Dibantu oleh dana PKR (dan kalangan orang UMNO yang simpati kepada PKR). Lima bahagian tumpuan: Gombak, Shah Alam, Sabak Bernam, Ampang dan Selayang). Connection Saifuddin dengan UMNO masih baik.
- Mencari bakat baru kepimpinan di beberapa cabang bermasalah.
Kalau Saifuddin dapat buat 5 daripada 8 pun…, dah berbaloi dengan gaji RM15k. Belum masuk kontrak luar lagi...

2 comments:

Anonymous said...

Nak tunggu komen rakyat Melayu Selangor.. Jika Umno dah heboh satu dunia..

Tunggu rakyat Selangor menjerit.

Anonymous said...

Cikgu"S";
Tanda2 UMNO akan terkubur di Selangor. Tengok lah macam mana gelagat AJK-AJK IUMNO peringkat cawangan di kampung2.Lebih sudu dari kuah.Pantang ada orang lebih bijak sikit dari dia orang.Dia orang ni tidak boleh terima hakikat budak2 sekarang lebih bijak dari mereka.Sepatutnya mereka yang lulus darjah enam ini dah lama ditukar dengan budak2 muda yang paling tidak pun ada SPM.Yang lepasan universiti pun belambak.
Kepimpinan akar umbi harus bertukar mulai dari sekarang.Pemimpin muda akan lebih menarik ramai gulungan muda.Yang dah tua ganyut bersama pemikirang lampau tu sapa nak ikut?