Sunday, June 30, 2013

GEMPAARR....! Ada Seorang Ketua Bahagian UMNO Di Negeri Selangor Sedang Main Ugut Ugut Najib......

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk memulakan kerja dari sekarang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Jelasnya, tempoh lima tahun bukan satu masa yang panjang untuk masing-masing berlengah-lengah atau berehat ekoran kepenatan bekerja ketika pilihan raya umum lalu.

Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu menggalas tugas dan tanggungjawab lebih besar untuk menyelesaikan tuntutan rakyat yang mahukan negara lebih maju, demokrasi lebih matang dan sistem kerajaan yang adil.

"Tempoh berehat sudah habis, tugas tersedia di hadapan untuk memikul tanggungjawab itu kerana ini bukan soal BN tetapi rakyat yang lebih bijak dan bermaklumat.

"Mulakan kerja sekarang ini, bukan esok atau tunggu tiga empat tahun lagi, ketika tiba saat pilihan raya kerana perkara ini serius bagi menentukan rakyat percaya dan yakin dengan BN, sekali gus menubuhkan kerajaan lebih kuat," katanya ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Jentera BN Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan turut meminta pemimpin BN untuk menilai faktor kekalahan di kawasan yang dikuasai pembangkang, di samping meraikan kejayaan parti membentuk kerajaan Pusat.

Beliau berkata, penilaian itu harus dibuat dengan memberikan fokus bagaimana untuk mengembalikan sokongan rakyat terutama pengundi di bandar yang tidak berpihak kepada BN.

Dalam konteks itu, beliau berpesan agar masing-masing tidak terlalu menumpu perhatian untuk merebut jawatan dalam parti tetapi perlu berfikir bagaimana mahu membela rakyat.

"Kita perlu sedar dan insaf dalam tempoh lima tahun akan datang. Kita tidak ada banyak pilihan sebaliknya bertumpu kepada apa yang sepatutnya kita lakukan, jangan hanya kejar jawatan dalam parti.

"Melihat kepada situasi yang kita hadapi sekarang, kita perlu perkukuhkan barisan, perpaduan dan semangat kerjasama sesama kita kerana itu merupakan prasyarat untuk menentukan kejayaan lebih besar," katanya.

4 comments:

Anonymous said...

perkukuh barisan..setuju.. tapi yg bawah aje perkujuh yg atas perkukuh kekayaan.. kehendak pengundi.. dah betul tu tapi adakah perbuatan mereka seperti kehendak pengundi..

yg undi anda melayu.. tapi tetap cina dijilat. pengundi melayu umno mau keutamaan ke melayu.. cukup bermuka.

pengundi melayu umno mau punahsihat di ubah tapi tdk ada perubahan bahkan masih berkuasa.

pengundi umno mau biasiswa seperti dulu. Ubah sisten GLC yg menguntung cina dan projek diberi ke cina yg terang terang undi dap.

pengundi melayu mau anda semua berani.. malah nampak lagi jadi penjilat.. JW melaka apa cerita????? mana pemuda Umno... sebelum pru mana suara pemuda Umno.

pengundi Umno mau peniaga dibela.. pasar seni aje anda tak mampu???? Belum lagi kisah org susah org kg zakat melayu baru melayu liberal melayu elit melayu bandar... ooo sama aje semuanya... pemimpin melayu pas pkr umno semuanya sama... byk pengkhianat melayu.

pas.. kisah di kedah kelantan penang.. hancur semua...

insaf.. betul tu insaflah yg mengundi anda di atas MELAYU MELAYU MELAYU BUKAN CINA BUKAN CINA.. saya sokong jika ada yg bagus bertanding merebut yg atas..

Anonymous said...

betul insaflah... yg mengundi anda duduk di atas MELAYU MELAYU MELAYU..bukan cina.

Cukup bila persidangan umno...konon nama bangsa dibawak keris dicium... dah menang nama CINA DITATANG.. cina disebut sebut tuiiii

Sama pas...dlm ceramah andalah pakar islam depan penyokong mulutnya semua islamik..tuiiii belakang andalah rembat semua balun sampai bankrup.. buang kopiah buang jubah.. zina khalwat semua boleh.. inkan mencarut memaki kecil aje.. yg besar dah dilanggar.

pemimpin pkr... hebat.. semua boleh bebas.. agama bebas.. yg anut apa bebas... lgbt boleh semua boleh...bab kaut sama hebat.. putar fitnah spin.. kuasa asing..jika luar angkasa ada dunia lain pun boleh pergi mintak bantuan..
berpakat dgn cina utk menghancurkan melayu islam..

DAH TAU PASTI MATI tapi tak takut semua berani mati. yg penting duit harta kuasa.. agama bangsa negara tergadai tak peduli tak kisah.

nagaman said...

Tuan, kalau ikhlas dan mahu perkukuh barisan selangor mulakan dengan bedah siasat dan beritahu cara terperinci pada kami ahli biasa yg bermatian kempen tuk BN pru 13. Tapi, ketua ketua UMNO selangor khianat dan biarkan PM luluskan calon yang mesti kalah pada PRU13. Kami nak tau kenapa PM mudah tertipu dengan senarai nama yang kita semua tau akan kalah. Aku dan kawan kawan bukan saintist tapi tak bodoh. Tapi kami macam lembu ikut saja bila ketua ketua tak bersuara walhal dah tau dan hanya berani berkokok belakang PM dan Zin.
Tapi tindakan PM dan Zin tak mendengar pendapat akar umbi telah menghancurkan hati melayu selangor. PM juga tau Cina sikit pun tak bantu sebab siang siang mereka dah ngaku kalah.

Sekarang kita berhak tau apa yang berlaku di selangor dan kita nak bedah siasat terbuka bukan untuk di rahsiakan dan untuk pemimpin saja. Jadi mudah cakap jangan minta ahli perkukuh barisan sedangkan pemimpin merahsiakan penipuan dan kelemahan UMNO yang hancurkan harapan kami di Selangor.

Kalau nak kalah PRU 14 simpan lah ketua macam datuk salim sujak dan raja ropiah dan kuncu kaki bodek mereka . Penyakit lama tetap berulang. Tak ada misteri kalau duit kempen tak turun kepada perkerja. Ini biasa sangat berlaku dan kita ingatkan bila PM jadi pilot Selangor BN , ini semua akan berubah, tapi malang dan trajedi untuk orang melayu selangor bila ketua pun mudah kena tipu.

Anonymous said...

ha..ambik kau najib.. percaya sgt kat punahsihat u... semua punahsihat hancur.. jadi pemimpin dgr dan ambil nasihat dr bawah.. itu penting.. yg bawah byk tgn mengundi bukan punahsihat di atas yg berapa kerat tu..

org melayu undi.. cina beri kuasa
org lain bekerja.. org lain yg naik
org lain yg bekerja... org lain yg dpt nama.