Saturday, June 8, 2013

Generasi Anak Anak Muda Kita Berdemo Sebab Mereka Rasa Hebat....

Akhir-akhir ini, Malaysia seperti beberapa negara lain berhadapan dengan pembabitan sebilangan anak muda yang antigolongan berkuasa dalam perhimpunan dan demonstrasi kononnya atas nama
kebebasan bersuara dan melakukan pembaharuan.

Apakah yang sebenarnya berlaku yang mendorong sebahagian generasi muda ini bertindak sedemikian?

Mengupas persoalan itu, Pakar Perunding Psikiatri dari Jabatan Perubatan Psikologi Universiti Malaya (UM) Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata sebilangan anak muda yang dikategorikan dalam generasi Y ini cepat berasa diri mereka 'hebat'.

Sikap ini mudah mendorong mereka untuk melibatkan diri dalam demonstrasi jalanan atau melakukan provokasi menerusi laman sosial apabila terpengaruh dengan asakan budaya negatif ini.

"Mereka sebenarnya belum matang dalam membuat keputusan terutama ketika mereka berada dalam keadaan tertekan atau kecewa. Lebih membimbangkan ada yang cuba mencabar sistem perundangan negara dengan membuat kecoh, huru-hara dan ini menimbulkan tanggapan negatif terhadap generasi itu," katanya kepada Bernama.

Ramai anak muda menghadiri beberapa perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat baru-baru ini membawa nada serupa, menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihanraya, kononnya berlaku penyelewengan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Apakah institusi keluarga kini semakin kurang memainkan peranan mendidik dan membentuk sahsiah anak muda....?

Dr Muhammad Muhsin berkata banyak faktor lain termasuk media sosial yang boleh mempengaruhi corak pemikiran generasi muda terutama kepada mereka yang menjadikan media sosial sebagai sumber rujukan utama maklumat.

Meskipun ada ibu bapa yang bersikap tegas dalam mendidik anak-anak, namun sikap degil dan memberontak anak muda menyebabkan mereka tidak peduli dengan nasihat keluarga, katanya.

Darah anak muda yang membuak-buak bersemangat untuk meluahkan rasa tidak puas hati, didorong dengan ajakan rakan-rakan menghadiri demonstrasi jalanan, menyumbang kepada punca anak muda melibatkan diri dalam perhimpunan sebegini.

Ibu tunggal Umi Kalthom Alwi, 49, kesal 'kelemahan' sebilangan generasi muda ini digunakan pihak tertentu untuk menjadikan mereka umpan bagi menimbulkan masalah dan mempengaruhi mereka untuk berpolitik serta membuat pelbagai tuduhan liar terhadap kerajaan.

"Kita sebagai ibu bapa boleh memberi kebebasan kepada anak-anak tetapi setiap ibu bapa juga perlu peka dan mengawasi tindak-tanduk anak-anak, di mana mereka berada dan apa yang mereka lakukan," kata ibu kepada enam orang anak yang berumur antara 15 hingga 29 tahun itu.

Seorang juruteknik Amri Azri Zulkiffly, 29, yang berkongsi pengalamannya menyertai demonstrasi jalanan anjuran kumpulan proreformasi pada 2008 berkata perasaan ingin tahu dan terikut-ikut dengan ajakan rakan menyebabkan dia terlibat.

"Pada masa itu semua yang hadir memakai baju berwarna merah dan saya tidak berasa takut sebaliknya berasa seronok maklumlah ketika itu umur 23 tahun, tapi tidak semua yang datang itu benar-benar memperjuangkan hak mereka... sekadar suka-suka sahaja.

"Tidak semua yang kita buat itu betul tetapi darah anak muda sememangnya tidak pernah berasa puas... belajarlah bersyukur dengan nikmat yang ada," kata bapa muda kepada seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan yang kini sedar tindakannya itu tidak berfaedah, membuang masa dan memudaratkan negara.

Berpandangan bahawa generasi muda hari ini lebih bersikap memberontak dan sukar menerima teguran, seorang warga emas Khairanin Mohd Mansor, 76, berkata ramai anak muda tidak memahami dan menghayati sejarah negara.

"Jika mereka hidup di zaman komunis pasti mereka tahu betapa susahnya hidup dalam keadaan daif serta ketakutan. Anak-anak muda hari ini seharusnya bersyukur kerana mereka boleh tidur dengan tenang tanpa mendengar letupan bom dan bunyi tembakan atau melihat insan tidak berdosa dibunuh," katanya.

Khairanin, yang lebih mesra dengan panggilan Opah Ani, berkata mendidik generasi muda semakin mencabar dan memerlukan kesabaran tinggi kerana dunia hari hari ini semakin kompleks dan nilai-nilai murni dalam hidup bermasyarakat beransur hilang jika institusi keluarga lemah.

Bagi seorang peniaga Ismail Yusoff, 55, tanggungjawab mendidik bukan hanya terletak kepada ibu bapa sahaja tetapi anak-anak muda sendiri yang terdedah dengan dunia teknologi maklumat perlu bijak membezakan antara yang baik dan buruk.

"Sebagai ibu bapa kita perlu jelaskan kepada mereka apa itu demonstrasi jalanan, akibat jika ditangkap melanggar undang-undang dan wajarkah mereka turut serta. Malangnya terdapat ibu bapa yang menyokong tindakan anak mereka atas dasar idealogi politik masing-masing," katanya.

Seorang penuntut universiti swasta berusia 23 tahun yang enggan dikenali berkata sifat ingin tahunya membawa kepada hasrat mahu melihat sendiri perhimpunan yang dianjurkan dan apa yang boleh diperolehnya.

"Saya tiada tujuan mahu melanggar undang-undang negara. Saya tahu wujud Akta Perhimpunan Aman. (Dengan berada di situ), saya dapat menilai perkara sebenar dan membuat keputusan," katanya sambil mengakui demonstrasi jalanan membawa kesan buruk kepada banyak pihak.

Seorang pekerja swasta Mohamad Hafiz Mohamed Nassir, 24, berkata generasi Y mesti bijak memilih saluran untuk menyuarakan pendapat mereka.

"Lihat sahaja perhimpunan Hari Belia yang diadakan baru-baru ini. Ia merupakan cara untuk kita berkongsi pendapat dan menyuarakan pandangan menerusi saluran betul bukannya melalui demonstrasi jalanan," katanya.

Mohamad Hafiz berkata biarpun hanya sebilangan individu yang membuat kecoh, namun tindakan mereka memberi imej buruk kepada generasi muda keseluruhannya, yang sebahagiannya akan mewarisi kepimpinan negara.

- Bernama

16 comments:

Anonymous said...

Mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berfaedah sebenarnya mempunyai daya fikir yang rendah. Tidak banyak membaca. Bila yang masuk ke dalam otak mereka adalah sampah maka hasil akhirnya adalah sampah juga. GARBAGE IN GARBAGE OUT.

Bila anak muda bangsa lain sibuk dengan pelajaran, anak Melayu kita sibuk dengan berdemo kononnya nak tunjuk mereka itu hebat dan berani.

Walaupun begitu kita tidak menyalahkan mereka secara total kerana mereka adalah hasil daripada sistem pendidikan kelas tiga kita sendiri. Yang lebih banyak kepada menghafal bukan memahami. Tidak banyak ditekankan dengan kemahiran berfikir. Jika daya fikir tidak diasah, apa yang dapat adalah mahasiswa yang dangkal dan tumpul pemikirannya. Mereka inilah yang menyalak kuat di jalan-jalan raya sekarang.

Dyll said...

Inilah bangsa Melayu... Bila perasan dah jadi bijak pandai,lagi susah nak dengar nasihat (yg baik / elok).Suka buat kerja2 BODOH dan tak berfaedah. Ibarat kata org, kalau suruh makan taik pun mereka akan makan.

Dah Allah berikan akal / otak, maka gunakanlah sebaik mungkin. Takkan dah rasa diri pandai tak boleh nak nilaikan yg mana baik dan mana buruk..

Anonymous said...

mereka mmg hebat...hebat berdemo. tapi adalah melayu yang sebodoh2nya. jiwa rosak

Anonymous said...

senang cakaplah Melayu memang bodoh sampai bila2 pun bodoh sebab tu senang diperbodohkan.

Anonymous said...

Yang kata budak2 belum berfikiran matang berdemo dgn tujuan ingin tau dan ada yg terikut2 bolelah dimaafkan tapi kalau mmg ada ibu bapa yg sama2 ikut rentak sebegini kerana menyokong ideologi sesuatu politik tuh nak buat camno!! Fenin memikirkan sebab ada dalam keluarga sendiri yg sebegini... dinasihati kita pulak yg ditempelak sampai jadi bergadoh sesama adik beradik...

Anonymous said...

p/s keluar tajuk kejap....dengan hanya menulis "LOL" pada gambar Anwar yg dicapture sebagai ' bakal PM Msia' saya dikata nesta oleh abang saya sendiri....tapi xkesahlah mmg pun saya ROTFL dibuatnya....aduyai, mind you, nak kata xde hotak, abg saya tuh lulusan Oxford!!*sigh*

Anonymous said...

I enjoy that right here in Portland, there is not
only half and half, and all on the lowfat rice/soy/nutmilks, but they're also starting to supply coconut milk in he coffee shops. I am guessing it really is the stuff within the carton and not in the can, but it really is progress. You will find so many food allergies and special ways of eating in this town, pretty significantly anywhere a foodie would consume is coated. We even have restaurants like "Dick's Kitchen" that are ALL genuine food, including game and grassfed meats, and they make their own ferments. They even have a lot more than a single "Paleo Bowl" . Adore that place.

Also visit my web site - healthy cooking for two recipes and menus

Anonymous said...

BEGITU HEBAT TSUNAMI BABI MELANDA UMAT MELAYU

KENAPA TSUNAMI BABI MELANDA DIKEBANYAKKAN NEGARA ISLAM DAN TIDAK NEGARA NOM ISLAM

TERBARU TURKI MULA BERPERANG ANTARA RAKYATNYA SENDIRI.


KELIHATAN SISTEM DEMOKRASI BEGITU SENANG DIRESAPI TSUNAMI BABI. ANASIR LUAR CEPAT MECEROBOH KEDUALATAN SESEBUAH NAGARA MELALUI DEMOKRASI ALA TSUNAMI BABI/ BABI SPRING


ULAMA ISLAM TIDAK TERKECUALI DIRESAPI WABAK BABI INI. PERHIMPUNAN HARAM DIFARDUKAN SEBAGAI HIMPUNAN HAJI DSBNYA.



.....HARAKAH DAN HARUN DIN DAH GILA BABI

Anonymous said...

MOhon ampun pak, begitu banyak babinya, kalau ditembak, masuk guni, buang kat sungai Klang mahu membusuk dan membabikan bumi Lembah Klang dan segala tali air yang ada. Memang dasar kuat makan babi, perutnya penuh dengan cacing pita yang membusukkan hati serta merosakkan fikiran manusia.

Mohon kepada Allah yang maha Esa, lindungi Negara ini daripada penyakit babi dan manusia berperangai babi.

Fadzli said...

Sesuatu yang selalu bermain dalam fikiran saya...
- Di kala, kelas ugama semakin bertambah,
- ustaz dan ustazah berselerekan,
- ceramah ustaz dan ustazah jadian dimana sahaja semakin menggila sambutannya,
- ibubapa berlumba-lumba hantar anak ke sekolah2 ugama dan pusat tahfiz,
- ulamak jadian bertambah,
--segala-galanya bertambah lah....TETAPI YANG DI LIHAT HASILNYA SEMAKIN RAMAI UMAT ISLAM TERUTAMA YANG MUDA MUDI SEMAKIN TERKEBODOH DAN JATI DIRI NIPIS, MUDAH PERCAYA, MUDAH DIHASUT... SEGALA-GALANYA MUDAH..KERJA SYAITAN KAH INI?

Anonymous said...

Ini bkn hebat...ini namanya dilembukan...huh!!!...

Anonymous said...

Kalau dah berbulu satu badan..dah gatal nak menikah..bukan.budak lagi..dah boleh guna otak..guna akal...tapi akal yg diguna hanya suku taksub lagi..takde lain asyik baca paper pembangkang aje..sekeliling org sama..

Walau cerdik akademik tapi bongok membeza kenyataan kebenaran fitnah logik ke tidak propaganda hasutan perang saraf rekaan.

Cth..bangla nak naik apa sebyk itu takkan tak nampak bas byk mana..kapalterbang byk mana. Kecuali penyokong pakatan BUTA..tapi mahasiswa menjerit boleh percaya.. ITULAH BUTA MATA BUTA HATI..

Anonymous said...

YANG NI LEMBU FIDLOT VERSION PKR HEHEHHE TAK MAKAN RUMPUT

Anonymous said...

Inilah spices2 bodoh yg mudah diperbodokan oleh iblis dan syaitan laknatullah terkutuk yg bertopengkan manusia.

Anonymous said...

Jenis Melayu dan Cina yang sejak lahir tak pernah merasa susah. Ni lah jadinya. Bila besar menyusahkan orang je.

Anonymous said...

Ni nak bgtau ni.....budak-budak yang join rally BERSIH, ANTI-LYNAS dan sebagainya ni majoriti BUDAK YANG MASIH MENUNTUT DAN BELUM TENTU MASA DEPAN! Aku sebagai orang lama yang dah berkerjaya tetap ni musykil dengan penglibatan mereka yang masih MENTAH dan diheret ANWAR ANAK IBRAHIM a.k.a. BAPAK SEGALA STREET RALLY! APA JADAH ni? APA JADAH? APA JADAH? KORANG MASIH TAK SEDAR KE? ANWAR TU SIAPA KORANG YANG TERKINJA-KINJA TU KENAPA?