Wednesday, June 19, 2013

Giliran Azmin Ke Jakarta..... Pertemuan Dengan Lilis Sandhora Purnamasari


Selepas Anwar Ibrahim ke Indonesia berjumpa dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu lalu, kini giliran orang kanannya pula, Azmin Ali ke negara republik itu.....

Timbalan Presiden PKR itu dilaporkan ke Indonesia untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Gabenor DKI Jakarta, Ir H Joko Widodo. Kunjungan hormat itu antara lain turut membabitkan perbincangan dua hala bersama Widodo mengenai isu pembangunan fizikal dan kemanusian kedua-dua negara.

 "Widodo menegaskan bahawa pemerintah hari ini tidak lagi harus berfalsafah horizontal tetapi harus lebih ke bawah, vertikal.

"Widodo juga berkata, kerajaan yang efektif hanya memerlukan masa kira–kira empat hingga lima jam sehari di pejabat dan selanjutnya kerja di lapangan," katanya.

Difahamkan, pertemuan itu turut disertai Ketua AMK, Shamsul Iskadar Mat Akin dan berlangsung selama sejam. Minggu lalu, telah bertemu dengan Susilo bagi membincangkan pelbagai isu termasuk isu pilihanraya.

Dalam pada itu, Anwar juga dilaporkan mengadu tentang 'kecurangan' PRU13 lalu kepada Presiden Indonesia itu dan bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla (JK).

Memetik laporan media Indonesia, VIVAnews, Ketua Umum PKR itu membuat pengakuan itu dalam satu sidang media bersama pemberita Indonesia.

"Saya beritahu Presiden bahawa isu kecurangan belum selesai, tidak boleh dibiarkan begitu saja," dakwa Anwar. Mengulas lanjut, Azmin juga berkata pertemuan itu turut membincangkan cabaran dalam memerangi gejala rasuah di Indonesia dan Malaysia.

"Kedua tokoh yakin dan percaya bahawa sistem pentadbiran yang baik dan kerajaan yang efektif akan memastikan gejala rasuah dapat dikurangkan selain daripada iltizam politik yang jelas untuk perubahan.

Tambahnya, beliau juga sempat berkongsi pandangan bersama Jokowi tentang isu pengangkutan awam dan rumah mampu milik selain isu pilihan raya dan kebebasan media di Malaysia dan Indonesia.

14 comments:

Anonymous said...

Bincang apa lagi wehh ?? Wan Jijah dah reject jadi exco.

Anonymous said...

Apsal semua asyik pergi Indon ni...? Papa curang.

Anonymous said...

Azmin tu siapa......Menteri ka?

Anonymous said...

Kesian Anuwar..masih menagih simpati kononnya dia la PM kali nie...wakakaka..gi mampus la Anuwar..muka tak tahu malu..ptuiii..

Anonymous said...

Anon yang tanya Azmin tu siapa tak sekolah kah tak tahu siapa dia? Lain kali baca paper & tengok Tv.....
Azmin tu ialah seorang penjual aiskrim yang terkenal kat seantero dunia hatta kat jamban yang kaya raya sebab dapat harta karun dari dari zaman nabi Lut
!

Anonymous said...

Terbaeekla..perlu ape kita bagi coverage kat 2 ekor beruk tahap longkang ni..biar je la 2ekor ni pegi mana dia nk..bukn utk kepentingn negara pun...tp cakap lebih, kita cmpk lokap...tang tu mmng blum buat...

Anonymous said...

CABARAN DARIPADA HJ ARIFFIN KEPADA PAS.

Cabaran ini saya tujukan kepada 21 orang Wakil Pas dalam Parlimen. Sekiranya anda betul2 berjuang untuk MEMURTABATKAN ISLAM.

Saya baru terjumpa dalam Utusan Malaysia 19.6.2013, satu Simple Analysis berkenaan Keputusan PRU13 yang dibuat oleh Datuk Akbar Ali, Pengarah Excutive MTEN Melaka.

Jumlah Wakil Islam dlm DR = Umno(BN) 97 orang + PR (Pas 21, PKR 16 dan DAP 2) 39 orang = 136 orang

Jumlah Wakil Bukan Islam dlm DR = 86 orang

Peratusan = Wakil Islam 61.26% + Wakil Bukan Islam 38.74% = 100%

Rumusan saya = Wakil Islam adalah Dominan dlm DR. Ini Kali, Parlimen Malaysia adalah PARLIMEN ISLAM.

Harapan saya dan seluruh orang islam kepada Najib adalah .. INI KALI LAH !!! Najib perlu :

1. Memperkasakan semua Majlis Agama Islam Negeri.

2. Memperkasakan semua peringkat pendidikan Islam daripada Tadika hinggalah ke Universiti.

3. Menjadikan semua jenis sekolah dan pusat pengajian Islam sebagai sekolah dan pusat pengajian bantuan penuh kerajaan.

APA PERANAN WAKIL PAS DALAM BAB INI ???

1. Mengemukakan usul kepada Kerajaan Umno pimpinan Najib supaya melaksanakan 3 pekara itu.

2. Menyumbang idea dan buah fikiran bagaimana ianya harus dilaksanakan tanpa prasangka atau prejudice.

Kepada Wakil Pas, GEGARKAN Persidangan Dewan Rakyat jika Najib menolak cadangan anda tentang 3 perkara itu. Kami rakyat melayu dan islam bersedia untuk menilai Najib khasnya dan Umno amnya.

TETAPI Jika anda Wakil Pas membawa usul HUDUD dan Najib menolaknya, kami akan bersama Najib. Kerana HUDUD hanya lah helah anda tidak mahu bekerjasama dengan Umno untuk memperkasakan MELAYU dan ISLAM.

Hj Ariffin

Anonymous said...

Sokong hj Ariffin 100%.

Anonymous said...

SEDAR KAH KITA

Mengikut Simple Analysis yang dibuat oleh Datuk Akbar Ali, Pengarah Excutive MTEN Melaka seperti yang keluar dalam Utusan Malaysia 19.6.2013.

Dalam Kabinet Umno = Wakil Melayu dan Bumiputra 122 orang + Wakil Bukan Melayu (Cina) 11 orang = 133 orang

Peratusan Dalam Kabinet Umno = Wakil Melayu dan Bumiputra 91.73% + Wakil Bukan Melayu (Cina) 8.27% = 100%

Dalam Kabinet Umno = Wakil Islam 97 orang + Wakil Bukan Islam 36 orang = 133 orang

Peratusan Dalam Kabinet Umno = Wakil Islam 72.93% + Wakil Bukan Islam 27.07% = 100%

Dalam Dewan Rakyat = Wakil Melayu dan Bumiputra (BN + PR) 161 orang + Wakil Bukan Melayu (BN + PR) 61 = 222 orang

Peratusan Dalam Dewan Rakyat = Wakil Melayu dan Bumiputra (BN + PR) 72.52% + Wakil Bukan Melayu (BN + PR) 27.48% = 100%

Berdasarkan kepada kedudukan itu ADAKAH WAJAR ATAU TIDAK NAJIB MELEBIHKAN MELAYU DAN BUMIPUTRA DALAM MELETAKKAN KEUTAMAAN ???

INI KALI LAH ... MELAYU DAN BUMIPUTRA MESTI MENUNTUT PERHATIAN DAN PEMBELAAN YANG LEBIH DARIPADA NAJIB.

Hj Ariffin

Anonymous said...

MP DAP Islam boleh diharap ke ?

Anonymous said...

..apa la bangang sgt blogger sekoq ni.. yb jamban aka yb kulum punya hal yg ko sibuk bagi coverage buat apa..

..hmm haramjadah sungguh.. tu pasal aljuburi gelak aje dgn blogger picisan mcm ni..

Anak Malaysia said...

Saya tak faham laa...

Sebagai jiran, wajarkah Pre. Indon memberi 'muka' kepada orang yg sedang berusaha utk menjatuhkan Kerajaan Sah Malaysia?

Di Malaysia, setakat yg saya tahu tak pernah Perdana Menteri Malaysia 'beri muka' kepada mana-mana pemimpin pembangkang dari negara jiran.

Bagi saya, memberi ruang kepada pemimpin Pembangkang sesebuah negara jiran (dalam konteks negara ASEAN) utk memburuk-burukkan negaranya apatah lagi di dalam sidang media pulak tu, samalah seperti mencampuri urusan politik negara berkenaan.
Dan itu telah melanggar Piagam ASEAN.

Dia pi jumpa Bambang tu sebagai tetamu negara tu ka?
Bambang tu tak kisah ke kalau kita juga 'beri muka' kepada musuh politik dia?

Anonymous said...

SBH bukan nak jumpa dua ekor tu, tapi dua ekor tu yg terhegeh2 nak jumpa sampai nangis2 ngadu konon kena main nagan Ajib Gor dlm PRU13.

Anonymous said...

Saya x nampak perkara yg haji usulkan akan dibahaskan kerana melayu pemerintah dan melayu pembangkang sama sama kipas cina ni...walaupun begitu kita melayu yg dibawah ni wajib gerakkan satu gelombang melayu baru yg menentang sume tindakan pemimpin kita yg memberikan belaian kpd cina dengan apa saje dan melayu yg memberikan kemenangan kepada kerajaan hari ni diletakan sebagai pilihan kedua...

Khairi